Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 21, 2011

NuR kASiH ThE MoViE

Semalam aku keluar ke Jitra dengan sepupu, nak jalankan my mission tapi tutup la plak. So, mission tak kesampaian. Aiyaa. Dah alang-alang keluar tu, pergi la jalan-jalan kat Jitra Mall. Ye la, dah bosan kot terperuk kat rumah je. So, peluang yang ada tak elok dilepaskan. Hihi..

Pergi kedai handset sekejap untuk tukar body housing handset my sepupu. Masa tengah tunggu tauke kedai pasang housing, datang seorang kakak ni. Nak beli handset kot. Dia tengok2 handset kat situ. Then, dia taip sesuatu kat handset dia & tunjuk kat tauke. Tauke tu geleng. Pastu, dia sambung tengok lagi handset2 kat situ. Masa kami tengah khusyuk tengok tauke pasang housing, dia ketuk kaunter, nak panggil tauke. Terkejut aku. Haha.. Aku agak kakak tu bisu kot. Kesiannya..

Sebenarnya dah set dah dalam minda, nak tengok wayang hari tu. Maknanya dah plan awal-awal la kan. Haha. Tapi masalahnya my sepupu nak tengok KONGSI. Aku nak tengok NUR KASIH THE MOVIE. Aduss.. Lastly kitorang decide tengok asing-asing. Dia pergi tengok Kongsi. Aku pergi tengok Nur Kasih The Movie. Sebab masa tayangan sama, 2.00 p.m.

Kitorang memang nak tengok pukul 2.00 p.m sebab bajet masa nak balik. Kalaui tengok pukul 3 ke atas nanti lewat pulak sampai rumah. Tak pasal-pasal kena marah pulak nanti. Huhu. Time beratur nak beli tiket tu, dengar orang belakang cakap..

"Weh, tiket Nur Kasih dah habis la".

Wah!! Terkejut beruk la aku. Masa tu dah kecewa dah, panik pun ada. Aku kan rabun. Mana nampak apa yang tertulis kat atas tu. Terus tanya sepupu..

"Betul ke tiket dah habis? Dia tulis apa? Cuba tengok!".

"Dia tulis selling fast".

"Lorr... SELLING FAST je pun. Bukan dia tulis NOT AVAILABLE".

Aiyaaa... Buat saspen ja orang belakang ni. Adessss... Maybe diorang dengar kot aku cakap tu. Then, budak yang cakap tadi tu tanya kawan dia..

"Eh, selling fast tu bukan dah habis ke maksudnya?'.

"Entah".

Aduss.. Tak tahu nak cakap apa dah. Lantak korang lah. Malas nak masuk campur. Hihi.. Sampai je kaunter tiket, datang pulak 1 lagi masalah. Cerita Kongsi tayang pukul 3. Aiyoo... Then, terpaksa la my sepupu tengok Nur Kasih dengan aku. Haha. Yes!


Nur Kasih The Movie ni best tapi 1 je kelemahan dia. Ceritanya macam sarat sangat dengan konflik & kemelut cinta sampaikan macam tak cukup masa nak selesaikannya. Sampaikan ada setengah adegan yang macam tak berapa nak logik sikit. Aku rasa tak sesuai kot untuk movie yang hanya 1 jam 30 minit ni dipenuhi dengan banyak sangat konflik. Kalau bersiri macam yang ditayangkan kat TV3 tu ok la. Tapi apa2 pun, keseluruhan cerita ni memang best. (^_^) Suka sangat watak Adam & Nur.





"Ya, Allah.. Ambillah apa saja kecuali dia (Nur)".
~ Adam ~

Watak Aidil yang kehilangan isterinya, Alia pun mantap.


"Selagi abang ada, abang akan sentiasa di sisi Nur. Itu janji abang pada Adam".
~ Aidil ~


Tambah plak ada adik Mia Sara sebagai anak Aidil, penambah seri dalam cerita ni.



Ada unsur2 jenaka lagi. (*_^) So, 4 bintang for Nur Kasih The Movie (*_<)

p/s: Nak tau jalan cerita? Tengok sendiri lah! (>_<)

Wednesday, May 18, 2011

:: A wOnDeRFuL LuNcH ::


11 May bersamaan hari Rabu yang lepas, 3 students berkumpul di pejabat Prof Zairi di Vector Control Research Unit untuk check our thesis correction. Selesai check correction, Prof tanya... 

"You all free tak besok?".

"Free je, Prof".

"Saya nak ajak you all pergi dinner".

"Wah, ye ke Prof?", me said.

"I cannot la, Prof", Jia Hao replied.

"How about lunch, 1 p.m?", Prof said.

"Ok!".

Then, pagi 12 May bersamaan sehari sebelum my birthday, me & Wawa ke kedai print kat Sungai Dua untuk print thesis. Unfortunately, bila keluar je dari kedai print, tengok hujan dah turun mencurah-curah ke bumi dengan lebatnya. Jam dah pukul 12.45 p.m dah. Janji dengan Prof pukul 1. Haishhh..

"Wawa, kita redah je la..", me said.

"Jom!", Wawa replied. 

Maka, me & Wawa pun redah la hujan dengan beraninya. But, sampai je gate USM, kitorang stop. Dah basah separuh kot. Huhu. Call Jia Hao nak bagitau yang kitorang stuck dalam hujan. Dia offer nak tumpangkan kitorang. Alhamdulillah, selesai masalah. Fuhh..

Sampai je kat Unit Vector tu, hujan dah reda sikit. Maka berangkat lah me, Wawa, Jia Hao, En. Adnan (staf Unit Vector yang banyak membantu dalam FYP kitorang), Kak Ija (RO Wawa yang juga banyak membantu kami) & Prof ke Queensbay dengan menaiki Hilux yang dipandu oleh En. Adnan. Berhimpit-himpit kitorang yang dok belakang ni. Aduhai.. Prof bawak kitorang makan kat T.G.I. Friday's. Tak tahu nak makan apa. Tak pernah makan situ. Prof lain lah. Dah selalu kot. Ffor appetizers, Prof choose Buffalo wings, Queso Fondido, Chicken Fajitas Nachos (if i'm not mistaken) & satu lagi apa entah (tak tahu nama and rasa sebab aku tak makan pun sebab ada sayur (aku memang kurang gemar sayur).

Buffalo Wings 

Queso Fondido 

Buffalo wings tu bukan kepak kerbau tau. Haha. Chicken wings sebenarnya. Tapi tak tahu la pulak aku kenapa namanya Buffalo wings. Masin tapi sedap. Semua appetizers sedap2 belaka. For main dishes, Kak Ija amik Beef Ribs. Wawa & En. Adnan choose Chicken and Shrimp Diablo pasta, Jia Hao amik Tennessee Steak & me choose Sirloin Steak. Prof tak makan main dishes, dia cakap dia nak tunggu dessert. Hihi.. Wawa tak dapat habiskan pasta sebab banyak. Punya la besar pinggannya. Makanya Prof lah tolong menghabiskan. (^_^) 

Beef Ribs 

Chicken and Shrimp Diablo pasta 

Pic kat bawah ni ialah Tennessee Chicken but Tennessee Steak lebih kurang macam tu cuma bezanya the chicken is replaced with steak.. 

Tennessee Chicken 

Sirloin Steak 

Dessert, Prof yang pilih. He choose Friday's Sundae. Sedap..! Ambik 2 je. 1 sundae share 3 orang. Prof, Kak Ija & En. Adnan share 1. Me, Wawa & Jia Hao share 1. Itu pun kitorang tak larat habiskan. Prof jugak yang tolong habiskan. Prof punya, Kak Ija tolong. (+_+) 

Friday's Sundae 

Eh, lupa plak nak bagitahu pasal drinks. Prof ambik Lemonade kot. Blue Raspberry Slush for En. Adnan & Jia Hao, Strawberry Lemonade Slush for Kak Ija & Green Apple Slush for me & Wawa.


Sampai je VCRU, sebelum balik, kitorang bagi la cenderahati yang tak seberapa kat Prof. Bukan rasuah tau..! Just sebagai tanda penghargaan kami kepada Prof sepanjang projek kami dijalankan. Harap Prof & semua VCRU staf ampunkan segala salah & silap kami. We really appreciate all the helps during our projects progression. Hanya Allah yang mampu membalasnya. 


p/s : the foods pictures was taken from google..

Tuesday, May 17, 2011

SeCrEtS of sMiLe (^_^)


Pernah dengar tak lagu Senyum by Malique & Najwa. Best kan. Lagu yang mengajak kita semua senyum :) Susah tak nak senyum?? Susah?? Apa yang susah? Tarik hujung mulut yang kanan ke kanan, yang kiri ke kiri. Ha, kan dah senyum tu. Hihi.. ^_^ Apa yang best sangat “senyum” ni? Banyak yang bestnya. Jom kita tengok satu persatu.

sEnYuM mEmBuAt kitA tAmpAk mEnaRik.

Cuba kita bandingkan orang yang suka senyum dengan orang yang kurang senyum. Apa yang korang nampak? Orang yang suka senyum nampak lebih berseri-seri kan? Membuat kita lebih tertarik kepada dia berbanding dengan orang yang kurang senyum tu kan.


Sejuk mata memandang. (^_^) Sebab tu orang yang banyak tersenyum mempunyai lebih ramai kawan. Orang yang kurang senyum tampak dingin. Orang disekelilingnya takut nak dekat. Sebab tu orang yang kurang senyum susah nak dapat kawan. Betul tak??? 

sEnYuM mAmPu mEnGuBaH pErAsAaN nEgAtiVe kEpAdA pOsiTiVe. 

Tak percaya? Cuba senyum masa korang tengah sedih. Korang akan rasa seronok dan beban masalah yang dihadapi tu rasa lebih ringan. Senyum juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah. Nak bukti kukuh lagi??

Ada kajian yang menunjukkan apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. So, lepas ni kalau ada masalah atau sedih, try senyum. (^_^) Mungkin masalah tak akan selesai dengan senyuman tapi sekurang-kurangnya dengan tersenyum, perasaan kita akan lebih tenang dan kita dapat berfikir dengan lebih rasional. Kan??


sEnYuM mEnGhiLaNgkAn strEss. 

Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. Fakta ni macam lebih kurang dengan yang atas tadi tu. So, kalau rasa stress, take a moment to smile...!!!


sEnYuM mEmBuAtKAn BaDaN JaDi SiHat. 

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. Jadi..?? Senyum... senyum.. dan senyum.. (^_<) 

sEnYuM uNtuK AwEt muDA. 

Untuk tampak sentiasa muda even usia semakin bertambah, tak perlu beli produk mahal2. Tak perlu minum jamu. Tak perlu susuk, botox or anything. Hanya perlu senyum. (>_<) Kerana menurut kajian, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi. Jadi, dengan banyak tersenyum, kedut di muka kurang dan kita akan kelihatan lebih muda. (^_^)


Itu antara kelebihan-kelebihan senyum. Sebenarnya banyak lagi. Tapi cukuplah kalau tahu 5 ni pun. Yang penting kita tau senyum itu banyak manfaatnya. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada fizikal tubuh & rohani, dalam ajaran Islam sendiri ada mengatakan senyum itu satu sedekah. Jadi, apa lagi alasan kita untuk tidak senyum?? Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas sudah cukup untuk memaniskan senyuman itu. Jadi, mulai saat ini, jangan lupa untuk senyum, tapi jangan terlalu over pulak. Biar berpada-pada dan bertempat. (^_<)

“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain menjadi sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman itu tidaklah menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit” 

p/s : Marilah kita senyum ramai2. Supaya dunia bebas dari penyakit & masalah. (^_^)

❤ 13 May ❤ pArT 2..

Continued from ❤ 13 May ❤ pArT 1Pada malam 13 May tu, me & my BFF plan nak buat a LITTLE FAREWELL PARTY. Just for 3 of us. (T_T) Oleh itu, malam tu kami pun keluar la beli makanan sikit. Dah nama pun party, majib la ada makan2. Lagipun aku tak makan dari pagi kot. Lapar... (+_+)

Beli nasi je pun. Mandi rice & tembikai laici for me. Kabsa rice & arab ice lemon tea for Hatie. Nasi goreng ayam & tembikai laici for Azu. Kek dah beli petang tu, lepas balik dari Penang Hill. It's just a LITTLE PARTY. Tak banyak makanan, tak ada belon2 or reben2. Tu semua tak penting pun. Apa yang penting ialah WE enjoy the NITE.. WE enjoy the PARTY.. and..... WE enjoy the FOODS.. (^_<) So, it's your turn to enjoy the PICTURES... (>_<)





Have started missing my BFF.. Huhu.. Hatie.. Azu.. Don't Ever Forget ME, please..!!!


p/s : Tak sabar nak tunggu bulan 9. Nak jumpa balik kawan2 USM (*_*)