13 Jun 2011, Monday.
Pada jam 8 pagi, me & my cousin bergerak ke Hospital Jitra for medical check up sebab my cousin dapat tawaran ke ASWARA. Semuanya berjalan dengan lancar until lepas x-ray. My cousin diarahkan pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana ASWARA request laporan doktor pakar.
16 Jun 2011, Thursday.
Kembali semula ke Hospital Jitra pada jam 8.30 pagi for Mantoux Test yang hanya dilakukan pada hari Khamis saja atas sebab2 tertentu.
19 Jun 2011, Sunday.
Datang lagi ke Hospital Jitra untuk Ujian Pengesanan Dadah & result Mantoux Test.
26 Jun 2011, Sunday.
Kembali ke Hospital Jitra pada jam 2.00 pm untuk result Ujian Pengesanan Dadah & appoinment dengan doktor. Doktor cakap selagi tidak mendapat laporan x-ray dari doktor pakar, dia tak boleh buat apa2. Terpaksa bergerak ke Hospital Sultanah Bahiyah pada jam 2.30 pm untuk mendapatkan laporan pakar. Selesai mendapatkan laporan pakar pada jam 4.00 pm. Tak sempat kembali ke Hospital Jitra. Maka, balik dulu.
27 Jun 2011, Monday.
Terpacak depan bilik doktor di Hospital Jitra pada jam 8.00 am. Ramai orang pada bahagian lain tapi takde orang kat bahagian situ. Pelik. Kaunter pendaftaran tutup. Kaunter bahagian tersebut pulak takde orang. Maka, tunggu dalam kebingungan. Selepas 40 minit menunggu, seorang staf yang baik hati menegur kami. Kami dimaklumkan bahawa medical check up hanya dibuka pada sesi petang. Terpaksa balik dengan hati yang kecewa & mengatuk sebab bangun awal. Kembali semula pada jam 2.30 pm. Selesai. Alhamdulillah..
p/s : Setiap cabaran & dugaan ada hikmahnya. (^_^)
No comments:
Post a Comment