Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 15, 2011

❤ L.O.V.E is C.I.N.T.A ❤


C.I.N.T.A adalah...

Ketika kamu menitikkan air mata
dan masih peduli terhadapnya..

Ketika dia tidak mempedulikanmu
dan kamu masih menunggunya dengan setia..

Ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata.. 

'Aku turut berbahagia untukmu'.

Kali ni aku nak berjiwang-jiwang sikit lah. Hehe. Mari kita berbicara tentang C.I.N.T.A. (^_^) APA ITU CINTA?? Ada sesiapa boleh bagitau aku definisi cinta? Cepat pergi selak Kamus Dewan makna CINTA...!! Eh, jangan buat betul2, main2 je lah tapi kalau korang rajin apa salahnya. Untuk menmba ilmu di dada, right?


Actually, untuk memahami erti cinta, takperlu la sampai nak kena bukak kamus @ kitab baru nak faham. Kerana dalam diri setiap insan termasuk anda, tersimpan makna cinta yang tersendiri. Ramai yang kata, CINTA ITU INDAH. Ada juga yang kata CINTA ITU MENGASYIKKAN sehingga kamu akan lemas dalam ombak asmaranya. Tetapi, ada yang kata CINTA ITU MENYAKITKAN dan hendaklah dijauhkan. Sesetengah orang TAK BOLEH HIDUP TANPA CINTA. Sesetengah pula HIDUP hanya KERANA CINTA.

Dalam banyak2 cakap2 TENTANG CINTA seperti di atas, aku tertarik dengan ungkapan CINTA ITU MENYAKITKAN. Kerana apa aku tertarik?? Kerana sejak kebelakangan ini, ramai (takde la ramai sangat, dalam 2, 3 orang je) kawan-kawan aku yang sengsara, sakit dan pedih kerana CINTA.. Agaknya sekarang musim couple2 bergaduh kot. Haissshhh..


Untuk teman-teman yang menganggap CINTA ITU MENYAKITKAN, aku nak beritahu beberapa perkara. Wahai teman-teman ku ingatlah bahawa tidak ada satu pun pasangan kekasih yang akan terlepas dari MASALAH atau lebih tepat lagi, DUGAAN. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Bak kata orang, "langit tak selalunya cerah". 


Oleh itu, sekiranya anda ingin bercinta atau tengah hangat bercinta atau hubungan anda sedang retak menunggu belah, ingatlah bahawa Cinta itu tidak selalunya indah. Adalah perlu untuk anda sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Kesakitan cinta akan makin terasa peritnya apabila sesebuah hubungan itu hancur, musnah.. Ketika itu, semua JANJI menjadi DUSTA. Yang BETUL menjadi SALAH. Yang SALAH menjadi LEBIH SALAH. Yang KECIL menjadi BESAR. Yang TERPENDAM akan TERLUAH. Dan yang MANIS bertukar menjadi PAHIT. Terasa hati seperti dihiris2, dirobek2. PILU... PEDIH.. PERIT..


Anda juga harus ingat bahawa menyayangi seseorang boleh membahagiakan dan boleh juga menyakitkan. Dan yang penting sekali, anda perlu tahu bahawa kadangkala perasaan sayang itu boleh memberi KEKUATAN, tetapi kadangkala ia juga boleh memberi KESAKITAN.


So, apa pendapat korang???

p/s : Jangan jadikan CINTA seperti TAHI AYAM yang hanya HANGAT sekejap saja.. (^_^)

Thursday, April 14, 2011

DeLiCiOuS aNiMe..!!!


Hye! It’s anime time..!!!! Today, aku nak cerita tentang 1 lagi anime (anime ketiga dalam blog ini). Anime bertuah untuk kali ini ialah Yumeiro Patissiere. Haha. Actually, aku dah lama tengok cerita ni. Cuma masa tu blog ni belum wujud lagi. So, aku cerita sekarang untuk simpanan and tatapan aku untuk masa hadapan. Lagipun tak best la kalau aku tak share kat sini sebab cerita ni best sangat2.


Yumeiro Patissiere ni kisah tentang a 14-year-old girl named Ichigo Amano yang bercita-cita ingin menjadi a patissiere (female pastry chef) like her grandma, tapi she is extremely clumsy & takde any talent. Apa yang dia tahu just makan sweets je (has won several cake-eating contests). One day, during Sweets Festival, she meets Henri sensei who acknowledges her ability of taste. Henri-sensei invites her to transfer to St. Marie Academy to become a patissiere.


Kat academy tu lah dia jumpa a "spirit of sweets" and 3 orang jejaka yang digelar “Sweets Prince”. (^_^)


Selepas pertemuan itu, maka terbentuklah Team Ichigo yang terdiri daripada Ichigo and her Sweets Spirit named Vanilla, Kashino and his Sweets Spirit named Chocolat, Andou with his Sweets Spirit named Caramel and lastly Hanabusa with his Sweets Spirit named Cafe. So macam mana setakat ni? Menarik kan? Ada spirit2 bagai. (^_<)



Mula-mula tu agak sukar untuk dia menyesuaikan diri dengan kerja2 patissiere ni but, with the help of the 3 Sweets Princes and the Sweets Spirits, she gains the confidence and skill to work towards becoming a pâtissière!!


As the story progresses, Ichigo improves her talent as a pâtissiere and gains new friends and rivals along the way. Ichigo wins the hearts of almost everyone with her hard work and love for pastries. Her dream is to create sweets that makes people smile.



Bagi aku, Yumeiro Patissiere is an enjoyable story. Kecomelan Sweets Spirits and ketampanan Sweets Prince adalah salah satu daya penarik cerita ni. Sweets yang disediakan oleh Team Ichigo and her rivals dalam cerita ni jugak membuatkan aku terpegun & terliur..!! Selalu rasa lapar je bila tengok ceritani. Haissshhh.. (+_+)


Background music pun best. There is a little romance in the series which makes it really cute! Therefore, enjoy yourselves watching this light-hearted anime and i'm sure you will not regret watching it!!


Wednesday, April 13, 2011

TuTTi fruTTi....??


Akhirnya terlepas sudah dari kebosanan. Setelah 3 hari line telefon problem. Automatic line internet pun problem. Tak boleh connect internet.. Tak boleh bukak facebook.. Tak boleh bukak blog.. Tak boleh update blog.. Tak boleh tengok blog kawan2.. Tak boleh search itu.. Tak boleh search ini. Tak boleh tengok anime. Tak boleh semuanya. Kena duduk diam2 kat rumah. Mengadap TV. Mengadap makanan. Tidur. Study?? Jangan harap. Aduss.. Bosan giler. Sabor je la. Dugaan. Cobaan. Huhu. Nasib baik semalam TM dah datang baiki. Alhamdulillah..

Takpelah, kita tinggalkan masalah internet tu ke tepi. Nak cerita pasal TUTTI FRUTTI. Eh tetiba nak cerita pasal ni. Apsal?? Suka hati la. Ini kan blog aku. Oit, jangan biadap dengan readers..!! Opss, gurau je. (^_^) Sebenarnya dah lama nak cerita tentang ni tapi takde kesempatan masa. Ok, dah cukup merepek. Pernah dengar tak tentang Tutti Frutti ni?? Pernah makan? Atau korang memang selalu makan??? Secara jujurnya aku tak pernah tahu pun pasal Tutti Frutti ni. Hatie and azu cakap Tutti Frutti ni famous jugak tapi tak tahu lah kenapa aku tak pernah dengar pun. Haha. Korang macam mana? Aku je ke yang tak tahu. Hihi. Takpe kalau tak tahu jangan malu. Mari kita belajar sama2. Yang dah tau tu, mari kita tambahkan lagi pengetahuan. (^_^) 


Tutti Frutti is a frozen yogurt (dessert) which is similar to ice cream, but made from yogurt rather than cream. It is healthier than ice cream. Frozen yogurt is richer in minerals and nutrients as compared to ice cream. Yogurt replaces the cream content of ice cream, but otherwise, similar ingredients are used. A great deal of sugar is usually added, as in ice cream, which is a major reason why frozen yogurt is not nearly as healthy as regular yogurt. 


Yogurt, because of its changed structure, freezes and melts at much higher temperatures than milk. So, frozen yogurt stay frozen much longer than ice cream when subjected to room temperatures. All in all, frozen yogurt can be safely viewed as a healthy alternative to ice cream. the major health benefit of frozen yogurt are : 
  1. Strengthens the immune system 
  2. Prevents constipation, diarrhoea and bloating 
  3. Prevents colon cancer 
  4. Lowers blood pressure 
  5. Lowers cholesterol levels 
  6. Reduces inflammation 
  7. Improves mineral absorption 
  8. Prevents harmful bacteria 
  9. Promotes health bacteria and enzymes that are good for the body 

Masa pergi makan kat QB hari tu kitorang blurr je tak tahu macam mana nak makan. Rupanya takde la susah mana. Nudah je. Ikut je 4 step dibawah.. (^_*) 

Step 1 : Get cup size
Step 2 : Choose flavour
Step 3 : Add toppings
Step 4 : Weigh and pay


Ni lah topping aku (kanan), Hatie (tengah) and Azu (kiri). Sedapp.. Aku sebenarnya bukan peminat yogurt tapi kalau frozen ok je. Sesuai to those yang in diet (*_^) So, apa tunggu lagi. Serbu Tutti Frutti now!!!! 

p/s : post ini sambungan dari post jalan-jalan cari makan. (^_^) Just untuk info diri sendiri, bukan nak promote.. ($_$)

JaLaN-JaLaN CaRi MakAn..


Minggu lepas, aku, Hatie and Azu keluar pergi lepaskan tension. Faham2 je la minggu lepas kan minggu kritikal untuk siapkan thesis. So, memang tension tahap tinggi la. Kitorang decide nak keluar berhibur buat seketika. Hehe. Macam2 planning la yang keluar masa tengah bincang2 tu. Tapi lastly, decide untuk jalan-jalan cari makan je. Hihi.. Cari makan kat mana? Queensbay je. Malas la nak pergi jauh2. Sampai2 je wajib posing dulu. Rasa macam tak lengkap kalau keluar tapi tak tangkap gambar. Ewahhh!




Setelah letih berposing, perut pun dah lapar. So, we start our mission to cari makan. (^_*) Destinasi pertama ialah PIZZA HUT… Haha. Tak makan pizza pun. Saja je nak makan nasi apa entah yang ada mushroom & diselaputi cheese tu (menu terbaru). Aku dah pernah try dah masa g Komtar dengan Along dulu (pic below). Sedappp.. So, aku bawak Hatie and Azu pulak try. (^_^)


Nak order nasi macam aku makan dalam pic atas ni tapi end up dengan order Cheese-Baked Rice sebab menu yang kitorang nak order tu not available. Agak geram dengan services Pizza Hut kat situ yang very slow. Kena panggil 2, 3 kali baru nak datang. Dah la tu. Pilih kasih pulak. Arghhh, geram!.Walaupun sakit hati tapi perut tetap diisi. Hehe.






Ok, nasi dah makan. Next?? Nak makan apa pulak?? DESSERT!!! Haha. Menu apa untuk dessert kitorang hari tu?? Tutti Frutti..!! Apa itu Tutti Frutti?? Tunggu post seterusnya. Hehe.

p/s : Saja je tak nak sambung cerita. Nak post banyak2. Haha..