Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 15, 2011

kEsaYanGan Saya

Assalamualaikum… Alhamdulillah jumpa lagi kita ☺ Untuk post kali ni, aku nak tulis serba sedikit tentang keluarga aku. Al maklumlah, aku masih baru dalam dunia blog ni. So, bagi aku practice tulis cerita yang ringan dulu, ok? Harap bersabar. Ngeee.. Ermm, dari mana nak start ye. Actually, kisah aku bermula di teratak ini..

Rumah comelku

Klasik tak rumah aku. Hehehe. Pada pandangan aku, rumah ni sangat cute sebab seni reka bentuknya yang sangat unik. kalau korang perasan (or aku yang over perasan) ada ukiran yang sangat halus dan cantik di bahagian atas rumah. Cantik kan..hehe. Aku tinggal kat rumah ni bersama dengan Mak, Adik, Abang Konen dan Abang BD (dan keluarga). Abang dan kakak2 aku yang lain masing2 tinggal sendiri di KL tapi selalu jugak balik jenguk kami di sini.

Ok, mari cerita pasal my parents pulak. Ayah aku dah meninggal dunia for almost 15 years (1996 - 2011) already Masa tu umur aku 8 tahun. I miss him very muchhhhh 😭 Tapi aku redha sebab ajal maut semua di tanagn Tuhan. Semoga aku dan Ayah akan bertemu di Syurga nanti. Insya Allah..

Aku(blue), Mak(ungu), Kak Iza (coklat), Kak ina (grey)
Mak aku pulak dah berumur 51 tahun. Sangat penyayang dan ambil berat pasal hal anak2. Juga sangat penyabar dalam membesarkan 7 orang anak yang comel2 and nakal2 (especially me) Perkara yang aku sangat kagum dengan Mak ialah ketabahan dan pengorbanan mak membesarkan kami lepas Ayah meninggal. Dia pernah jual kuih untuk sara hidup kami 7 beradik. Insya Allah aku akan kenang sampai akhir hayat. Sekaran Mak dah tak jual kuih lagi. Cuma ada la ambil upah menjahit baju untuk orang kampung. Aku sangat suka dengan masakan mak yang SUPER sedapppp. Setiap kali sebelum balik rumah aku wajib call Mak, minta masakkan aku itu dan ini. Dan setiap kali juga Mak akan cakap “Malaslah, makan apa yang ada ja lah" or “Mak tak masak apa pun, beli bungkus je lah”. Itu jawapan standard yang selalu Mak cakap. ☺ Walaupun begitu, bila sampai rumah mesti terharu sangat bila tengok menu yang terhidang di atas meja makan. TERIMA KASIH MAK! Love you until Jannah! ❤❤❤


Abang sulung aku ialah Abang Zaini. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak; Ain, Afif dan Arissa. Abang aku ni umpama "bank bergerak" kot bagi aku sebab selalu bagi aku duit belanja. Haha.. Ok, just kidding. Bagi aku, dia ialah pengganti Ayah yang bertanggungjawab menjaga kebajikan aku dan keluarga. Ini gambar dia dan keluarga.

Abang Zaini's family

Kak Iza ialah kakak aku yang sulung. Dia ni gila2 sikit. Suaranya lantang dan kuat. my sister ni gila2 la jgak. Dia ska ckp n gelak kuat2. Kalau bercakap phone dengan dia tu sampai berdesing la juga gegendang telinga aku sebab kuat sangat. Huhu.. Satu perkara yang korang perlu tahu pasal dia ialah dia sangat fanatik dengan deco rumah. Rumah dia penuh dengan segala macam barang-barang yang berkonsepkan English. Kalau tak percaya, nanti saya akan post kan di sini jika ada kesempatan. Husband dia sudah meninggal tahun lepas (2010). Semoga arwah abang iparku ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin... Ini pic dia bersama si comel.

Kak Iza dengan anak2 buahnya

Anak yang ke-3 dalam family aku ialah Abg Bd. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 anak lelaki (Haziq dan Harith) serta 3 anak perempuan (Nurul, Atiqah dan Hanim). Anak2 ini la yang selalu buat aku rindu bila balik ke USM. Riuh rumah Mak dengan budak2 ni. Tapi bila hujung minggu diorang akan balik ke rumah mereka di Bukit Pinang. Sunyi la sekejap rumah Mak time tu. Bawah gambar Abang Bd dan keluarganya. Boria sangat 😍

Abang Bd's Family

kak ina
Kak Ina anak yang ke-4 dalam family. Aku dengan dia dah macam BFF Selalu bergosip dan kongsi masalah bersama. Sekarang ni dia tengah gilakan games di Facebook. Pendek kata, semua jenis game yang memerlukan kreativiti untuk deco di Facebook tu ssmua dia main..hahaha. Kelemahan dia satu je. GONGGOK! Dia fobia dengan ulat gonggok. Kalau sebut je ulat gonggok, terus histeria dibuatnya. Itu baru sebut je, kalau depan mata, agak2 korang boleh bayangkan tak macam mana?? Another thing is dia ni agak sensitif dan cepat touching. Belum berkahwin. Jadi, siapa2 yang berminat boleh la bagitau aku..haha..


Yang ke-5 dalam family aku ialah Abang Konen. Macam Detective Conan pulak namanya. Abang aku yang seorang ni agak panas baran sikit. Kalau time bad mood, memang dia akan diam je. Nak tegur pun takut. Ramai kawan2 aku yang cakap abang aku yang ini kurang mesra sebab ekspresi muka dia yang nampak garang. Tapi kalau time dia good mood ok je. Suka bergurau. Sudah bertunang tapi sekarang sedang diuji (dugaan bertunang). Harap dia dapat menghadapi dugaan tu dengan tabah dan kuat. Insya Allah..

Abang Konen

Yang ke-6 dalam family adalah yang paling comel dan sweet 😚 Ok, malas nak cerita panjang pasal dia ni. Insya Allah korang akan slowly kenal dia melalui blog ini. ☺

Aku

Lastly, mari berkenalan dengan si bongsu iaitu Adik. Dia ni sangat pemalu (??) terutama dengan aweks. Tapi sekarang dah makin kurang malunya sebab dah makin matang kan. Anak emas Mak ni. Sangat manja dan selalu control macho. Dulu aku dan dia ibarat kucing dan anjing. Pantang berjumpa, asyik nak bercakar je. Letih Mak jadi pelerai kami..huhu.. Sekarang dah tak bergaduh macam dulu dah. Kalau ada pun gaduh2 manja je kot. 😜

Adik


Ok lah, sampai sini saja dulu kisah tentang insan-insan kesayangan aku. Banyak lagi sebenarnya yang nak dikongsikan. Maybe next post. Insya Allah...

No comments: