Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 15, 2011

A SpEciAL DaY!!!!


Guess what day is it today? Tuesday? No.. Try again..hehe. Today is my one month Blog anniversary!!! 


Yeahhh!! I started this blog on February 15, 2011 with my first post on Break The Ice. Aku start tulis blog sebab sayaAku rasa banyak sangat yang terpendam dalam hati ni dan aku tak tahu nak cerita pada siapa sebab aku rasa aku takde sahabat yang betul2 boleh berkongsi suka duka dengan aku. Jadi, aku pilih blog sebagai sahabat aku. Macam kerek sangat je ayat aku..Hahaha.



Btw, aku suka sangat BERblogging sebab I LOVE to write and I LOVE to communicate via blogging. Blog la tempat aku meluahkan apa yang tak mampu aku luahkan di luar, blog jugak lah tempat aku melepaskan tension, rasa sakit hati, rasa marah, sedih dan gembira. Aku bebas tulis apa pun tanpa risau apa2. Blog ni aku punya kan, so suka hati aku la.





Actually, I think I’m addicted to blogging and sometimes I wish I can write all day! Tapi tak boleh la asyik mengadap blog je kan. Nanti camna tesis nak siap dan camna nak study untuk exam. Apa2 pun, I want to THANK YOU ALL 
for supporting this blog!!


Sunday, March 13, 2011

~ 5 SeKaWaN ~

Balik rumah kali ni aku amik peluang jumpa kawan2 lama SMKJ dulu. Masa dalam bas on the way balik dari Penang tu lagi aku dah calling2 kawan2 aku ajak jumpa hari Sabtu sebab dah lama sangat tak jumpa. Rindu. Kebanyakannya busy dengan FYP, exam, tesis dan ramai jugak yang jauh2 macam Terengganu dan Melaka. So, hanya 4 orang ja kawan aku yang dapat jumpa. Pagi Sabtu tu pukul 7 pagi lagi aku bangun iron baju. Kebanyakan baju aku ada kat Penang. Yang tinggal kat rumah ni pun tak banyak. Terpaksa la aku pakai baju yang agak lusuh sebab tu je yang ada pun. Janji dengan sepupu nak pergi rumah kawan dia dulu pukul 9 tu. Aku tunggu sampai pukul 9 dia tak datang2. Aku sms tanya. Dia cakap tak jadi. Pergi pukul 10. Haiyoo dah pakai comel2 dah. Tunggu je la sambil tengok anime. 10 minit sebelum pukul 10 dia datang.

Sampai je Jitra pergi cari bank dulu settle something. Then, baru pergi ANEKA sebab dah janji dengan kawan2 aku nak jumpa kat sana. Masa tengah parking motor, 2 kawan aku sampai dari Perlis (Hanna dan Miejan). Diorang belajar di UniMAP. Terharu aku sebab diorang sanggup datang Jitra dari Perlis. Thank you ya Hanna dan Miejan. Love both of you! Tak tau nak lepak mana masa tu sebab ANEKA belum bukak lagi. Baru pukul 10.30 kot. Then, kami decide breakfast dulu dekat Nash Donuts & Bakery sementara tunggu 2 orang lagi yang janji nak datang.

Breakfast for 3..

Miejan..

Me n Hanna..

Time tengah makan tu, seorang lagi kawan kami (Zatie) sampai. Zatie ni baru je bergelar penulis. Nama pena dia Cahaya Izzati. Baru je terbitkan novel pertama dia yang bertajuk "Hanya Kau Kusayangi" terbitan Buku Prima pada Oktober 2010. Sekarang novel ni dalam proses cetakan kedua. Tahniah Zatie! Aku bangga dengan kawan aku. Success! Alhamdulillah.

Zatie's 1st novel.

Me and Zatie.

Borak2 sambil snap gambar. Biasa la, gila kamera..Haha.. Tiba2 abang donut datang tegur, "Dik, sini tak boleh snap gambar. Cuba tengok sign kat situ". Kitorang pun tercari2 la sign yang abang donut tu cakap kan. Kecik gila sign dia. Dah la letak tempat yang agak tersorok. Mana la aku dan kawan2 aku nak nampak. Kami ni dah la rabun2 belaka. Takpe lah. Dah banyak pun aku snap. Baik abang donut tu. Tegur dengan senyuman dan sopan. Bila dah kekenyangan semua, barulah kami gerak masuk ke ANEKA. Tetiba aku perasan kasut aku dah nak putus. Nyawa2 ikan. Terus kami pusing cari kasut. Setelah penat pusing2, akhirnya misi mencari kasut tercapai jua. Jumpa la 1 kasut yang berkenan di hati. Tapi Miejan pun teringin nak beli jugak. Maka, kami belilah seorang sepasang cuma lain2 color. Pink for Miejan and orange for me.


Destinasi seterusnya ialah ke pusat bowling. Masa sampai di situ, Seorang lagi rakan kami (Aziemah) sampai. Alhamdulillah lengkaplah 5 sekawan yang dah janji nak bertemu hari itu. Agak bengang dengan adik2 yang jaga kaunter bowling tu sebab diorang macam kurang arif dalam game bowling ni. Dah explain banyak kali pun tak faham2. Haish.. Sabar je la. Time tengah syok main tu, "Adik @ bakal sepupu ipar" (Wan) aku sampai. Entah apa kena dengan dia tetiba je jadi pendiam. Padahal sebelum ni susah nak berhenti kalau bercakap. Maybe sebab dikelilingi gadis2 comel kot.Haha. Natk tau siapa yang menang game bowling tu?? Mesti la bukan aku.Hahaha.. Miejan won the game. Score aku?? Hmmm... 😓






Lepas main, perut lapar balik. Jadi, MAKAN lagi! Tapi tak habis pun. Nafsu je tinggi. Membazir!!



Lepas makan, borak2 sekejap. Tepat pukul 3, Miejan dan Hanna terpaksa balik sebab takut nanti bas nak balik kolej takde. Then, pukul 4 Aziemah pulak balik. Tinggallah aku, Zatie dan Wan. Diorang temankan aku sebenarnya sebab Abg Bd janji nak datang  ambik aku pukul 6. So, pukul 6 Abg Bd datang, barulah diorang balik. Terima kasih Zatie dan Wan sebab sudi temankan aku. Terima kasih juga kepada Zatie, Hanna, Miejan dan Aziemah sebab sudi datang Jitra jumpa aku. Semoga kita dapat jumpa lagi. Lain kali kita buat gathering dengan kawan2 lain pulak. Lagi ramai lagi meriah! Thanks jugak Wan kerana sudi datang walaupun malu2 kucing.Hahahaha. Kesian sebab kena balik Sungai Petani terus. Sorry, kak lupa. Kalau tak, kak paksa Wan balik awal lagi. Apa2 pun, aku happy sangat hari tu. Aku takkan lupakan tarikh 12/3/2011.Love u all so muchhh.. muaahhh ❤❤❤

HoMe SwEeT HoMe


I'm home!!! Jumaat masa aku on the way dari Penang ke Alor Setar, aku call Adik minta dia ambik aku di Alor Setar nanti. Dia cakap hujan so dia tak boleh nak ambik sebab dia ada motor je. Then, aku sms Abang Konen kat no. celcom dia. 3 kali aku sms no reply. 30 minit sebelum sampai, aku call dia tapi tak dapat. Masa tu baru aku terpikir nak call no maxis dia. Aku call dapat. Rupa2nya handphone dia yang no. celcom tu hilang. Patut la aku call tak dapat2 and sms pon tak reply. Dia cakap dia tengah lepak kat tasik. Dia suruh aku balik rumah Abang Bd (dekat Bukit Pinang) dulu.

Aku pun call la Abang Bd minta dia ambik aku. Dia cakap dia baru bangun tidur, so datang lambat sikit sebab nak mandi bagai. Aku call Adik inform aku balik rumah Abang Bd. Adik cakap takpa dia datang ambik. Aku pun sms la Abang Bd semula cakap tak payah ambik aku. Sampai je kat Alor Setar, Adik datang. Abang Bd pun datang. Sudah! Confuse aku nak balik dengan sapa. Abang Bd cakap dia tak baca sms aku sebab dia salah ambik phone. Dia terambik phone wife dia. Dah mamai sangat la tu..Haha.. So, bukan salah aku la kan. Then, aku decide balik dengan Adik sebab nak balik jumpa Mak.


Sampai je rumah aku terus mandi, makan dan kmudian tidur. Esoknya, sebelum pergi Jitra aku jalan2 pusing rumah kejap. Rezeki aku la hari tu ternampak mangga banyak atas pokok. Wahh, tunggu lagi! Ambik lah makan cicah dengan garam belacan. Sedappp. Lepas tu masuk dapur ada jagung pulak. Rezeki2. Terus buat bubur jagung dan jagung rebus. Huh! Balik rumah asyik makan je aku ni. Sesuai sangat la dengan gelaran Ratu MaKan kan..Haha.. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi.




Kesimpulannya.. HoMe iS The BeSt..!! ^_^

Tuesday, March 8, 2011

SaLaM tAkZiAh

Pagi ini melangkah VCRU dengan penuh debaran. Tapi bila melangkah ja masuk bilik Prof. Zairi (my FYP supervisor) alhamdulillah hilang pulak berdebar. Then, datang balik rasa berdebar bila keluar dari bilik Prof. selepas mendengar info dari Prof. yang membuatkan aku dan 2 orang rakan (wawa n jia) shock! Walaupun macam tu, takpe aku terima dengan redha je. Then, aku pergi post office dan pasar pelajar to settle something. Awalnya rancang nak pergi bilik Wawa untuk copy korean movies tapi hasrat terbantut bila Wawa received sms that bring bad news. Her eldest brother has gone..

Wawa

Masa tu aku tak tau nak react macam mana bila Wawa menangis depan aku. Aku ni bukan jenis yang pandai pujuk atau pandai bagi nasihat. Sorry Wawa because you get this kind of friend that don't know how to calm you. All I can do is accompany you while waiting for Nona. I thought Nona will send Wawa to airport but suddenly got a phone call from Wawa whose said that Nona, Fd, Mira and Jie went together with her by driving a rented car. Wah, kagum lah korang boleh drive dari Penang ke Kelantan! Hope korang semua selamat sampai Kelantan dan selamat kembali ke USM nanti. Semoga Wawa dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. To all readers, marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Al-Fatihah...