Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 26, 2017

Part 2: Makanan Sedap di Korea

8. Banana Uyu / Susu Pisang
Datang Korea tak sah kalau tak try susu ni. Boleh beli di mana-mana convenient store di Korea. Perisa yang popular ialah banana tapi actually semua perisa pun sedap! Ada perisa banana (hijau), light (biru), strawberry (pink) dan lain-lain.



9. Coffee dan Smoothies
Orang Korea memang suka minum kopi. Di mana-mana saja ada jual kopi. Kopi ni dah jadi macam fesyen atau gaya hidup diorang. Drama Korea pun banyak adegan di kedai kopi. So, mesti kena try. Sepanjang 8H7M di Korea, aku cuba kopi di 2 tempat. First, beli di convenient store. Packaging menarik dan banyak pilihan. Walaupun instant tetap sedap. Sekali rasa pasti berkali-kali ulang beli. 💕


  
Second, beli di Hello Kitty Cafe, Hongdae. Masa sampai sini hujan renyai-renyai. Minum kopi panas yang ada muka kitty cute di atasnya sambil menikmati suasana cafe yang pinkish memang best! Ada juga dessert dijual di sini tapi kami tak try sebab nak simpan perut untuk makan ttoekbokki. 😁 


Selain coffee, kami try smoothies di MANGOSIX Coffee Dessert Cafe. Yang ni try sebab pengaruh drama Korea. Haha. 



10. Bingsu (Korean Shaved Ice)
Bingsu adalah sejenis ais yang diparut halus. Lebih kurang macam ABC atau ais kacang versi korea. Tetapi aisnya lebih halus dan tidak mudah cair. Tak macam ais kacang di Malaysia yang manis, bingsu ni sedikit plain. So, boleh tuang condensed milk untuk sedikit rasa manis. Kami try 2 bingsu dari 2 kedai yang berlainan. First, Injeolmi (Korean rice cake) Bingsu di Baekseol Gongju The World Dessert Cafe, Ewha Womans University. Sedap betul! Ais yang cair dalam mulut terus buat aku jatuh cinta pandang pertama kepada bingsu. Haha. Strongly recommended for you to try this!




Second, kami try Premium Fresh Strawberry Bingsu di Sulbing Dessert Cafe, Ewha Womans University. Toppingnya adalah fresh strawberry + cheese/milk flavored ice cream (tak ingat yang mana satu) + whipped cream. Boleh tambah condensed milk (dalam mangkuk kecil). Sedap!



Kesimpulannya kedua-dua bingsu pun sedap tapi perisa yang paling aku suka ialah Injeolmi! 💕 

11. Shrimp Burger
Ini lunch kami semasa ke SBS Drama Special Exhibition di KINTEX. Beli set (termasuk air dan fun fries) di Lotteria Fast Food Restaurant. Rasanya sedap dan tidak mengecewakan!



12. Turkish Kebab
Di Itaewon banyak sangat kedai makanan halal. Antara yang popular ialah Mr. Kebab Restaurant yang menjual Halal Turkish Kebab. Boleh pilih nak chicken, lamb, beef dan banyak lagi. Isi banyak dan sos pun sedap! Depan kedai ada jual aiskrim Turki. Aku ada try aiskrim Turki di Itaewon tapi bukan yang kat depan kedai ni pasal dah kenyang makan kebab masa tu. Haha. Tekstur aiskrim lain sikit dari aiskrim biasa. Macam liat tapi memang sedap! 


p/s: Rindunya pada Korean foods. Walaupun kat Malaysia dah berlambak tapi tetap tak sama  đŸ˜­

Saturday, February 25, 2017

Part 1: Makanan Sedap di Korea

1. Albap (Fish-roe Mixed Rice)
Ini first meal aku di Seoul, Korea. Dekat je dengan Shinchon Hostel tempat kami menginap. Dalam area Shinchon/Ewha Womans University. Alchon Restaurant namanya. Basically, restoran ini menjual albap sahaja iaitu nasi yang dihidangkan bersama telur ikan. Senang cerita, albap ni macam adik beradik bibimbap la sebenarnya. Sejenis nasi campur. Bahannya simple tapi rasanya memang sedap dan mengenyangkan. Harga pun berpatutan iaitu antara 3,000 - 5,000 won kalau tak salah. Tapi bagi yang Muslim, sila beritahu pada mereka supaya tidak letak daging/ham sebab biasanya diorang letak daging dalam tu. Side dishes boleh ambil sendiri di tempat yang disediakan. Sedap!


   

2. Ikan bakar dan sambal sotong ala Korea
Sedap oiii. Teringat-ingat sampai ke hari ni.😂 Dekat area Shinchon jugak. Gosame Restaurant namanya. Selain ikan bakar dan sambal sotong, ada juga sundubu jigae (soft tofu stew) yang lazat. Ikan bakar tu sejenis ikan mackarel. Air kosong disediakan dalam thumbler. Takde gelas ye. Nak minum, boleh guna mangkuk silver yang ada kat hujung meja. Memang mangkuk tu fungsinya untuk letak air minum. Jangan hairan pula 😄




Satu lagi kedai yang aku makan ikan bakar adalah di Insadong. Dah tak ingat pula nama kedainya. Huhu. Kedai tu macam restoren tradisional Korea. Boleh pilih nak duduk di meja yang berkerusi atau nak duduk di meja bersila di lantai sahaja (Korean style). 


  

3. Galchi Jorim (Asam pedas Korea)
Jangan main-main. Dekat Korea pun ada asam pedas tau! 😋 Heuksando Restaurant di Myeondong. Ada ikan mackarel bakar juga di sini. Rasa asam pedasnya memang tak sama dengan kita punya asam pedas tapi masih sedap. Licin kami makan. 😁 Side dishes pun ok. Lepas habis makan, owner dia datang bagi yogurt free. Terbaik lah! 👍 





4. Bulgogi 
Boring juga asyik makan seafood je. Nak juga rasa daging atau ayam di Korea. Maka, kami ke Makan Restaurant (Halal Korean Food) di Itaewon. Restoren ni ada sijil halal daripada KMF (Korea Muslim Federation). Ownernya muallaf Korean. Waitress pun Muslim student. Side dishes sedap sangat. Banyak kali juga kami minta tambah sampai jadi segan dibuatnya. 😂 Bulgogi pun memang the best lah! Makan dengan nasi dan sup 👍👍 Selain bulgogi banyak lagi makanan Korea yang korang boleh pilih. Bagi aku, dalam banyak-banyak makanan yang kami makan sepanjang 8 hari di Korea, makanan di restoren ini yang paling sedap! Lepas makan boleh singgah di Seoul Central Mosque (Masjid Itaewon) untuk solat.  




5. Jajangmyeon (Korean Black Soybean Sauce Noodles), Rice with Spicy Grilled Chicken and Vegetables (Dakgalbi) dan Rice with Marinated Beef and Vegetables 
Ketiga-tiga menu ini boleh didapati di Asian Family Restaurant DongmoonNami Island. Dekat dengan musolla. Restoren ini juga ada sijil halal. Ada banyak pilihan menu dari makanan Korea sehingga lah makanan dari negara-negara Asia yang lain.







6. Tteokbokki (Korean Spicy Rice Cake)
Tteokbokki antara makanan Korea yang terkenal. So, mesti kena try. Kami cuba Seafood Tteokbokki di Crazy Tteok Restaurant, Hongdae. Sedap tapi pedas sangat. 😅 Boleh pilih tahap kepedasan dari -1, 0 dan +1. Makan jangan lupa pakai apron tau. So, takde la nak kotor tudung atau baju. Portion nya banyak. Jenuh juga kami yang berempat ni nak habiskan. Dah la pedas kan. 😰  Jangan lupa cakap kat diorang no meat, ok?





7. Jjamppong (Spicy Seafood Noodle Soup) dan Sweet Potato Pizza 
Sweet Potato Pizza di Nipong NaepongEwha Womans University memang sedap sangat. Mesti kena cuba! Jjamppong di sini ada banyak pilihan. Boleh pilih ikut taste masing-masing tapi macam biasa elakkan daging. 





p/s: Phew... Seksa nak habiskan part 1. Nafsu makan membuak-buak. 😓 Sayang betul kualiti gambar tak berapa bagus sebab dah tak sabar nak makan. Maka, tangkap gambar ala kadar je la. 😁

Thursday, February 23, 2017

Street Foods di Korea yang Mesti Dicuba

Perasan tak kalau tengok drama atau show Korea especially Running Man, mesti ada episod yang diorang pergi pasar atau beli makanan di gerai tepi jalan. Macam best je bila tengok ekspresi muka diorang makan kat tepi jalan tu. Memang terliur habis! Jadi, dah alang-alang sampai Korea, aku try beberapa street foods. Memang sedap sangat! 😋

1. Hotteok (Sweet Korean Pancake)
Sejenis lempeng atau penkek yang ada inti. Ada banyak pilihan inti. Yang aku try tu dia letak madu. Beli di Namdaemun Market. 700 won sahaja sebiji. Perghhh! Sedap dimakan panas-panas terutama bila musim sejuk atau hujan. Memang kena sangat lah sebab time aku kat sana memang musim hujan. 




2. Gyeranppang (Korean Egg Bread)
Gyeranppang ni sebenarnya roti telur. Luarannya berwarna perang. Inti dalam lembut sangat. Sesuai makan panas-panas masa musim sejuk. Memang sedap!


3. Odeng (Fish Cake)
Odeng ialah fish cake yang dicucuk menggunakan lidi panjang dan dicelup ke dalam sup. Memang banyak gerai yang jual benda ni. Tapi apa yang membezakan mereka ialah sup tu sebenarnya. Seingat aku yang aku try tu supnya ada macam cili kering kot. Rasa pedas-pedas sikit tapi bukan lah pedas yang sampai berasap telinga. Sedang-sedang enak gitu. 


4. Sotong goreng tepung
Yang ni pun sedap. Rempah tepung dia tu memang terasa betul. Sotong dia pun takde la liat. Rasa pedas-pedas sikit.


5. Octopus Takoyaki
Boleh didapati di area Ewha University. Satu kotak ada 8 biji. Harga dalam 3,000 won kalau tak salah.


6. Kklutarae (Gula Tarik Korea)
Yang ni jumpa di Myeondong Market. Boleh lihat sendiri cara pembuatannya. Penjual akan buat demo sambil explain setiap langkah buat kklutarae. Menariknya penjual akan explain mengikut bahasa pembeli. Contoh macam aku dari Malaysia, so dia explain dalam bahasa Melayu. Peramah dan mesra pelanggan. Nak ambil video ataupun bergambar, diorang layan je. Sempoi sangat! Kagum betul bagaimana dari seketul madu yang keras ditarik menjadi belasan ribu helaian benang halus. Ada pelbagai pilihan inti seperti almond, walnut, peanut, chocolate dan lain-lain. Rasanya pun sedap dan tak manis sangat. Sesuai untuk bawa balik sebagai souvenir tapi kena pandai jaga supaya madu tu tak cair. Kalau cair nanti helaian benang tu dah tak nampak dan akan jadi keras. Hilang rasa rangupnya. Dalam gambar kotak basah sikit sebab aku frozen kan untuk bawa balik Malaysia. 😜



p/s: Mencabar betul buat entry pasal makanan ni. Asyik terliur ja 😭