Alhamdulillah 17 April 2015, aku dan 2 best friends aku (Azu dan Hatie) selamat sampai di bumi Korea. Eh, sekejap. Dah setahun lebih oi. Baru nak update? Apa kes? Dah basi teruk tu. Haha. Who cares? Blog aku, aku punya suka la 😵 Anyway, ini adalah pengalaman pertama aku melancong ke negara 4 musim. Dia punya excited tu memang lain macam. Tahap tinggi woo.. 🙌🙌 Tapi dalam masa yang sama aku nervous jugak. Tak tau nak expect macam mana. Sebab tak pernah merasa cuaca dan suasana kat sana kan. Actually, kami beli tiket flight ni setahun sebelum tu. Tanpa bincang atau buat research dulu. Main redah je beli sebab nak tiket murah punya pasal. Hahaha. Lepas beli tiket tu, hari-hari kot aku dan kawan2 ber whatsapp pasal preparation nak ke Korea ni. Apa kau ingat senang2 je ke nak redah pergi negara orang ni. Kena la ada ilmu sikit. Banyak benda nak kena consider.
Perkara penting yang perlu diteliti sebelum melancong ke luar negara
1. Musim & suhu
Info ini mesti kena ambil tahu sebab ia akan jadi guideline untuk sediakan barang-barang penting yang lain. Musim sejuk December-Mac, musim bunga Mac-Mei, musim panas Julai-Ogos, musim luruh September-November. Boleh google tengok ramalan cuaca dan suhu. Dah tau cuaca dan suhu baru la boleh senarai barang lain macam baju, ubat, kasut, makanan dan sebagainya. Contoh kes aku, aku pergi bulan 4. Musim bunga. Menurut beberapa website yang aku baca, time aku pergi tu musim hujan. Maka, payung harus menjadi antara barang yang wajib ada dalam backpack/handbag. Mesti sediakan payung sebelum hujan. Kalau tak nak bawak, beli je kat sana. Payung yang transparent tu ha. Banyak je sana.
2. Passport/Visa
Ini pun penting jugak ni. Check negara yang nak pergi tu perlukan visa atau passport je. Macam Korea tak perlu visa. Passport dah cukup. Mesti kena check tarikh sah passport tu. Nanti tak pasal-pasal meraung pulak kat airport tu sebab passport dah expired. Untuk renew, cukup dengan bawak passport lama dan IC je. Dan tak lupa juga, sila la semak nama korang kat website imegresen tu walaupun yakin benar yang korang takde buat kesalahan yang boleh menyebabkan sekatan imegresen. Mana la tau tiba2 nama tersesat dalam senarai hitam tu. At least boleh la settle awal sebelum terbang. Ce bayang kalau tiba2 kena tahan kat airport tu. Aduhai, melepas la impian korang nak jumpa actor2 korea yang jambu tu. Ops! 🙈

3. Travel secara backpackers VS travel with agent
Yang ini pun kena fikir jugak. Kalau nak try redah sendiri, mesti kena banyak buat reserach. Terutama untuk fahami sistem pengangkutan awam diorang supaya senang kat sana nanti. Takde la nak sesat sampai kau jadi stress dan letih. Takut nanti membazir masa, tenaga dan wang ringgit. Habis la. Kurang la peruntukan untuk shopping nanti 😠Travel secara backpackers memang adventurous tapi challenging! Aku tak rajin buat research dan aku jugak fail giler kalau bab jalan ni. Kat Malaysia pun aku terkedek2 cari jalan. Inikan pula negara orang. Tak dapat nak bayangkan. Jadi, setelah mepertimbangkan segala aspek, maka aku pilih guna agent je la. Tapi kena ingat, nak ambil perkhidmatan ejen pun kena hati-hati ye. Mesti kena siasat habis-habisan! Maklumlah banyak penipuan sekarang ni. So, be careful, ok?
4. Itinerary
Bagi yang decide nak redah sendiri tu sila lah rajin kan diri buat itinerary. Susun jadual perjalanan sebaiknya supaya tidak mengundang sesalan di kemudian hari. Dah la bukan senang nak sampai Korea kan. Lama ikat perut, simpan duit nak pergi tu. Aku faham sebab aku pun macam tu. Haha. Jadi, manfaatkan lah masa berharga kat sana tu, ok? Bagi yang guna khidmat ejen pun perlu jugak buat research sikit pasal tempat-tempat yang ejen nak bawak korang pergi tu. Kalau rasa ada tempat yang tak penting sangat atau ada tempat yang korang teringin sangat nak pergi, elok lah berbincang dengan ejen untuk ubahsuai jadual.
Barang penting yang perlu dibawa ke Seoul, Korea

1. Wang
Ha! Jangan sesekali lupa pulak nak tukar duit lebih awal. Nak harapkan tukar kat airport, mahal kot. Tapi kalau korang tak kisah boleh je. Itu terpulang pada masing-masing punya kehendak dan kemampuan. Sebelum beredar dari money changer, pastikan check keadaan duit. Elok ke koyak ke. Semak jugak resit dan nilai yang diterima sama tak untuk mengelakkan penipuan ataupun kekeliruan. Berkenaan dengan berapa yang nak kena tukar tu, aku suggest kan dalam RM500-RM1000 untuk shopping. Kalau nak selesa RM1000. Lebih baik kalau list kan siap2 barang apa yang nak dibeli. Jadi, senang sikit untuk buat belanjawan. Asingkan duit kepada 3 bahagian iaitu makanan, shopping dan accommodation bagi mengelakkan over budget.
2. Pakaian
Aku packing baju berdasarkan cuaca dan suhu di sana. Spring sederhana sejuk. Antara 10℃ – 22℃ je masa aku pergi tu (17-24 April 2015). So, aku bawak jacket yang sederhana tebal sahaja. Tapi kita tak boleh jangka jugak suhu dan cuaca ni. Terutama ini pengalaman pertama aku, jadi aku spare jacket sedikit tebal. First aku sampai tu memang rasa sejuk sebab mungkin tak biasa dengan suhu macam tu dan kebetulan hari aku sampai tu suhu agak rendah. So, malam pertama kat sana memang aku pakai baju tebal yang aku spare. Tapi hari lain suhu adalah sederhana. Macam kat cameron je. Cuma pagi dan malam memang sejuk. Better pakai jacket yang mudah ditanggal dan disimpan supaya bila suhu biasa, boleh tanggal jacket dan bila suhu rendah boleh sarung balik jacket. Stokin aku bawak 4 pasang. 1 yang tebal tu aku buat pakai tidur sebab dalam bilik memang sejuk malam2 terutama lantai. Kalau nak borong stokin kat Korea pun ok. Berlambak di jual dan comel. Murah cuma 1000 won je. Gloves aku bawak tapi tak pakai sebab jacket aku ada poket, so kalau tangan sejuk aku seluk dalam poket je.
3. Ubat-ubatan
Yang ini bawak mengikut keperluan sendiri. Lain orang lain keperluannya. Contoh aku bawak panadol sebab biasanya aku mudah dapat sakit kepala kalau berjalan sepanjang hari kat luar dan aku bawak jugak plaster. Takut kaki melecet. Tapi memang 2 hari terakhir tu kaki aku melecet kat jari kelingking. Better letak plaster terus bila rasa sikit2 sakit tu. Jangan tunggu sampai dah melecet teruk. Aku bawak banyak. Senang nak tukar bila ambik wuduk. Salonplas aku bawak takut kalau2 aku terlebih shopping, angkut beg berat buat bahu jadi sakit. Tapi alhamdulillah aku tak guna pun sebab tak sakit dan lagipun petang kami akan balik bilik dulu untuk solat dan rehat. Jadi, boleh la simpan barang2 kat bilik sebelum sambung jalan lagi malam tu. Yang lain tu aku bawak minyak angin untuk pelbagai guna dan jugak telan vitamin C hari2 untuk elak demam dan selsema. Semua ubatan ni jadi benda wajib ada dalam backpack aku. Letak semua dalam 1 beg kecik supaya senang nak ambik dan simpan.
4. Makanan
Aku bawak maggi in case kalau tak kenyang atau lapar tengah2 malam. Bawak jugak tupperware, sudu dan garpu sebab aku tak berani la nak guna pinggan mangkuk kat pantry. Takut-takut kalau sebelum ni diorang letak makanan yang tak halal. So, better bawak sendiri. Lebih selamat dan bersih. Biskut dan coklat aku letak dalam backpack sebagai bekalan tenaga untuk berjalan. Aku cadang nak bawak roti untuk breakfast tapi roti tak tahan lama. So, aku bawak muffin. Pagi2 breakfast aku makan muffin sebijik dan banana/strawberry uyu (milk) yang aku beli kat sana.
5. Toiletries
Yang ni tak payah terangkan kot. Masing2 tau keperluan diri. Cuma untuk kurangkan space dan berat beg, aku beli bekas kecik2 kat watsons. Dah siap jual dalam set. Siap dapat beg transparent ni. Mudah. Senang nak simpan. Kat Korea ada sediakan shower cream dan shampoo tapi aku bawak takut kalau sensitif pada produk dia. Kalau taknak bawak pun takpa. Terpulang.
6. Gadget
Kamera dan handphone macam baiasa. Wajib bawak. Jangan lupa bawak power bank sebab mesti akan sibuk snap2 gambar sepanjang jalan dan ambik video. So, bateri cepat habis. Universal adapter sangat penting untuk charge hanphone or kamera. Lain negara lain plug dia, so mesti bawak. Tapi check betul2 sebelum beli. Pastikan adapter tu sesuai dipakai di Korea sebab sesetengah adapter hanya boleh guna untuk sesetengah negara sahaja. Walaupun katanya "universal", kena double check jugak. Sebab benda ni jadi pada kawan aku. Dia bawak universal adapter tapi tak boleh guna di Korea. Kesian.
7. Lain-lain keperluan
Botol mineral kosong aku bawak 2. 1 untuk ke toilet sebab toilet di Korea takde paip air. Cuma disediakan toilet paper. So, kena isi air kat sinki. 1 lagi botol untuk isi air minum. Saja aku bawak in case kehabisan mineral water kat bilik. So, boleh la isi air kat pantry. Wet dan dry tissue macam biasa untuk pelbagai guna. Lap tangan, muka dan untuk ke toilet. Lip balm dan pelembap wajib bawak sebab cuaca sejuk dan kering. So, kulit muka akan mengelupas dan bibir kau pun akan merekah dan berdarah kalau teruk. Simpan di tempat yang mudah dicapai macam dalam poket sebab beberapa jam sekali kena apply. Sunblock better bawak sebab walaupun cuaca sejuk dan tak terasa terik mentari tapi UV nya sangat tinggi. So, kalau taknak sunburn pakai lah. Mouthwash dan sanitizer tu tak bawak takpe. It untuk hygiene je bila berjalan dan makan kat luar. 1 lagi aku bawak Mint Bliss Energizing Lotion for Feet & Legs. Sangat membantu bila kaki rasa sengal2 dah letih. Rasa sejuk mint tu buat kaki rasa refreshing dan lega. Aku bawak setiap kali keluar berjalan supaya lepas solat boleh apply sekali lagi. So, selesa la kaki. Bertenaga je nak melangkah.
Ha, macam tu la serba sedikit persediaan aku untuk ke Korea pada musim bunga 2015. Semoga bermanfaat untuk first timer macam aku. Selamat melancong ke Korea! 💕
p/s: Ada banyak lagi entry yang terperam kat drafts tu. Bila nak habis oi. 😓

3 comments:
Sebagai tips, dalam itinerary, kami cadangkan untuk elak pergi government shop atau compulsary shop. Apa yang mereka jual, anda boleh jumpa di tempat lain yang lebih murah dan lebih banyak pilihan.
Contoh seperti national ginseng centre atau amethyst factory.
Untuk dapat harga murah, pergi ke tempat seperti Myeongdong, Dongdaemun atau Namdaemun.
Salam perkenalan dari kami
ARBA Travel =)
Salam,
Thanks atas perkongsian menarik. Bagaimana nak contact melalui email?
Thanks
Terbaik nice info
Post a Comment