Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 13, 2011

aLKiSaH sEoRaNg BuDak...


Alkisah ada seorang budak USM balik rumah hari sabtu lepas. Dalam perjalanan dari Butterworth ke Alor Star, bas yang dinaiki budak itu terperangkap dalam traffic jam hampir 1 hour. Budak itu agak hairan macam mana boleh jam tengah2 highway. Rupa2nya ada kemalangan. Sebuah lori yang membawa roti Gardenia yang sungguh enak dimakan begitu sahaja tu, terbalik kerana dilanggar bas UUM dari belakang. Bahagian belakang lori tersebut pecah. Habis berterabur roti Gardenia di tengah jalan (menurut Metro).


Entah mana perginya roti2 Gardenia tersebut, budak itu kurang pasti kerana ketika budak itu lihat, roti Gardenia sudah tiada. Mungkin pihak yang bertanggungjawab telah menguruskannya atau mungkin beberapa pihak telah mengutipnya untuk dimakan. Entah la. Menurut driver bas kejadian itu berlaku awal pagi lagi. Tapi oleh kerana pihak bertanggungjawab agak kurang bertanggungjawab, pukul 1 p.m. pun kejadian tersebut masih belum settle. Akibat ketidaksabaran beberapa pemandu yang terperangkap dalam jam itu, berlaku satu lagi kemalangan yang melibatkan 5 buah kereta. Agak teruk kemalangan itu.

Apa pun yang terjadi, bas yang budak itu naiki meneruskan perjalanan. Abang budak itu sudah lama menunggu di stesen bas. Setelah sampai, budak itu pun mengikut abangnya ke Bukit Pinang iaitu rumah kediaman abang dan keluarganya. Alhamdulillah, kebetulan pada hari itu anak saudara isteri abang mengadakan kenduri doa selamat. Rezeki2. Jadi, selepas Asar, budak itu pun mengikut abang & keluarganya ke Simpang Empat untuk menghadiri kenduri tersebut. Macam-macam ada.

Bihun goreng, laksa, bubur durian, pelbagai jenis kek, kuih-muih dan macam2 lagi la. bBudak itu yang sememangnya kuat makan @ ratu makan, men’try’ semua jenis makanan. Selepas isyak, budak itu & keluarganya pun pulang. Dalam perjalanan pulang, abang membawa budak itu ke Istana Anak Bukit untuk mengambil angin malam. Malang nasib budak itu apabila dia lupa menge’cas’ bateri kameranya. (+_+)





Kasihan budak itu. Hanya sempat mengambil beberapa keping gambar sahaja. Kualiti gambar juga kurang elok akibat daripada bateri yang low. Kasihan. Justeru budak itu pun balik dan tidur dalam kehampaan.


~ SELESAI ~ 

p/s : Skemanya budak ini... (@_@)

No comments: