Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 4, 2011

BeRaPi...!!!

SITUASI 1 :

Kau ingat kau bleh tipu aku?? Mainkan aku? Kejap cakap itu, kejap cakap ini. Jangan ingat aku senang ditipu, OK!! Dengan nyawa pon kau boleh buat main. Dah cukup ke amal ibadat kau yang kau nak sangat mati tu!! Kalaupun amal ibadat kau bertimbun pun, comfirm kau akan masuk ****** punya lah kalau kau betul buat macam tu. Itu bukan jaminan dari aku tapi jaminan dari ALLAH. Ingat tu!! Kalau kau nak aku tolong pun, tak perlu la sampai buat macam tu kot. Kalau kau jujur aku mesti tolong punya lah. Tak perlu la kau cover bagi alasan macam2 supaya aku tolong kau. Entah apa2 je. Macam kau sorang dalam dunia ni yang ********. Orang lain pun ******** jugak. Tapi takde lah smpai jadi ***** macam kau..!!

Aku tak marah kau mintak tolong aku tapi aku MARAH & SAKIT HATI sangat bila kau tipu aku hanya semata-mata untuk paksa aku tolong kau..!! Aku tak faham betul la macam mana kau fikir. Tak faham kenapa kau mesti menipu untuk mintak tolong aku. Padahal benda yang kau nak mintak tolong tu bukannya perkara besar sangat pun. Benda remeh je kot. Dah la tu, kau menipu tahap melampau pulak tu. Siap bermain dengan nyawa lagi. Ape kesss???

Ok, fine lah. Oleh sebab aku ni terlalu baik hati, maka aku tolong jugak lah kau kan, walaupun dah terang2 kau tipu aku kan. Aku siap bagitau bukti lagi yang kau menipu tapi still kau tak mengaku jugak kan. Takpe lah. Lagipun aku tak untung or rugi apa2 pun. Ok, maybe aku tak ikhlas tolong kau. Maybe lebih kepada terpaksa. Dah kau tu, selagi aku tak tolong kau asyik kacau hidup aku je. Lepas aku cakap aku dah tolong kau, terus kau hilang & tak kacau hidup aku dah. Nampak sangat lah kau paksa aku tolong kau kan??? Padahal benda tu kau boleh buat sendiri kot. Saja nak mintak simpati??? Whatever lah. Suka hati kau lah. Ada aku kisah????


SITUASI 2 :

Dulu bila kau ada masalah, kau selalu je cari aku kan. SMS aku. Call aku. Jumpa aku. Aku ni kira macam kaunselor & motivater kau lah masa tu. Satu persatu masalah kau aku selesaikan. Ada jugak yang aku tak tahu nak selesaikan tapi aku cuba jadi pendengar yang baik. Time tu kita rapat sangat sampaikan ada yang cemburu lah. Kadang-kadang aku rasa rimas jugak sebab bila jumpa or sms dengan kau je, mesti aku terpaksa perah otak untuk buat kau senyum gembira. Masalah aku semua aku simpan je. Aku pendam jauh2 dalam hati aku. Sebab aku tak nak menambahkan lagi beban masalah kau. Pernah jugak kau lepaskan tension pada aku. Marah aku. Tapi aku diam je. Sebab aku tahu kau takde niat pun nak marah aku. Aku cuba buat yang terbaik untuk sahabat baik aku.

Tapi SATU je aku tak berapa suka tentang kau. Kau hanya berkongsi kesedihan & masalah kau dengan aku. Kegembiraan kau kongsi dengan orang lain. Tapi aku tak pernah merungut. Sekarang, bila semua masalah kau dah settle. Bila kau dah bahagia. Kau lupa aku. Kau langsung tak cari aku lagi. Aku ada buat salah pada kau ke? Apa salah aku? Even kita dekat je sebenarnya tapi hakikatnya kita sangatttt jauuuuuuhhh.

Pernah sekali aku rasa tak berdaya sangat tanggung masalah aku. Aku cuba sms kau untuk berkongsi masalah aku. Tapi kau tak reply. Bila aku happy sangat, aku cuba berkongsi kegembiraan aku dengan kau. Tapi kau tak peduli. Takpelah, sepatutnya aku gembira kerana kau tak cari aku bermaksud kau takde masalah. Tapi aku PASTI kau akan cari aku jugak nanti. Bila kau ada masalah. Harap kau maafkan aku sebab mungkin ketika itu kau takkan dapat cari aku lagi kerana aku telah berjanji pada diri aku sendiri yang aku takkan cari kau lagi. Takkan sms kau lagi. Takkan call kau lagi. Kerana hati aku dah benar2 terluka.

*terkilan*

SITUASI 3 :

Dah lama aku sakit hati dengan kau. Tapi aku diam je sebab aku tak nak la keruhkan hubungan kita yang pada dasarnya nampak sentiasa sangat bersih even hakikatnya selalu jugak keruh. Kau selalu meletakkan sesuatu xtak kena pada tempatnya.. Contohnya, kau mendahulukan sesuatu yang sepatutnya dikemudiankan? Bukan contoh dah, memang selalu kau buat macam ni pun.

Benda ni la yang paling aku KURANG GEMAR sekali. Tolong lah utamakan yang utama pleaseee.. Bila ada masalah, fikir nak senang je semua kan? Nak orang tolong fikirkan untuk kau. Kau boleh senang2 buat hal kau, masalah bersama tak nak fikir bersama. Wonderperts pun tahu apa itu erti KERJASAMA.. TEAMWORK.. Kau tahu???

Tolong jangan pentingkan diri boleh? Selalu jugak aku rasa nak sound direct je kat kau. Tapi aku sedar, sometimes manusia perlu hipokrit untuk menjaga hubungan sesama manusia. Hmmm.. Entah la labu. Lu pikir la sendiri...


P/s : Motif??? Kadang-kadang meluahkan apa yang terpendam itu perlu supaya gunung berapi tak meletus...

2 comments:

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus

Farhana said...

TQ..Apa yg bagus tu?