Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 13, 2011

~ 5 SeKaWaN ~

Balik rumah kali ni aku amik peluang jumpa kawan2 lama SMKJ dulu. Masa dalam bas on the way balik dari Penang tu lagi aku dah calling2 kawan2 aku ajak jumpa hari Sabtu sebab dah lama sangat tak jumpa. Rindu. Kebanyakannya busy dengan FYP, exam, tesis dan ramai jugak yang jauh2 macam Terengganu dan Melaka. So, hanya 4 orang ja kawan aku yang dapat jumpa. Pagi Sabtu tu pukul 7 pagi lagi aku bangun iron baju. Kebanyakan baju aku ada kat Penang. Yang tinggal kat rumah ni pun tak banyak. Terpaksa la aku pakai baju yang agak lusuh sebab tu je yang ada pun. Janji dengan sepupu nak pergi rumah kawan dia dulu pukul 9 tu. Aku tunggu sampai pukul 9 dia tak datang2. Aku sms tanya. Dia cakap tak jadi. Pergi pukul 10. Haiyoo dah pakai comel2 dah. Tunggu je la sambil tengok anime. 10 minit sebelum pukul 10 dia datang.

Sampai je Jitra pergi cari bank dulu settle something. Then, baru pergi ANEKA sebab dah janji dengan kawan2 aku nak jumpa kat sana. Masa tengah parking motor, 2 kawan aku sampai dari Perlis (Hanna dan Miejan). Diorang belajar di UniMAP. Terharu aku sebab diorang sanggup datang Jitra dari Perlis. Thank you ya Hanna dan Miejan. Love both of you! Tak tau nak lepak mana masa tu sebab ANEKA belum bukak lagi. Baru pukul 10.30 kot. Then, kami decide breakfast dulu dekat Nash Donuts & Bakery sementara tunggu 2 orang lagi yang janji nak datang.

Breakfast for 3..

Miejan..

Me n Hanna..

Time tengah makan tu, seorang lagi kawan kami (Zatie) sampai. Zatie ni baru je bergelar penulis. Nama pena dia Cahaya Izzati. Baru je terbitkan novel pertama dia yang bertajuk "Hanya Kau Kusayangi" terbitan Buku Prima pada Oktober 2010. Sekarang novel ni dalam proses cetakan kedua. Tahniah Zatie! Aku bangga dengan kawan aku. Success! Alhamdulillah.

Zatie's 1st novel.

Me and Zatie.

Borak2 sambil snap gambar. Biasa la, gila kamera..Haha.. Tiba2 abang donut datang tegur, "Dik, sini tak boleh snap gambar. Cuba tengok sign kat situ". Kitorang pun tercari2 la sign yang abang donut tu cakap kan. Kecik gila sign dia. Dah la letak tempat yang agak tersorok. Mana la aku dan kawan2 aku nak nampak. Kami ni dah la rabun2 belaka. Takpe lah. Dah banyak pun aku snap. Baik abang donut tu. Tegur dengan senyuman dan sopan. Bila dah kekenyangan semua, barulah kami gerak masuk ke ANEKA. Tetiba aku perasan kasut aku dah nak putus. Nyawa2 ikan. Terus kami pusing cari kasut. Setelah penat pusing2, akhirnya misi mencari kasut tercapai jua. Jumpa la 1 kasut yang berkenan di hati. Tapi Miejan pun teringin nak beli jugak. Maka, kami belilah seorang sepasang cuma lain2 color. Pink for Miejan and orange for me.


Destinasi seterusnya ialah ke pusat bowling. Masa sampai di situ, Seorang lagi rakan kami (Aziemah) sampai. Alhamdulillah lengkaplah 5 sekawan yang dah janji nak bertemu hari itu. Agak bengang dengan adik2 yang jaga kaunter bowling tu sebab diorang macam kurang arif dalam game bowling ni. Dah explain banyak kali pun tak faham2. Haish.. Sabar je la. Time tengah syok main tu, "Adik @ bakal sepupu ipar" (Wan) aku sampai. Entah apa kena dengan dia tetiba je jadi pendiam. Padahal sebelum ni susah nak berhenti kalau bercakap. Maybe sebab dikelilingi gadis2 comel kot.Haha. Natk tau siapa yang menang game bowling tu?? Mesti la bukan aku.Hahaha.. Miejan won the game. Score aku?? Hmmm... 😓






Lepas main, perut lapar balik. Jadi, MAKAN lagi! Tapi tak habis pun. Nafsu je tinggi. Membazir!!



Lepas makan, borak2 sekejap. Tepat pukul 3, Miejan dan Hanna terpaksa balik sebab takut nanti bas nak balik kolej takde. Then, pukul 4 Aziemah pulak balik. Tinggallah aku, Zatie dan Wan. Diorang temankan aku sebenarnya sebab Abg Bd janji nak datang  ambik aku pukul 6. So, pukul 6 Abg Bd datang, barulah diorang balik. Terima kasih Zatie dan Wan sebab sudi temankan aku. Terima kasih juga kepada Zatie, Hanna, Miejan dan Aziemah sebab sudi datang Jitra jumpa aku. Semoga kita dapat jumpa lagi. Lain kali kita buat gathering dengan kawan2 lain pulak. Lagi ramai lagi meriah! Thanks jugak Wan kerana sudi datang walaupun malu2 kucing.Hahahaha. Kesian sebab kena balik Sungai Petani terus. Sorry, kak lupa. Kalau tak, kak paksa Wan balik awal lagi. Apa2 pun, aku happy sangat hari tu. Aku takkan lupakan tarikh 12/3/2011.Love u all so muchhh.. muaahhh ❤❤❤

2 comments:

hanashim said...

luv u too.. saranghae!!!!

Farhana said...

tq hana..hehe