Alhamdulillah, dah nampak sedikit perubahan setelah entry hot tersebut diterbitkan. THANK YOU ALLAH Harap perubahan tu bukan hanya untuk seketika sahaja. Terima kasih kepada sahabat2 yang banyak memberi kata2 semangat dan juga nasihat kepada aku. THANK YOU FOR STANDING BY MY SIDE ALL THE TIME.
By the way, letih gila hari ni. Pagi lagi dah bertungkus lumus meng"edit" data lab IPM bersama Azu dan Hatie. Sungguh memeningkan kepala. Entah berapa kali kami calculate. Tak terkira kot. Then, terus g lecture. Nasib baik lecture ni tak terlalu heavy. Kalau tidak agaknya aku dah lama terlentok kat situ. Lepas tu, continue pergi lab buat FYP. Tangkap 350 ekor nyamuk pulak tu. Sampai tersemput2 aku..Huhuhu.. Punya la tekun buat FYP kat lab atas sampai tak sedar dah pukul 5 lebih dah. Turun je lab bawah, tengok ramai VCRU staff dah balik dah. Tinggal kitorang ja. Lab pon dah gelap. Teruskan juga la basuh materials FYP walaupun dah lewat. Sampai bilik tengok jam dah pukul 6.30. Dah macam apa dah aku ni. Mengantok + letih + lapar = ???
Hmm.. Bila la nak dapat rehat sekejap. FYP entah apa2 ja. Jeles aku tengok orang lain dah dapat fokus pada tesis sebab dah habis FYP. Tapi aku masih macam ni Harap2 semua penat lelah aku selama 2 sem ni berbaloi. Esok kena pergi lab lagi. Check condition nyamuk aku. Wahai nyamuk, please give me a good result for tomorrow. Please...!!!
3 comments:
gud lak..ana bolehh..!!yeahh!!!
tq nona =)
kita boleh!!! yeaaahhhhh...!!!
hahaha
ye btol tu, kita boleh...
Post a Comment