Sudah tiga hari blog ni diabaikan. Tiga hari tak di update. Tiga hari jugak tuan empunya blog ini hanya sempat tidur selama 1 jam. Tidur pukul 5.00 pagi bangun pukul 6.00 pagi. Fuiyoo... Semuanya kerana KESIBUKAN DUNIA. Salah tuan empunya blog ni jugak yang suka menangguh kerja. Malas sangat. Kan dah terseksa. Padan dengan muka COMEL (sempat lg perasan tu ) tersebut. Bukan salah report and FYP yang berlambak-lambak tu tetapi salah tuan empunya blog ni yang suka buat kerja di saat2 akhir. Haishhh..
Tapi tak boleh nak salahkan tuan empunya blog jugak sebab hampir 80% kerja yang disibukkan tu baru je dapat dari minggu lepas dan minggu ni (tetiba nak salahkan masa kerja tersebut wujud). Jadi bukan salah Sang Malas kerana dari segi logiknya dia tidak menangguh kerja. Cuma kerja itu yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat (tak nak mengaku lagi tu dia yang malas). Sapa2, tolong nasihatkan tuan empunya blog ni supaya rajin sikit. JANGAN MALAS!
Wahai dunia, lihatlah! Sempat lagi dia tulis blog dalam sibuk. Rajin pulak dia buka Facebook dalam kesibukan yang terlampau begitu. Iskh... Apa punya perangai tu. RAJIN tak brtempat. Tolong ketuk budak comel ni (maaf, sekali lagi angkat bakul tinggi2) supaya dia bangkit dari mimpi2, supaya dia sedar dari angan2nya yang tinggi melambung. Sesiapa, tolong bantu Sang Malas yang tak sedar diri ini. Kesibukan ini dijangka akan berpanjangan until next week. Dengan interview, test, FYP. Post ini ditulis dengan tersengguk2. Sesekali berhenti untuk pejam mata sekejap untuk hilangkan keletihan mata, then continue tulis balik. Dasar! Dah tau mengantok dan sibuk tapi still nak update juga blog. Kan dah cakap, tuan empunya blog ni rajin tak bertempat. By the way, siapa ada tips for interview session, please share with me. huhu.. Ok la, nak pergi mengadap nyamuk sekarang.
No comments:
Post a Comment