Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label jepun. Show all posts
Showing posts with label jepun. Show all posts

Monday, April 9, 2018

Day 3: Osaka, Jepun Musim Luruh (Autumn) 2016 7H6M

Alhamdulillah. Allah itu Maha Adil. Orang yang berusaha keras dan ikhlas dapat ganjaran. Orang yang banyak memberi alasan dan mencari jalan pintas untuk berjaya juga dapat habuannya. Sama-samalah kita bermuhasabah diri, mengambil iktibar dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Ok, cukup sedikit makanan untuk rohani. Jom sambung cerita di Jepun. 💕 

Hari ini nak kongsi tentang hari ketiga di Jepun. Misi hari ketiga juga melawat sekitar Kyoto. Cuma rasa excited lebih sikit dari hari lain sebab destinasi pertama kami pada hari tersebut ialah melawat Arashiyama iaitu antara tempat yang kami boleh kategorikan sebagai tempat yang wajib dilawati di Jepun. Sejak tengok gambar-gambar di Google semasa buat research untuk confirmkan itinerary dengan tour guide, terus jatuh cinta pandang pertama dengan tempat ini dan langsung pesan pada tour guide supaya jangan buang tempat ini dari itinerary kami. Ha ha. Sampai macam tu sekali la kan.


Pagi itu kami keluar awal sedikit dari biasa sebab Arashiyama ni jauh sedikit. Seperti biasa, setelah bersarapan bagi mengalas perut buat tenaga untuk memulakan hari, kami keluar dari guest house berjalan kaki ke Nagai Station untuk ke Kyoto Station. Kenapa ke Kyoto Station lagi? Kyoto Station ni sebenarnya boleh diumpamakan sebagai KL Sentral la di Malaysia. Macam-macam jenis public transport boleh didapati di sini. Cuma bezanya keluasannya lebih besar berganda-ganda. Di Kyoto Station, kami naik bas ke Arashiyama iaitu perhentian terakhir bas tersebut. Jadi, lama la jugak dalam bas tu sampai tertidur. Ha ha. Faktor bangun awal juga barangkali. Turun bas tu, mata masih separuh mengantuk. Dalam dok berjalan tinjau keadaan sekeliling, tour guide beritahu ada satu kedai ni jual green tea ice cream atau matcha ice cream dengan harga yang murah. Terus segar mata. 😁 Kebetulan memang nak cuba green tea ice cream di Jepun. Maka, terus capai purse dan beli. Tak rugi. Sedap dan memang betul murah. Sepanjang 7 hari di Jepun, aku dok perhati juga la harga matcha ice cream kedai lain, memang harga yang ditawarkan oleh kedai ini antara yang termurah. Memang berbaloi.



Green Tea Ice Cream or Matcha Ice Cream
Setelah menikmati green tea ice cream, kami berjalan menyusuri Katsura River. Best layan bunyi air mengalir sambil kejar burung 😁


Nampak tak jambatan panjang dalam gambar di atas? Itu adalah Togetsukyo Bridge yang panjangnya 155m kalau tak salah. Nampak macam jambatan biasa tapi sebenarnya bukan biasa-biasa. Ia menjadi landmark Arashiyama. Jambatan ini menjadi tumpuan dan tarikan pelancong kerana pemandangan di sekitarnya.

Pemandangan dari atas Togetsukyo Bridge
Kombinasi antara, bukit, sungai dan sampan atau boat kecil menjadikan pemandangan di atas jambatan ini cukup indah. Bayangkan saat mekarnya cherry blossoms atau saat autumn leaves telah bertukar warna, pasti pemandangannya sangat memukau. Menyesal tak bawa kamera yang cantik. Hanya guna kamera handphone sahaja. Jadi, kualiti gambar pun sedang-sedang sahaja.

Kemudian, kami berjalan ke sekitar pekan Arashiyama. Menariknya di sini, banyak perkhidmatan beca tarik. Kami tak cuba pun, sekadar tengok sahaja sebab kami berpendapat harganya agak mahal. Banyak juga kedai menjual pelbagai barangan seperti makanan dan cenderamata yang dijual di sini. Cenderamata yang terkini dan terkenal ketika itu ialah handkerchief bercorak autumn leaves. 


Seterusnya, kami berjalan ke Bamboo Grooves iaitu destinasi utama yang kami ingin tuju di Arashiyama.


Entrance ke Arashiyama Bamboo Grooves
Ya Allah, cantiknya! Pokok-pokok buluh yang besar dan tinggi di kiri dan kanan membuatkan pemandangannya sangat indah. Malangnya, kamera aku buat hal. Kebanyakan gambar kabur jadi tak dapat nak kongsi gambar cantik di sini. Kecewa betul. Harap ada rezeki lagi sampai ke sini.


Sama seperti laluan torii di Fushimi Inari, laluan bamboo ini juga sesak dengan orang ramai. Maka, pandai-pandailah ambil gambar di sudut yang terbaik. 💪
Jalan keluar dari Bamboo Grooves ke river.

Sempat lepak di tepi sungai melihat boat kecil sebelum mencari lunch.
Lunch kami pada hari ketiga di Jepun adalah di Yoshiya Oku no Niwa, sebuah restoran halal di Arashiyama. Suasana dalam restoran ini agak eksklusif. Gaya restoran mewah. Tetapi harga menunya sangat berpatutan. Makanan pun sedap sangat. Boleh pilih tempat makan nak duduk bersila atau berkerusi. Kami memilih yang tidak berkerusi kerana nak melunjurkan kaki setelah puas berjalan sekitar Arashiyama.

Setelah mengisi perut, kami menaiki bas ke Gion. Di Gion, kami berjalan-jalan dari kedai ke kedai mencuci mata sambil mencari buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Dalam dok berjalan tu, terjumpa pulak kedai yang jual coklat dan biskut dengan harga murah. Maka, memborong la kami di situ.

Dua gambar di bawah ini ialah Kamogawa Riverside. Boleh nampak orang melepak menghirup angin petang. Kata tour guide, kalau hari cuti lagi ramai yang melepak sini. Selain ikan, ada juga itik-itik comel berenang. Damai sungguh.




Destinasi seterusnya ialah Kiyomizudera Temple. Oleh kerana pada masa ini aku dan kawan aku yang sorang ni dah kurang stamina dan kaki pun sakit dek kerana banyak berjalan dan berdiri, kami berdua ambil keputusan tunggu di bawah sahaja. Sementara, tunggu yang lain mendaki ke temple tu, kami duduk sebentar makan snack sambil cuci mata di gerai cenderamata yang ada kat situ.


Setelah yang lain turun, kami menaiki bas ke Kyoto Station. Ingat lagi tak, aku ada cerita dalam entry Day 2 yang kami berkejaran ke tempat lunch tetapi malangnya restoran tersebut tutup. Jadi, untuk hari ketiga kami sekali lagi ke restoran tersebut iaitu Restoran Halal Ayam-YA yang terletak lebih kurang 300 meter dari Kyoto Station bagi menikmati dinner.





Sedap dan portion nya agak besar. Puas juga la nak menghabiskan satu mangkuk. Sampai terdampar kekenyangan. Ha ha. Dah isi perut, baru ada tenaga nak berjalan lagi kan. Maka, sebelum balik singgah sebentar di Bic Camera.




Macam-macam ada di Bic Camera ni. Ada jual basikal, barangan elektrik, barangan elektronik, mainan dan banyak lagi. Ada 7 tingkat semuanya. Niat di hati nak cari mainan untuk anak buah tetapi takde yang berkenan. Ada yang berkenan termahal pulak. So, pulang dengan tangan kosong. Kawan aku beli jam dekat sini.


  
Gundam


Jam buat peminat Hello Kitty
Selesai shopping di Bic Camera, kami pun pulang. Tamat Day 3 di Jepun.

p/s: Mood tengah rajin nak menulis. Semoga sempat habiskan semua entry Jepun sebelum mood terbang melayang. Pray for me! 💖

Thursday, April 5, 2018

Day 2: Osaka, Jepun Musim Luruh (Autumn) 2016 7H6M

Pergh!!! Langsung tak boleh nak keep track untuk update blog. 😅 Lamanya la kan. Bila nak habis cerita di Osaka, Japan ni? Baru nak masuk Day 2 ni. Ada lagi sampai Day 7. Ha ha. Harap korang bertabah la, ya. 💪 Ok, Day 2 in Japan. Misi utama pada hari tersebut ialah melawat sekitar Kyoto. So, selepas breakfast ala kadar, kami terus keluar dari guest house dan berjalan kaki ke Nagai Station untuk ambil subway ke Shin-Osaka StationKalau nak merasa naik Shinkansen (Japan’s high speed bullet trains), boleh la beli tiket di Shin-Osaka Station ni. Kami tak naik pun sebab ia tidak tersenarai dalam senarai tempat yang kami ingin lawati dan tidak termasuk dalam belanjawan kami. Ha ha. Maka, sekadar lalu sambil ambil gambar je.

Kaki tu 🙈

Kemudian, kami menyambung perjalanan dari situ ke Kyoto Station.



Di Kyoto Station, kami beli Kyoto one-day bus pass sebab memang nak pusing Kyoto 1 hari suntuk. So, jimat sikit kan. 



Dah beli tiket tu, kitorang cepat-cepat la pergi beratur ke platform yang betul untuk naik city bus ke destinasi pertama kami pada hari itu iaitu Fushimi Inari Shrine yang terkenal dengan torii, pintu gerbang berwarna oren.  

Beratur tunggu bas sampai

Fushimi Inari Shrine ini ialah salah satu tempat yang aku rasa korang wajib datang sebab pemandangannya sangat cantik dan masuk adalah percuma. Dari pintu masuk lagi korang akan rasa teruja yang melampau. Mungkin faktor warna oren yang mengancam dan seksi. 😁 Selain terkenal dengan torii yang berwarna oren, ia juga sinonim dengan haiwan rubah atau fox. Bukan saja-saja tau, ada simboliknya. Tapi malas pulak aku nak mengarang kat sini, korang cari la sendiri infonya ya. 😜




 

Untuk pengetahuan, torii ini laluannya agak sempit. Jadi, kena pandai cari angle untuk ambil gambar sebab orang memang sesak gila. So, gunalah kebijaksanaan korang untuk dapat the best shot.


Laluan torii


Got the angle but use the wrong camera (low quality) 💢

Souvenir pun banyak boleh beli di sini sebab ada yang unik dan hanya boleh didapati di sini sahaja. Harganya sangat berpatutan. Sebelum menyambung perjalanan ke destinasi seterusnya, kami singgah di salah satu gerai yang menjual jus orange yang boleh terus diminum dari buah. Maksudnya, tebuk lubang pada buah dan letak straw. Malas nak share gambar sebab tak cantik dek kerana poor quality of camera. Tapi korang jangan bayang saiznya macam oren sunquick kat Malaysia tu pulak. Ha ha. Besar sikit dalam 2 @ 3 kali ganda. Sedap dan fresh sangat!

Oleh kerana terlalu asyik menikmati pemandangan cantik dan sibuk mengambil gambar sana sini di shrine tersebut, kami telah tersasar dari perancangan masa kami. Akibatnya, kami terpaksa berkejaran menaiki bas dan berjalan untuk ke tempat lunch. Namun, nasib kami kurang baik kerana apabila sampai, restoran tersebut tutup kerana rupanya hari itu adalah public holiday. Patutlah ramai semacam. Sana sini penuh orang. Takde pilihan lain, kami terpaksa berpatah balik dan menukar pelan. Lastly, kami mengambil keputusan ke Restoran Halal Gion Naritaya. Makanan sedap sangat! 👍 Malah, ada surau kecil. Tandasnya juga dilengkapi dengan tempat wudhu'. Sangat menyenangkan. Walaupun agak sempit tetapi selesa dan bersih. 

Chicken Rice bowl Set 1,200円 (Sho-yu Ramen + Soy Sauce Flavoured Chicken Rice Bowl)

Halal wagyu rice bowl 850円

Setelah selesai makan dan solat, kami ke Yasaka Shrine. Di sini, boleh lihat ratusan lantern atau tanglung. Better pergi malam, boleh tengok cahaya tanglung.



Dari Yasaka Shrine kami terus berjalan ke Maruyama Park. Sebenarnya, park ini terkenal untuk cherry blossom viewing spot tetapi kami pergi masa tengah beralih musim kan, so tak dapatlah tengok.





Then, kami berjalan-jalan di Pontocho, Kawaramachi dan Shinkyogoku Shopping Street serta Philosopher Path. Pada saat itu, kami tidak banyak bergambar. Hanya berjalan menikmati keindahan malam sambil sedikit aktiviti membeli-belah kerana masing-masing sudah hampir kehabisan tenaga dan bateri kamera serta handphone juga telah nazak. 




Oleh kerana terlalu letih, kami mengambil keputusan untuk singgah di Ashoka Indian Restaurant yang terletak di Shinkyogoku Shopping Street untuk bungkus makan malam dan terus balik ke guest house.


Take away dinner from Ashoka Indian Restaurant

Setelah bekerjasama melakukan laundry, kami pun terus tidur. Tamat Day 2 di Jepun.

p/s: Majoriti makanan Jepun yang kami makan sepanjang di Jepun adalah berunsurkan mi (noodles) atau ramen. Even, menu nasi pun mesti akan dipasangkan dengan noodles atau soba. Nasib baik sedap untuk aku yang tidak berapa suka dengan makanan berjenis mi berkuah. 😋

Sunday, June 4, 2017

Day 1: Osaka, Jepun Musim Luruh (Autumn) 2016 7H6M

Hari pertama di Jepun? Excited! Teruja!💃💃Tapi ada small incident yang berlaku. Ceritanya macam ni. Atas flight ada dapat borang untuk diisi. Aku isi je la macam biasa dan mengikut info dari tour guide lah. Sampai di Kansai International Airport, turun flight naik bas ke airport. Then, masa nk cop passport, aku kena soal pasal tempat menginap. Dia tanya aku kat mana tempat tu. Aku pun jawab la mengikut alamat yang tour guide bagi tu. Dia tak puas hati. Dia tanya lagi yang sebenarnya aku ni nak jalan-jalan kat mana. Aku cakap la sekitar Osaka kan. Then, dia dok cakap sendiri dalam Bahasa Jepun sambil pandang2 aku dengan tergelak2.

Lepas tu, tiba-tiba dia angkat dan tunjuk 1 kertas. Ingatkan apa la. Panik jugak aku. Rupanya atas tu tertulis “show me the reservation”. Macam tu la lebih kurang ayatnya. Aku pun tak ingat sangat. Aku pun explain la pada dia yang actually aku ni dah bayar tour guide untuk uruskan semua. So, aku memang takde bukti reservation tu. Dia minta aku call tour guide. Memang tak boleh la nak call sebab tour guide aku tengah on the way dari Seoul, Korea. Dia masih dalam flight time tu. Aku pun tak salahkan dia sebab ada kekeliruan sikit tentang schedule kami gara-gara Airasia tukar flight schedule 3kali kot kalau tak salah aku. Dia ingat kami sampai pada hari esoknya. So, sebab tu dia lama sikit kat Seoul tu. Haha.


Ok, sambung balik pasal pegawai imegresen tadi dengan aku yang tengah terpacak berdiri kat situ disoal siasat. Funny tapi scary, beb! Ye la, kang dia tahan aku tak bagi masuk Jepun, haru!. Kalau dia hantar aku balik Malaysia takpe la. Tapi kalau dia nak tahan aku kat sana, macam mana? Ha, masalah besar tu! Dia tergelak jugak kat aku sebab aku macam blur kan. Tapi last2 dia bagi lepas jugak. Alhamdulillah, baik hati dia. Sempat jugak dia bagi nasihat lain kali kalau travel, mesti kena tahu details tempat menginap. Aku pon ok je lah. Yang peliknya kawan-kawan aku takde la pulak kena soal. Diorang relax je lepas. Mungkin pegawai yang aku kena ni strict kot. Huhu. Entah.

Walaupun hari pertama aku di Jepun bermula dengan insiden macam tu, sikit pun mood aku tak terjejas. Semangat! 😄 Lepas setel imegresen semua, kami pun duduk la melepak sekejap tunggu tour guide sampai. Niat di hati nak cari makan tapi rasa macam better tunggu je  walaupun ejen dah senaraikan beberapa muslim-friendly restaurant yang certified by Malaysia Halal Consultation and training agency di Kansai International Airport:-



  1. The U-Don
  2. Oragasoba
  3. Sojibo
  4. Hanagoyomi
Actually, berlambak je restoren halal kat situ. Yang aku kongsi ni cuma sebahagian je. Selebihnya tu pandai-pandai la korang google ye. 😁 Tour guide sampai, kitorang pergi install application untuk  free wifi sekejap, then pergi makan di Oragasoba Restaurant. So, our first meal in Japan is hot soba noodles with tempura! 💕









Habis makan kami solat di surau airport. Ada Japanese perempuan terpacak dalam surau tu. Penjaga surau. Haha. Tapi aku tak pasti la pulak sama ada dia Islam ke tidak sebab dari luaran tak nampak macam muslim. Tapi sangat la sopan dan tertib orangnya. Time tu aku dah rasa kagum dengan orang Jepun.

Then, dah solat kami naik subway ke guest house. Sampai guest house tercengang oi. Guest house kami actually apartment tingkat 5 (atas sekali) but no lift! Kau bayangkan lah nak mengangkat beg berat. Haha. Funny but annoying. Terpaksa la panjat jugak pelan2. Tapi puas hati la bilik cantik, selesa dan bersih. Walaupun penat panjat tangga naik atas sekali tapi puas bila tengok view dari rooftop. So, merasa la kan tinggal kat bilik atas rooftop macam dalam drama tu. Haha. Semua kemudahan ada. Washing machine, bilik air yang lengkap dengan sabun dan ubat gigi semua, aircond, microwave, peti ais, dapur, iron. Semua ada lah. Dan yang pling penting ada wifi weh dan boleh bawak modem wifi tu ke mana saja. Tu yang syok tu. Tak payah nk pening cari port wifi dan tak payah nak rent wifi kan. Untung!

Setelah membelek-belek kemudahan kat situ dan bergolek-golek atas tilam dalam bilik ala-ala cerita doraemon tu, kami pun siap-siap la keluar meronda. Dah gelap dah masa tu. Suhu sejuk berangin. Nyaman. Misi malam tu adalah mencari tshirt Hard Rock Cafe, makan dan menikmati keindahan malam di Osaka. Jadi, dari guest house kami pun berjalan ke HRC Osaka.


Dapat la tshirt sehelai yang orang kirim. Harga? Hmmm...



Menarik kan harganya. 😆 Dah capai misi, kami terus cari makan. So, our second meal ialah di Halal Ramen Honolu Restaurant. Dari nama restoren pun dah tau kitorang makan apa kat sana, kan. Haha. Sedap sangat. Highly recommended!


Ini pintu hadapannya.




Memasing lapar menunggu makanan. Maka, habiskan dulu air kosong 2 jag. 😅 Takde la lama pun tunggu makanan tapi maybe sebab banyak berjalan dan cuaca sejuk, tu yang laju je air kosong. Hehe.




Spicy chicken ramen 💕 Sedap oi. Takde rasa pedas ternganga ke apa. Ok je. Ayam tu dia roasted tau. Lembut betul.




Chicken Soy Sauce Ramen 👆 Ini pun sedap sangat. Sesuai bagi yang tak makan pedas.




Halal Gyoza 😍 Intinya ialah sayur campur yang dicincang kalau tak salah. Ingat-ingat lupa dah. 😁

Untuk pengetahuan bagi yang tak tahu, ramen di negara luar biasanya ada pork dan alkohol. Jadi, jangan main belasah je, ok? Kalau takde pengesahan halal baik jangan try lah. Tapi yang ini disahkan halal. Diorang ada display sijilnya. Dah habis makan, kami jalan ke Dotonbori yang menjadi simbol kepada Osaka. Meriah betul! Memang bersemut orang kat sana. Sesak.





Kat sini banyak kedai makanan, hiburan dan untuk shopping. Tapi kami takde beli apa pun sebab baru hari pertama. So, tengah excited dengan environment. Baru nak adapt. Haha. Takde rasa nak menyopping lagi. Kami layan je papan-papan tanda menarik yang penuh dengan replika besar seperti sotong, ketam, lembu, ikan dan macam-macam lagi. Kemudian, kami pun berjalan pulang ke apartment. Tamat hari pertama di Osaka.

p/s: Ruginya rasa tak try takoyaki kat Dotonbori yang orang cakap sedap tu. Takkan nak kena repeat trip lagi.. Huhuhu