Bosan.. Bosan.. Tak tahu nak buat apa la. Nak main dengan anak-anak saudara pun, diorang belum balik. Nak keluar pun kawan-kawan takde. Semua orang busy kot. Aku je kot yang lapang. Haishh.. Memandangkan tak ada apa nak buat & tengah gila bosan, nak merepek sikit kat sini. Sikit je, tak banyak. Hehe.. Nak merepek tentang WARNA. COLOR. (>_^)
Apa warna kegemaran korang? Putih? Hitam? Biru? Pink? Tahu tak yang sebenarnya warna mempunyai kuasa tau. Kuasa yang macam mana? Kuasa yang akan menakluk anda!! Haha. Selalunya kita akan pakai baju atau aksesori mengikut warna kegemaran kan?
Sedar tak yang sebenarnya warna baju boleh mengubah persekitaran & mempengaruhi mood si pemakai? WARNA itu menyimpan seribu makna & secara tidak langsung menggambarkan keperibadian @ personality seseorang. So, jom kita kenali warna & rahsianya. (>_<)
Putih
Positif : Sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong, Gemar berjenaka & mudah dipujuk apabila merajuk. Mempunyai keperibadian positif, matang & optimistik. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak berprasangka terhadap orang lain. Inginkan gaya hidup yang sederhana & bebas tekanan.
Negatif : Gemar menyendiri. Boros berbelanja.
Kuning
Positif : Berjiwa lembut @ halus & sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang & berhemah serta sentiasa ceria. Positif & sangat optimis serta memiliki senyuman yang luar biasa & tidak suka didesak. Sangat setia pada pasangannya.
Negatif : Terlalu agresif. Sering menangis & mudah menyerah.
Jingga/Oren
Positif : Ramah, jujur & rajin serta bercita-cita tinggi. Berdikari & mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri. Aktif & periang.
Negatif : Mudah menangis & cepat mengalah dengan tekanan. Tidak sabar & mudah gelisah.
Pink
Positif : Tegas & jujur. Suka membantu & begitu teliti dalam semua perkara.
Negatif : Tidak suka dibantah & suka mendesak.
Merah
Positif : Berani, jujur, berdisiplin & tegas. Sangat aktif & disenangi serta bersikap terbuka. Senang menjadi perhatian orang lain kerana kadangkala ingin mencuba sega-galanya. Suka tersenyum & suka memberi @ menerima kasih sayang orang lain.
Negatif : Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak & mudah tersinggung. Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
Ungu
Positif : Suka berjenaka & rajin. Pemurah & tidak suka diperintah. Berkebolehan megetahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam serta bercita-cita tinggi. Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang & ingin melibatkan individu lain bersama.
Negatif : Sombong & sedikit emosi.
Biru
Positif : Cintakan kedamaian, ketenangan & berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Bertanggungjawab & pandai menyimpan wang. Sering membuat orang lain berperasaan sama terhadap pandangan anda.
Negatif : Terlalu memaksa orang lain mengikut kehendak anda & kadang kala angkuh.
Hijau
Positif : Rajin & jujur bekerja. Tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pecinta alam sekitar. Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain mengubah sikap.
Negatif : Kadangkala pendirian yang teguh mrmbuatkan anda seakan-akan kolot. Sensitif.
Hitam
Positif : Prihatin, baik hati & kuat menghadapi dugaan hidup. Berdikari. Tidak mudah dipengaruhi & setia. Berdisiplin & tidak mudah mengaku kalah.
Negatif : Suka meyendiri, prihatin tetapi cepat tersinggung. Degil.
Ni dah tau rahsia personality di sebalik warna, lepas ni kalau nak cari calon isteri ke suami ke boleh la kaji warna kegemarannya untuk tahu peribadinya kan.. Tapi jangan lupa ye, sebelum kita kaji orang lain, lebih elok jika kita kaji diri sendiri dulu, ok? (^_^)
p/s : Aku suka kombinasi pink dengan warna lain. Contohnya hijau + pink , black + pink & putih + pink.. (^_*) But my mom hate pink! (+_+)
2 comments:
i like pink !! :)
I like it too.. =P
Post a Comment