Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, December 17, 2016

Kenangan Terindah di Alor Pongsu


Bermula dengan 1 kad jemputan, siapa sangka 4 Disember menjadi tarikh keramat yang mengusik jiwa, mengungkit memori lama serta mencipta kenangan yang takkan dapat dilupakan.

Dua minggu lepas, abang aku ada cakap nak pergi kenduri di Alor Pongsu. Oleh kerana aku ni bukan jenis yang suka sangat pergi makan kenduri di rumah orang yang aku tak kenal, maka takde la rasa nak mengikut. Walaupun sebenarnya hati ini sedikit terusik mendengar perkataan "Alor Pongsu". Kenapa? Kerana di situ lah tempat aku membesar sehingga lah ayah aku meninggal 20 tahun lalu. Banyak kenangan bersama arwah ayah di sana. Dah lama sangat tak menjejak kaki ke sana. Seingat aku, lepas kami pindah ke Kedah, ada la dalam 3 kali kot kami menjengah untuk jumpa kawan-kawan lama serta menguruskan beberapa hal arwah ayah. Jadi, bila mak dan kakak aku ajak pergi sekali, aku tak fikir panjang, terus ikut.

Kami gerak dari KL pada 3 Disember. Bermalam dulu di Bagan Datoh. Rumah mertua abang aku yang dijadikan homestay. Sampai dah malam tapi sempat la jugak anak buah aku berendam dalam kolam renang walaupun sekejap. Esok tu kami gerak lambat ke rumah kenduri untuk bagi masa kat dia berendam sampai puas. Dengan aku sekali join berendam 😂 Siap main perahu lagi kat kolam ikan. Akibatnya kami sampai lambat kat tempat kenduri. Mak aku kata sana biasanya kenduri habis awal. Alhamdulillah rezeki kami, ada la lagi lauk. Kata tuan rumah tetamu yang datang melebihi dari yang dijangka. Aku memang tak kenal tuan rumah. Tapi menurut kata abang dan mak aku, dia dulu sama-sama bekerja di kilang beras ayah aku. Aku memang langsung tak ingat.

Murah betul rezeki aku hari tu. Aku baru saja cakap kat mak teringin nak makan pulut kacau. Kebetulan door gift tuan rumah ialah pulut kacau. Sedap! Masa makan, aku cakap dengan kakak aku. Terasa macam nak pergi melawat rumah kami yang dulu. Sebab dah alang2 sampai situ. Rupanya bukan aku sorang fikir macam tu. Abang dan kakak aku pun fikir benda yang sama. Maka, lepas kenduri tu kami pun jalan-jalan la tengok kawasan situ. Abang aku la yang paling seronok sebab dia dapat jumpa balik kawan2 dia yang dulu. Aku ni kurang ingatan sikit. Tak berapa nak kenal atau ingat orang sangat. Maklum la masa kami pindah ke Kedah tu aku baru darjah 2. Mana la aku ingat sangat.

Dalam perjalanan ke rumah lama kami, jumpa tadika tempat aku belajar dulu di Surau Al-Ansar. Kata abang, pernah dia dan arwah ayah terlupa nak ambik aku. Mencebik ja aku sebab semua orang dah balik. Tinggal aku sorang je. 😭 Dia cakap lagi, aku ni suka baca buku kartun. Then, gelak sorang2. Hahaha. Yang tu memang aku ingat. Aku memang gila komik. Pantang arwah ayah keluar, mesti aku kirim komik. 😛

Jumpa jugak klinik kesihatan tempat aku dan kawan2 bermain. Tak jauh pun dengan rumah kami. Aku ingat lagi kayuh basikal ke sana. Kat situ ada taman. Ada pondok macam gazebo kat taman tu. Kat situ la aku main masak2 dan doktor2 dengan kawan2 aku. Aku juga ingat masa aku sakit tengah malam (demam ke apa entah), arwah ayah bawa aku ke klinik tu ketuk pintu rumah doktor malam tu.

Sampai rumah lama kami, aku sedih sangat. Dah terbiar. Last aku datang, rumah tu dijadikan pondok polis. Berdepan dengan rumah kami dulu ada kilang beras. Dulu aku suka main kat kilang tu jugak. Tangkap ikan kecik kat parit depan tu. Main anak tikus yang tak berbulu. Haha. Di kilang tu jugak aku belajar tunggang basikal. Dan aku pernah kena langgar dengan motosikal depan kilang tu. Ya Allah, rindunya... Tak terkata perasaan ni. Hanya Tuhan saja yang tahu. Tak lama pun kat situ. Tak berhenti pun. Lalu sahaja. Terkilan juga tak berhenti dan ambil gambar buat melepaskan rindu tapi Insya Allah panjang umur, ada rezeki aku datang lagi.

Lepas tu kami berangkat ke rumah Pak Mid. Dalam banyak2 orang, aku paling ingat muka Pak Mid. Tak sangka kami dapat juga bertemu. Walaupun rumah Pak Mid dan kawasan sekitar dah berubah, dengan izin Allah kami jumpa jugak rumah Pak Mid. Seronok dengar Pak Mid bercerita tentang hal dulu. Tentang arwah ayah terutamanya 😊

Depan rumah Pak Mid ada pokok ceri. Bukan buah ceri yang letak kat kek tu. Ceri Malaysia. Tak tahu la aku nama betulnya. Haha. Rumah lama aku dulu pun ada pokok ceri jugak. Aku memang suka makan. Manis sangat! Isi dia penuh dengan biji2 halus. Sekarang aku jarang jumpa pokok ni. Anak buah aku pun tak kenal buah ni. Nak balik tu Pak Mid bekalkan kami dengan beberapa biji buah kelapa pandan muda.

Hmm.. Entah bila pula dapat datang lagi. Seronok sangat dapat mengimbau memori lama. Akan aku simpan semua kenangan ini rapi di dalam hati.

p/s: Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Yakinlah dengan Allah dan sentiasalah mengucapkan syukur pada-Nya.

Thursday, October 6, 2011

BuDaK-BuDaK... (-__-)''

Seronok tengok kerenah budak-budak kan. Sekejap menangis, lepas tu ketawa sampai tak ingat dunia. Sekejap bergaduh, lepas tu baik sangat sampai dah lupa yang baru je kejap tadi bergaduh kan. Then, ada je idea nak main. Kejap main itu. Pastu main ini pulak. Macam-macam. Lucu tengok diorang main. Boleh hilang stress. Hehe. Let's layan tengok anak-anak buah aku main. (^^,)


Entah apa yang dibincangkan tu. Masalah dunia? Bajet 2012? Gosip? (^__^)


Alololo... Dah menangis. Kesiannya. Bergaduh dengan kakak ye. (+__^)


Ni apa kes pulak. Baru bergaduh dengan boyfriend ke?? Hahaha....


Main basikal pulak dah. (+__+)


Si adik tunjuk gigi. Giliran si kakak pulak tunjuk gigi. Cepat bukak mulut Kak Yun!


La.. Orang suruh bukak mulut, dia senyum-senyum kambing pulak... Cepat bukak mulut tu...!


Patut la susah sangat nak bukak mulut. Hahaha... Haiyooo... Apa sudah jadi Kak Yun. Iskh3...


Dok make over adik pulak dah. Haishhh.. Macam-macam hal.


Buat apa kat rambut adik tu. Terpacak macam puncak gunung sudaaaa. Sudah-sudah la tu. Jom tengok hasilnya.............


Kahkahkahkahkah..... Apsal macam tak sesuaaaaaaiiii ja. Hadoyaiiiiii....... (-__-)"

P/s : Korang dulu masa zaman kanak-kanak macam ni jugak ke perangai....?? T____T

Tuesday, September 6, 2011

MeRDeKa RaYa...!


Raya! Raya! Raya! Over excited? Happy? Hmmm... Boleh la... Nothing much special.. Takde meriah sangat pun tahun ni. Biasa saja. Makin lama raya makin tak meriah pulak. Sebab apa tak meriah? Sebab duit raya makin kurang. T____T Dasar tak sedar diri dah tua bangka. Lagi mau duit raya ka. Haiyoo.. Hahaha.. Aktiviti sepanjang syawal? Takde apa sangat. Macam biasa, wajib ziarah-menziarahi. Bermaaf-maafan. Hari raya pertama tak pergi mana2 pun. Just beraya dekat rumah2 sedara-mara kat keliling rumah. Untung semua rumah sedara dekat2 kan. Hehe.. Hari raya kedua duduk rumah je. Lepak. Hari raya ketiga start pergi beraya rumah sedara yang jauh sikit (sikit je, takde la jauh sangat). Konvoi 3 buah kereta. First destination ialah rumah kakak (cousin). Oleh kerana my cousin ni ada bukak kedai nasi kandar (AMRAN NASI KANDAR), so boleh la makan nasi kandar hari tu. Nasi kandar kat situ memang marvelous. Memang terbaik lah!! Rugi korang tak try. Berbaloi-baloi. Hahaha..


Setelah kekenyangan makan nasi kandar, bergerak pulak ke rumah Kak Piah (cousin) untuk ambik kuih. Sekejap je lepak situ sebab tuan rumah takde. Ada kenduri katanya.


So, we move on to the next destination iaitu rumah member my brother. Apa entah namanya. Dah lupa. Huhu. Makan nasi pulak kat situ. Ada sup tulang, gulai rebung, kuih pelita and macam2 lagi la. Makin bertambah-tambah la lemak kat badan kan. Tapi takpe la, rezeki di bulan Syawal. (^__^)


Lepas tu, masa on the way balik tu, singgah la umah Tok Su pulak. Makan lagi?? Oh, no.. No.. No.. Dah full dah. Takde ruang nak isi makanan lagi dah. Huhu.. Tapi makan jugak sikit. 2, 3 kuih raya sebagai tanda menghormati tuan rumah. Dah orang jemput takkan nak tolak pulak. Bak kata orang "Rezeki jangan ditolak". Hahaha. Then, terus balik. Selesai sudah aktiviti hari raya ke-3. Oh ya! sebenarnya aku ada reunion sekolah rendah (SKHT) pada hari yang sama tapi tak dapat pergi sebab aktiviti raya bersama family ni. Huhu.. So, sorry guys. Nanti buat lagi, insyaAllah aku datang. Dengar cerita raya haji nanti nak buat lagi. Can't wait to see kamu semua..!! (^__+) Aktiviti raya ke-4 pun sama jugak. Konvoi raya rumah2 sedara. Kali ni pergi rumah Kak Cik Pina (cousin) pulak.


Rumah tepi sawah. Best sangat dengan padi hijau kekuningan. Sampaikan kitorang bergambar keliling rumah sebab suka sangat tengok pemandangan kat situ. Dah jadi macam kitorang datang bergambar pulak, bukan datang beraya. Haha.. Makan nasi daging. Ada buah rambutan sekali. Besor2 rambutan dia. Makan tepi sawah memang tenang. Hehe..


Then, pergi rumah Kak An (cousin jugak). Tunggu dia masak mi kuah sambil tengok KL Drift 2. Sampai tersengguk-sengguk dah mengantuk. Kalau kat rumah sendiri, dah lama terlentok. Tambah pulak aku memang tak makan mi kuah or mi berkuah yang sewaktu dengannya. Tak tahu la kenapa tekak ni tak boleh terima. Hohoho.. Oleh itu, takde semangat la kan nak tunggu lama2 kat situ. Macam nak tidur je. Tapi akhirnya mi kuah tersedia jugak. Tengok je la orang lain makan. Nasib baik dah kenyang makan nasi daging umah Kak Cik Pina tadi. Kalau tidak, memang telan air liur je la jawabnya. Haishhh..


Aktiviti raya ke-5 pon ada lagi tapi tunggu next post lah. Nanti korang bosan pulak baca panjang2. Hehe. Btw, rasanya tak terlambat lagi kot nak wish raya kat korang sebab syawal kan sebulan. Hahaha.. So, Selamat Hari Raya Puasa!! Maaf Zahir & Batin (^__^)

p/s : Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 juga!! Happy Merdeka Raya!!!!

Wednesday, July 20, 2011

JuLy : BirTH MoNTh


Julai adalah bulan for birth?? Haha. Apsal banyak orang lahir bulan Julai ni. Jeleeeesss. 15 Julai yang lepas adalah birthday my sister (Kak iza) & my younger brother (Adik). Wah, tarikh sama tu. Jeles3. 17 Julai pulak tarikh lahir my niece yang sulung, Nurul A'in Sofea a.k.a CiK daLy LoLika


Then, 18 Julai adalah hari lahir my nephew, Muhammad Haziq Iskandar a.k.a Haziq teddy bear. Haha. See?? Bersusun. Tu baru dalam family. Birthday my friends pon berderet bulan Julai. Huh, penat wish. Haha. Sabtu lepas my sisters (Kak Iza & Kak Ina) hantar me, mom & my nieces balik kampung. Besok tu sebelum diorang balik, sempat lah buat a small birthday party. Takde belon, takde letop2 or topi berbentuk kon tu. Takde jemput sapa2 pun. Just for family. A small simple party. (^_*)


Menu?? Biasa2 je. Kek (wajib), pizza & KFC. Actually, nak beli RFC (Radix Fried Chicken) but RFC kat area Jitra tu dah close la pulak. So, KFC je la. Even just party kecik2 je tapi best sebab dapat makan (dah namanya pon party, mestila ada makanan). Hehe. To my sister (Kak Iza), my younger brother (adik), my niece (kakak) & my nephew (Haziq). HAPPY BELATED BIRTHDAY...!!!! Wishing you all success & happiness today & alwayss. May your day always be filled with joy & may all your dreams and wishes comes true. Love all of you. Muaaaahhhh (^_^)


p/s : Dalam keseronokan bulan 7, jangan lupa pada bulan 8 yang membawa Ramadhan bersama bakal menjelma. (^__^)

Sunday, June 5, 2011

SaNtAi - SaNtai FaMiLy

Last Friday, my sisters (Kak Iza & Kak Ina) balik. So, aku yang memang sudah lama bosan kat rumah ni ajaklah diorang keluar jalan-jalan. Pergi mana? Sabor.. Sabor.. Ni nak cerita ni. Teruskan membaca ye. Hehe.

Kelmarin, me, Kak Ina, my niece (Tikah) & my mom pergi rumah my friend (Kak Long). Untuk apa?? Untuk tengok baby!!! (^_^) Kak Long baru sahaja selamat melahirkan baby boy seberat 2.92 kg on 26/5/2011 at 7.35 pm. Namanya Muhammad Anaqi Al-Zalghafari. Very nice name kan. (^_<)


Last datang umah Kak Long time kenduri kahwin Kak Long on 22/5/2010. Sekarang datang untuk tengok baby pulak.. Cepatnya masa berlalu.. (+_+) Apa-apa pun, tahniah Kak Long & husband! Hope kehadiran cahaya mata ini akan mengukuhkan lagi ikatan cinta yang terbina. (>_<)


Tinggalkan sekejap kisah Kak Long & baby. We move to the next story plak. Hihihi. Hari ni bersantai bersama my sisters, my nephews (Haziq & Harith) & my niece (Nuyun). Sekarang kan musim cuti sekolah. So, bawaklah budak2 ni pergi enjoy2. Hehe. Pergi jalan kat Jitra Mall je pun. Macam biasa. Tengok wayang dan bowling. (*_^) Malas nak membebel panjang2 sebab dah mengantuk ni. Dah 2.00 a.m pun sekarang ni. So, layan je la pictures. (T_T)






Sebelum balik singgah makan kat Medan Selera.. Selalu order benda yang sama jugak kalau pergi situ. Nasi Ayam Goreng Lan & ABC sebab 2 menu ni sangat sedap. Lain sangat dengan yang dijual kat tempat lain (+_^)


p/s : Kungfu Panda 2 best sangat!!! 4.5 bintang for Kungfu Panda 2!!!

Wednesday, April 6, 2011

~ KaKi ~



Wahhh... Lamanya aku tak jenguk blog ni. Rindunya pada blog comel ni. Mana pegi tuannya yang cute tu. Haha.. Dah dekat 2 minggu kot tak update. 2 minggu jugak la tak bukak blog ni. Iskh3.. Kesian blog ni. Kerana thesis, blog ni terabai. Demi thesis punya pasal, kena tinggalkan segala-galanya. Takpe, berbaloi. Demi masa depanku, kan ku korbankan. Ehemmm.. Lebih pulak. Haha. Akhirnya dapat jugak aku update harini. Yahoo..!!!

Okay, update hari ni. Haritu aku ada cerita pasal abang & adik aku accident kan (post tu terpaksa aku delete sebab aku kononnya nak private kan tapi aku dah lupa password. Huhu). Ahamdulillah, abang dah semakin pulih walaupun mungkin memakan masa yang agak lama nak betul2 sembuh. Hari2 kena pegi klinik, cuci luka. Tapi kalau tengok, makin hari dia macam makin teruk sebab makin hari makin tak boleh berjalan. 1st day masa balik umah, dia jalan tanpa bantuan sesiapa. 2nd day adik aku kena bantu. 3rd day kena pakai kerusi roda pulak.

Ni baru balik dari hospital. Seluar ada darah lagi tu. 

Time accident tu abang aku dihantar ke Hospital Muar. Tapi diorang tak bersihkan pun luka tu. Just balut je. Tengok la pic atas ni. Tak kemas langsung kan. Darah pun ada lagi. Dah la tu, xbalut pon. Main tampal je. Aiyaa.. Jimat pembalut ke. Haishhh.. Masa ni memang tak boleh berjalan. Sebab takut terkena luka.

Hari yang sama. Pegi klinik lain untuk balut semula. 

Yang ni hari yang sama dengan pic atas tadi. Kak Iza hantar abang pegi klinik untuk balut semula kaki sebab tak kemas langsung yang hospital tu balut. Doktor kat klinik tu pun terkejut tengok diorang main tampal2 ja. Adoyaii. Klinik ni bagus. Tengok dia balut semua. Baru la boleh berjalan.

Tengok ni. Kuku takde. Huhu.. 

Pic yang atas ni diambil masa hari ke 4. Diorang buka balutan. Cuma balutan kat tumit je abang tak bagi buka lagi. Sebab ngeri sangat. Tak bersedia nak tengok. Huhu. Pic ni aku ambik atas permintaan abang sebab dia nak tengok jari dia macam mana. Dia tak berani tengok sendiri, so dia nak tengok melalui gambar. tu pun jauh2 je tengok. Haha.

Tak boleh jalan pulak sebab takut terkena luka. 

Nurse kecik.. (^_^) 

Budak kecik ni (Nuyun) tak larat pun nak tolak. eksyen je lebih. Hihi..

Hari ke 6. Balutan di tumit dibuka. Oi ngeri. Huhu. 

Nampak macam makin teruk kan tapi sebenarnya dia makin pulih. Balutan kaki dia dibuka supaya luka tu cepat kering. Ngeri jugak aku tengok luka dia terutama yang kat tapak kaki tu. Dia sendiri pun tak penah tengok luka dia macam mana sebab tak berani. Aku yang memang jenis penakut ni lagi la tak berani. Tapi yang penakut ni jugak la yang disuruh ambik gambar luka dia. Aiyakk... (@_@)

Lori terbalik at 5.00 am. 

Ni la pic lori yang terbalik tu. pic ni adik aku yang ambik masa tengah tunggu ambulans. Ambulans sampai dalam pukul 6 am. 1 jam lepas kejadian. Tak jelas sangat pic ni sebab gelap. Ye la, pukul 5 pagi kan. Matahari belum naik lagi. Huhu. Ok la. Nak keluar sekejap. Nanti aku ceritalagi k.. bye2 (^_*)

Tuesday, March 22, 2011

❤ PriNcEsS TuRn..!! ❤


Kalau sebelum ni kita dah berkenalan dengan 2 orang putera (spiderman & mickey mouse), sekarang giliran 3 orang puteri pula nak perkenalkan diri. Hehe.

Puteri Sulung ialah NURUL HANI ATHIRAH. Berumur 5 tahun. Nama panggilan manjanya NUYUN @ YUN @ ATHIRAH. Comel tapi agak lasak. Mungkin sebab terpengaruh dengan dua abangnya yang sangat nakal. Dia ni mudah menangis dan sangat sensitif. Walaupun lasak, dia mudah sakit. Mungkin sebab antibodi dia lemah kot.

Dia selalu je demam dan pernah juga ditahan di hospital sebab jangkitan kuman di paru-paru. Dia berani. Suka try benda baru dan petah bercakap. Kalau bercakap tu, mengalahkan orang dewasa lagi. Contoh yang terbaik ialah bila kita sruh dia mandi. Dia cakap pe tau. "Sabaq la, nanti nuyun mandi la". Haha. paham pulak dia sabaq tu apa ye.. Hihi.



Puteri Tengah bernama NURUL HANA ATIKAH. boleh panggil dengan nama ATIKAH @ ECAH. Dia ni asyik berkepit je dengan ummi dia. Sifat dia sangat berlawanan dengan kakak dia. Penakut sikit.

Tapi dia tak sensitif sangat macam kakak dia. Contohnya bila abang dia usik, dia akan usik abang dia balik. Cuma bila dia rasa macam dah tak boleh melawan balik tu, baru la dia akan menangis. Bukan macam Nuyun yang pantang diusik sikit terus menangis. Dia ni pemalu. Kalau jumpa dengan orang yang tak kenal, dia diam je. Lepas tu dia akan senyum2 kucing. Haha.

Yang bestnya, dia suka usik kitorang. Bila gelap or malam je dia akan cakap "ada hantu putih". Haha. Habis semua hantu, dia panggil "hantu putih". Kadang2 kitorang cuak jugak. Ye la, mana la tau kan kalau dia nampak betul2 ke. Orang tua2 cakap budak2 mudah nampak benda2 halus ni. Betul ke..? Huhu. Lepas tengok muka kitorang cuak, dia terus ketawa. Haha. Nakal but cute!

Lama2 dah terbiasa, kitorang dah tak berapa nak cuak dah. Takde perasaan dah. Kitorang usik dia balik. Pernah sekali dia teman abang dia pegi kedai. Masa tu malam la. On the way balik tu sambil senyum dia cakap "abang, ada hantu putih". Lepas tu abang dia cakap "Ha, hantu putih nak ambik Tikah tu". Apa lagi, terus peluk abang dia. haha. Nak usik orang tapi dia sendiri yang takot. Haha. Aduyai, macam2 perangai budak2 ni kan (>_<)''


Puteri Bongsu pulak namanya NURUL HANIM AZIRAH. Nama panggilan manja HANIM. Too adorable! Susah sangat nak buat dia ketawa. Selalu buat muka macam takde perasaan. Control. Haha. Tak ingat umur dia berapa tapi baru je boleh berjalan.

Masa Abang BD datang ambik aku kat stesen bas alor star 2 minggu lepas, ada la dia bawak sekali anak2 dia. Masuk je keta, kelam kabut Si Hanim ni melarikan diri pegi kat ayah dia. Menangis bila tengok aku. Agaknya dia tak berapa ingat aku kot sebab dah lama tak jumpa. Aku pun jarang balik sejak sibuk dengan FYP ni. Huhu. Sepanjang jalan nak balik rumah tu, dia asyik menangis je. Dah la jenis susah nak pujuk. Tapi bila sampai je rumah, dia terus diam. Pastu dia senyum macam pic kat bawah ni. Haishhh... Apakah maknanya? =_="

So, amacam? Best tak kenal dengan diorang..? Comel kan. Budak2 ini lah yang selalu buat aku rindu and nak balik selalu. Homesick selalu aku. aCiK miSs aLL oF yOu..!!!! muaaahhhh T__T

Monday, March 21, 2011

= Si CiLiK =

Hai semua!! Sejak kebelakangan ini aku asyik teringatkan budak2 comel kat kampung. Sebab tu recent post banyak berkisar tentang keletah anak2 saudara aku. Untuk mengubat rindu kononnya. Hahaha.. Post kali ini pun aku nak cerita pasal ragam2 mereka jugak. Selagi rindu masih bertamu di hati, selagi tu lah aku akan tulis. Ikut korang la nak baca ke tak, yang penting hatiku terubat.. haha. Ok, let's start the story telling!

Time aku kat rumah minggu lepas, ahad petang rasa bosan sebab kat tv macam tak ada rancangan yang best. So, aku decide nak keluar jalan2 kat luar rumah. Sebelum keluar, wajib la tengok cermin kan. Touch up sikit ke kalau sempat..hihi. Masa tengah tengok2 cermin tu nampak pulak kamera atas meja. Habis tu tak kan nak tengok je, mesti la aku angkut bawak keluar sekali. Aku ini memang pantang tengok kamera, mula la nak snap macam2.. (>_<'')

Langkah je keluar dari rumah, terus aku jalankan kerja aku as photographer yang tak bertauliah ini. Dari benda sekecil semut sampai la benda sebesar rumah comel aku tu, semua aku snap. Masa aku tengah khusyuk snap2 tu, anak2 saudara aku nampak, terus la diorang posing2 depan aku. Ye la, "Mak saudara borek, anak saudara rintik". Diorang pun gila kamera macam aku jugak. Haha. At first, only boys saja yang duk posing2. Yang gegirls macam malu2 gitu. Mahu tapi malu! Tapi bila dah tengok abang2nya bergambar, si kakak and adik ni macam teringin. So, diorang pon menyelit jugak nak posing sama.

Si adik asyik ikot je gaya posing abang2 even dia tak pandai sangat pun nak buat gaya tu. Contoh macam yang dalam aku cerita dalam post "peace" hari tu la. Dia bukan pandai pun nak angkat 2 jari. Lastly dia ambik shortcut angkat semua jari.. Haha, cute!



Nak dijadikan cerita, dekat belakang rumah aku tu ada 4 tiang. Kat situ dulu ada prondok. Pondok tu dulu tujuannya untuk kemudahan kalau nak masak time kenduri or nak buat BBQ ke. Supaya senang la kalau hujan kan. Tapi lepas family aku renovate sikit rumah and diorang buat space untuk kemudahan tu. So, mak aku decide robohkan pondok tu. Maka tinggallah tiang2 batu tu. Tengok je tiang batu ni, mula lah the boys ni dapat idea nak bergambar atas tiang. Tengok je si abang ni nak pegi panjat, si adik named ATIKAH terus lari terkedek-kedek nak pegi panjat jugak. Haha. Boleh bayangkan tak betapa comelnya dia lari dengan berbaju kurung. (^_<)

Tapi bila sampai je kat tiang tu, baru dia sedar yang tiang tu agak tinggi. Lebih kurang sama tinggi dengan dia tapi mungkin dia tinggi ckit je kot. Then, dia peluk2 je tiang tu. Agaknya pasrah kot tak mampu nak panjat kan. Suddenly, dia lari ke tepi. Aku ingat dia macam dah malas nak ambik gambar tapi rupa2 nya dia pegi ambik kerusi. Haha.. Adoyai, so clever la ini budak!

Ha.. Ada pun kerusi. Nasib baik.. 

Fuhh... Akhirnya berjaya jugak panjat. Yeayy!! 

Dah dapat panjat tu, dia senyum2. Puas hati la kot berjaya panjat. Tapi lepas dia duduk atas tiang tu, dia tengok bawah. Terus mati senyuman dia. Aku agak dia gayat. Haha. Tapi lepas tu dia senyum balik.

Alamak, gayat la pulak.. Camna nak turun kejap lagi ni? 

Apa2 pun baik aku enjoy dulu la. Nanti baru fikir macam mana nak turun. 

Nak tahu macam mana dia turun?? Masa the boys nak beralih tempat nak posing kat tempat lain, aku dah perasan dah si adik gelabah semacam je bila nak turun. Tapi sengaja aku biarkan je sebab nak tengok jugak akal dia kan. Si kakak pun sebenarnya perasan adik dia tak boleh turun. Tapi dia tak tahu macam mana nak tolong sebab dia pun bukannya besar dan tinggi sangat. Mana la dia mampu nak angkat si adik ni. So, dia tolong tengok je la. Haha. Setelah beberapa kali cubaan nak turun dia gagal, akhirnya dia merengek2 panggil aku sambil hulurkan tangan. Minta aku dukung la tu. Comel.. ^_^

~ THE END ~