Sepanjang observation aku untuk bulan ni, ramai yang ada problem dengan kawan2. Kenapa ya agaknya. Even aku pun ada problem yang sama. Hmm.. Jom kita discuss sikit pasal topik ni
Pernah tak korang terfikir kenapa ada banyak istilah dalam dunia persahabatan ni. Contohnya; KAWAN, TEMAN & SAHABAT. Dalam Bahasa Inggeris pun ada banyak macam FRIENDS, BUDDIES and etc. Apa bezanya? Ada beza ka? Or sama ja? Dan kenapa pulak kita selalu sebut PERSAHABATAN dan bukannya PERKAWANAN ataupun PERTEMANAN? Boleh korang identify dan classify (cehhh, ayat!) kawan, teman dan sahabat? Agak2 5 orang dalam gambar ni di bawah kategori mana? Macam mana? Boleh?
Sebenarnya aku pun tak tahu apa jawapan yang tepat Tapi bagi diri aku, aku meletakkan sahabat di tempat yang pertama dan teratas sekali dalam dunia berkawan aku. Teman di tengah dan kawan di bawah sekali. Kenapa macam tu? Mesti la ada aku ada sebab aku sendiri. Tapi ingat tau ni pendapat aku, tidak ada kena mengena dengan orang lain..hehe..
Kerana bagi aku, semua sahabat boleh menjadi teman. Semua teman boleh menjadi kawan. TETAPI tak semua kawan boleh menjadi teman. Tak semua teman boleh menjadi sahabat. Erkkk.. Apa yang aku maksudkan ni? Berbelit ayatnya..haha. Mungkin ada yang tak setuju dengan aku tapi itulah definisi dalam kamus persahabatan aku. Kalau dalam Kamus Dewan, tak tau la pulak aku macam mana definisinya. Korang pergi la check sendiri. Then, share dengan aku ya? Haha..
Bagi aku hubungan kawan itu sangat rapuh dan mudah patah (macam lekat dengan gam 20 sen yang kita guna masa sekolah rendah dulu). Hubungan teman itu mungkin lebih teguh sedikit dari kawan tetap belum cukup kukuh lagi (seperti gam UHU). Tetapi hubungan sahabat itu sangat kukuh dan kuat (seperti gam gajah). Kita boleh mencari kawan dengan begitu mudah sahaja. Semudah memetik jari! Eh, boleh ke?? No..no.. Maksud aku dengan hanya 1 click ja kita boleh dapat kawan. Buktinya?? Tu Facebook, Friendster, Myspace dan sewaktu dengannya. Betul tak? Click ja Add Friend, dah dapat kawan. Simple.
Teman macam mana pulak? Senang di cari tetapi tidak semudah seperti kawan. Tak boleh click atau petik jari. Sahabat? Sangat susah dicari. Nak cari 1 dalam 1000 pun mungkin tidak berhasil. Lagi satu, teman boleh berkongsi pahit dan manis or suka dan duka bersama kita tetapi mungkin tidak akan sanggup berkorban untuk kita. Berbeza dengan sahabat yang sentiasa bersedia untuk berkorban bila2 masa sahaja demi kita. Malah, sahabat juga lah yang akn mendekati kita tatkala orang lain menjauhi kita, menarik kita tatkala orang lain menolak kita, menyapu air mata kita tatkala orang lain membuat air mata kita menitis, dan melangkah ke hadapan tatkala orang lain melangkah ke belakang jika diminta untuk berkorban demi kita. Ringkasnya, kita boleh berkongsi apa sahaja dengan sahabat! Best kan dapat sahabat?
So, sekarang korang dah faham kan kenapa aku meletakkan sahabat di tempat yang paling istimewa. Jadi, agak2 korang ni dalam kategori mana? Kawan? Teman? Sahabat? Sebenarnya tak penting pun mana kategori korang. Yang paling penting ialah korang dah mainkan peranan sebagai kawan, teman or sahabat yang TERBAIK, ok? All the best!
10 comments:
"sahabat jgak yg akn mndekati kita tatkala org lain menjauhi kita.. akn menarik kita tatkala org lain menolak kita... menyapu air mata kita tatkala org lain mmbuat air mta kita menitis... mlangkah ke hdpan tatkala org lain mlgkah ke blkg jika dminta berkorban".
SUKA SGT AYAT NI...BEST2..!!
tq nona... tu pendapat aku...
hg plak cmner...hehe
ak x ske kwn y pentingkn diri dia je..haha...last2 bek wat hal sendiri, senang, xde sp nk kaco...huhu
yes, i know u..haha
tabik springg r kt hg...hehehe
wow, bangga...hohoho..
ape2 pn thanks la kt hg, tq 4 evrythings...spnjng perkenalan aku dgn hg...BTW cantik umah hg..hehe
yes..u're wlcm...
tq kt hg jgak..
tetiba puji umah aku..hahaha.slah entry kot ko comment..ni entry psal sahabat r..haha
btw, jom r dtg umah..haha
nanaaa....terrer2 pandai plak die differentiate maksud tersirat..mcm kamus dewan gitu...haha..cayalas..
hahaha...pndai2 sndri je nie..
wawa rajin, g la check kt kamus dwan..hahaha
Post a Comment