Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 17, 2016

PeRkoNgSiaN mErBaHayA!!! ~PART 2~

*** Continued from previous post..

Ya Allah! Terbeliak mata aku tengok article di internet. Tak percaya, aku search lagi, lagi dan lagi. Berderau darah aku. Takutnya. Rasa jahil pun ada. Rupanya produk-produk yang aku pakai sebelum ini mengandungi bahan berbahaya. Bukan sahaja bahaya pada kulit wajah, malah boleh menular ke sistem dalaman badan. Lepas aku baca je semua article2 tu, aku tak fikir panjang dah. Terus berhenti. Bahan merbahaya yang aku maksudkan adalah MERKURI.

Kebanyakan wanita including me tak pandang pun ingredients produk2 kecantikan yang nak dipakai. Selalu tertarik dengan iklan2. Tambah pula kalau nampak kesan yang sangat memuaskan dalam jangka masa yang pendek. Mudah. Sapu sahaja boleh cantik & putih sekelip mata. Wah, kedengaran sangat menarik! Tetapi tunggulah kesannya bila kita berhenti pakai. Aku alami sendiri. Memang teruk! Malu jugak nak berhadapan dengan orang. Tambah pulak kerja aku memang berdepan dengan customer hari2. Tapi aku nekad. Sebelum terlambat aku mesti stop! Apa yang membuatkan aku nekad? Mari aku kongsikan info2 yang aku dapat masa searching.

Apa itu merkuri? 

Merkuri atau raksa termasuk dalam golongan logam berat yang beracun meski pun digunakan dalam jumlah yang kecil. Ia berfungsi untuk mengecutkan noda hitam pada kulit dan pemakai merasakan seolah-olah ia hilang pada kulit. Jika pemakaian dihentikan, noda tersebut akan timbul kembali bahkan lebih lebar. 

Ciri-ciri kosmetik mengandungi merkuri?

1. Tekstur krim MELEKIT.

2. Krim tidak HOMOGEN (tidak menyatu & kasar).


3. Bau yang TAJAM. Biasanya berbau logam yang kuat. Tetapi ada juga yang berbau sangat wangi untuk menutup bau logam.

4. Berwarna PUTIH dan KUNING. Umumnya krim siang berwarna kuning dan krim malam berwarna putih dan berkilat seperti mutiara. Tetapi tak semua macam tu, so kena berwaspada selalu.

5. Bila diusapkan pada kulit lengan terasa PANAS dan GATAL.


6. Pada pemakaian awal menyebabkan iritasi pada kulit dan kemerahan bila terkena sinaran matahari. Ini adalah kesan kulit menjadi semakin sensitif.


7. Hasil dapat dilihat dalam masa yang SINGKAT. Kulit dapat berubah putih dalam waktu singkat (kurang 2 minggu, bergantung pada kadar kandungan merkuri, makin tinggi makin lebih cepat putih). Kalau produk yang sihat, kulit akan cerah (putih normal) tapi putih yang terhasil dari produk yang ada merkuri adalah putih pucat.


8. Kulit LICIN dan cepat MERAH serta tidak timbul jerawat, hal ini disebabkan lapisan kulit asid mantel telah rosak. Kulit juga sudah tiada protein dan melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari radiasi sinaran matahari juga sudah tidak berfungsi, sampaikan mikrob pun tak akan boleh hidup pada kulit yang telah tercemar dengan merkuri. Jerawat dalam keadaan normal adalah berfungsi sebagai indikator tahap kandungan protein di dalam kulit. Bila kita lupa nak bersihkan muka, jerawat akan keluar. Tapi pada kulit yang dah tercemar dengan merkuri, hal ini tidak terjadi lagi sebab struktur protein kulit telah berubah dan rosak.


9. Pori-pori mengecil dan kulit halus dengan cepat. Ini sebenarnya disebabkan lapisan kulit luar wajah kita telah nipis dan terhakis oleh logam merkuri. Jadi nampak pori-pori mengecil dan halus. Cuba uji dengan keluar di bawah sinaran matahari, jika kulit rasa terbakar, gatal disertai kemerahan, maknanya positif kulit dah rosak. Ini disebabkan kulit wajah sudah tidak mendapat perlindungan dari melanin yang berfungsi melindungi wajah kita dari radiasi matahari.


Kesan memakai kosmetik mengandungi merkuri?
    1. Gangguan saraf : Alzheimer, Parkinson serta gangguan-gangguan ringan seperti insomnia, pelupa, tekanan emosi, gementar, gangguan penglihatan.

    2. Memperlambat pertumbuhan janin : Merkuri tidak akan dapat disingkirkan oleh ginjal dan akan bertahan dekat situ sekaligus bila hamil, akan effect dekat janin. Risiko mendapat anak autism/ pertumbuhan anak terencat menjadi tinggi.

    3. Wajah menjadi lebih rosak : Timbulnya tompokan hitam dan jeragat yang teruk dikemudian hari.

    4. Kerosakan buah pinggang : Merkuri akan terkumpul di ginjal sehingga menyebabkan bau urine 'menyengat'.

    5. Risiko penyakit kanser : Terutamanya kanser kulit, payudara, serviks dan paru-paru.

    6. Merkuri boleh memasuki salur darah dan berkumpul di Ovari sekaligus boleh menyebabkan cyst atau keputihan yang melampau.

    Kesan berhenti memakai kosmetik mengandungi merkuri?

    1. Bila kulit dah tercemar dengan merkuri dan pemakaian dihentikan, akan timbul jerawat kecil-kecil disertai rasa gatal. (Ini kesan ketara yang aku alami)

    2. Kemudian akan timbul bintik-bintik hitam di bawah kulit ataupun merata di wajah.

    3. Warna putih pada kulit wajah lama-kelamaan akan berubah menjadi abu-abu dan selanjutnya menjadi kehitaman. (Ini pun terjadi jugak dekat aku)


    Macam mana? Sangat bahaya kan sebenarnya merkuri ni. Ini baru sikit je yang aku kongsikan. Korang boleh search sendiri di internet. Macam2. Mungkin korang akan rasa takutnya dengan kesan2nya tapi lagi takut memikirkan kesan bila stop pakai. Cuba korang fikir dalam2. Lagi lama korang dok tahan tak nak stop, lagi lama benda tu terkumpul. Memang la korang mesti akan rasa jugak kesan berhenti pakai tu. Betul, tidak dinafikan. Kan aku cakap tadi aku alami sendiri. Tapi aku confident jugak depan orang dengan muka yang berbintik2 merah, dengan kesan terbakarnya, gatal, pedih. Ada orang tegur tapi aku relax je. Jawab je la kau dalam treatment untuk sihatkan kulit. Buat apa nak malu? 

    Penggunaan bahan tercemar dalam kosmetik bukan benda baru. Kita dah terkena so nak buat macam mana. Face it! Baik kau bertindak sekarang sebelum terlambat. Kesian la pada tubuh badan sendiri, kesihatan diri. Merkuri juga boleh bawa maut, tahu? Tanyalah pada diri sendiri, sanggup ke nak menanggung risiko hanya untuk kelihatan cantik di luaran? Kesan berhenti memakai boleh dipulihkan tetapi kesan pemakaian macam mana? Berhentilah sebelum terlambat. Nanti aku kongsikan bagaimana untuk memulihkan kulit yang dah tercemar dengan merkuri.

    p/s : Panjang lebar pulak aku berleter. mrgreen

    Tuesday, March 15, 2016

    PeRkoNgSiaN mErBaHayA!!! ~PART 1~

    Assalamualaikum.

    Alhamdulillah, masih istiqamah untuk update blog. Hehe. Hari ni nak berkongsi sesuatu untuk manfaat bersama. Terutama bagi kaum Hawa. Aku kongsikan pengalaman aku sendiri. Bukan cakap kosong. Bukan dari Pak Cik Google. Dan bukan juga dari orang lain.

    Dari tadi asyik nak berkongsi tetapi berkongsi tentang apa? Tentang penjagaan wajah. Aku pasti semua orang nak nampak cantik, handsome, segak. Sebab tu sanggup berhabis untuk produk2 kecantikan. Aku pun sama jugak. Dulu time sekolah menengah memang aku tak pakai apa2 produk. Sebab kulit muka aku ok je, takde masalah. Aku dok asrama. Tengok kawan2 semua pakai produk. Aku rasa macam aku tak normal pulak. Haha. Sebab aku beranggapan kalau perempuan takde pakai krim bagai macam tak feminine lah. Tak lengkap. Atau dalam kata lain, kalau kau tak pakai produk2 kecantikan, kau bukan perempuan lah. Gitu! Maklumlah, time tu innocent. Haha. Naif.

    So, aku pun outing dengan kawan, beli la pencuci muka Safi. Hihi. Lama-lama aku start beli 1 set. Lepas tu bila observe kawan lain pakai yang tu yang ni. Aku pun ikut. Sekejap Safi, sekejap Fair & Lovely, Ponds and macam2 la aku beli. Kulit muka ok je time tu tapi rasa tak selesa. Melekit. Bila pakai bedak jadi tak sekata. Bertampuk-tampuk. 

    Kemudian, bila aku masuk matrikulasi, kakak aku pakai 1 produk ni. Jenis produk yang jual kat kedai2 jamu & yang seangkatan dengannya tu. Aku tengok kulit dia licin, putih. Aku berkenan. So, try pakai. Memang licin & bersih kulit muka. Tapi sekejap saja. Lama2 muka aku jadi merah. Pedih. Gosok sikit pun sakit. Semua yang jumpa aku, semua tanya soalan yang sama. “Tak sihat ke?”. Even Lecturer aku pun tanya. Stress aku time tu. Confident level pun turun. Segan bila berdepan dengan orang. Terutama time buat presentation dalam kelas. 

    Masuk university aku tukar pakai produk biasa. Yang jual kat supermarket tu. Time tu muka aku ada jerawat. Jerawat tumbuh macam seminggu sekali. So parut penuh jugak la muka. Tapi bukanlah parut kekal. Sebab kan belum sempat parut ni nak hilang, jerawat baru tumbuh pulak. So berbintik2 juga la muka aku. 

    Then, one day aku outing dengan kawan. Time aku masuk kedai belek2 tudung, kakak yang kerja kat kedai tu tegur aku. Dia promote satu produk ni. Dia siap refer pada kawan dia lagi sebagai contoh keberkesanan produk tu. Kononnya dulu muka kak tu teruk, sekarang ok. Aku & kawan termakan dengan kata dia. So, kami beli. Pakai seminggu terus naik jerawat kat pipi. Besar2 pulak tu. Hangin aku! Aku pergi semula kedai tu, aku jumpa kak tu. Tapi bukan kat kedai yang sama. Kat kedai lain. Haha. Dia tukar kerja dengan orang lain. Katanya tak nak dah kerja situ sebab ramai orang complain produk dia tak bagus. Hohoho. Apakah? Aku tukar produk. Tapi jerawat tu masih naik kat pipi. Besar2. Malu aku. Aku memang down betul time tu. Segan bila bertemu dengan orang. Rasa nak sorok muka. 

    Lepas aku grad, time tengah tunggu nak konvo, aku jumpa 1 produk. Try. Licin! Walaupun kadang2 naik jerawat tetapi ok la dari dulu. Tapi parut jerawat dulu masih ada. Berbekas kat pipi aku. Macam berlubang2. Tahun 2012, masuk dunia pekerjaan, kakak ipar aku recommend 1 produk. Aku pakai memang berkesan. Licin, putih & gebu. Tapi kawan2 sekerja selalu tegur. Katanya kadang2 muka aku merah sangat. Macam sakit. Tapi aku tak kisah. Sebab aku rasa confident naik. Haha.

    Then, one day ada budak part time yang kerja  sama unit dengan aku tegur. Tanya tentang produk yang aku pakai. Katanya kulit muka aku nampak tak sihat. Putih tapi tak sihat. Faham? Berminyak.. Merah.. Aku bagitau aku pakai M**** S******. Depan aku dia google kan sesuatu......

    Friday, March 4, 2016

    SyUkuR...

    Sedih. Memang sedih. Siapa yang tak sedih. Kalau begini caranya. Bukan tidak dapat menerima. Tetapi sebak. Terkilan. Entah. Ini bukan perkara yang tidak dijangka. Telah dijangka. Tetapi aku kecewa. Walaupun aku tahu perkara ini akan terjadi. Hanya menunggu masa. Tetapi aku masih berharap. Berharap agar pintu hatinya terbuka. Berharap agar akal fikirannya berubah. Berharap agar keputusannya lebih rasional. Tetapi dia mensiakan peluang yang ada. Masih sama. Kesian...

    Mujur Allah kurniakan aku dengan orang sekeliling yang setia menyokong, sedia menghulurkan tangan dan sentiasa menaikkan semangat. Bertuahnya aku. Syukur. Alhamdulillah... 

    "Rabbi Yaasir wa la tuaasir, Rabbi Tammim bilkhoir” 
    Ya Allah permudahkanlah urusanku dan jangan kau susahkan sempurnakanlah dengan kebaikan.

    Aamiin. 


    Thursday, March 3, 2016

    aMaNaH Ke...??


    Speechless... Tak tahu nak cakap apa. Nak bagi reaksi macam mana. Bercakap tentang amanah dalam bekerja tetapi... Hmmm.. Entah. Cukup sekadar amanah? Sampai lupa nilai kemanusiaan? Itukah makna tanggungjawab? Betul, amanah itu wajib dalam pekerjaan. Tidak dinafikan. Tetapi kalau melakukan sesuatu perkara buruk dengan alasan amanah, apa hukumnya tu? Mungkin sebenarnya kita ni tidak benar-benar memahami & mendalami maksud AMANAH DALAM PEKERJAAN itu sendiri. Kalau nak check diri amanah ke tak amanah, mungkin boleh rujuk checklist di bawah:-

    a) Tahu akan bidang tugas sendiri.
    b) Mesti ada rasa tanggungjawab dan tidak membebankan orang lain.
    c) Melakukan setiap tugas yang diberi dengan bersungguh-sungguh dan terbaik.
    d) Komited pada kerja. 
    e) Jauh dari sebarang sifat yang tidak baik seperti khianat, mementingkan diri dan lain-lain.
      
    Sabda Rasullullah s.a.w. :
    Ada tiga tanda munafiq : Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianati.

    Hmm.. Aku tak nak komen banyak pasal ni. Aku serah segalanya kepada Yang Berkuasa. Sesungguhnya ketentuan dan perancangan Allah itu adalah yang TERBAIK. InsyaAllah...

    "Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan Tuhan.."

    Wednesday, February 24, 2016

    BaCk foR gOoD..!


    Assalamualaikum semua.... Fuh! Dah lama tak update blog. Dah decide close blog pun. Password pun dah lupa. Setelah 4 tahun close, terdetik rasa nak berblog semula. Rindu. Bila go through semula post2 lama, nostalgiknya. Seronok dapat mengimbas kenangan lama. Banyak yang dilalui. Pahit, manis, suka, duka.. Semua tersemat rapi dalam blog ni. Dalam hati pun simpan juga tapi dalam blog ni menguatkan lagi ingatan tu. Hihi. Kenapa la aku decide nak close dulu kan. cry Hmmm.. Let's just move on. 

    Alhamdulillah, masih berkesempatan berkongsi pengalaman di sini. Aku masih seperti dahulu. Tak banyak yang berubah. Masih kuat makan, suka berjalan, suka berangan, suka menulis. Actually, aku nak try tulis novel. Dah start sikit dalam 10 pages. Haha. Sikit sangat tu. Tapi takpe kan, as long as aku start. Kalau tak start memang tak ke mana la. Haha. Aku pun tak tahu sama ada aku akan hangat-hangat tahi ayam saja ke or consistent. Please doakan aku consistent. InsyaAllah, aku akan kongsi kat sini nanti untuk korang comment for improvement. razz

    Btw, for your information aku tengah working on the layout of my blog. Supaya sesuai dengan jiwa aku yang sekarang. Yang dah sedikit matang (kot). Mungkin makan masa sebab aku pun dah lupa macam mana nak guna blog ni. Nak kena belajar balik dari my BFF, Hatie. Jealous aku tengok blog dia. Cantik! So, buat masa ni don't be too surprise kalau korang tengok layout aku tunggang terbalik or banyak kekurangannya. mrgreen

    Ok, lah. Aku pun tak nak cerita panjang2 lagi. Aku simpan sikit tulisan aku untuk next post. InsyaAllah wink