I'm home!!! Jumaat masa aku on the way dari Penang ke Alor Setar, aku call Adik minta dia ambik aku di Alor Setar nanti. Dia cakap hujan so dia tak boleh nak ambik sebab dia ada motor je. Then, aku sms Abang Konen kat no. celcom dia. 3 kali aku sms no reply. 30 minit sebelum sampai, aku call dia tapi tak dapat. Masa tu baru aku terpikir nak call no maxis dia. Aku call dapat. Rupa2nya handphone dia yang no. celcom tu hilang. Patut la aku call tak dapat2 and sms pon tak reply. Dia cakap dia tengah lepak kat tasik. Dia suruh aku balik rumah Abang Bd (dekat Bukit Pinang) dulu.
Aku pun call la Abang Bd minta dia ambik aku. Dia cakap dia baru bangun tidur, so datang lambat sikit sebab nak mandi bagai. Aku call Adik inform aku balik rumah Abang Bd. Adik cakap takpa dia datang ambik. Aku pun sms la Abang Bd semula cakap tak payah ambik aku. Sampai je kat Alor Setar, Adik datang. Abang Bd pun datang. Sudah! Confuse aku nak balik dengan sapa. Abang Bd cakap dia tak baca sms aku sebab dia salah ambik phone. Dia terambik phone wife dia. Dah mamai sangat la tu..Haha.. So, bukan salah aku la kan. Then, aku decide balik dengan Adik sebab nak balik jumpa Mak.
Sampai je rumah aku terus mandi, makan dan kmudian tidur. Esoknya, sebelum pergi Jitra aku jalan2 pusing rumah kejap. Rezeki aku la hari tu ternampak mangga banyak atas pokok. Wahh, tunggu lagi! Ambik lah makan cicah dengan garam belacan. Sedappp. Lepas tu masuk dapur ada jagung pulak. Rezeki2. Terus buat bubur jagung dan jagung rebus. Huh! Balik rumah asyik makan je aku ni. Sesuai sangat la dengan gelaran Ratu MaKan kan..Haha.. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi.
Kesimpulannya.. HoMe iS The BeSt..!! ^_^
No comments:
Post a Comment