Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 7, 2011

FoOd sToRy...

Rasa macam dah lama aku tak letak pic makanan dalam blog ni walaupun hari2 aku menghadap makanan sebenarnya. Hehe. Balik rumah hari tu aku asyik makan je. Macam2 jenis makanan aku telan.Jom kita tengok apa yang dah selamat aku teman. Haha.


Meleleh air liur aku tengok pic ni. Apa ni? Buah tempatan pun korang tak tau. Huishh, teruk tu. Ni la mangga @ pelam. Sungguh manis & enak. Boleh dimakan begitu saja tapi lebih sedap kalau dimakan bersama pulut & santan. (^_^)


Delicious..!!!! Sedap sehingga menjilat jari. Hihi. Lebih kurang sama macam mango rice (Thailand food) kan. Tu je aku telan? Dessert??? Ada... Tengok bawah ni.


Macam mana?? Terliur tak. Haha.. Actually, aiskrim ni lah yang abang & adik aku bawak masa accident tu. Kerana nak hantar aiskrim ni lah. Aku tak suka sangat aiskrim jenis macam ni ("conetto-like") sebab bagi aku terlalu manis. Lagipon aku kurang suka perisa coklat. Aku suka coklat tapi aku tak suka perisa coklat. Erkk.. Faham ke. Buat2 faham je la ye. Haha. Nak tau sedap ke tak aiskrim ni? Meh kita tengok pic di bawah to find out the taste..


Perasan tak ada air mata mengalir. Haha. Budak montel ni menangis-nangis nak aiskrim. Oleh sebab kesian, maka aku bagi je la dia rasa. Aku kan pemurah. Haha.

Muka puas hati dapat jilat aiskrim. 

Tengok si kakak yang pakai baju merah tu. Ada air mata jugak kat pipi. Aiskrim punya pasal, banyak air mata yang tumpah. Si Kakak menangis sebab aku marah dia. Lembut2 aku pun ada masa aku boleh jadi garang jugak. Haha. Sebenarnya si kakak ni pun macam aku jugak. Tak suka sangat aiskrim jenis macam ni. Tapi dia makan jugak. Makan sikit lepas tu nak buang. Membazir. Tu yang aku marah tu..

si comel seronok dapat aiskrim.. 

Si kakak tengok je. Teringin la tu. Haha. Nafsu je lebih tu. Bukan nak makan sangat pun. Tak macam si adik ni.

Comotnya. 

Makan sampai habis. jilat jari lagi tu ha.



Amacam?? Agak2 korang sedap tak aiskrim tu? Mesti la sedap kan. Hmm... Tetiba rasa nak pegi beli aiskrim.. (^_^)

p/s : Dah lama tak makan KFC. Dah kempunan. Anyone want to join me??

No comments: