Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 8, 2017

Tuesday, March 7, 2017

Tempat Penginapan di Korea - ShinChon Hostel

Penginapan adalah perkara penting yang perlu diambilkira semasa travel. Dah penat berjalan mesti perlukan tempat yang selesa untuk rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan bagi hari seterusnya. Aku memang cerewet sikit tentang tempat penginapan. Terutama bab kebersihan toilet. Pantang aku kalau toilet kotor. Memang aku takkan jejak kaki. Jadi, sebelum sampai Korea, awal-awal lagi dah request pada tour guide untuk cari penginapan yang memenuhi beberapa kriteria. Alhamdulillah tour guide memahami dan memilih ShinChon Hostel sebagai tempat penginapan kami selama 8hari 7malam di Korea.



Shinchon Hostel ni terletak di kawasan Ewha Womans University. Kalau dari Ewha Womans University subway station, jalan kaki 3min je dah sampai. Malam kat kawasan ni memang meriah sebab di sini juga terletak University Fashion Street. Macam-macam ada. Pakaian, accessories, kasut, makanan dan kosmetik. Memang boleh berhabis jugak la shopping kat sini. Kalau korang baca entry aku pasal foods di Korea, banyak menu yang kami cuba adalah di restoren sekitar hostel ni je. Sedap semuanya. Selain itu, antara sebab kenapa kami memilih hostel ini adalah kerana memenuhi semua kritirea yang kami request pada tour guide.

1. Private bathroom
Kebanyakan budget hotel/hostel yang aku survey, bilik airnya di luar. Kena kongsi. Aku memang tak berkenan kalau nak kongsi bilik air ni. Maklumlah, lain orang lain perangainya. Takut nanti ada yang pengotor, susah la nak maintain kebersihan. So, aku tak kisah kalau mahal sikit asalkan privacy terjaga.  Di hostel ni, bilik air dalam bilik. Siap provide shampoo dan sabun mandi lagi. Kalau habis boleh minta refill, ok. Towel pun boleh tukar bila-bila masa. Boleh letak towel kotor di tempat yang disediakan dan ambil towel baru di rak. Shower macam biasa, boleh adjust temperature ikot keselesaan.



2. Laundry facilities
Kami di Korea 8hari. Banyak tu baju nak kena bawak kalau tak berbasuh. Tambah pula aku ni jenis yang tak boleh nak ulang pakai kalau tak basuh. Rasa Kotor. Huhu. So, mesti kena ada washing machine supaya jimat ruang luggage dan tak perlu la nak buang masa menapak cari dobi. ShinChon Hostel ada sediakan kemudahan ni. Free je guna. Sabun basuh pun dia sediakan. Tak payah susah-susah nak bawak dari Malaysia atau beli di kedai.

3. Iron facilities
Kemudahan ini paling penting buat kaum hawa macam kami yang juga pencinta tudung bwal. 😛 Takkan la 8hari tu kami nak pakai tudung yang sama. Nanti berbau dan kotor pulak. Ha, macam mana? Harus la basuh atau tukar tudung. Tapi takkan la nak pakai tudung yang berkedut seribu. Tak kemas dan cantik gitu. Maka, itu perlunya iron 😁 Kemudahan ni diorang letak dekat dengan pantry. Dekat rest area sebelah tv.


4. Kemudahan lain
Selain 3 kemudahan yang kami request seperti di atas tu, terdapat juga kemudahan lain macam pantry. Setiap pagi diorang akan letak bahan makanan untuk breakfast seperti roti, telur, ramen, kopi, teh dan banyak lagi. So, pandai-pandai la masak sendiri guna bahan-bahan yang disediakan tu. Ada juga rest area untuk rehat sambil tengok tv. Komputer pun ada kalau nak guna. 


Bilik kami amik Triple Room sebab kami bertiga.  Selesa sangat dengan 1 single bed + 1 double bed + air conditioner + cable TV + refrigerator + hair dryer + private bathroom.


p/s:  Finally, cerita Korea tamat!