Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 9, 2011

:: PeRiGi MeNcAri TimBa ::


"Mengikut kajian terkini, nisbah antara perempuan & lelaki ialah 37 nisbah 1. Bermakna semakin ramai golongan wanita yang akan mengalami fenomena anak dara tua menjelang tahun 2020.."

3, 2, 1 Cinta.. Kisah tentang seorang perigi yang sedang mencari timba. Kerana takut menjadi andartu menjelang tahun 2020, Sam @ Siti Aishah (Diana Amir) mencuba pelbagai usaha untuk memikat hati Nazril (Farid Kamil), jejaka idaman seluruh kolej tanpa menyedari kawan baiknya sendiri, Ayam @ Fariz (Pierre Andre) mencintainya.


Pelbagai adegan lucu & romantis berlaku sepanjang usaha Sam memikat hati Nazril sehingga akhirnya Nazril mula jatuh cinta pada Sam. Pada masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa & adik tirinya semakin pulih.


Namun, di saat Nazril meluahkan perasaannnya pada Sam, Sam sedar & yakin siapa pilihan hatinya. Siapa pilihan hatinya? Korang agak2 sendiri la ye.


Pendapat aku tentang filem ini? Ermm..Biasa sahaja. Tak ada yang luar biasa. Dari awal cerita lagi dah boleh agak apa yang akan berlaku. So, 3 bintang untuk 3, 2, 1 Cinta!!!

p/s : Hati lagi penting lah!!!

No comments: