Pernah dengar tak lagu Senyum by Malique & Najwa. Best kan. Lagu yang mengajak kita semua senyum :) Susah tak nak senyum?? Susah?? Apa yang susah? Tarik hujung mulut yang kanan ke kanan, yang kiri ke kiri. Ha, kan dah senyum tu. Hihi.. ^_^ Apa yang best sangat “senyum” ni? Banyak yang bestnya. Jom kita tengok satu persatu.
sEnYuM mEmBuAt kitA tAmpAk mEnaRik.
Cuba kita bandingkan orang yang suka senyum dengan orang yang kurang senyum. Apa yang korang nampak? Orang yang suka senyum nampak lebih berseri-seri kan? Membuat kita lebih tertarik kepada dia berbanding dengan orang yang kurang senyum tu kan.
Sejuk mata memandang. (^_^) Sebab tu orang yang banyak tersenyum mempunyai lebih ramai kawan. Orang yang kurang senyum tampak dingin. Orang disekelilingnya takut nak dekat. Sebab tu orang yang kurang senyum susah nak dapat kawan. Betul tak???
sEnYuM mAmPu mEnGuBaH pErAsAaN nEgAtiVe kEpAdA pOsiTiVe.
Tak percaya? Cuba senyum masa korang tengah sedih. Korang akan rasa seronok dan beban masalah yang dihadapi tu rasa lebih ringan. Senyum juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah. Nak bukti kukuh lagi??
Ada kajian yang menunjukkan apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. So, lepas ni kalau ada masalah atau sedih, try senyum. (^_^) Mungkin masalah tak akan selesai dengan senyuman tapi sekurang-kurangnya dengan tersenyum, perasaan kita akan lebih tenang dan kita dapat berfikir dengan lebih rasional. Kan??
sEnYuM mEnGhiLaNgkAn strEss.
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. Fakta ni macam lebih kurang dengan yang atas tadi tu. So, kalau rasa stress, take a moment to smile...!!!
sEnYuM mEmBuAtKAn BaDaN JaDi SiHat.
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. Jadi..?? Senyum... senyum.. dan senyum.. (^_<)
sEnYuM uNtuK AwEt muDA.
Untuk tampak sentiasa muda even usia semakin bertambah, tak perlu beli produk mahal2. Tak perlu minum jamu. Tak perlu susuk, botox or anything. Hanya perlu senyum. (>_<) Kerana menurut kajian, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi. Jadi, dengan banyak tersenyum, kedut di muka kurang dan kita akan kelihatan lebih muda. (^_^)
Itu antara kelebihan-kelebihan senyum. Sebenarnya banyak lagi. Tapi cukuplah kalau tahu 5 ni pun. Yang penting kita tau senyum itu banyak manfaatnya. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada fizikal tubuh & rohani, dalam ajaran Islam sendiri ada mengatakan senyum itu satu sedekah. Jadi, apa lagi alasan kita untuk tidak senyum?? Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas sudah cukup untuk memaniskan senyuman itu. Jadi, mulai saat ini, jangan lupa untuk senyum, tapi jangan terlalu over pulak. Biar berpada-pada dan bertempat. (^_<)
“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain menjadi sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman itu tidaklah menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit”
p/s : Marilah kita senyum ramai2. Supaya dunia bebas dari penyakit & masalah. (^_^)
No comments:
Post a Comment