Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 13, 2011

aLKiSaH sEoRaNg BuDak...


Alkisah ada seorang budak USM balik rumah hari sabtu lepas. Dalam perjalanan dari Butterworth ke Alor Star, bas yang dinaiki budak itu terperangkap dalam traffic jam hampir 1 hour. Budak itu agak hairan macam mana boleh jam tengah2 highway. Rupa2nya ada kemalangan. Sebuah lori yang membawa roti Gardenia yang sungguh enak dimakan begitu sahaja tu, terbalik kerana dilanggar bas UUM dari belakang. Bahagian belakang lori tersebut pecah. Habis berterabur roti Gardenia di tengah jalan (menurut Metro).


Entah mana perginya roti2 Gardenia tersebut, budak itu kurang pasti kerana ketika budak itu lihat, roti Gardenia sudah tiada. Mungkin pihak yang bertanggungjawab telah menguruskannya atau mungkin beberapa pihak telah mengutipnya untuk dimakan. Entah la. Menurut driver bas kejadian itu berlaku awal pagi lagi. Tapi oleh kerana pihak bertanggungjawab agak kurang bertanggungjawab, pukul 1 p.m. pun kejadian tersebut masih belum settle. Akibat ketidaksabaran beberapa pemandu yang terperangkap dalam jam itu, berlaku satu lagi kemalangan yang melibatkan 5 buah kereta. Agak teruk kemalangan itu.

Apa pun yang terjadi, bas yang budak itu naiki meneruskan perjalanan. Abang budak itu sudah lama menunggu di stesen bas. Setelah sampai, budak itu pun mengikut abangnya ke Bukit Pinang iaitu rumah kediaman abang dan keluarganya. Alhamdulillah, kebetulan pada hari itu anak saudara isteri abang mengadakan kenduri doa selamat. Rezeki2. Jadi, selepas Asar, budak itu pun mengikut abang & keluarganya ke Simpang Empat untuk menghadiri kenduri tersebut. Macam-macam ada.

Bihun goreng, laksa, bubur durian, pelbagai jenis kek, kuih-muih dan macam2 lagi la. bBudak itu yang sememangnya kuat makan @ ratu makan, men’try’ semua jenis makanan. Selepas isyak, budak itu & keluarganya pun pulang. Dalam perjalanan pulang, abang membawa budak itu ke Istana Anak Bukit untuk mengambil angin malam. Malang nasib budak itu apabila dia lupa menge’cas’ bateri kameranya. (+_+)





Kasihan budak itu. Hanya sempat mengambil beberapa keping gambar sahaja. Kualiti gambar juga kurang elok akibat daripada bateri yang low. Kasihan. Justeru budak itu pun balik dan tidur dalam kehampaan.


~ SELESAI ~ 

p/s : Skemanya budak ini... (@_@)

Friday, April 8, 2011

SaKiT + PiSaNg..??

Aku sakit perut. Perut sakit aku. Sakit perut aku. Perut aku sakit. Sakit aku perut. Eh, apa pasal ni. Merepek ja aku. Haishhh.. Sakit!!! Huhu. Tadi masa keluar nak hantar thesis, dah rasa lain macam tapi buat tak tau je la. Malas la nak layan sangat. Then, masa on the way balik Aman, rasa macam nak pitam dah. Sakit sangat. kaki and tangan dah sejuk macam ais dah. Sampai je bilik, terus baring atas katil. Tarik selimut, tidur sampai pukul 5. Ada jugak la terjaga tapi aku tidur balik. Huhu. 

Bangun tidur tu rasa kurang sikit sakit. Tapi lepas mandi je, sakit tu datang balik pulak. Adehhh.. Nak jalan pon tak berdaya. Terpaksa cancel plan nak balik hari ni. Harap2 esok sihat la. Tak sabar dah nak balik ni. Huhu. Oleh kerana tak boleh bangun, duduk je la baring atas katil sambil mengadap laptop. Macam biasa perkara wajib bila on laptop ialah tengok blog and facebook. Hehe. tengah2 asyik usha facebook tu, tetiba terpandang pic Nona tengah makan ni. (*_*)
pic from google 

Banana split..!!! Aiyaaa... Sudah lama aku teringin nak pergi makan. Sudah lama ajak Hatie pergi makan tapi dia tak nak. Huhu.. Waktu tengah sakit ni la baru nak ajak. Tak bermaya dah nak jalan pergi sana nu. Huhu. Takpela, takde rezeki hari ni. InsyaAllah, nanti ada la rezeki kan. Kalau susah2 sangat buat je la sendiri. Bukan susah sangat pon kan nak buat benda ni. Kena rajin je. Hehe.. Tak dapat makan, kita tengok gambar pon jadi la. Huhuhu. Dah la pic pon google. Sadisss betul. Huhu. Takpe sabor jo la.. (^_^)

TeRiMa KaSiH (^_^)


Today is the day to submit thesis..!!!! Giler macam nak pecah jantung ni. Dup dap dup dap bunyinya. Eh, betul ke bunyi macam tu. Haha. Ni baru submit thesis, kalau viva???? T__T *speechless* Minggu ni hari-hari aku pegi kedai printing. Sampai uncle tu dah kenal dah kot. Aiyakk, hari ni pun print lagi. Dekat RM100 jugak la aku berhabis untuk thesis ni. Huhu. Harap2 berbaloi la segala penat lelah and pengorbanan yang telah kucurahkan kepada final year project ni (ayat tak boleh blah. Haha).


Dah banyak yang aku curahkan untuk FYP ni. Segala tenaga.. Masa.. Wang ringgit.. Tapi aku tak pernah berkira pun. Ye la untuk masa depan sendiri kan. Best sebenarnya buat FYP ni cuma kadang2 agak menyakitkan hati jugak. Haha.. Tapi overall GOOD la untuk student sebab dapat experience conduct research. ^_^ Experience dapat. Kenangan pun dapat. Ilmu lagi la dapat banyak kan. Hebat2. Aku ingat lagi 1 tahun yang lepas masa nak decide subject tu. FYP memang aku dah tolak ke tepi awal-awal lagi. Sebab apa?? Sebab viva la. Huhu. Tapi lastly aku decide ambik FYP jugak setelah mengambil kira beberapa pendapat.


Masa first time nak jumpa supervisor (Prof Zairi), berdebar jugak la sebab Prof Zairi tak pernah ajar mana2 subjek yang aku ambik sebelum ni. So, tak tau la nak predict dia ni jenis yang macam mana. Macam2 soalan dalam kepala. Baik ke dia. Garang ke. Handsome ke. Comel ke. Haha. Bila dah jumpa tu baru tau dia sebenarnya ok je. Mesra dan ramah. (^_*) Prof bagi 3 title for me, Wawa and Jia tu choose. Bila baca satu2 tajuk tu aku tak faham satu benda pun. Cuak jugak aku masa tu. Excited pun ada. Sebab rasa tak sabar nak start project. Main ambik je title sorang satu.


Then, Prof bagi kakak senior sorang satu. Wawa dapat Kak Jia, aku dengan Miss Bong and Jia dengan Kak ___ (apa entah nama dia. Lupa pulak aku). Lepas kakak2 tu brief, baru la kitorang got the idea. Fuhh.. Hilang la sikit rasa cuak tu. Thank you kakak2 sekalian atas tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan. Terima kasih jugak pada En. Nasir yang tolong ajar macam mana nak culture nyamuk and tolong provide barang2 untuk FYP. En. Rohaizat yang membekalkan larvae's food and telur nyamuk. Kak Nurul yang bersama-sama memasak membuat makanan larvae. 


En. Malik and Abang Azrul yang banyak membantu dalam preparation of impregnated paper. Jasa En. Malik membenarkan kami menggunakan fume cupboard and alat penimbang tu tak akan kami lupakan. Jutaan terima kasih kepada En. Adnan yang sangat2 banyak membantu dan selalu menyokong kami. Terima kasih En. Adnan kerana memberi kami semangat and jalan keluar ketika projek kami tersangkut. Thank you jugak sebab tolong kami check thesis bagi pihak Prof yang telah terbang ke UK. Thank you kepada Prof jugak atas nasihat-nasihat yang diberikan. Tak lupa jugak Thank you untuk Mr. Chan and Mr. Patrick yang sudi berkongsi ilmu and kongsi micropipet dengan kitorang. Sori sebab selalu mengganggu awak berdua dengan bermacam2 soalan. Huhu.


Last but not least, ucapan terima kasih ditujukan kepada Wawa, my FYP partner yang banyak membantu sepanjang menyiapkan FYP. Thank you Wawa sebab tolong jaga nyamuk masa saya balik umah, thank you sebab teman pergi lab En. Malik. Thank you sebab tolong buat solution and thank you sebab tolong pengsankan nyamuk. Kita selalu bersama susah and senang sepanjang FYP kan. Kena marah sama-sama, blurr sama-sama, takut sama-sama, malu sama-sama, sedih sama-sama, risau sama-sama and jaga nyamuk (our baby) sama-sama. (^_^) Thank you for everything and sorry jika (bukan jika dah, memang comfirm ada =p) saya ada buat @ cakap benda yang menyakitkan hati awak.


Thank you jugak to others yang banyak membantu sepanjang 2 semester ni. Sori tak mampu nak taip satu2 nama. Tapi percayalah, semua bantuan kalian amat saya hargai. Sayang semua. Muaahhhh!

Thursday, April 7, 2011

FoOd sToRy...

Rasa macam dah lama aku tak letak pic makanan dalam blog ni walaupun hari2 aku menghadap makanan sebenarnya. Hehe. Balik rumah hari tu aku asyik makan je. Macam2 jenis makanan aku telan.Jom kita tengok apa yang dah selamat aku teman. Haha.


Meleleh air liur aku tengok pic ni. Apa ni? Buah tempatan pun korang tak tau. Huishh, teruk tu. Ni la mangga @ pelam. Sungguh manis & enak. Boleh dimakan begitu saja tapi lebih sedap kalau dimakan bersama pulut & santan. (^_^)


Delicious..!!!! Sedap sehingga menjilat jari. Hihi. Lebih kurang sama macam mango rice (Thailand food) kan. Tu je aku telan? Dessert??? Ada... Tengok bawah ni.


Macam mana?? Terliur tak. Haha.. Actually, aiskrim ni lah yang abang & adik aku bawak masa accident tu. Kerana nak hantar aiskrim ni lah. Aku tak suka sangat aiskrim jenis macam ni ("conetto-like") sebab bagi aku terlalu manis. Lagipon aku kurang suka perisa coklat. Aku suka coklat tapi aku tak suka perisa coklat. Erkk.. Faham ke. Buat2 faham je la ye. Haha. Nak tau sedap ke tak aiskrim ni? Meh kita tengok pic di bawah to find out the taste..


Perasan tak ada air mata mengalir. Haha. Budak montel ni menangis-nangis nak aiskrim. Oleh sebab kesian, maka aku bagi je la dia rasa. Aku kan pemurah. Haha.

Muka puas hati dapat jilat aiskrim. 

Tengok si kakak yang pakai baju merah tu. Ada air mata jugak kat pipi. Aiskrim punya pasal, banyak air mata yang tumpah. Si Kakak menangis sebab aku marah dia. Lembut2 aku pun ada masa aku boleh jadi garang jugak. Haha. Sebenarnya si kakak ni pun macam aku jugak. Tak suka sangat aiskrim jenis macam ni. Tapi dia makan jugak. Makan sikit lepas tu nak buang. Membazir. Tu yang aku marah tu..

si comel seronok dapat aiskrim.. 

Si kakak tengok je. Teringin la tu. Haha. Nafsu je lebih tu. Bukan nak makan sangat pun. Tak macam si adik ni.

Comotnya. 

Makan sampai habis. jilat jari lagi tu ha.



Amacam?? Agak2 korang sedap tak aiskrim tu? Mesti la sedap kan. Hmm... Tetiba rasa nak pegi beli aiskrim.. (^_^)

p/s : Dah lama tak makan KFC. Dah kempunan. Anyone want to join me??