Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 15, 2011

❤ L.O.V.E is C.I.N.T.A ❤


C.I.N.T.A adalah...

Ketika kamu menitikkan air mata
dan masih peduli terhadapnya..

Ketika dia tidak mempedulikanmu
dan kamu masih menunggunya dengan setia..

Ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata.. 

'Aku turut berbahagia untukmu'.

Kali ni aku nak berjiwang-jiwang sikit lah. Hehe. Mari kita berbicara tentang C.I.N.T.A. (^_^) APA ITU CINTA?? Ada sesiapa boleh bagitau aku definisi cinta? Cepat pergi selak Kamus Dewan makna CINTA...!! Eh, jangan buat betul2, main2 je lah tapi kalau korang rajin apa salahnya. Untuk menmba ilmu di dada, right?


Actually, untuk memahami erti cinta, takperlu la sampai nak kena bukak kamus @ kitab baru nak faham. Kerana dalam diri setiap insan termasuk anda, tersimpan makna cinta yang tersendiri. Ramai yang kata, CINTA ITU INDAH. Ada juga yang kata CINTA ITU MENGASYIKKAN sehingga kamu akan lemas dalam ombak asmaranya. Tetapi, ada yang kata CINTA ITU MENYAKITKAN dan hendaklah dijauhkan. Sesetengah orang TAK BOLEH HIDUP TANPA CINTA. Sesetengah pula HIDUP hanya KERANA CINTA.

Dalam banyak2 cakap2 TENTANG CINTA seperti di atas, aku tertarik dengan ungkapan CINTA ITU MENYAKITKAN. Kerana apa aku tertarik?? Kerana sejak kebelakangan ini, ramai (takde la ramai sangat, dalam 2, 3 orang je) kawan-kawan aku yang sengsara, sakit dan pedih kerana CINTA.. Agaknya sekarang musim couple2 bergaduh kot. Haissshhh..


Untuk teman-teman yang menganggap CINTA ITU MENYAKITKAN, aku nak beritahu beberapa perkara. Wahai teman-teman ku ingatlah bahawa tidak ada satu pun pasangan kekasih yang akan terlepas dari MASALAH atau lebih tepat lagi, DUGAAN. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Bak kata orang, "langit tak selalunya cerah". 


Oleh itu, sekiranya anda ingin bercinta atau tengah hangat bercinta atau hubungan anda sedang retak menunggu belah, ingatlah bahawa Cinta itu tidak selalunya indah. Adalah perlu untuk anda sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Kesakitan cinta akan makin terasa peritnya apabila sesebuah hubungan itu hancur, musnah.. Ketika itu, semua JANJI menjadi DUSTA. Yang BETUL menjadi SALAH. Yang SALAH menjadi LEBIH SALAH. Yang KECIL menjadi BESAR. Yang TERPENDAM akan TERLUAH. Dan yang MANIS bertukar menjadi PAHIT. Terasa hati seperti dihiris2, dirobek2. PILU... PEDIH.. PERIT..


Anda juga harus ingat bahawa menyayangi seseorang boleh membahagiakan dan boleh juga menyakitkan. Dan yang penting sekali, anda perlu tahu bahawa kadangkala perasaan sayang itu boleh memberi KEKUATAN, tetapi kadangkala ia juga boleh memberi KESAKITAN.


So, apa pendapat korang???

p/s : Jangan jadikan CINTA seperti TAHI AYAM yang hanya HANGAT sekejap saja.. (^_^)

2 comments:

fanna_zul said...

hoho..best ni..tahi lembu pun panas sekejap ape...hahaha

Farhana said...

ooo..ye ke..
aku xtau sebab aku xpenah pegang..haha
tahi ayam pon aku xpnah pegang..
amik dari peribahasa "hangat-hangat" tahi ayam je..hihi