Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 6, 2011

MeRDeKa RaYa...!


Raya! Raya! Raya! Over excited? Happy? Hmmm... Boleh la... Nothing much special.. Takde meriah sangat pun tahun ni. Biasa saja. Makin lama raya makin tak meriah pulak. Sebab apa tak meriah? Sebab duit raya makin kurang. T____T Dasar tak sedar diri dah tua bangka. Lagi mau duit raya ka. Haiyoo.. Hahaha.. Aktiviti sepanjang syawal? Takde apa sangat. Macam biasa, wajib ziarah-menziarahi. Bermaaf-maafan. Hari raya pertama tak pergi mana2 pun. Just beraya dekat rumah2 sedara-mara kat keliling rumah. Untung semua rumah sedara dekat2 kan. Hehe.. Hari raya kedua duduk rumah je. Lepak. Hari raya ketiga start pergi beraya rumah sedara yang jauh sikit (sikit je, takde la jauh sangat). Konvoi 3 buah kereta. First destination ialah rumah kakak (cousin). Oleh kerana my cousin ni ada bukak kedai nasi kandar (AMRAN NASI KANDAR), so boleh la makan nasi kandar hari tu. Nasi kandar kat situ memang marvelous. Memang terbaik lah!! Rugi korang tak try. Berbaloi-baloi. Hahaha..


Setelah kekenyangan makan nasi kandar, bergerak pulak ke rumah Kak Piah (cousin) untuk ambik kuih. Sekejap je lepak situ sebab tuan rumah takde. Ada kenduri katanya.


So, we move on to the next destination iaitu rumah member my brother. Apa entah namanya. Dah lupa. Huhu. Makan nasi pulak kat situ. Ada sup tulang, gulai rebung, kuih pelita and macam2 lagi la. Makin bertambah-tambah la lemak kat badan kan. Tapi takpe la, rezeki di bulan Syawal. (^__^)


Lepas tu, masa on the way balik tu, singgah la umah Tok Su pulak. Makan lagi?? Oh, no.. No.. No.. Dah full dah. Takde ruang nak isi makanan lagi dah. Huhu.. Tapi makan jugak sikit. 2, 3 kuih raya sebagai tanda menghormati tuan rumah. Dah orang jemput takkan nak tolak pulak. Bak kata orang "Rezeki jangan ditolak". Hahaha. Then, terus balik. Selesai sudah aktiviti hari raya ke-3. Oh ya! sebenarnya aku ada reunion sekolah rendah (SKHT) pada hari yang sama tapi tak dapat pergi sebab aktiviti raya bersama family ni. Huhu.. So, sorry guys. Nanti buat lagi, insyaAllah aku datang. Dengar cerita raya haji nanti nak buat lagi. Can't wait to see kamu semua..!! (^__+) Aktiviti raya ke-4 pun sama jugak. Konvoi raya rumah2 sedara. Kali ni pergi rumah Kak Cik Pina (cousin) pulak.


Rumah tepi sawah. Best sangat dengan padi hijau kekuningan. Sampaikan kitorang bergambar keliling rumah sebab suka sangat tengok pemandangan kat situ. Dah jadi macam kitorang datang bergambar pulak, bukan datang beraya. Haha.. Makan nasi daging. Ada buah rambutan sekali. Besor2 rambutan dia. Makan tepi sawah memang tenang. Hehe..


Then, pergi rumah Kak An (cousin jugak). Tunggu dia masak mi kuah sambil tengok KL Drift 2. Sampai tersengguk-sengguk dah mengantuk. Kalau kat rumah sendiri, dah lama terlentok. Tambah pulak aku memang tak makan mi kuah or mi berkuah yang sewaktu dengannya. Tak tahu la kenapa tekak ni tak boleh terima. Hohoho.. Oleh itu, takde semangat la kan nak tunggu lama2 kat situ. Macam nak tidur je. Tapi akhirnya mi kuah tersedia jugak. Tengok je la orang lain makan. Nasib baik dah kenyang makan nasi daging umah Kak Cik Pina tadi. Kalau tidak, memang telan air liur je la jawabnya. Haishhh..


Aktiviti raya ke-5 pon ada lagi tapi tunggu next post lah. Nanti korang bosan pulak baca panjang2. Hehe. Btw, rasanya tak terlambat lagi kot nak wish raya kat korang sebab syawal kan sebulan. Hahaha.. So, Selamat Hari Raya Puasa!! Maaf Zahir & Batin (^__^)

p/s : Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 juga!! Happy Merdeka Raya!!!!

No comments: