Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Sunday, March 17, 2019

Nota 2 Alam Pekerjaan


Minggu ni aku stress. Stress sampai tahap rasa sakit. Maka, keluarlah entry ini. Ini adalah salah satu cara aku relief stress. Cara korang mungkin berbeza, mungkin juga sama. Tetapi my style adalah dengan menulis, travel, dan yang selalu aku buat adalah makan! 😜 Maka, adalah lebih baik hari-hari stress. Boleh selalu menulis di blog, boleh selalu berjalan, boleh makan banyak-banyak dan menjadi gemuk. Erk! 😵 Ok, gurau. Jom patah balik ke topik asal. Ha ha.

Situasi di tempat kerja aku sekarang agak tegang kerana beberapa insiden telah berlaku. Ditambah pula, ada event besar yang semakin hampir. Maka, semua orang rasa terhimpit. Masing-masing stress tetapi tak pandai nak handle. Sudahnya, masing-masing saling menyakiti. Situasi yang buruk menjadi bertambah buruk. Masalah yang satu menambah pada masalah baru yang lainnya. Setiap orang mengheret orang lain ke masalahnya. Akhirnya, satu pejabat terkesan mendapat stress yang tidak berpenghujung. Scary tetapi itulah realiti yang aku hadapi sekarang. 

Pendapat aku benda ni mudah sebenarnya. Kita sendiri yang cipta situasi ni. Kita sendiri yang merumitkan keadaan. Kita sendiri yang menyakitkan diri kita. Kita sendiri yang pilih untuk berada dalam situasi yang macam ini. Salah kita! Salah diri sendiri!

1. Masalah kecil dibesar-besarkan, masalah besar dikecil-kecilkan

Menurut pengalaman aku selama dalam alam pekerjaan ini, orang yang selalu membesar-besarkan perkara yang kecil adalah golongan yang berfikiran negatif. Aku tak tahu la pengalaman korang macam mana tetapi dari perhatian aku kebanyakannya begitu. Sebab golongan ini, akan nampak atau fikir benda negatif dulu ketika berhadapan dengan mana-mana situasi.

Ok, aku bagi contoh. Ketika masalah datang, orang yang berfikiran negatif akan terus-menerus mempersoalkan bagaimana masalah tu boleh berlaku? Kenapa dibiarkan berlaku? Siapa yang bertanggungjawab? Betul, memang bila berhadapan dengan masalah, kita perlu cari punca atau sumber masalah tersebut. Betul, aku tak nafikan. Tujuannya adalah  supaya mudah bagi kita untuk cari jalan penyelesaian. Tetapi lain bagi yang berfikiran negatif. Tujuan mereka adalah untuk terus menerus menghentam orang yang bertanggungjawab dan yang paling penting melepaskan diri. Kau yang buat salah, kau lah yang tanggung! Ha, macam tu. Ok, fine. Biar dia betulkan kesalahan dia. Tapi kau tak perlu la nak membawang, menghentam sampai patah semangat dia. Bawa cerita yang bukan-bukan. Kalau rasa tak nak membantu atau tak tahu bagaimana nak bantu, duduk la diam-diam. A meaningful silence is always better than meaningless words!

2. Over thinking atau berfikir secara melampau

Kenapa kau nak sakitkan diri fikirkan sangat masalah. Just let it be. Hadap je la. Fikirkan jalan penyelesaian. Kemudian, tinggalkan. Jangan nak heret benda tu sampai berminggu-minggu, berbulan-bulan. Kalau nak jugak sakitkan diri, ok. Suka hati. Tapi jangan la heret orang lain sekali. Jangan gunakan orang lain sebagai punching bag kau. Jangan fikir kau seorang je yang ada hati, ada perasaan, ada masalah. Orang lain pun ada hati, ada perasaan, ada masalah. Buang masa je sebab masalah ni, kau heret orang lain sekali, kau sakitkan dia dan bergaduh. Takde faedah pun. Hanya akan buat kau lagi sakit. Hidup ni sementara. Dunia ni tak kekal lama pun. Move on lah.

Dari pengalaman, aku belajar untuk tengok setiap masalah dari sudut positif dan sentiasa berprasangka baik pada Allah. Allah sayang kau sebab tu dia uji. Aku tak bersyukur. Aku lupa. Aku lalai. Sebab tu Allah datangkan masalah-masalah ini sebagai peringatan. Mengadulah pada Allah. Percayalah, Allah akan bantu. Yakinlah dengan Allah. Dia takkan uji hamba-Nya di luar kemampuan kita. Percaya lah. Bersyukurlah bila diuji.

3. Mendabik dada dan merendahkan orang lain

Kalau aku di tempat kau, aku takkan buat masalah macam ni! Jalan penyelesaian aku lebih hebat dari kau! Aku pun pernah berada di tempat kau tapi tak pernah pula buat kesalahan ni! Aku tak pernah buat salah, kau selalu buat masalah! Cara kau salah, kau tak patut buat macam tu! Ini semua salah kau!

Ini contoh-contoh orang yang sombong. Tolong faham satu perkara. Lain orang lain caranya. Lain orang lain fikirannya. Jangan terlalu cepat menghukum. Jangan selalu merpersoalkan perbuatan orang lain. Dengar dulu, cuba dulu. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan. Hari ini hari dia. Esok lusa belum tahu hari siapa. 

Bantu lah dia. Sokong lah dia. Boleh menegur tetapi perlu jaga adab. Jangan terlalu mendabik dada sehingga dalam tidak sedar kita merendahkan orang lain hingga membuatkan dia tidak dapat menonjolkan kemampuan dirinya. Bila ditimpa masalah, duduklah mendengar dan berbincang. Buanglah ego yang tinggi. InsyaAllah kita akan lebih tenang, bahagia dan gembira.

Kunci hidup bahagia ni senang je. Sabar, syukur dan ikhlas. Cuba buat 3 ini. InsyaAllah kau akan rasa nikmat dan indahnya ujian. Ketahuilah di sebalik ujian yang berat tersembunyi cinta Allah yang indah. Maka berbahagia lah, sahabat!

Image result for islamic problem  quotes

p/s: Sebelum melakukan atau meluahkan sesuatu, fikir dulu. Hati sendiri perlu dijaga tetapi hati orang lain penting juga untuk dijaga. Peace! ✌

Sunday, April 1, 2018

Nota 1 Alam Pekerjaan


Bulan lepas merupakan bulan yang benar-benar mencabar fizikal, minda dan hati aku. Banyak sangat urusan kerja yang perlu diselesaikan dalam masa yang singkat. Huru-hara! 😅 Tambah pula terpaksa melayan kerenah manusia yang bermacam-macam jenis. Annoying! 💢 Semakin hari kesabaran semakin menipis, malah hampir terbang melayang. Nasib baik la, Allah kurniakan beberapa sahabat yang banyak memberi bantuan dan sokongan. Benarlah kata orang, di saat kita susah macam ni, baru lah kita kenal dan nampak siapa yang benar-benar ikhlas di samping kita. Alhamdulillah, syukur. Terima kasih, sahabat! Sayang kalian dunia dan akhirat. 💖 InsyaAllah. 💕

Bila difikirkan balik, kerja yang menimbun dan masa yang suntuk tu takde hal sangat pun. Tetapi yang menjadi hal, bila terpaksa berdepan dengan manusia-manusia yang secara umumnya boleh dikategorikan sebagai pentingkan diri. Hmmm… Sedih dan kecewa betul. Takpe lah, kita tak tahu dan tak boleh control hati orang. Maka, jagalah hati kita sebaiknya. Apa-apa pun, banyak pengajaran yang aku dapat di sebalik kesusahan serta kesulitan yang aku hadapi sepanjang bulan lepas. Antaranya ialah:-

1. Sabar itu indah
Seperti yang aku katakan tadi, bila kau berhadapan dengan kerja yang menimbun, dateline yang singkat, serta terpaksa melayan sekumpulan manusia dengan 1001 kerenah serentak, boleh bayangkan tak stress levelnya di tahap mana? 💣 Bertambah stress bila kau ditugaskan untuk mengajar mereka sesuatu tetapi mereka tidak dapat menerima malah menyalahkan kau apabila proses pembelajaran tersebut seperti tidak sampai kepada mereka. Sedangkan kau telah mengajar sampai tahap menyuap nasi ke mulut mereka, tinggal untuk mereka kunyah dan telan sahaja. 😶 Sesetengahnya boleh dikatakan juga aku telah mengunyahkan makanan tersebut untuk mereka. Tinggal nak telan sahaja. Tambah lagi, bila kau cuba memperbetulkan kesalahan mereka, mereka pula sibuk mencari kesalahan kau. 😠 Ya Allah, beristighfar panjang aku dibuatnya. 😷 Mujurlah, menjelang usia yang dah nak masuk 3 series ni, aku banyak bersabar dan redha saja dalam menghadapi sesuatu. Bak kata one of my colleagues, sabar is good! Alhamdulillah berkat kesabaran, Allah murahkan rezeki aku. 😊 Dan mereka-mereka itu juga menjadi lembut hati. Syukurlah. 💗

2. Memudahkan urusan orang lain
Hmmm... Bercakap tentang ini buat aku sebak. 😢 Bagi aku, buat apa lah kita nak berkira sangat dalam bekerja. Ingat, langit tidak selalunya cerah dan kita tidak selalunya di atas. Hari ini hari hari dia, tetapi hari esok kita belum tahu. Mungkin hari ini dia susah, mungkin esok kita pula yang susah. Ikhlaskanlah hati. Jangan terlalu berkira untuk membantu orang lain. Percayalah, andai kita ditimpa kesusahan suatu hari nanti, InsyaAllah Allah akan hadirkan pula seseorang untuk membantu kita. Kalau kita tak boleh nak tolong kerana kekangan hal-hal tertentu, cukuplah sekadar kata semangat sebagai tanda sokongan. Jangan pula menyusahkan dan menambah bebannya dengan kata-kata yang menyakitkan hati. 


3. Ada yang lebih susah
Apabila kita ditimpa kesusahan, janganlah merasa yang dunia kita telah gelap sampaikan hal lain langsung terabai. Lebih teruk, apabila kita mengheret orang lain sekali ke dalam masalah kita. Kalau kita merasa tertekan, kenapa kita perlu melepaskan kepada orang lain? Tekanan boleh dilepaskan tetapi biarlah dengan cara yang betul. Kita boleh meluahkan apa yang terbuku tetapi jangan sampai kita menengking sehingga memalukan atau mengguris perasaan orang lain. Ingat, bukan kita seorang sahaja yang mempunyai masalah. Mungkin ketika ditimpa kesusahan, kita merasakan kitalah orang yang paling susah sekali ketika itu dan tidak ada orang lain yang boleh faham situasi kita. Tetapi cuba sesekali kita memandang sekeliling dan meletakkan diri kita pada tempat orang lain. Siapa tahu kadang-kadang orang yang selalu tersenyum di hadapan kita sedang menghadapi kesulitan yang lebih rumit berbanding kita. Banyakkan bersabar dan jangan mengeluh. Mengadulah kepada Allah dan minta pertolongan dari-Nya. InsyaAllah, kita akan lebih tenang dalam menghadapi kesulitan itu dan segala urusan menjadi lebih mudah. 💕

Kesimpulannya, bekerjalah dengan niat kerana Allah. Jauhilah dari sifat iri hati atau hasad dengki sesama rakan sekerja.  Buanglah sifat pentingkan diri dalam diri kerana itulah yang akan membuatkan kita ego, bongkak dan sombong.

Sebenarnya banyak lagi yang nak aku kongsikan, tetapi untuk hari ini cukup sampai di sini dahulu perkongsian aku. Sebab tetiba aku mati kutu untuk menyambung penulisan. Ha ha ha. Mood swing sangat! 😅


p/s: Islam memerintahkan umatnya untuk bukan sahaja menjaga hubungan dengan Allah SWT tetapi juga hubungan sesama manusia. Fikir-fikirkanlah 👀

Thursday, June 8, 2017

eMo di BuLaN RaMadHaN



Alergik betul aku pada spesies yang tak kenang budi ni. Bukan nak mintak balasan tapi at least hargai lah. Bukan niat nak mengungkit cuma nak mengukuhkan hujah. Supaya yang tak nampak jadi jelas. Yang kelam jadi terang. Itu saja. Jangan nak pentingkan diri sangat la. Bila susah pandai pulak cari orang minta tolong. Masa tu bijak pandai berbahasa. Santun sangat. Dah di tolong, semua melayang entah ke mana. Entah. Tak faham betul dengan spesies jenis ini. Tolong fikir dalam-dalam dan fikir balik ke belakang. Selagi tak dapat jawapan, jangan berani nak dekat! 😠💢😠

p/s: I AM SELFISH!!!

Wednesday, March 8, 2017

Wednesday, November 30, 2016

Itu AdaLah Aku


Itu adalah aku
Apabila ego dicabar aku tidak berdiam

Itu adalah aku
Apabila rasa hormat hilang aku tidak berpeluk 

Itu adalah aku 
Apabila kesalahan bukan di bahu aku meluah

Itu adalah aku
Apabila hati diguris aku menangis

Itu adalah aku
Apabila teguran kasar menyapa aku meradang

Itu adalah aku
Apabila ketidakadilan menyebar aku meraung

Itu adalah aku
Apabila kemarahan membukit aku meledak

Itu adalah aku
Manusia biasa penuh dengan kesilapan dan dosa...

p/s: Ini bukan pantun. Puisi jauh sekali. Hanya tulisan merapu pengubat hati. 💔

Friday, March 4, 2016

SyUkuR...

Sedih. Memang sedih. Siapa yang tak sedih. Kalau begini caranya. Bukan tidak dapat menerima. Tetapi sebak. Terkilan. Entah. Ini bukan perkara yang tidak dijangka. Telah dijangka. Tetapi aku kecewa. Walaupun aku tahu perkara ini akan terjadi. Hanya menunggu masa. Tetapi aku masih berharap. Berharap agar pintu hatinya terbuka. Berharap agar akal fikirannya berubah. Berharap agar keputusannya lebih rasional. Tetapi dia mensiakan peluang yang ada. Masih sama. Kesian...

Mujur Allah kurniakan aku dengan orang sekeliling yang setia menyokong, sedia menghulurkan tangan dan sentiasa menaikkan semangat. Bertuahnya aku. Syukur. Alhamdulillah... 

"Rabbi Yaasir wa la tuaasir, Rabbi Tammim bilkhoir” 
Ya Allah permudahkanlah urusanku dan jangan kau susahkan sempurnakanlah dengan kebaikan.

Aamiin. 


Thursday, March 3, 2016

aMaNaH Ke...??


Speechless... Tak tahu nak cakap apa. Nak bagi reaksi macam mana. Bercakap tentang amanah dalam bekerja tetapi... Hmmm.. Entah. Cukup sekadar amanah? Sampai lupa nilai kemanusiaan? Itukah makna tanggungjawab? Betul, amanah itu wajib dalam pekerjaan. Tidak dinafikan. Tetapi kalau melakukan sesuatu perkara buruk dengan alasan amanah, apa hukumnya tu? Mungkin sebenarnya kita ni tidak benar-benar memahami & mendalami maksud AMANAH DALAM PEKERJAAN itu sendiri. Kalau nak check diri amanah ke tak amanah, mungkin boleh rujuk checklist di bawah:-

a) Tahu akan bidang tugas sendiri.
b) Mesti ada rasa tanggungjawab dan tidak membebankan orang lain.
c) Melakukan setiap tugas yang diberi dengan bersungguh-sungguh dan terbaik.
d) Komited pada kerja. 
e) Jauh dari sebarang sifat yang tidak baik seperti khianat, mementingkan diri dan lain-lain.
  
Sabda Rasullullah s.a.w. :
Ada tiga tanda munafiq : Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianati.

Hmm.. Aku tak nak komen banyak pasal ni. Aku serah segalanya kepada Yang Berkuasa. Sesungguhnya ketentuan dan perancangan Allah itu adalah yang TERBAIK. InsyaAllah...

"Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan Tuhan.."

Monday, January 2, 2012

:: KaRMa ::

Dulu kau nak tunjuk lagak sangat kan. Kau rasa kau hebat sangat sampai semua orang kena dengar cakap kau. Orang bagi kau susu, kau bagi orang tuba. Tu cara kau balas budi baik orang kan. Orang baik dengan kau, kau ambik kesempatan. Sombong sangat. Ego menggunung. Tak pernah nak bersyukur dengan apa yang kau ada. Kau rasa kau layak dapat yang lebih baik. Segala yang kau ada sekarang, kau rasa tak cukup bagus, buruk. So, kau buang segala yang kau ada sekarang jauh-jauh. Kau cari yang baru. Yang lebih bagus bagi kau.

Tapi sekarang apa jadi?? Kenapa?? Kau nak kutip balik apa yang kau dah buang dulu?? Akhirnya, yang kau rasa buruk and tak bagus dulu tu la yang kau cari balik kan. Kenapa? Apa jadi dengan pengganti baru tu?? Masih tak cukup bagus untuk kau?? Atau dia dah buang kau sebab kau tak cukup bagus untuk dia? So, kau nak ambik balik apa yg kau dah buang dulu? Layak ke kau? Tuhan tu Maha Adil kan. Kau dapat balik benda yang sama kau bagi kat orang. So, betullah kata orang “Kalau kita tak nak orang buat benda tu kat kita, jangan la buat benda tu kat orang lain”. Treat orang lain sama macam kita nak orang lain treat kita. So, marilah kita sama-sama ambik ini sebagai pengajaran ye. (^__^)

"Try to Treat Others as You Would Want Them to Treat You"


p/s : Kalau lah semua makhluk di muka Bumi ni follow the rule “Treat others as you would want them to treat you”, korang rasa it would make the world a better place???

Saturday, November 12, 2011

:: FaKe MaSk ::


Hye guys..!! Happy Saturday!! It's been a while since I updated this blog. So, wanted to give you a brief overview of what has been going on. Apologies for the lack of updates because I'm quite busy stepping on my new stage of life which is working stage, but it's good to be busy, right? It shows i'm making in progress! But it also shows I have to experience more stressful & challenging things. (+__+) Never mind. You may have noticed that this blog have been make over. So, how the new image looks like? Nice? Too pinky & childish? Who cares?? (^__+) Thanks to my niece for her patience in helping me make over this blog. I fully appreciate what you have done for me. Thanks again. (^__<)

Btw, forget about the image things. Wanted to share with you something. I learned a lot from working life. One of the things that I learned is "DON'T JUDGE PEOPLE". Please remember that we don't have any right to judge people. I hate people judging me & I also don't like judging people. EVERYONE in this planet IS IMPERFECT. So, don't ever think that YOU'RE GOOD ENOUGH to JUDGE OTHERS. Don't misunderstand me. I don't pointed to anyone. Just wants to share my thoughts. Sharing is caring, right?? (*__*)


Sometimes, we don't realize that WE ARE judging people & sometimes, we don't realize that we are HURTING people with our words or actions. We are humans & humans cannot escape doing mistakes. It's not wrong doing mistakes. But, it is wrong when we doing mistakes & not learning from the mistakes. So, in order to reduce or avoiding us from doing the same mistakes again & again, we just have to keep reminding our self that everyone has their own strengths & weakness. (^__^)


One of my trainer said that "Everyone wearing mask on their face & we don't have any right to force them to remove it". Do you agree?? I agree with him. We don't have any right in forcing people to remove the mask but we can help advising them. But, if they don't want to, we cannot push them, we cannot remove it for them. Let them pull the mask by themselves. They have the rights. So, remember what I said just now & give it some thought, ok? Will updates more soon. So, keep waiting & enjoy your wonderful weekends..!! (^__^)

p/s : Don't judge my journey until you've walked my path....

Tuesday, October 4, 2011

BeRaPi...!!!

SITUASI 1 :

Kau ingat kau bleh tipu aku?? Mainkan aku? Kejap cakap itu, kejap cakap ini. Jangan ingat aku senang ditipu, OK!! Dengan nyawa pon kau boleh buat main. Dah cukup ke amal ibadat kau yang kau nak sangat mati tu!! Kalaupun amal ibadat kau bertimbun pun, comfirm kau akan masuk ****** punya lah kalau kau betul buat macam tu. Itu bukan jaminan dari aku tapi jaminan dari ALLAH. Ingat tu!! Kalau kau nak aku tolong pun, tak perlu la sampai buat macam tu kot. Kalau kau jujur aku mesti tolong punya lah. Tak perlu la kau cover bagi alasan macam2 supaya aku tolong kau. Entah apa2 je. Macam kau sorang dalam dunia ni yang ********. Orang lain pun ******** jugak. Tapi takde lah smpai jadi ***** macam kau..!!

Aku tak marah kau mintak tolong aku tapi aku MARAH & SAKIT HATI sangat bila kau tipu aku hanya semata-mata untuk paksa aku tolong kau..!! Aku tak faham betul la macam mana kau fikir. Tak faham kenapa kau mesti menipu untuk mintak tolong aku. Padahal benda yang kau nak mintak tolong tu bukannya perkara besar sangat pun. Benda remeh je kot. Dah la tu, kau menipu tahap melampau pulak tu. Siap bermain dengan nyawa lagi. Ape kesss???

Ok, fine lah. Oleh sebab aku ni terlalu baik hati, maka aku tolong jugak lah kau kan, walaupun dah terang2 kau tipu aku kan. Aku siap bagitau bukti lagi yang kau menipu tapi still kau tak mengaku jugak kan. Takpe lah. Lagipun aku tak untung or rugi apa2 pun. Ok, maybe aku tak ikhlas tolong kau. Maybe lebih kepada terpaksa. Dah kau tu, selagi aku tak tolong kau asyik kacau hidup aku je. Lepas aku cakap aku dah tolong kau, terus kau hilang & tak kacau hidup aku dah. Nampak sangat lah kau paksa aku tolong kau kan??? Padahal benda tu kau boleh buat sendiri kot. Saja nak mintak simpati??? Whatever lah. Suka hati kau lah. Ada aku kisah????


SITUASI 2 :

Dulu bila kau ada masalah, kau selalu je cari aku kan. SMS aku. Call aku. Jumpa aku. Aku ni kira macam kaunselor & motivater kau lah masa tu. Satu persatu masalah kau aku selesaikan. Ada jugak yang aku tak tahu nak selesaikan tapi aku cuba jadi pendengar yang baik. Time tu kita rapat sangat sampaikan ada yang cemburu lah. Kadang-kadang aku rasa rimas jugak sebab bila jumpa or sms dengan kau je, mesti aku terpaksa perah otak untuk buat kau senyum gembira. Masalah aku semua aku simpan je. Aku pendam jauh2 dalam hati aku. Sebab aku tak nak menambahkan lagi beban masalah kau. Pernah jugak kau lepaskan tension pada aku. Marah aku. Tapi aku diam je. Sebab aku tahu kau takde niat pun nak marah aku. Aku cuba buat yang terbaik untuk sahabat baik aku.

Tapi SATU je aku tak berapa suka tentang kau. Kau hanya berkongsi kesedihan & masalah kau dengan aku. Kegembiraan kau kongsi dengan orang lain. Tapi aku tak pernah merungut. Sekarang, bila semua masalah kau dah settle. Bila kau dah bahagia. Kau lupa aku. Kau langsung tak cari aku lagi. Aku ada buat salah pada kau ke? Apa salah aku? Even kita dekat je sebenarnya tapi hakikatnya kita sangatttt jauuuuuuhhh.

Pernah sekali aku rasa tak berdaya sangat tanggung masalah aku. Aku cuba sms kau untuk berkongsi masalah aku. Tapi kau tak reply. Bila aku happy sangat, aku cuba berkongsi kegembiraan aku dengan kau. Tapi kau tak peduli. Takpelah, sepatutnya aku gembira kerana kau tak cari aku bermaksud kau takde masalah. Tapi aku PASTI kau akan cari aku jugak nanti. Bila kau ada masalah. Harap kau maafkan aku sebab mungkin ketika itu kau takkan dapat cari aku lagi kerana aku telah berjanji pada diri aku sendiri yang aku takkan cari kau lagi. Takkan sms kau lagi. Takkan call kau lagi. Kerana hati aku dah benar2 terluka.

*terkilan*

SITUASI 3 :

Dah lama aku sakit hati dengan kau. Tapi aku diam je sebab aku tak nak la keruhkan hubungan kita yang pada dasarnya nampak sentiasa sangat bersih even hakikatnya selalu jugak keruh. Kau selalu meletakkan sesuatu xtak kena pada tempatnya.. Contohnya, kau mendahulukan sesuatu yang sepatutnya dikemudiankan? Bukan contoh dah, memang selalu kau buat macam ni pun.

Benda ni la yang paling aku KURANG GEMAR sekali. Tolong lah utamakan yang utama pleaseee.. Bila ada masalah, fikir nak senang je semua kan? Nak orang tolong fikirkan untuk kau. Kau boleh senang2 buat hal kau, masalah bersama tak nak fikir bersama. Wonderperts pun tahu apa itu erti KERJASAMA.. TEAMWORK.. Kau tahu???

Tolong jangan pentingkan diri boleh? Selalu jugak aku rasa nak sound direct je kat kau. Tapi aku sedar, sometimes manusia perlu hipokrit untuk menjaga hubungan sesama manusia. Hmmm.. Entah la labu. Lu pikir la sendiri...


P/s : Motif??? Kadang-kadang meluahkan apa yang terpendam itu perlu supaya gunung berapi tak meletus...

Sunday, June 12, 2011

Sunday, April 24, 2011

HeLp Me =(


Kepala pusing. Tekak sakit. Badan panas sejuk. Mata berair. Hidung berair. Arghhhh... Tensionnnnn..!!! Tambah plak dapat ******* yang tak memahami ni. Asyik buat bising je. Makin orang pegang buku, makin kuat dia. Bertimbang rasa la sikit. Haisssshhhhhhh...! Macam mana nak study untuk exam esok ni. Serabut. Kusut..!!!!!

Somebody.... HELP ME pleaseeeeeee!!!!!

Thursday, March 24, 2011

CaLLiNg FrOm HoMe...

Sejukkkk!!! Huhu.. Harini cuaca sangat sejuk. So, bungkus dalam selimut la jawapannya. Hihi. Tadi Abang Zaini call suruh balik. Dia bagitau aku dia balik kampung. Jadi dia suruh aku balik. Entah apa tujuannya tak tau la. 

Semalam masa chatting dengan Abang BD, dia pun suruh aku balik. Nak belanja makan katanya. Mak pun sama. Pagi semalam masa aku call mak cakap kalau dah takde kelas balik je la duduk rumah. Aiyakk, time aku rasa malas nak balik ramai pulak yang suruh aku balik.

Time aku rasa nak balik, ramai pulak yang tanya buat apa nak balik, tak payah balik la. Aduh, macam2 hal la. Bikin aku confuse ja. Huhu. Rasa macam nak balik tapi dah ada plan baikkk punyerr esok. 

Lagipun thesis kena siapkan before Monday. Kalau aku balik mesti thesis tak berusik. Almaklumlah, tenggelam dengan kenikmatan di rumah… Huhu. plan nak balik hari Selasa tapi family suruh balik jumaat pulak. Aiyoooyoo..


kusut!

Tuesday, March 22, 2011

wArNiNg FoR mE!!


KENAPA aku berperasaan macam ni..
Aku tak patut rasa macam ni..
Aku tak boleh mempunyai perasaan macam ni..
Aku tak berhak untuk rasa macam ni..

Aku dah MELAMPAU..!!

I HAVE TO LIMIT MYSELF!!! 

To this "FEELING"... Please go away from me.. Please..
I cannot BEAR it anymore...
So please go far FAR away and do not come again...

I NEED some space..!!

Sunday, March 20, 2011

sLeEp To DrEaMs..



Tak tahu la kenapa sejak kebelakangan ini aku asyik mimpi yang bukan2 saja. Bad and scary dreams.. Ada jugak mimpi yang aneh2. Nak cakap aku tak basuh kaki sebelum tidur, dah basuh dah. Tak baca doa?? Dah baca dah. Selalu fikir bukan2?? Rasa tak kot. Emosi kurang stabil?? Stress?? Rasa macam tak. Walaupun perlu siapkan banyak kerja dalam masa yang pendek, aku takde la rasa macam stress sangat pun.. Haishhh.. What to do??Selalu bangun pagi dengan keadaan lesu dan lemah because of those dreams..

Bila bangun dalam keletihan, hari pun dimulakan dengan mood yang kurang baik. Jadi perjalanan kerja yang dilakukan pada hari tersebut adalah sangat kurang lancar..huhu..Yang peliknya, bila tidur balik, mimpi tu boleh bersambung balik.. Contoh macam malam sebelum ini aku ada mimpi something, then malam tadi boleh pulak mimpi tu bersambung.. arggghhhh... (-_-")

WHAT SHOULD I DO???

Friday, March 4, 2011

Sunday, February 27, 2011

WhY..???


Berbulan-bulan aku cuba mnyingkirkan dia dari fikiranku
Berbulan-bulan juga aku berusaha mnyingkirkan dia dari hatiku
Namun dia masih belum hilang dari fikiranku
Dia masih tetap berada di hatiku

KINI

Setelah bulan berganti tahun
Dia mula hilang dari fikiranku
 Dia tidak lagi ada di hatiku
Aku dapat menjalani hari-hariku dengan gembira
Tanpa sedikit pun membiarkan bayangannya mengganggu hidupku
Dan di saat ini aku tahu
Aku benar-benar telah melupakan dia

TETAPI

Kenapa dia datang di saat aku sudah dapat melupakan dia
Kenapa dia datang di saat aku sudah dapat menyingkirkn dia dari hidupku
Kenapa dia datang di saat aku sudah dapat memadam semua kenangan bersamanya

Ya Allah, kenapa dia hadir kembali dalam hidupku
Kenapa dia mesti datang semula kepadaku
Adakah dia datang untuk menyinari hidupku
Adakah dia datang untuk melukai hatiku lagi

Ya Allah, andai kehadirannya membawa keburukan
Maka jauhkan dia dariku sejauh-jauhnya

Friday, February 18, 2011

EXhAuSTeD

Alhamdulillah, dah nampak sedikit perubahan setelah entry hot tersebut diterbitkan. THANK YOU ALLAH â˜º Harap perubahan tu bukan hanya untuk seketika sahaja. Terima kasih kepada sahabat2 yang banyak memberi kata2 semangat dan juga nasihat kepada aku. THANK YOU FOR STANDING BY MY SIDE ALL THE TIME😚

By the way, letih gila hari ni. Pagi lagi dah bertungkus lumus meng"edit" data lab IPM bersama Azu dan Hatie. Sungguh memeningkan kepala. Entah berapa kali kami calculate. Tak terkira kot. ðŸ˜“ Then, terus g lecture. Nasib baik lecture ni tak terlalu heavy. Kalau tidak agaknya aku dah lama terlentok kat situ. Lepas tu, continue pergi lab buat FYP. Tangkap 350 ekor nyamuk pulak tu. Sampai tersemput2 aku..Huhuhu.. Punya la tekun buat FYP kat lab atas sampai tak sedar dah pukul 5 lebih dah. Turun je lab bawah, tengok ramai VCRU staff dah balik dah. Tinggal kitorang ja. Lab pon dah gelap. Teruskan juga la basuh materials FYP walaupun dah lewat. Sampai bilik tengok jam dah pukul 6.30. Dah macam apa dah aku ni. Mengantok + letih + lapar = ??? 

Hmm.. Bila la nak dapat rehat sekejap. FYP entah apa2 ja. Jeles aku tengok orang lain dah dapat fokus pada tesis sebab dah habis FYP. Tapi aku masih macam ni ðŸ˜© Harap2 semua penat lelah aku selama 2 sem ni berbaloi. Esok kena pergi lab lagi. Check condition nyamuk aku. Wahai nyamuk, please give me a good result for tomorrow. Please...!!!

Thursday, February 17, 2011

i've ReAcH mY LiMiT

Maaf... Hari ni aku emo sikit. Sebab aku dah lama sangat bersabar. Selama ni aku diamkan ja even almost every week kot aku sakit hati sangat. Aku tahu semua orang tak perfect. Even aku pun xterkecuali. Ada yang aku perlu ubah TAPI sekurang-kurangnya aku tahu aku perlu BERUBAH dan sentiasa bersedia untuk berubah. Kalau setakat kita sedar kelemahan kita and do nothing about it, it is NOT ENOUGH. So, please BEHAVE yourself. Dalam dunia ni kita bukannya hidup sorang2. Kita hidup sesama manusia ni kena la bertolak ansur. JAGA HATI orang lain dan bukannya jaga hati sendiri ja. Sometimes, kita perlu letak diri kita di tempat orang lain to understand better. Jangan asyik fikir pasal diri sendiri ja. HARI NI HARI ORANG LAIN, mana tau ESOK HARI KITA pulak.

Lagi satu, kalau kita rasa tak boleh tunaikan janji, tolonglah JANGAN BERJANJI. In case kalau kita berjanji dan dah berusaha sedaya upaya untuk tunaikan janji tu but still tak boleh nak tunaikan, it's ok since we have tried our best. Lagipun, kita hanya boleh merancang but TUHAN yang tentukan kan. Tapi kalau kita berjanji dan tak berusaha nak tunaikan, IT IS NOT OK!

Sekali lagi aku minta maaf jika ada yang terasa dengan post aku kali ini. Aku hanya nak meluahkan apa yang terbuku ja. Tak ada niat pun untuk melukakan sesiapa. Aku tak kisah kalau aku perlu SACRIFICE sikit untuk sahabat2 aku. Aku rasa dah banyak masa, tenaga, hati dan perasan aku korankan untuk orang lain. Tapi aku tak pernah kisah pun sebab aku suka sangat tolong orang. Aku happy kalau dapat tolong orang tapi tolong lah JANGAN AMBIL KESEMPATAN atas aku. Please....