Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 22, 2011

RoBoT AttAcK!

Robocop attack!!! Lari, lari! Aik, kenapa perlu lari? Bukankah Robocop itu baik?? Eh, betul ke baik?? Jahat ke?? Ermm.. Entah. Dah lama tak layan cerita Robocop ni kan. Tapi hari ni bukan aku nak cerita pasal Robocop. Nak cerita pasal ROBOT. Erkk.. Tak sama ke? Sama ke? Aaahhhh.. Lantak lah. Who cares?? Ok, dah2. Start cerita.

Minggu lepas, my nephew yang umur 9 tahun tu mintak tolong buatkan ROBOT. Cikgu dia suruh buat. Aku pun tak tahu untuk subject apa. Lupa pulak aku nak tanya dia. Senang je nak buat robot ni. Guna barangan terpakai. Tak perlu keluar banyak duit pun. Ok, mari sini aku paksa korang belajar bagaimana nak bina robot. Walaupun mungkin korang dah tau cara2nya tapi baca jugak la ye. Kan dah kata tadi paksa belajar. Hihi. 

STEP 1
Kumpulkan kotak-kotak terpakai yang berlainan saiz. Cari la kotak apa pon. Aku guna kotak lilin, kotak tisu, kotak colgate & kotak jam. Korang decide la sendiri mana satu kotak yang korang nak guna untuk buat kepala, badan, kaki, tangan & sayapnya. Lepas tu potong ikut saiz dan bentuk yang korang nak.


STEP 2
Balut untuk nampak cantik sikit tapi kalau rasa malas nak balut tu tak payah la. Ikut cita rasa masing2.


STEP 3
Cantumkan dengan gam. Jangan salah cantum pulak. Nanti kaki entah ke mana, kepala pulak ke mana. Kan susah tu. Haha.



STEP 4
Tangan dan antenanya aku buat pakai dawai. Kalau korang nak guna kotak jugak pun boleh. Aku saja je nak pelbagaikan penggunaan bahan tu. Supaya nampak lebih kreatif kata orang. Haha. Lepas dah siap cantumkan semua tu, decorate sikit. Lukis la mata, mulut or apa2 je la. Ok, dah siap. Inilah hasilnya. Tadaaaaa..


Cantik tak? Kalau tak cantik pun bukan aku kisah pun. Janji puas hati hasil kerja sendiri kan. Mari kita test tengok robot ni boleh berdiri ke tak. Stabil ke ni. 


SUCCESS..!!! 

DO IT YOURSELF!!

SELAMAT MENCUBA!!

    Thursday, April 21, 2011

    SiNgLe iTu RoCk!!!


    Baru PUTUS CINTA? Tak ada boyfriend/girlfriend? Tak ada teman? Rasa sunyi? Sepi? Cemburu tengok rakan sedang bercinta? Relax.. Apa yang nak dirisaukan. Cuba bersikap optimisTakkan la hanya kerana tak ada boyfriend/girlfriend, kita dah rasa hidup sudah tidak bermakna lagi. Jangan begitu. Berfikirlah secara positif. Mari aku beritahu antara alasan mengapa SINGLE ITU ROCK!!!

    1. Bebas
    Tanpa kongkongan dari sesiapa, anda boleh buat apa saja yang anda suka! Nak keluar bersuka ria dengan rakan-rakan? Kenal dengan rakan-rakan baru? Anda boleh lakukan semua itu tanpa perlu risau boyfriend/girlfriend berasa cemburu. (^_^) Nak pakai baju itu? Nak pakai baju ini? Teringin mencuba stail rambut baru? Fesyen baju terbaru? Anda boleh lakukan semua itu juga tanpa perlu resah sama ada boyfriend/girlfriend anda menyukainya atau tidak kerana semua keputusan terletak di tangan anda. Bebas kan. (^_<)


    2. Lebih banyak masa
    Kalau ada boyfriend/girlfriend, masa banyak dihabiskan dengan call or sms sahaja. Betul kan?Tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti untuk diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Anda boleh study di bilik @ keluar bergembira bersama rakan. Bukan saja dapat mengeratkan hubungan, malah memberi peluang untuk anda mengenali diri dan rakan. Kalau dulu masa banyak dihabiskan dengan keluar dating dengan kekasih, detik itu boleh diganti dengan meluangkan masa di rumah bersama ibu bapa. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat. (^_*) 


    3. Jimat
    Bila keluar dating, belanja pon kena keluar. Belanja untuk call & sms lagi la tinggi. (+_+) Tapi bila single, semua perbelanjaan tu boleh masuk dalam tabung. ($_$) Boleh simpan dan guna untuk aktiviti lain seperti melancong dan membeli benda-benda yang anda inginkan. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 special seperti hari kekasih, ulang tahun, birthday dan sebagainya.


    Sound good, right? So, ENJOY your SINGLE status now!!! (^_^)

    Wednesday, April 20, 2011

    BaLik KaMpUnG (^_^)

    Yeay!!! Balik kampung lagi...!! Hihi. Tak kuasa la aku nak stay kat Aman yang tak berapa nak aman tu. Memekak je. Tak consider langsung orang tengah study ke apa ke. Huh!


    Btw, semalam balik dengan Along. Takde la bosan sangat. Rrasa selamat sikit. Sebelum ni aku balik sorang2 je. Bosan gila kot. Tambah pulak sekarang feri lambat. Kalau dulu selang 5 minit ada je feri menunggu. Sekarang 30 minit! Aiyakk.. Agak2nya kenapa gitu ye? Ermm.. Entah la. Ada beberapa kejadian yang terjadi sepanjang perjalanan yang ingin aku kongsikan di sini.

    ********************************************************************************************************

    1st kejadian.

    Ketika sedang berjalan menuju ke tempat menunggu ketibaan feri.

    "Hello..hello..excuse me..!"

    Seorang auntie dengan kedua-dua belah tangannya memegang beberapa beg plastik yang terisi entah apa barangnya terburu-buru melangkah, menyelit di celah2 orang ramai. Haishhh.. Tak sabar2. Takut terlepas feri kot. Sampai je kat tempat tunggu feri tu, nampak auntie tu. Aik? Jalan kelam kabut pun tak sempat naik feri jugak?? Buat letih je. Tengok macam aku and Along, steady je. Jalan sopan2 je. Hihi.

    Moral of the 1st kejadian : orang tak sabar selalu rugi (+_+)"

    ********************************************************************************************************

    2nd kejadian.

    Ketika tiba di Pekan Rabu. Menuju ke kedai makan untuk mengisi perut yang lapar.


    "Jom kita jalan2 tengok lauk dulu", along said.

    "Ok.." me answered.

    Baru je melangkah depan kedai, belum sempat tengok lauk, tetiba datang beberapa orang pelayan menyerbu. Ter"blur" sekejap me & Along yang terkejut dengan serbuan itu. =.="

    "Adik nak makan nasi?", tanya tuan kedai sambil mencedok nasi ke dalam pinggan.

    "Nak makan apa dik?", tanya tuan kedai lagi sambil menghulurkan pinggan nasi.

    Erkk... dah boh nasi??? Kitorang tak cakap apa2 pun lagi. Baru je lalu depan kedai, dah boh nasi??? Haiyakkk.. Kami masih tercangang-cangang.

    "Takpe dik, duduk dulu & pikir.."

    Huh! Tau pun nak bagi ruang kitorang berfikir. Tadi main serbu je. Macam nak paksa makan pulak. Sampai terbangang-bangang kitorang ni. Haisshh.. Dalam ke"blur"an itu, kami hanya meng''order'' nasi ayam & ABC. Kemudian kami pun duduk lah. Tak sampai 3 minit kami duduk, nasi ayam telah terhidang. Wah, pantas! Terlopong kitorang. Baru nak capai sudu, tiba2 ada pakcik letak 2 gelas teh o ais kat meja. Aik?? Adakah aku salah order @ pak cik tu salah orang?? Order ABC tapi teh o ais yang sampai. Aiyoyo.. Terpaksa la panggil pak cik tu balik untuk betulkan mana yang tak betul. Makan pun macam tak best dah. Makan dalam "blur"..



    Moral of the 2nd kejadian : Tolong beri ruang untuk orang lain fikir. Jangan paksa-paksa.

    ********************************************************************************************************

    3rd kejadian.

    Ketika lepak2 di bus stop.

    Baru je duduk, makcik kat depan kami terus toleh. Tengok kami macam nak makan! Usha semacam je. Pelik kah kami???

    "Along, makcik ni pehal tengok kita, rimasss...!", bisik aku.

    "Tu la, haishhh..!"

    Then, kitorang buat tak tahu je walaupun makcik tu still tengok kami. Snap2 pic. Suddenly, ada lelaki mana entah datang duduk sebelah kami dengan jagung dalam cawan tu di tangan. Dia tengok2 kami. Mata dia macam fokus kat beg kitorang je. Terus kitorang peluk beg ketat-ketat. Habis je makan, dia campak plastik kat lantai & pergi. Huh, pengotor! 15 minit after that, dia datang lagi. Kitorang tak tunggu dah. Terus bangun lepak tempat lain. Masa jalan nak duduk tempat lain tu, terasa budak tu ikut belakang. Adesss.. Kitorang duduk tengah2 sikit. Tempat yang ramai orang. Lega!

    Moral of the 3rd kejadian : 
    1. Jangan usha orang terlebih sangat, nanti orang lain naik menyampah! 
    2. Be careful dengan orang-orang di sekeliling korang coz nowadays we cannot trust anyone..! 
    ~~TAMAT~~ 


    Tuesday, April 19, 2011

    eXaM iS HeRe!!!


    There are no secrets to success. It is the result of preparation, hard work learning from failure.” ~ General Colin Powell

    Recipe for success: Study while others are sleeping; work while others are loafing; prepare while others are playing; and dream while others are wishing.” ~ William A. Ward

    You may never know what results come of your action, but if you do nothing there will be no result.” ~ Mahatma Gandhi

    Quotes bagi menaikkan semangat untuk menempuhi minggu2 exam yang mendatang. (^_^) InsyaAllah, ini adalah exam yang terakhir di USM. Sedih pulak. Huhu. Alhamdulillah, 1 paper sudah lepas kelmarin. Entah apa la nasib result aku. Dah la study tak habis pun. Tawakal je la. Apa2 pun, keep moving! 2 more papers to go. =_=" IPM on 25/4/2011 and BOT on 3/5/2011. To all my friends, let's fighting!!!