Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 22, 2016

Bagaimana Memulihkan Kulit Muka yang Tercemar dengan Merkuri? ~Bhgn2~

Tiba-tiba terasa nak sambung entry ni dulu. Sebelum ni aku rasa macam takde idea nak menulis bahagian 2 ni. Tu yang aku keluarkan entry Korea dulu. Tapi malam ni otak aku macam terfikir "nak yang ni dulu, yang ni! Yang tu nanti dulu lah! Haha, gitu. Tolong faham mood aku yang mengada-ngada tu, ok. 🙊 Dah, jom sambung.

Aku ingatkan sekali lagi. Seeloknya korang check produk yang korang pakai sekarang ni ada tak mengandungi bahan merbahaya pada kulit. Ada tak ciri-ciri produk tu mengandungi merkuri. Kalau takde, alhamdulilah. Tapi kalau ada, apa yang korang perlu lakukan?

1. Berhenti
Hentikan penggunaan produk tersebut serta-merta walaupun masa tu korang baru je restock. Jadi, banyak lagi. Sayang nak buang sebab tak nak membazir. Tidak! Itu tindakan yang salah. Lagi lama guna, lagi banyak toxic yang terkumpul. Lagi terjejas teruk la keadaan kulit muka tu. Maka, lagi panjang proses pemulihan yang perlu ditempuh. 

2. Bertenang
Jangan panik sampai nak cepat-cepat beli produk lain dan pakai. Takut nanti bahan kimia produk lama bereaksi dengan bahan kimia produk baru. Mana la tau kan sebab kita tak nampak apa yang berlaku di bawah kulit tu. Nanti komplikasi kulit menjadi lebih buruk. So, apa yang kau perlu buat ialah berhenti dari pakai apa2 pun kat muka tu. Termasuk pembersih muka dan bedak. Jangan pakai langsung. Cuci dengan air biasa sahaja. Bagi lah kulit muka tu ruang untuk berehat dan bernafas dari sebarang bahan kimia. Biarkan ia melawan toxic2 yang terkumpul itu sendiri. Beri peluang pada proses pembaikpulihan kulit berlaku secara semula jadi. Sampai bila? Seeloknya 2 minggu.

3. Bertindak
Dalam masa korang buat 2 perkara di atas, buatlah sedikit kajian sendiri tentang produk apa yang sesuai dan selamat untuk digunakan bagi membantu proses baikpulih kulit. Ingat ye, kajian sendiri. Jangan la tanya pada orang lain terutama penjual sebab mesti la dia akan suggest produk yang dia jual. Tiada siapa yang lebih tahu keadaan kulit korang dari korang sendiri. Jadi, rajinkan lah diri untuk cari yang terbaik. Bila dah pilih produk yang terbaik untuk kulit muka tu, boleh la segera mendapatkannya melalui saluran yang betul. Dapatkan nasihat dari mereka yang lebih pakar jika perlu.

4. Bersabar
Diingatkan sekali lagi bahawa merkuri tidak hanya terkumpul di lapisan kulit tetapi ia boleh menyerap masuk ke dalam salur darah. Jadi, proses untuk buang merkuri dari dalam badan bukannya mudah. Perlukan masa. Tidak boleh terburu-buru. Mesti dirawat peringkat by peringkat. Maka, kesabaran itu sangat penting.

Aku kongsikan sedikit macam mana aku apply 4 benda di atas dalam proses pemulihan kulit muka aku dengan bantuan Mary Kay.

Memulihkan kulit muka yang tercemar dengan bantuan Mary Kay

1. Berhenti - Selepas tahu yang produk aku pakai selama ni mengandungi merkuri yang tinggi, aku nekad berhenti pakai walaupun masa tu aku baru je beli 2 hari lepas. Penuh lagi dalam bekas tapi aku tak peduli.

2. Bertenang - Aku memang sedikit panik bila baca tentang merkuri. Tapi macam yang aku beritahu sebelum ni, dalam panik aku masih cool. Haha. Walaupun lepas aku berhenti pakai je, kesan merkuri dah mula nampak, aku tetap relax ja. Macam mana aku tenangkan diri? Dengan berfikir secara positif! Korang pun boleh cuba. Sangat membantu.

3. Bertindak - Setelah aku buat keputusan untuk memilih Mary Kay, aku terus contact beauty consultant Mary Kay. Sebab produk Mary Kay tidak dijual di mana-mana kedai. Hanya boleh dapat melalui beauty consultant yang sah dan berdaftar sahaja. Kalau ada yang dijual kat mana-mana tu, aku sarankan jangan beli sebab selalunya diorang takkan buat follow up. So, susah la nanti urusan 90 days jaminan tu.

4. Bersabar - Yang ni aku sedikit tersasar. Dari mula aku terus daftar untuk jadi beauty consultant Mary Kay. Bukan kerana aku nak buat business jual Mary Kay tetapi kerana berdasarkan kaji selidik aku, aku tahu aku akan guna produk ni dalam masa yang lama sebab sangat bersesuaian dengan kehendak aku. Setelah berdaftar aku boleh terus order ke Mary Kay tanpa perlu melalui consultant aku tetapi segala nasihat dia aku masih ikut sebab dia kan beauty consultant aku. 😀 Dia suggest aku pakai botanical set tapi pakai pembersih dan pelembap ja dulu. Aku ikut. Aku nampak perubahan kulit muka aku sedikit demi sedikit tapi aku rasa tak cukup. Aku nak lebih cepat. Jadi, aku pandai2 add serum dan apa lagi entah. Akibatnya, muka aku jadi kering sangat dan gatal. Panik gila aku. Terus rujuk pada consultant. Kena la tegur pasal tak nak dengar cakap kan. Haha. Pengajaran buat aku. Kesan Mary Kay memang lambat. Tapi tu pun sebab ia merawat kulit peringkat demi peringkat. Atas nasihat consultant, aku pakai ikut apa yang dia sarankan. Alhamdulillah, sekarang kulit muka aku dah berubah banyak dah. Semakin sihat. Aku share 1 gambar perubahan keadaan kulit aku semasa dalam proses pemulihan. Kalau rajin, nanti aku share gambar terkini pulak,ok?


Happy ending. The end. Haha. Gelak gelak jugak tapi fakta aku serius. Aku menulis berdasarkan pengalaman. Jadi, ambil lah yang jernih buang lah yang keruh. Eh?!

Wednesday, December 21, 2016

Part 1: Tempat Menarik Dilawati di Korea

Rajin aku update blog? Jangan tertipu. Macam yang aku cakap sebelum ni, penulisan aku berdasarkan mood. Kebetulan, sekarang mood nak menulis je 24 jam. So, sebelum mood tu melayang, kena cepat-cepat settle kan lambakan draft2 lama yang berkurun tertangguh. Itu yang update bertingkat-tingkat tu. 😆 Ok, sambung. Sebenarnya, aku nak kongsi itinerary sepanjang 8H7M di Korea tapi aku dah lupa susunannya sebab setahun dok peram entry ni. Tambah pulak aku tak sempat nak catat perjalanan sebab seronok sangat sampai buku nota dan pen tolak ke tepi. Huhu.. Jadi, aku kongsikan tempat-tempat yang aku lawati kat sana.

1. Ewha Womans University
Sepanjang di Korea, kami menginap di Shinchon Hostel. Sangat best dan selesa. Banyak kemudahan juga macam iron, washing machine dan pantry. Oleh kerana kedudukannya yang sangat dekat dengan Ewha Womans University (universiti perempuan yang terkenal di Korea), hari-hari kami berjalan ke universiti tu. Setiap pagi, ok!  Bergambar tak habis2. Lawa sangat oi kawasannya. Dekat entrance pun aku dah terpikat, apa lagi bila melangkah masuk. Aduhai. Dekat area situ jugak ada Ewha Womans University Fashion Street. Situ pun hari-hari dok ulang pergi. Macam-macam ada. Pakaian, accessories, kasut, makanan dan kosmetik. Schedule kami berjalan jauh sampai pukul 5 atau 6 sahaja. Malam untuk makan dan shopping di area berdekatan supaya dapat rehat yang secukupnya. Sebab tu setiap malam mesti datang sini. Dah macam pergi pasar malam je. Hahaha. 






2. Namsan Tower @ N Seoul Tower
Di sini banyak pokok sakura di kiri kanan jalan. Cantik sangat! Menariknya kat Namsan ni ialah ‘love padlock’. Setiap pasangan kekasih yang datang sini mesti akan letak mangga kunci yang ditulis dengan nama pasangan masing-masing.







3. Itaewon

Di Itaewon, banyak kedai makanan foreigners. Macam2 pilihan. Ada Indian, Middle East dan Asian foods. Halal food juga banyak di sini. Jadi, pengunjung muslim mesti kena datang. Best dapat makan makanan Korea halal 😍 Dah sampai sini, mesti kena singgah solat di Seoul Central Mosque, masjid terbesar di Korea Selatan.







4. Namsangol Hanok Village
Kalau nak merasa masa lampau di Korea boleh la datang sini. Dapat juga tengok upacara perkahwinan tradisional Korea dan dapat cuba permainan tradisional diorang. 





5. Bukchon Hanok Village
Di sini penuh dengan rumah tradisional Korea. Berbeza dengan Namsangol Hanok Village, Bukchon Hanok Village ialah residential area. Bermaksud rumah2 di situ masih dihuni oleh orang Korea. So, tak boleh buat bising atau suka hati redah masuk dalam kawasan rumah orang. Signboard pun banyak sana sebagai peringatan untuk pengunjung supaya tidak mengganggu ketenteraman penduduk. Kalau tak, merasalah kena halau dengan tuan rumah. Di sini juga ada terletaknya rumah lokasi penggambaran drama "Personal Taste". 😝. 






Selesai part 1. Fuh! Bukan main lama lagi aku siapkan entry ni. Salah aku juga tak susun gambar ikut tempat. Berterabur dalam folder. Apa-apa pun, nanti aku share lagi beberapa tempat lain yang menarik di Korea. Tunggu... 😎

p/s: Moga-moga dapat update part 2 sebelum mood hilang. Haishhh!

Sunday, December 18, 2016

Persediaan ke Korea Musim Spring 2015 8H7M

Alhamdulillah 17 April 2015, aku dan 2 best friends aku (Azu dan Hatie) selamat sampai di bumi Korea. Eh, sekejap. Dah setahun lebih oi. Baru nak update? Apa kes? Dah basi teruk tu. Haha. Who cares? Blog aku, aku punya suka la đŸ˜ĩ Anyway, ini adalah pengalaman pertama aku melancong ke negara 4 musim. Dia punya excited tu memang lain macam. Tahap tinggi woo.. 🙌🙌 Tapi dalam masa yang sama aku nervous jugak. Tak tau nak expect macam mana. Sebab tak pernah merasa cuaca dan suasana kat sana kan. Actually, kami beli tiket flight ni setahun sebelum tu. Tanpa bincang atau buat research dulu. Main redah je beli sebab nak tiket murah punya pasal. Hahaha. Lepas beli tiket tu, hari-hari kot aku dan kawan2 ber whatsapp pasal preparation nak ke Korea ni. Apa kau ingat senang2 je ke nak redah pergi negara orang ni. Kena la ada ilmu sikit. Banyak benda nak kena consider.

Perkara penting yang perlu diteliti sebelum melancong ke luar negara

1. Musim & suhu
Info ini mesti kena ambil tahu sebab ia akan jadi guideline untuk sediakan barang-barang penting yang lain. Musim sejuk December-Mac, musim bunga Mac-Mei, musim panas Julai-Ogos, musim luruh September-November. Boleh google tengok ramalan cuaca dan suhu. Dah tau cuaca dan suhu baru la boleh senarai barang lain macam baju, ubat, kasut, makanan dan sebagainya. Contoh kes aku, aku pergi bulan 4. Musim bunga. Menurut beberapa website yang aku baca, time aku pergi tu musim hujan. Maka, payung harus menjadi antara barang yang wajib ada dalam backpack/handbag. Mesti sediakan payung sebelum hujan. Kalau tak nak bawak, beli je kat sana. Payung yang transparent tu ha. Banyak je sana.

2. Passport/Visa
Ini pun penting jugak ni. Check negara yang nak pergi tu perlukan visa atau passport je. Macam Korea tak perlu visa. Passport dah cukup. Mesti kena check tarikh sah passport tu. Nanti tak pasal-pasal meraung pulak kat airport tu sebab passport dah expired. Untuk renew, cukup dengan bawak passport lama dan IC je. Dan tak lupa juga, sila la semak nama korang kat website imegresen tu walaupun yakin benar yang korang takde buat kesalahan yang boleh menyebabkan sekatan imegresen. Mana la tau tiba2 nama tersesat dalam senarai hitam tu. At least boleh la settle awal sebelum terbang. Ce bayang kalau tiba2 kena tahan kat airport tu. Aduhai, melepas la impian korang nak jumpa actor2 korea yang jambu tu. Ops! 🙈

3. Travel secara backpackers VS travel with agent
Yang ini pun kena fikir jugak. Kalau nak try redah sendiri, mesti kena banyak buat reserach. Terutama untuk fahami sistem pengangkutan awam diorang supaya senang kat sana nanti. Takde la nak sesat sampai kau jadi stress dan letih. Takut nanti membazir masa, tenaga dan wang ringgit. Habis la. Kurang la peruntukan untuk shopping nanti 😭 Travel secara backpackers memang adventurous tapi challenging! Aku tak rajin buat research dan aku jugak fail giler kalau bab jalan ni. Kat Malaysia pun aku terkedek2 cari jalan. Inikan pula negara orang. Tak dapat nak bayangkan. Jadi, setelah mepertimbangkan segala aspek, maka aku pilih guna agent je la. Tapi kena ingat, nak ambil perkhidmatan ejen pun kena hati-hati ye. Mesti kena siasat habis-habisan! Maklumlah banyak penipuan sekarang ni. So, be careful, ok?

4. Itinerary
Bagi yang decide nak redah sendiri tu sila lah rajin kan diri buat itinerary. Susun jadual perjalanan sebaiknya supaya tidak mengundang sesalan di kemudian hari. Dah la bukan senang nak sampai Korea kan. Lama ikat perut, simpan duit nak pergi tu. Aku faham sebab aku pun macam tu. Haha. Jadi, manfaatkan lah masa berharga kat sana tu, ok? Bagi yang guna khidmat ejen pun perlu jugak buat research sikit pasal tempat-tempat yang ejen nak bawak korang pergi tu. Kalau rasa ada tempat yang tak penting sangat atau ada tempat yang korang teringin sangat nak pergi, elok lah berbincang dengan ejen untuk ubahsuai jadual.

Barang penting yang perlu dibawa ke Seoul, Korea

1. Wang 
Ha! Jangan sesekali lupa pulak nak tukar duit lebih awal. Nak harapkan tukar kat airport, mahal kot. Tapi kalau korang tak kisah boleh je. Itu terpulang pada masing-masing punya kehendak dan kemampuan. Sebelum beredar dari money changer, pastikan check keadaan duit. Elok ke koyak ke. Semak jugak resit dan nilai yang diterima sama tak untuk mengelakkan penipuan ataupun kekeliruan. Berkenaan dengan berapa yang nak kena tukar tu, aku suggest kan dalam RM500-RM1000 untuk shopping. Kalau nak selesa RM1000. Lebih baik kalau list kan siap2 barang apa yang nak dibeli. Jadi, senang sikit untuk buat belanjawan. Asingkan duit kepada 3 bahagian iaitu makanan, shopping dan accommodation bagi mengelakkan over budget. 



2. Pakaian
Aku packing baju berdasarkan cuaca dan suhu di sana. Spring sederhana sejuk. Antara 10℃ – 22℃ je masa aku pergi tu (17-24 April 2015). So, aku bawak jacket yang sederhana tebal sahaja. Tapi kita tak boleh jangka jugak suhu dan cuaca ni. Terutama ini pengalaman pertama aku, jadi aku spare jacket sedikit tebal. First aku sampai tu memang rasa sejuk sebab mungkin tak biasa dengan suhu macam tu dan kebetulan hari aku sampai tu suhu agak rendah. So, malam pertama kat sana memang aku pakai baju tebal yang aku spare. Tapi hari lain suhu adalah sederhana. Macam kat cameron je. Cuma pagi dan malam memang sejuk. Better pakai jacket yang mudah ditanggal dan disimpan supaya bila suhu biasa, boleh tanggal jacket dan bila suhu rendah boleh sarung balik jacket. Stokin aku bawak 4 pasang. 1 yang tebal tu aku buat pakai tidur sebab dalam bilik memang sejuk malam2 terutama lantai. Kalau nak borong stokin kat Korea pun ok. Berlambak di jual dan comel. Murah cuma 1000 won je. Gloves aku bawak tapi tak pakai sebab jacket aku ada poket, so kalau tangan sejuk aku seluk dalam poket je.



3. Ubat-ubatan
Yang ini bawak mengikut keperluan sendiri. Lain orang lain keperluannya. Contoh aku bawak panadol sebab biasanya aku mudah dapat sakit kepala kalau berjalan sepanjang hari kat luar dan aku bawak jugak plaster. Takut kaki melecet. Tapi memang 2 hari terakhir tu kaki aku melecet kat jari kelingking. Better letak plaster terus bila rasa sikit2 sakit tu. Jangan tunggu sampai dah melecet teruk. Aku bawak banyak. Senang nak tukar bila ambik wuduk. Salonplas aku bawak takut kalau2 aku terlebih shopping, angkut beg berat buat bahu jadi sakit. Tapi alhamdulillah aku tak guna pun sebab tak sakit dan lagipun petang kami akan balik bilik dulu untuk solat dan rehat. Jadi, boleh la simpan barang2 kat bilik sebelum sambung jalan lagi malam tu. Yang lain tu aku bawak minyak angin untuk pelbagai guna dan jugak telan vitamin C hari2 untuk elak demam dan selsema. Semua ubatan ni jadi benda wajib ada dalam backpack aku. Letak semua dalam 1 beg kecik supaya senang nak ambik dan simpan.



4. Makanan
Aku bawak maggi in case kalau tak kenyang atau lapar tengah2 malam. Bawak jugak tupperware, sudu dan garpu sebab aku tak berani la nak guna pinggan mangkuk kat pantry. Takut-takut kalau sebelum ni diorang letak makanan yang tak halal. So, better bawak sendiri. Lebih selamat dan bersih. Biskut dan coklat aku letak dalam backpack sebagai bekalan tenaga untuk berjalan. Aku cadang nak bawak roti untuk breakfast tapi roti tak tahan lama. So, aku bawak muffin. Pagi2 breakfast aku makan muffin sebijik dan banana/strawberry uyu (milk) yang aku beli kat sana.
  

5. Toiletries
Yang ni tak payah terangkan kot. Masing2 tau keperluan diri. Cuma untuk kurangkan space dan berat beg, aku beli bekas kecik2 kat watsons. Dah siap jual dalam set. Siap dapat beg transparent ni. Mudah. Senang nak simpan. Kat Korea ada sediakan shower cream dan shampoo tapi aku bawak takut kalau sensitif pada produk dia. Kalau taknak bawak pun takpa. Terpulang.




6. Gadget
Kamera dan handphone macam baiasa. Wajib bawak. Jangan lupa bawak power bank sebab mesti akan sibuk snap2 gambar sepanjang jalan dan ambik video. So, bateri cepat habis. Universal adapter sangat penting untuk charge hanphone or kamera. Lain negara lain plug dia, so mesti bawak. Tapi check betul2 sebelum beli. Pastikan adapter tu sesuai dipakai di Korea sebab sesetengah adapter hanya boleh guna untuk sesetengah negara sahaja. Walaupun katanya "universal", kena double check jugak. Sebab benda ni jadi pada kawan aku. Dia bawak universal adapter tapi tak boleh guna di Korea. Kesian.   

7. Lain-lain keperluan
Botol mineral kosong aku bawak 2. 1 untuk ke toilet sebab toilet di Korea takde paip air. Cuma disediakan toilet paper. So, kena isi air kat sinki. 1 lagi botol untuk isi air minum. Saja aku bawak in case kehabisan mineral water kat bilik. So, boleh la isi air kat pantry. Wet dan dry tissue macam biasa untuk pelbagai guna. Lap tangan, muka dan untuk ke toilet. Lip balm dan pelembap wajib bawak sebab cuaca sejuk dan kering. So, kulit muka akan mengelupas dan bibir kau pun akan merekah dan berdarah kalau teruk. Simpan di tempat yang mudah dicapai macam dalam poket sebab beberapa jam sekali kena apply. Sunblock better bawak sebab walaupun cuaca sejuk dan tak terasa terik mentari tapi UV nya sangat tinggi. So, kalau taknak sunburn pakai lah. Mouthwash dan sanitizer tu tak bawak takpe. It untuk hygiene je bila berjalan dan makan kat luar. 1 lagi aku bawak Mint Bliss Energizing Lotion for Feet & Legs. Sangat membantu bila kaki rasa sengal2 dah letih. Rasa sejuk mint tu buat kaki rasa refreshing dan lega. Aku bawak setiap kali keluar berjalan supaya lepas solat boleh apply sekali lagi. So, selesa la kaki. Bertenaga je nak melangkah.



Ha, macam tu la serba sedikit persediaan aku untuk ke Korea pada musim bunga 2015. Semoga bermanfaat untuk first timer macam aku. Selamat melancong ke Korea! 💕 

p/s: Ada banyak lagi entry yang terperam kat drafts tu. Bila nak habis oi. 😓

Saturday, December 17, 2016

Kenangan Terindah di Alor Pongsu


Bermula dengan 1 kad jemputan, siapa sangka 4 Disember menjadi tarikh keramat yang mengusik jiwa, mengungkit memori lama serta mencipta kenangan yang takkan dapat dilupakan.

Dua minggu lepas, abang aku ada cakap nak pergi kenduri di Alor Pongsu. Oleh kerana aku ni bukan jenis yang suka sangat pergi makan kenduri di rumah orang yang aku tak kenal, maka takde la rasa nak mengikut. Walaupun sebenarnya hati ini sedikit terusik mendengar perkataan "Alor Pongsu". Kenapa? Kerana di situ lah tempat aku membesar sehingga lah ayah aku meninggal 20 tahun lalu. Banyak kenangan bersama arwah ayah di sana. Dah lama sangat tak menjejak kaki ke sana. Seingat aku, lepas kami pindah ke Kedah, ada la dalam 3 kali kot kami menjengah untuk jumpa kawan-kawan lama serta menguruskan beberapa hal arwah ayah. Jadi, bila mak dan kakak aku ajak pergi sekali, aku tak fikir panjang, terus ikut.

Kami gerak dari KL pada 3 Disember. Bermalam dulu di Bagan Datoh. Rumah mertua abang aku yang dijadikan homestay. Sampai dah malam tapi sempat la jugak anak buah aku berendam dalam kolam renang walaupun sekejap. Esok tu kami gerak lambat ke rumah kenduri untuk bagi masa kat dia berendam sampai puas. Dengan aku sekali join berendam 😂 Siap main perahu lagi kat kolam ikan. Akibatnya kami sampai lambat kat tempat kenduri. Mak aku kata sana biasanya kenduri habis awal. Alhamdulillah rezeki kami, ada la lagi lauk. Kata tuan rumah tetamu yang datang melebihi dari yang dijangka. Aku memang tak kenal tuan rumah. Tapi menurut kata abang dan mak aku, dia dulu sama-sama bekerja di kilang beras ayah aku. Aku memang langsung tak ingat.

Murah betul rezeki aku hari tu. Aku baru saja cakap kat mak teringin nak makan pulut kacau. Kebetulan door gift tuan rumah ialah pulut kacau. Sedap! Masa makan, aku cakap dengan kakak aku. Terasa macam nak pergi melawat rumah kami yang dulu. Sebab dah alang2 sampai situ. Rupanya bukan aku sorang fikir macam tu. Abang dan kakak aku pun fikir benda yang sama. Maka, lepas kenduri tu kami pun jalan-jalan la tengok kawasan situ. Abang aku la yang paling seronok sebab dia dapat jumpa balik kawan2 dia yang dulu. Aku ni kurang ingatan sikit. Tak berapa nak kenal atau ingat orang sangat. Maklum la masa kami pindah ke Kedah tu aku baru darjah 2. Mana la aku ingat sangat.

Dalam perjalanan ke rumah lama kami, jumpa tadika tempat aku belajar dulu di Surau Al-Ansar. Kata abang, pernah dia dan arwah ayah terlupa nak ambik aku. Mencebik ja aku sebab semua orang dah balik. Tinggal aku sorang je. 😭 Dia cakap lagi, aku ni suka baca buku kartun. Then, gelak sorang2. Hahaha. Yang tu memang aku ingat. Aku memang gila komik. Pantang arwah ayah keluar, mesti aku kirim komik. 😛

Jumpa jugak klinik kesihatan tempat aku dan kawan2 bermain. Tak jauh pun dengan rumah kami. Aku ingat lagi kayuh basikal ke sana. Kat situ ada taman. Ada pondok macam gazebo kat taman tu. Kat situ la aku main masak2 dan doktor2 dengan kawan2 aku. Aku juga ingat masa aku sakit tengah malam (demam ke apa entah), arwah ayah bawa aku ke klinik tu ketuk pintu rumah doktor malam tu.

Sampai rumah lama kami, aku sedih sangat. Dah terbiar. Last aku datang, rumah tu dijadikan pondok polis. Berdepan dengan rumah kami dulu ada kilang beras. Dulu aku suka main kat kilang tu jugak. Tangkap ikan kecik kat parit depan tu. Main anak tikus yang tak berbulu. Haha. Di kilang tu jugak aku belajar tunggang basikal. Dan aku pernah kena langgar dengan motosikal depan kilang tu. Ya Allah, rindunya... Tak terkata perasaan ni. Hanya Tuhan saja yang tahu. Tak lama pun kat situ. Tak berhenti pun. Lalu sahaja. Terkilan juga tak berhenti dan ambil gambar buat melepaskan rindu tapi Insya Allah panjang umur, ada rezeki aku datang lagi.

Lepas tu kami berangkat ke rumah Pak Mid. Dalam banyak2 orang, aku paling ingat muka Pak Mid. Tak sangka kami dapat juga bertemu. Walaupun rumah Pak Mid dan kawasan sekitar dah berubah, dengan izin Allah kami jumpa jugak rumah Pak Mid. Seronok dengar Pak Mid bercerita tentang hal dulu. Tentang arwah ayah terutamanya 😊

Depan rumah Pak Mid ada pokok ceri. Bukan buah ceri yang letak kat kek tu. Ceri Malaysia. Tak tahu la aku nama betulnya. Haha. Rumah lama aku dulu pun ada pokok ceri jugak. Aku memang suka makan. Manis sangat! Isi dia penuh dengan biji2 halus. Sekarang aku jarang jumpa pokok ni. Anak buah aku pun tak kenal buah ni. Nak balik tu Pak Mid bekalkan kami dengan beberapa biji buah kelapa pandan muda.

Hmm.. Entah bila pula dapat datang lagi. Seronok sangat dapat mengimbau memori lama. Akan aku simpan semua kenangan ini rapi di dalam hati.

p/s: Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Yakinlah dengan Allah dan sentiasalah mengucapkan syukur pada-Nya.