Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 20, 2011

sLeEp To DrEaMs..



Tak tahu la kenapa sejak kebelakangan ini aku asyik mimpi yang bukan2 saja. Bad and scary dreams.. Ada jugak mimpi yang aneh2. Nak cakap aku tak basuh kaki sebelum tidur, dah basuh dah. Tak baca doa?? Dah baca dah. Selalu fikir bukan2?? Rasa tak kot. Emosi kurang stabil?? Stress?? Rasa macam tak. Walaupun perlu siapkan banyak kerja dalam masa yang pendek, aku takde la rasa macam stress sangat pun.. Haishhh.. What to do??Selalu bangun pagi dengan keadaan lesu dan lemah because of those dreams..

Bila bangun dalam keletihan, hari pun dimulakan dengan mood yang kurang baik. Jadi perjalanan kerja yang dilakukan pada hari tersebut adalah sangat kurang lancar..huhu..Yang peliknya, bila tidur balik, mimpi tu boleh bersambung balik.. Contoh macam malam sebelum ini aku ada mimpi something, then malam tadi boleh pulak mimpi tu bersambung.. arggghhhh... (-_-")

WHAT SHOULD I DO???

Saturday, March 19, 2011

PeNdAmPiNg

Akhirnya dapat jugak aku tengok cerita DAMPING MALAM. Itupun setelah mendapatkan beberapa pendapat dari beberapa orang..hehe. Aku ni penakut sikit. Eh, bukan sikit, banyak! Mengikut kata orang2 yang aku survey, cerita ni takde la menakutkan sangat sebab hantu tu tak dimunculkan sangat. Kalau diorang cakap cerita ni banyak muncul benda2 gitu, memang aku tak akan tengok sampai bila2 la jawapnya. Macam cerita khurafat tu, tak TERtengok lagi walaupun dah lama download sebab ramai yang cakap cerita tu agak menakotkan. Eeee seram!


DAMPING MALAM ni citer tahun lepas kot. Aku baru tengok sebab baru dapat keberanian nak tengok..hehe. citer tentang seorang isteri bernama Ku Khalira lakonan Amy Mastura yang terlalu takut hidup dalam kesepian. Dia bersama suaminya Wadi (Ahmad Idham) adalah pasangan bahagia yang dikurniakan seorang anak bernama Nuraiza (Erynne Erynna). Dalam kebahagian itu, rupa-rupanya hati Ku Khalira memberontak kesepian dengan layanan suami yang terlalu sibuk bekerja. Perasaan ini mula menghantui diri Ku Khalira setelah anaknya dihantar ke sekolah asrama penuh.


Situasi ini juga membuatkan Ku Khalira mengambil "pendamping" tanpa mengetahui risiko yang akan memakan dirinya sendiri. Apa yang dilakukan Ku Khalira bukan jalan penyelesaian apabila keluarganya ditimpa musibah.


Dalam pada itu, Ku Khalira cuba dibantu Ummi Siah lakonan Azizah Mahziah. Namun, bantuan itu telah disalah anggap. Ummi Siah cuba mendapatkan bantuan Ustaz Bakri (Eizlan Yusof) yang juga merupakan kawan baik Wadi. Namun, segalanya sudah terlambat.. Nuraiza pergi buat selamanya...




Maaf aku tak letak picture hantu or picture NURAIZA dirasuk dalam post ini sebab aku tak nak menyeramkan blog aku. Erkkk, alasan apakah itu? Hahaha.. Suka hati aku lah kan blog aku. Ok, dalam cerita ini aku suka tengok lakonan Eizlan Yusof dan Erynne Erynna. Menjadi sangat. Lagipun, aku peminat Erynne Erynna..hehe (>_<) Lakonan Ahmad Idham & Amy Mastura ok cuma kurang best sikit bagi aku. Keseluruhan cerita not bad lah.. So, 3 bintang untuk DAMPING MALAM!! (^_<)

❤ MiSsiNg YoU ❤

Waaaaa... rindu kat anak2. Eh, bila masa ada anak ni?? Bila kahwin?? Relax2 jangan suspense dulu. Anak2 saudara lah.. Haha.. Setiap kali tension or rasa macam tak best je, mesti teringat kat budak2 comel di rumah comel tu..huhu. Bila teringat gelak tawa dan wajah cute mereka, hilang segala masalah. Rasa lapang jiwa ini. Eceh ayat aku. Kemain!

Jadi, kalau tak tension or rasa best, tak ingatlah?? Maka lupalah kepada mereka?? Eh2, siapa cakap? Pandai2 je buat fitnah. Hati ini sentiasa kerinduan teringatkan anak2 comel nun jauh di seberang sana. Erkkk, ayat macam tak boleh blah..haha. Sebelum aku merepek dengan lebih jauh lagi, kita layan je la dulu gambar di bawah.. (^_^)''


La.. Rindu kat Spiderman & mickey mouse rupanya. Eh, jangan main-main. Ini bukan Spiderman & mickey mouse yang biasa. Ini luar biasa. Ini permata hati aku. Precious! Mari kita berkenalan dengan Spiderman & mickey mouse ini.

Spiderman tu namanya MUHAMMAD HAZIQ ISKANDAR. Nama panggilan manjanya HAZIQ @ AJIQ. Dalam kepala otak dia ada dua benda ja yang dia pikir. Nak tau apa?? MAKAN & GAMES! Kat rumah, dia asyik makan dan main game PS2 je. Huh!

Kalau dia merajuk or menangis, senang je nak pujuk dia. Bagi je makanan @ cd game, hilang la rajuk dia. Tahun lepas masa dia bersunat, dia menagis sakit tapi lepas bagi je dia main game, dia terus diam. Boleh dikatakan game tu PENAWAR bagi dia. Hebat kan penangan game pada dia. Haha..

Game PS2 tu dia dpt masa umur dia 7 tahun. Dia ni sangat cerdik & pintar dalam pelajaran, setiap kali exam mesti dapat tempat pertama or kedua dalam kelas. Setiap kali juga lah ayah dan umi dia akan bagi ganjaran pada dia. Game ni salah satu dari ganjaran pertama yang dia dapat.

Nak tau tak, kerana dia main game lah dia jadi cerdik & pintar. Nak tau kenapa? Sebab.. Kalau nak menang dalam sesuatu game, mesti kena pandai mengatur strategi kan. Game ni macam merangsang otak dia la. So, rajin2 lah main game..haha.


Ok, dah cukup kenal kot dengan spiderman ni. Kita berkenalan pulak dengan mickey mouse yang bajet macam hensem ini. Mickey mouse ni namanya MUHAMMAD HARITH ISKANDAR. Eh, macam pernah dengar je kan nama tu. Macam sorang selebriti tu. Siapa? Ha, pandai2 la korang cari sendiri. Nama manjanya HARITH @ AYIH.

Umur dia 7 tahun. Dia ni sangat3 NAKAL. Susah nak dengar cakap. Kalau Haziq fanatik dengan game, ayih pulak agak2 fanatik dengan apa?? Adakah seperti abangnya?? Bukan.. Kalau nak tau, ayih fanatik dengan DUIT..! Kalau kita mintak tolong dengan dia, dia rajin ja tapi wajib kena ada UPAH. Rajin ada makna kan.. haha.

Kalau kejut dia pagi2 suruh dia pegi sekolah, bukak je mata, dia cakap apa tau?? Dia cakap, kalau nak suruh dia pegi sekolah, kena bagi RM5. Adoiii.. Terpaksa la umi dan ayah dia bagi duit stiap kali dia nak pegi skolah. Benda pertama dia belajar adalah nombor. Dia cerdik dalam matematik. Kalau belajar pasal nombor2, dia memang fokus betul2 lah. Tau tak kenapa?? Sebab dia nak kira duit..haha. So, susahla nak tipu dia kan sebab dia pandai kira duit..huhu.




 
Macam mana?? Hensem tak 2 orang putera ni?? Ok lah. Dah cukup panjang rasanya post ni. Nanti aku kenalkan korang dengan 3 orang puteri pulak..ok? (^_<)

PeAcE.. (^_^)

Kita selalu angkat "peace" bila ambik gambar kan. Untuk apa?? Supaya nampak lebih comel. Lebih ceria. Betul tak?Ingat lagi tak masa kali pertama korang angkat "peace" untuk ambil gambar. Macam mana? Menjadi? Atau korang memang tak pernah angkat "peace" masa ambik gambar?? Ada tak kat sini yang tak tahu macam mana nak angkat "peace"? Kalau ada yang tak tahu,jom kita belajar sama2 dengan si cilik yang bernama Atikah ini.

Step 1 : Cuba angkat tangan seperti yang ditunjukkan Atikah kat bawah ni. Eerkk?!! Macam terlebih jari la pulak. Tapi takpe, baru belajar memang camni. Kita belajar dari kesilapan.


Step 2 : Jangan give up. Cuba practice sekali lagi. Kali ni cuba gunakan kedua-dua tangan.


Step 3 : Sebelum angkat tu make sure make sure kira dulu ye. Tengok betul ke tak dua jari. Tak tau kira?? Takpe, jangan panik. Kalau xtau kira boleh skip ke step seterusnya.


Step 4 : Kalau tak pandai kira, angkat je la semua jari. Senang! Mudah dan cepat (^_^)''


Macam mana? Dah pandai buat "peace" ke belum? Atikah dah pandai. Pandai angkat semua jari..haha. Ok la tu kan, kalau tunjuk 2 jari, baru 2 kali ganda comel tapi kalau tunjuk semua jari, agak2 berapa kali ganda comel? Berganda-ganda comel la kan..hihihi.

SeLaMaT MeNcUbA!! >_<