Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 21, 2011

SeKaLi LaGi

Yeaaaayyyyy! Dah dapat tengok filem Sekali Lagi..!!! Dah lama dah kepingin nak tengok tapi tak dapat cari link kat mana2. Kat Youtube pon tak jumpa. Tapi, semalam entah macam mana terjumpa link kat Youtube. Apa lagi, melompat lah (dalam hati). Hahaha... Aku naaaaaaaaaakkk sangattttt tengok cerita ni sebab ada Syaheizy Sam yang kacak bergaya, Lisa Surihani yang cantik manis & Mia Sara Nasuha yang comel. (^__^)

Filem Sekali Lagi ni mengisahkan tentang Arman (Shaheizy Sam) yang mengidap penyakit automatik autistik. Arman ni bakal berkahwin dengan Farina (Shasha Zurazie). Satu hari, Arman diperas ugut & telah diselamatkan oleh Amy (Mia Sara Nasuha). Start hari tu, bermulalah persahabatan antara Arman & Amy. Tapi bila mama Amy, Shiela (Lisa Surihani) ni dapat tau tentang persahabatan mereka, mama dia terus marah & melarang Amy berkawan dengan Arman lagi.


Kenapa Shiela buat macam tu? Sebab..... Arman tu sebenarnya bekas _ _ _ _ _  Shiela & _ _ _ _ Amy!!! (sila isi sendiri tempat kosong. Hehe) Ending?? Entah, malas cerita. Huhu.. Tak tau la nak cakap ending dia best ke x, puas hati ke tak. Macam berbelah bagi pulak nak komen pasal ending. (+_+) Apa2 pun jalan cerita Sekali Lagi ni memang besttt. Kalau tengok filem Sekali Lagi ni sekali lagi or berkali-kali pon memang tak boring lah. Tapi...


Lakonan Lisa Surihani macam ada something wrong lah kat certain scenes. Macam ada yang kurang memuaskan hati, tapi tak dapat dikenal pasti apakah yang tak kena. Never mind. Apa2 pon, aku tetap peminat dia. (^_+) Lakonan Shaheizy Sam memang mantappppp. Memang menjadi lah watak pesakit autistik (betul ke eja macam ni) tu. Suka la tengok babak Arman ketawa & menangis. Lakonan Mia Sara Nasuha?? Cuuuute. Sweetttt. Suka la bila dia cakap "Malang.. Tak berbau". Cute sangat bila dia cakap macam tu dengan gaya tangan lagi. Rasa macam nak cubit2 je pipi dia. (^_+) Babak Arman berkawan dengan Amy pon best. So sweetttt. Macam couple la pulak. Hahaha..


Kepada yang belum tengok tu cepat2 la tengok. Best la serita ni. Kelakar + romantik + sweet + sedih. (^_^) So, 4 bintang for Sekali Lagi.


p/s : Terfikir kenapa filem ni bertajuk "Sekali Lagi"???? Kalau filem ni dijadikan drama kt tv mesti best. (^__^)

No comments: