Hai semua!! Sejak kebelakangan ini aku asyik teringatkan budak2 comel kat kampung. Sebab tu recent post banyak berkisar tentang keletah anak2 saudara aku. Untuk mengubat rindu kononnya. Hahaha.. Post kali ini pun aku nak cerita pasal ragam2 mereka jugak. Selagi rindu masih bertamu di hati, selagi tu lah aku akan tulis. Ikut korang la nak baca ke tak, yang penting hatiku terubat.. haha. Ok, let's start the story telling!
Time aku kat rumah minggu lepas, ahad petang rasa bosan sebab kat tv macam tak ada rancangan yang best. So, aku decide nak keluar jalan2 kat luar rumah. Sebelum keluar, wajib la tengok cermin kan. Touch up sikit ke kalau sempat..hihi. Masa tengah tengok2 cermin tu nampak pulak kamera atas meja. Habis tu tak kan nak tengok je, mesti la aku angkut bawak keluar sekali. Aku ini memang pantang tengok kamera, mula la nak snap macam2.. (>_<'')
Langkah je keluar dari rumah, terus aku jalankan kerja aku as photographer yang tak bertauliah ini. Dari benda sekecil semut sampai la benda sebesar rumah comel aku tu, semua aku snap. Masa aku tengah khusyuk snap2 tu, anak2 saudara aku nampak, terus la diorang posing2 depan aku. Ye la, "Mak saudara borek, anak saudara rintik". Diorang pun gila kamera macam aku jugak. Haha. At first, only boys saja yang duk posing2. Yang gegirls macam malu2 gitu. Mahu tapi malu! Tapi bila dah tengok abang2nya bergambar, si kakak and adik ni macam teringin. So, diorang pon menyelit jugak nak posing sama.
Si adik asyik ikot je gaya posing abang2 even dia tak pandai sangat pun nak buat gaya tu. Contoh macam yang dalam aku cerita dalam post "peace" hari tu la. Dia bukan pandai pun nak angkat 2 jari. Lastly dia ambik shortcut angkat semua jari.. Haha, cute!
Nak dijadikan cerita, dekat belakang rumah aku tu ada 4 tiang. Kat situ dulu ada prondok. Pondok tu dulu tujuannya untuk kemudahan kalau nak masak time kenduri or nak buat BBQ ke. Supaya senang la kalau hujan kan. Tapi lepas family aku renovate sikit rumah and diorang buat space untuk kemudahan tu. So, mak aku decide robohkan pondok tu. Maka tinggallah tiang2 batu tu. Tengok je tiang batu ni, mula lah the boys ni dapat idea nak bergambar atas tiang. Tengok je si abang ni nak pegi panjat, si adik named ATIKAH terus lari terkedek-kedek nak pegi panjat jugak. Haha. Boleh bayangkan tak betapa comelnya dia lari dengan berbaju kurung. (^_<)
Tapi bila sampai je kat tiang tu, baru dia sedar yang tiang tu agak tinggi. Lebih kurang sama tinggi dengan dia tapi mungkin dia tinggi ckit je kot. Then, dia peluk2 je tiang tu. Agaknya pasrah kot tak mampu nak panjat kan. Suddenly, dia lari ke tepi. Aku ingat dia macam dah malas nak ambik gambar tapi rupa2 nya dia pegi ambik kerusi. Haha.. Adoyai, so clever la ini budak!
Ha.. Ada pun kerusi. Nasib baik..
Fuhh... Akhirnya berjaya jugak panjat. Yeayy!!
Dah dapat panjat tu, dia senyum2. Puas hati la kot berjaya panjat. Tapi lepas dia duduk atas tiang tu, dia tengok bawah. Terus mati senyuman dia. Aku agak dia gayat. Haha. Tapi lepas tu dia senyum balik.
Alamak, gayat la pulak.. Camna nak turun kejap lagi ni?
Apa2 pun baik aku enjoy dulu la. Nanti baru fikir macam mana nak turun.
Nak tahu macam mana dia turun?? Masa the boys nak beralih tempat nak posing kat tempat lain, aku dah perasan dah si adik gelabah semacam je bila nak turun. Tapi sengaja aku biarkan je sebab nak tengok jugak akal dia kan. Si kakak pun sebenarnya perasan adik dia tak boleh turun. Tapi dia tak tahu macam mana nak tolong sebab dia pun bukannya besar dan tinggi sangat. Mana la dia mampu nak angkat si adik ni. So, dia tolong tengok je la. Haha. Setelah beberapa kali cubaan nak turun dia gagal, akhirnya dia merengek2 panggil aku sambil hulurkan tangan. Minta aku dukung la tu. Comel.. ^_^
~ THE END ~
No comments:
Post a Comment