Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 15, 2011

❤ 13 May ❤ pArT 1..

13 May is the best day..!! Happy.. Excited.. Puas hati.. Bebas.. Lapang.. Pendek kata, hari tu semua emo positive menguasai diri. (^__^) Nak tahu kenapa?

Pertama, because of the date 13 May! Ada apa dengan date ni? Apa yang special sangat? Cuba la korang teka. (^_<). Ha, dapat tak teka? Haha. It’s MY BIRTHDAY!!! Yeay! 


So, mesti la meter happy pon tinggi dari hari2 biasa kan. Haha. Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk hidup di dunia sementara ini. Semoga diri ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Amin....

Kedua, aku, Azu & Hatie dapat bersama-sama pergi Penang Hill or Bukit Bendera. Kami memang dah lama berhasrat nak jalan-jalan di Bukit Bendera ni. Since 2 tahun lepas lagi. Time tu tak dapat pergi sebab ada renovation. Lama betul dia renovate sampai 2 tahun. Huhu. So, alang2 dah dia buka ni, teringin la juga nak tengok apa renovation dia buat sampai lama sangat tu. Tambah pulak train baru. Maka sampai lah 3 orang sahabat ke sana. Huhu. Lama dah tak jejak kaki. Last aku sampai masa Form 4. Walaupun memang dapat dijangka yang hari tu akan hujan, tetapi gigih jugak kami bertiga ni nak pergi. Maklumla ini last day aku di Penang. Esok nak balik dah. So, haruslah menikmati dan menghargai sebaik-baiknya saat-saat akhir bersama Azu & Hatie di Penang. Nanti susah jumpa dah. Huhu. 

Bangun pagi tu dah mendung. Then, on the way ke Penang hill tu hujan dah renyai2. Nak dekat sampai tu makin lebat pulak. Hmm, dugaan.. Dah la aku & Hatie lupa bawak payung. Azu sorang saja yang bawak. Bas pulak berhenti agak jauh. Terpaksa la berbasah dalam hujan. Alhamdulillah lepas 10 minit hujan dah stop.


Harga tiket RM8 tapi kitorang dapat discount for student. So, half price. RM4 seorang which is sama harga dengan tiket kanak2. Tahan gelak je bila tengok dia bagi child ticket kat kitorang. Haha.. Best kan jadi student ni. Pergi mana2 mesti ada discount. Tengok wayang ada discount. Makan kat Seoul Garden pun ada discount. Entrance fees mana2 pun ada diskaun. Hmm... Agak2 boleh tak kalau aku nak guna student card even lepas 10 tahun habis belajar?? Agak2 diorang boleh detect tak. Hihihi...


Best naik train baru tapi agak kecewa sebab kat atas tu tak ada apa2 perubahan pun. Masih seperti dahulu. Tak ada yang menarik. Iskh3.. Sepatutnya renovate la kat atas tu sekali. Boleh tarik lebih ramai pelancong. Hmm.. takpela seronok juga dapat merakamkan kenangan bersama my BFF.. (^_^)






Then, balik ingat nak pergi BJ main bowling tapi baru teringat ada benda belum settle. So, balik la sorang2. Dah la belum makan dari pagi. Lapar giler. Huhu. Hatie & Azu meneruskan perjalanan ke BJ dengan misi membeli kek sebab kitorang ada plan malam tu. Nak tahu plan apa?? Tunggu....

TO BE CONTINUED.... (=_=)"

Saturday, May 14, 2011

5 vEcToRs At SeOuL GaRdEn...

Sekali lagi aku nak bercerita bab makanan. Dah lama aku simpan cerita ni tapi malas nak menulis. Tak baik la kan tangguh2. Jadi, oleh kerana aku nak bercerita tapi malas menulis, maka kita ringkaskan la ye jalan ceritanya. Hehe.

Pada 26 April lepas, setelah berperang dengan last paper exam on 25 April, 5 orang budak vector telah pergi mencari makan di Seoul Garden. 2nd time for me and 1st time for others. Pada awalnya, aku dengan Along je yang plan nak pergi tapi setelah Along menarik diri atas sebab2 tertentu, maka aku pun ajaklah member2 vector. (^_^) 

Pada hari tersebut, Me, Jie (car owner), Nona (driver), Wawa and Miera bertolak dalam pukul 11 ke Gurney Plaza dengan menaiki kereta kancil hijau dalam keadaan hujan renyai2. Sampai je Gurney, terus menuju Seoul Garden. Lapar la kata kan. Makan dari pukul 12 sampai pukul 3.30 pm. Kenyang giler. Best sangat. Berbaloi-baloi. Haha. Malas nak cerita panjang. Mari layan gambar. Biar gambar menceritakan segalanya. (^_<)













Aku suka sangat buah kat situ. Asyik ulang-alik amik buah je. (^_*)" Dah selesai makan kat Seoul Garden, ke Big Apple pulak. Buy some doughnut untuk memenuhi order Azu and Hatie. Haha..


Donut yang tak ada topping tu sebenarnya aku order blueberry. Time tu dia baru masak. Dia ambik dari oven terus masuk kotak. Tapi amat menyedihkan sekali bila sampai bilik, makan. Rupa-rupanya itu durian donut la. Not blueberry. Aiyaaa... Btw yang durian tu belong tu Hatie. Hahaha.

Okeh, cerita tamat... =_="

p/s : punya la malas nak tulis tapi nak cerita jugak. Haishhh (+_+)

Wednesday, May 11, 2011

iT 's OvEr..

9/5/2011 is the scariest day in my life as student. (T_T) It's VIVA DAY!!!! All the one year hard work depends on the 88 pages thesis and 20 minutes viva presentation. Gila scary. 3 hari sebelum tarikh tersebut, memang aku tak dapat tidur lena. Resah. Gelisah. Entah la. Tak tau la macam mana nak describe perasaan masa tu. Macam2 rasa ada. Adoyaii... 2 hari sebelum tu ada Bengkel Kerjaya pulak. Aiyoyo.. Dah la masa tu slide pon belum buat lagi. Huh.. Tapi tak boleh nak salahkan bengkel tu jugak kan. Salah diri sendiri yang lambat buat. Huhu.. Tapi best jugak bengkel kerjaya tu. Dapat banyak info untuk persediaan melangkah ke alam pekerjaan. Penceramah2 pun best jugak la. Makanan pun boleh la tahan. Nasi lemak lagi tu. Hihi..

Opss, stop bercerita pasal bengkel. Continue pasal viva. Malam sebelum Viva tu memang aku tak boleh tidur. Asyik terjaga je. Adussssss... Then, pagi Viva tu ingat nak pergi tengok kawan2 yang sesi pagi. Tapi takut nanti lepas tengok makin berdebar pulak. So, cancel! My turn at 2.20 pm. Pukul 1.20 pm aku dah start gerak ke BT 147 dah. Jalan kaki di tengah2 panas. Dah tak rasa penat or panas sebab ketakutan menguasai diri. Huhu... Sampai je Viva room tu, ada 2 orang kawan yang sepatutnya sesi pagi.


Rupanya session tertangguh sebab Lecturers keluar rehat awal. Maybe diorang dah bosan dan letih kot. Terkejut jugak aku sebab diorang belum present lagi. Kecewa pun ada sebab lambat lagi la my turn. Aiyaakkk.. Ingatkan boleh la habiskan cepat2. Huhu.. Lepas tu Dr. Nik, Dr. Zary, Prof. Zairi, Prof. Wahab, Dr. Hamdan & Dr. Wan Fatma pun datang. Masa tu dah rasa tak takut dah. Debaran pun dah hilang dah sebab Prof. Lee and Prof. Abu tak ada. Yessssss...! Haha..

Rasa bersyukur sangat dapat afternoon session sebab tak ramai audience and lecturers. Fuhhh.. Tak tahu la my presentation ok ke tak. But itu tak penting. Apa yang penting ialah i have tried my best. So, just wait and see lah apa hasilnya. Rasa bersyukur jugak sebab dapat Dr. Zary as my examiner. Tak banyak sangat correction. Correction part Dr. Zary completed.


Now, tunggu correction part Prof. Zairi plak. Petang ni pukul 2.30 pm jumpa dia. Harap tak banyak correction. Boleh jilid awal sikit. Boleh la aku balik awal.

p/s : nervous sampai lupa nak amik gambar masa Viva.. (+_+)

Wednesday, May 4, 2011

BowL SpLiT...?

Semalam is my last paper exam in USM. BOT 205.. ^_^ Akhirnya bebas dari exam. Fuhh..!!

Exam sudah pergi tapi VIVA pulak menanti. Arghhhhh! Takpe, enjoy dulu nanti baru fikir. Haha.

Habis je exam, Nona ajak pergi BJ repair handphone. Maka, sampailah kami berdua ke BJ. Apabila sampai di kedai baiki handphone, berlaku sesuatu perkara yang tidak terduga...

Guess what? Nona tertinggal cover handphone dan tersalah ambik resit. Aiyoyo.. Maka baliklah kami berdua untuk ambik apa yang tertinggal tu. Nasib baik dekat. Kalau jauh tak tau la nak cakap apa. Haha.

Dah selesai baiki handphone, kami pon bergerak la ke destinasi seterusnya iaitu................. BJ Bowl! Dah lama aku tak main bowling. Rasa gian pulak.

Best main situ sebab tak ada orang. Lengang. Ye la, weekdays kan. Kalau weekend harus lah full. So, memang enjong sangat lah main. Besttt!


Aku dapat 1 strike je. Tu pun rasa macam excited sangat dah. Haha. Nona lagi la excited. Strike je memanjang. Dia dah level pro dah. Aku ni amateur je (ayat sedih). Haha. Masa main tu snap2 la pictures buat kenangan. Snap guna handphone je. Lupa nak bawak balik charger kamera. Huhu.

Gaya seorang pro.

Gaya amateur ^_^

 

Antara banyak2 picture yang kami snap, ada 1 gambar ni yang buat aku sakit perut ketawa. Gambar Nona sedang beraksi. Tak tau la kenapa bila tengok je gambar tu, aku ketawa sampai tak ingat dunia. Haha. Ni gambar tu:


Result... Nona won, I lost (+_+)


Then, macam biasa. Bila dah outing tu perkara wajib ialah MAKAN. (^_<) Tak ada apa pun. Just we eat Banana Split je. Masuk ni dah 3 post aku kat blog ni tentang Banana Split. (+_+) Haha. Takpe, abaikan..

 


Masa makan pon sempat snap lagi. Banyak kali repeat snap picture sebab tak puas hati bila tengok dalam picture tu nampak mata aku yang bengkak sebab dah 2 hari tak tidur. Haishhh..! Tak rasa lemah and mengantuk langsung pun. Lagi aktif ada la. Hahaha.


 

Lepas makan, balik lepak bilik nona jap. Then, lepas Maghrib keluar makan malam pulak. Eh, makan lagi. Haishhhh..! Makan kat Mutiara. Banyak nyamuk. Huhu.


 
~ CERITA TAMAT ~

p/s : Dapat tajuk dari Nona. bowling + banana split = bowl split (^_*)