Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 23, 2017

Street Foods di Korea yang Mesti Dicuba

Perasan tak kalau tengok drama atau show Korea especially Running Man, mesti ada episod yang diorang pergi pasar atau beli makanan di gerai tepi jalan. Macam best je bila tengok ekspresi muka diorang makan kat tepi jalan tu. Memang terliur habis! Jadi, dah alang-alang sampai Korea, aku try beberapa street foods. Memang sedap sangat! 😋

1. Hotteok (Sweet Korean Pancake)
Sejenis lempeng atau penkek yang ada inti. Ada banyak pilihan inti. Yang aku try tu dia letak madu. Beli di Namdaemun Market. 700 won sahaja sebiji. Perghhh! Sedap dimakan panas-panas terutama bila musim sejuk atau hujan. Memang kena sangat lah sebab time aku kat sana memang musim hujan. 




2. Gyeranppang (Korean Egg Bread)
Gyeranppang ni sebenarnya roti telur. Luarannya berwarna perang. Inti dalam lembut sangat. Sesuai makan panas-panas masa musim sejuk. Memang sedap!


3. Odeng (Fish Cake)
Odeng ialah fish cake yang dicucuk menggunakan lidi panjang dan dicelup ke dalam sup. Memang banyak gerai yang jual benda ni. Tapi apa yang membezakan mereka ialah sup tu sebenarnya. Seingat aku yang aku try tu supnya ada macam cili kering kot. Rasa pedas-pedas sikit tapi bukan lah pedas yang sampai berasap telinga. Sedang-sedang enak gitu. 


4. Sotong goreng tepung
Yang ni pun sedap. Rempah tepung dia tu memang terasa betul. Sotong dia pun takde la liat. Rasa pedas-pedas sikit.


5. Octopus Takoyaki
Boleh didapati di area Ewha University. Satu kotak ada 8 biji. Harga dalam 3,000 won kalau tak salah.


6. Kklutarae (Gula Tarik Korea)
Yang ni jumpa di Myeondong Market. Boleh lihat sendiri cara pembuatannya. Penjual akan buat demo sambil explain setiap langkah buat kklutarae. Menariknya penjual akan explain mengikut bahasa pembeli. Contoh macam aku dari Malaysia, so dia explain dalam bahasa Melayu. Peramah dan mesra pelanggan. Nak ambil video ataupun bergambar, diorang layan je. Sempoi sangat! Kagum betul bagaimana dari seketul madu yang keras ditarik menjadi belasan ribu helaian benang halus. Ada pelbagai pilihan inti seperti almond, walnut, peanut, chocolate dan lain-lain. Rasanya pun sedap dan tak manis sangat. Sesuai untuk bawa balik sebagai souvenir tapi kena pandai jaga supaya madu tu tak cair. Kalau cair nanti helaian benang tu dah tak nampak dan akan jadi keras. Hilang rasa rangupnya. Dalam gambar kotak basah sikit sebab aku frozen kan untuk bawa balik Malaysia. 😜



p/s: Mencabar betul buat entry pasal makanan ni. Asyik terliur ja 😭

Saturday, January 7, 2017

Part 3: Tempat Menarik Dilawati di Korea

Ok, janji ini part last. Haha. Enjoy reading!

12. Cheonggyechon Stream
First datang hujan. Jadi, boleh bergambar atas jambatan je sebab diorang tutup laluan untuk turun. Mungkin atas sebab keselamatan. Frust. Tapi lepas tu kitorang repeat datang lagi. Alhamdulillah, cuaca baik. Jadi, boleh turun sampai ke bawah. Yeay!



13. Nami Island




14. Naksan Park & Ihwa Mural Village




15. Express Terminal Underground Shopping Center
Besar sangat tempatnya. Jenuh berjalan cuci mata. Macam-macam ada. Pinggan mangkuk, cadar, pakaian, sudu garpu, accessories, beg, bunga, hiasan rumah dan lain-lain lagi. Memang puas lah datang shopping sini! 




16. Hangang River
Pertama kali datang sini kitorang just lepak, pusing2, ambil angin sambil tangkap gambar. Then, datang pulak kali kedua untuk naik cruise. Enjoy beb! Dapat tengok pemandangan waktu malam yang cantik sekitar Hangang River dan lalu di bawah Banpo Moonlight Rainbow Bridge. Ada jugak live performances atas kapal. Best!




17. SBS Drama Special Exhibition, Goyang City
Actually, kitorang tak plan pun datang sini. Plan asal nak ke taman tema sebenarnya. Tapi bila difikirkan semula, lawatan ke taman tema makan masa 1 hari yang mana kami rasa lebih baik 1 hari tu dimanfaatkan pergi ke lain-lain tempat yang lebih menarik. So, ke sini lah kami. Pameran My Love From the Star / You Who Came From the Stars at KINTEX 2 Outdoor Special Exhibition. Syok! 😍






18. Strawberry Farm at Goyang City
Kebetulan, time kitorang sampai di Korea adalah musim strawberry. Merata-rata jual strawberry. Even di kedai-kedai juga ada menu tambahan yang guna strawberry as special ingredient. Besar-besar weh. Manis pulak tu! Oleh kerana hati sudah terpaut dengan strawberry Korea maka ke sini lah kami. Memetik strawberry segar dari ladang. Puas makan. Terbaik!





19. Trick eye dan ice museum





p/s: Selesai!!!

Thursday, January 5, 2017

Part 2: Tempat Menarik Dilawati di Korea

Selamat Tahun Baru! Selamat tinggal 2016 dan selamat datang 2017! Jom kita sama-sama berusaha supaya tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga tahun ini memberi lebih banyak senyuman! 😊 Sebagai permulaan tahun, mari kita sambung tengok tempat-tempat menarik di Korea.

6. Gyeongbukgung Palace
Masa sampai sini hujan. Jadi, banyak gambar berpayung. Huhu. Tapi takpa, posing dengan payung juga adalah seni fotografi. 😊




7. The Great King Sejong Museum, Gwanghamun
Muzium ni masuk free je. Best jugak. Dapat tengok kisah perang 4D. Pakai cermin mata 3D sambil tempat duduk bergerak-gerak. Siap ada semburan air lagi! Tapi jangan risau. Takde la basah sampai lencun. Juga dapat belajar tulis nama sendiri dalam Hangul (tulisan bahasa Korea).




8. Hello Kitty Cafe, Hongdae
Cute and pinkish cafe! Peminat Hello Kitty mesti kena datang. Banyak barangan Hello Kitty juga dijual di sini.





9. Insadong
Pelbagai kraf tangan boleh didapati di sini macam beg, keychain, sapu tangan dan banyak lagi. Harga boleh tahan sebab handmade kan. 😏




10. Gwangjang Market
Pasar ni antara pasar yang terbesar dan tertua di Seoul. Kalau nak borong kain cotton Korea boleh borong di sini. Murah dan banyak pilihan. Kedai jual makanan pun gila punya banyak kat sini. Dapat tengok macam2 jenis kimchi dan lain2 makanan tempatan Korea.



11. Namdaemun Market
Aku shopping brooch, souvenirs dan baju baby kat sini. Murah. Banyak betul pilihan. Rambang mata. Barangan lain seperti cermin mata, kasut, t-shirt dan hanbok pun ada dijual.




p/s: Belum habis lagi. Ada sambungan lagi. Stay tuned for Part 3!

Thursday, December 22, 2016

Bagaimana Memulihkan Kulit Muka yang Tercemar dengan Merkuri? ~Bhgn2~

Tiba-tiba terasa nak sambung entry ni dulu. Sebelum ni aku rasa macam takde idea nak menulis bahagian 2 ni. Tu yang aku keluarkan entry Korea dulu. Tapi malam ni otak aku macam terfikir "nak yang ni dulu, yang ni! Yang tu nanti dulu lah! Haha, gitu. Tolong faham mood aku yang mengada-ngada tu, ok. 🙊 Dah, jom sambung.

Aku ingatkan sekali lagi. Seeloknya korang check produk yang korang pakai sekarang ni ada tak mengandungi bahan merbahaya pada kulit. Ada tak ciri-ciri produk tu mengandungi merkuri. Kalau takde, alhamdulilah. Tapi kalau ada, apa yang korang perlu lakukan?

1. Berhenti
Hentikan penggunaan produk tersebut serta-merta walaupun masa tu korang baru je restock. Jadi, banyak lagi. Sayang nak buang sebab tak nak membazir. Tidak! Itu tindakan yang salah. Lagi lama guna, lagi banyak toxic yang terkumpul. Lagi terjejas teruk la keadaan kulit muka tu. Maka, lagi panjang proses pemulihan yang perlu ditempuh. 

2. Bertenang
Jangan panik sampai nak cepat-cepat beli produk lain dan pakai. Takut nanti bahan kimia produk lama bereaksi dengan bahan kimia produk baru. Mana la tau kan sebab kita tak nampak apa yang berlaku di bawah kulit tu. Nanti komplikasi kulit menjadi lebih buruk. So, apa yang kau perlu buat ialah berhenti dari pakai apa2 pun kat muka tu. Termasuk pembersih muka dan bedak. Jangan pakai langsung. Cuci dengan air biasa sahaja. Bagi lah kulit muka tu ruang untuk berehat dan bernafas dari sebarang bahan kimia. Biarkan ia melawan toxic2 yang terkumpul itu sendiri. Beri peluang pada proses pembaikpulihan kulit berlaku secara semula jadi. Sampai bila? Seeloknya 2 minggu.

3. Bertindak
Dalam masa korang buat 2 perkara di atas, buatlah sedikit kajian sendiri tentang produk apa yang sesuai dan selamat untuk digunakan bagi membantu proses baikpulih kulit. Ingat ye, kajian sendiri. Jangan la tanya pada orang lain terutama penjual sebab mesti la dia akan suggest produk yang dia jual. Tiada siapa yang lebih tahu keadaan kulit korang dari korang sendiri. Jadi, rajinkan lah diri untuk cari yang terbaik. Bila dah pilih produk yang terbaik untuk kulit muka tu, boleh la segera mendapatkannya melalui saluran yang betul. Dapatkan nasihat dari mereka yang lebih pakar jika perlu.

4. Bersabar
Diingatkan sekali lagi bahawa merkuri tidak hanya terkumpul di lapisan kulit tetapi ia boleh menyerap masuk ke dalam salur darah. Jadi, proses untuk buang merkuri dari dalam badan bukannya mudah. Perlukan masa. Tidak boleh terburu-buru. Mesti dirawat peringkat by peringkat. Maka, kesabaran itu sangat penting.

Aku kongsikan sedikit macam mana aku apply 4 benda di atas dalam proses pemulihan kulit muka aku dengan bantuan Mary Kay.

Memulihkan kulit muka yang tercemar dengan bantuan Mary Kay

1. Berhenti - Selepas tahu yang produk aku pakai selama ni mengandungi merkuri yang tinggi, aku nekad berhenti pakai walaupun masa tu aku baru je beli 2 hari lepas. Penuh lagi dalam bekas tapi aku tak peduli.

2. Bertenang - Aku memang sedikit panik bila baca tentang merkuri. Tapi macam yang aku beritahu sebelum ni, dalam panik aku masih cool. Haha. Walaupun lepas aku berhenti pakai je, kesan merkuri dah mula nampak, aku tetap relax ja. Macam mana aku tenangkan diri? Dengan berfikir secara positif! Korang pun boleh cuba. Sangat membantu.

3. Bertindak - Setelah aku buat keputusan untuk memilih Mary Kay, aku terus contact beauty consultant Mary Kay. Sebab produk Mary Kay tidak dijual di mana-mana kedai. Hanya boleh dapat melalui beauty consultant yang sah dan berdaftar sahaja. Kalau ada yang dijual kat mana-mana tu, aku sarankan jangan beli sebab selalunya diorang takkan buat follow up. So, susah la nanti urusan 90 days jaminan tu.

4. Bersabar - Yang ni aku sedikit tersasar. Dari mula aku terus daftar untuk jadi beauty consultant Mary Kay. Bukan kerana aku nak buat business jual Mary Kay tetapi kerana berdasarkan kaji selidik aku, aku tahu aku akan guna produk ni dalam masa yang lama sebab sangat bersesuaian dengan kehendak aku. Setelah berdaftar aku boleh terus order ke Mary Kay tanpa perlu melalui consultant aku tetapi segala nasihat dia aku masih ikut sebab dia kan beauty consultant aku. 😀 Dia suggest aku pakai botanical set tapi pakai pembersih dan pelembap ja dulu. Aku ikut. Aku nampak perubahan kulit muka aku sedikit demi sedikit tapi aku rasa tak cukup. Aku nak lebih cepat. Jadi, aku pandai2 add serum dan apa lagi entah. Akibatnya, muka aku jadi kering sangat dan gatal. Panik gila aku. Terus rujuk pada consultant. Kena la tegur pasal tak nak dengar cakap kan. Haha. Pengajaran buat aku. Kesan Mary Kay memang lambat. Tapi tu pun sebab ia merawat kulit peringkat demi peringkat. Atas nasihat consultant, aku pakai ikut apa yang dia sarankan. Alhamdulillah, sekarang kulit muka aku dah berubah banyak dah. Semakin sihat. Aku share 1 gambar perubahan keadaan kulit aku semasa dalam proses pemulihan. Kalau rajin, nanti aku share gambar terkini pulak,ok?


Happy ending. The end. Haha. Gelak gelak jugak tapi fakta aku serius. Aku menulis berdasarkan pengalaman. Jadi, ambil lah yang jernih buang lah yang keruh. Eh?!