Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 19, 2011

❤ MiSsiNg YoU ❤

Waaaaa... rindu kat anak2. Eh, bila masa ada anak ni?? Bila kahwin?? Relax2 jangan suspense dulu. Anak2 saudara lah.. Haha.. Setiap kali tension or rasa macam tak best je, mesti teringat kat budak2 comel di rumah comel tu..huhu. Bila teringat gelak tawa dan wajah cute mereka, hilang segala masalah. Rasa lapang jiwa ini. Eceh ayat aku. Kemain!

Jadi, kalau tak tension or rasa best, tak ingatlah?? Maka lupalah kepada mereka?? Eh2, siapa cakap? Pandai2 je buat fitnah. Hati ini sentiasa kerinduan teringatkan anak2 comel nun jauh di seberang sana. Erkkk, ayat macam tak boleh blah..haha. Sebelum aku merepek dengan lebih jauh lagi, kita layan je la dulu gambar di bawah.. (^_^)''


La.. Rindu kat Spiderman & mickey mouse rupanya. Eh, jangan main-main. Ini bukan Spiderman & mickey mouse yang biasa. Ini luar biasa. Ini permata hati aku. Precious! Mari kita berkenalan dengan Spiderman & mickey mouse ini.

Spiderman tu namanya MUHAMMAD HAZIQ ISKANDAR. Nama panggilan manjanya HAZIQ @ AJIQ. Dalam kepala otak dia ada dua benda ja yang dia pikir. Nak tau apa?? MAKAN & GAMES! Kat rumah, dia asyik makan dan main game PS2 je. Huh!

Kalau dia merajuk or menangis, senang je nak pujuk dia. Bagi je makanan @ cd game, hilang la rajuk dia. Tahun lepas masa dia bersunat, dia menagis sakit tapi lepas bagi je dia main game, dia terus diam. Boleh dikatakan game tu PENAWAR bagi dia. Hebat kan penangan game pada dia. Haha..

Game PS2 tu dia dpt masa umur dia 7 tahun. Dia ni sangat cerdik & pintar dalam pelajaran, setiap kali exam mesti dapat tempat pertama or kedua dalam kelas. Setiap kali juga lah ayah dan umi dia akan bagi ganjaran pada dia. Game ni salah satu dari ganjaran pertama yang dia dapat.

Nak tau tak, kerana dia main game lah dia jadi cerdik & pintar. Nak tau kenapa? Sebab.. Kalau nak menang dalam sesuatu game, mesti kena pandai mengatur strategi kan. Game ni macam merangsang otak dia la. So, rajin2 lah main game..haha.


Ok, dah cukup kenal kot dengan spiderman ni. Kita berkenalan pulak dengan mickey mouse yang bajet macam hensem ini. Mickey mouse ni namanya MUHAMMAD HARITH ISKANDAR. Eh, macam pernah dengar je kan nama tu. Macam sorang selebriti tu. Siapa? Ha, pandai2 la korang cari sendiri. Nama manjanya HARITH @ AYIH.

Umur dia 7 tahun. Dia ni sangat3 NAKAL. Susah nak dengar cakap. Kalau Haziq fanatik dengan game, ayih pulak agak2 fanatik dengan apa?? Adakah seperti abangnya?? Bukan.. Kalau nak tau, ayih fanatik dengan DUIT..! Kalau kita mintak tolong dengan dia, dia rajin ja tapi wajib kena ada UPAH. Rajin ada makna kan.. haha.

Kalau kejut dia pagi2 suruh dia pegi sekolah, bukak je mata, dia cakap apa tau?? Dia cakap, kalau nak suruh dia pegi sekolah, kena bagi RM5. Adoiii.. Terpaksa la umi dan ayah dia bagi duit stiap kali dia nak pegi skolah. Benda pertama dia belajar adalah nombor. Dia cerdik dalam matematik. Kalau belajar pasal nombor2, dia memang fokus betul2 lah. Tau tak kenapa?? Sebab dia nak kira duit..haha. So, susahla nak tipu dia kan sebab dia pandai kira duit..huhu.




 
Macam mana?? Hensem tak 2 orang putera ni?? Ok lah. Dah cukup panjang rasanya post ni. Nanti aku kenalkan korang dengan 3 orang puteri pulak..ok? (^_<)

No comments: