Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 27, 2011

LiFe..KeHiDuPaN.. (+_+)


Sejak kebelakangan ni susah nak online. Busy? Takde la sangat. Dok umah susah la sikit. Nak online kena berebut, ikut turn. Tu yang malas tu. Laptop satu, yang nak gunanya 3 orang. Aduss.. Suruh beli seorang satu, masing2 kedekut pulak. Haishh.. Rasa macam nak buat jadual ja. Ataupun sapa yang nak guna kena ambik nombor. Haha.. Oleh kerana susah nak online, tak ada mood nak update blog. Malas. Tapi cemburu bila tengok orang lain update blog. Maka terhasillah post ni. Hehe.. Ermmm.. Nak cerita tentang apa ya. Cerita aktiviti kat rumah lah. (^_*)

Takde buat apa pun kat rumah. Makan, main, tidur, jaga anak2 buah. Hmmm... Bosan2. Time2 bosan macam ni lah teringat kenangan2 di Penang. Alangkah baiknya jika diri masih bergelar student. Betullah kata orang. STUDENT LIFE IS THE BEST (T_T)


Btw, Selasa lepas telah kembali ke USM!! Kembali menjadi student? Bukan lah. Pergi bayar yuran hostel je. Haishh.. Menyusahkan betul. Desa lain boleh je bayar kat pejabat. Aman je yang kena tunggu sampai 23hb baru boleh bayar. Sabor jo lah. Tapi apa yang berlaku ada hikmahnya. Dapat jumpa my BFF. Alhamdulillah.. (^_^)

Pergi sorang je. Jumpa Hatie kat USM. Sebelum bertolak tu, dok fikir nak bawak payung ke tak sebab rasa macam Penang nak hujan je (ramalan sendiri). Fikir punya fikir, decide tak nak bawak sebab beg kecik je. Tak muat. Nak pegang malas.

Budak degil, tak nak ikut kata hati. Padan muka! Sampai je Penang, masa dalam bas Rapid, hujan turun gila punya lebat. Dengan guruh, kilat & angin yang sangat kuat. Aiyaa... Sampai USM, terus singgah kedai beli payung. Bukak je payung, hujan stop. Langit cerah. Arghh.. Sabar.. Masuk Jabatan Bendahari nak bayar yuran. Suddenly, dia cakap senarai nama belum sampai. Bengang la aku. Jauh kot datang. Dari Kedah ke Penang.

Walaupun tak jauh sangat tapi sakit la kalau nak kena ulang datang 2,3 kali hanya kerana nak bayar yuran yang hanya berapa ringgit je tu. Tambang nak datang tu lagi banyak dari yuran. Memang tak berbaloi la. Nasib baik diorang jumpa jugak senarai nama tu, kalau tak memang rasa macam nak mengamuk! Sabor.. Then, pergi lunch bersama Hatie and Azu. Tak cukup masa nak pergi jauh2. Lunch kat KFC depan USM je. Tempat & makanan tu tak penting sebenarnya. Masa bersama kawan2 tu yang lebih berharga & bernilai. Kan? (^_^)


Sebelum balik Kedah, jalan2 dekat Komtar sekejap. Baru seminggu tinggalkan Penang, dah lupa dah jalan kat Komtar tu. Haha.


Besoknya, dapat sms dari Cik Naniey. Bosan katanya. Ajak keluar. Pusing-pusing Jitra Mall sekejap. Then, lepak kat tasik. Hari ni bosan lagi. Tak ada anak-anak buah yang menggegarkan rumah. Sunyi je tanpa mereka. Haishh.. Bosan....... Bosan!!!! (+_+)


No comments: