Wahhh... Lamanya aku tak jenguk blog ni. Rindunya pada blog comel ni. Mana pegi tuannya yang cute tu. Haha.. Dah dekat 2 minggu kot tak update. 2 minggu jugak la tak bukak blog ni. Iskh3.. Kesian blog ni. Kerana thesis, blog ni terabai. Demi thesis punya pasal, kena tinggalkan segala-galanya. Takpe, berbaloi. Demi masa depanku, kan ku korbankan. Ehemmm.. Lebih pulak. Haha. Akhirnya dapat jugak aku update harini. Yahoo..!!!
Okay, update hari ni. Haritu aku ada cerita pasal abang & adik aku accident kan (post tu terpaksa aku delete sebab aku kononnya nak private kan tapi aku dah lupa password. Huhu). Ahamdulillah, abang dah semakin pulih walaupun mungkin memakan masa yang agak lama nak betul2 sembuh. Hari2 kena pegi klinik, cuci luka. Tapi kalau tengok, makin hari dia macam makin teruk sebab makin hari makin tak boleh berjalan. 1st day masa balik umah, dia jalan tanpa bantuan sesiapa. 2nd day adik aku kena bantu. 3rd day kena pakai kerusi roda pulak.
Ni baru balik dari hospital. Seluar ada darah lagi tu.
Time accident tu abang aku dihantar ke Hospital Muar. Tapi diorang tak bersihkan pun luka tu. Just balut je. Tengok la pic atas ni. Tak kemas langsung kan. Darah pun ada lagi. Dah la tu, xbalut pon. Main tampal je. Aiyaa.. Jimat pembalut ke. Haishhh.. Masa ni memang tak boleh berjalan. Sebab takut terkena luka.
Hari yang sama. Pegi klinik lain untuk balut semula.
Yang ni hari yang sama dengan pic atas tadi. Kak Iza hantar abang pegi klinik untuk balut semula kaki sebab tak kemas langsung yang hospital tu balut. Doktor kat klinik tu pun terkejut tengok diorang main tampal2 ja. Adoyaii. Klinik ni bagus. Tengok dia balut semua. Baru la boleh berjalan.
Tengok ni. Kuku takde. Huhu..
Pic yang atas ni diambil masa hari ke 4. Diorang buka balutan. Cuma balutan kat tumit je abang tak bagi buka lagi. Sebab ngeri sangat. Tak bersedia nak tengok. Huhu. Pic ni aku ambik atas permintaan abang sebab dia nak tengok jari dia macam mana. Dia tak berani tengok sendiri, so dia nak tengok melalui gambar. tu pun jauh2 je tengok. Haha.
Tak boleh jalan pulak sebab takut terkena luka.
Nurse kecik.. (^_^)
Budak kecik ni (Nuyun) tak larat pun nak tolak. eksyen je lebih. Hihi..
Hari ke 6. Balutan di tumit dibuka. Oi ngeri. Huhu.
Nampak macam makin teruk kan tapi sebenarnya dia makin pulih. Balutan kaki dia dibuka supaya luka tu cepat kering. Ngeri jugak aku tengok luka dia terutama yang kat tapak kaki tu. Dia sendiri pun tak penah tengok luka dia macam mana sebab tak berani. Aku yang memang jenis penakut ni lagi la tak berani. Tapi yang penakut ni jugak la yang disuruh ambik gambar luka dia. Aiyakk... (@_@)
Lori terbalik at 5.00 am.
Ni la pic lori yang terbalik tu. pic ni adik aku yang ambik masa tengah tunggu ambulans. Ambulans sampai dalam pukul 6 am. 1 jam lepas kejadian. Tak jelas sangat pic ni sebab gelap. Ye la, pukul 5 pagi kan. Matahari belum naik lagi. Huhu. Ok la. Nak keluar sekejap. Nanti aku ceritalagi k.. bye2 (^_*)
2 comments:
takut.....huuu....serammm...
tuan punya badan pon rasa seram..
apatah lagi kita yang tengok ni..huhu
Post a Comment