Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 6, 2011

:: ChiLdHoOd MeMoRiEs ::

Bila buat entry pasal budak-budak tadi, teringat balik zaman kanak-kanak dulu. Permainan kanak-kanak zaman sekarang dah tak macam dulu dah. Kanak-kanak zaman sekarang ni dididik dengan teknologi & gadget-gadget yang canggih. Sekarang budak-budak main laptop, handset, PS3, iPad. Dulu, kecik-kecik aku mana tahu main handset, apatah lagi laptop or komputer.

Teringat dulu masa zaman handset baru nak naik. Time tu semua handset besor-besor & tebal-tebal. Tak ingat dah masa tu umur brapa. First time dapat pegang handset, rasa macam kagum sangat dah. Excited. Terkinja-kinja. (^^,)" Bukan handset sendiri. My sis punya. Dia ajar main game. Game apa tak ingat dah. Biasa la, time tu kan budak-budak lagi. Semua nak explore. Yang dilarang la yang kita nak sangat buat. Benda yang di ajar tak nak buat. Yang tak di ajar tu la yang kita nak sangat buat. Betul tak? Hehehe... So, si budak yang jakun dapat handset ni tekan lah segala punat yang boleh ditekan. Yang tak boleh ditekan pun dia hentam tekan jugak. Huhuhu... Suddenly, dengar suara...

 "Hello....".

Apa lagi. Merah & panas la muka budak ni menahan rasa cuak. Terus pandang kiri kanan depan belakang. Clear. Takde orang. Ok, letak bawah bantal. Tengok tv. Then, my sis datang.

"Mana phone tadi?".

Dengan selambernya si budak ni menjawap.

"Tak tahu. Tak main pun.".

Berlakon macam tak bersalah padahal dalam hati dah berdebar giler takut kena marah. Kat bawah bantal masih kedengaran suara..

"Helloo.... Hellooooooo...".

Ops, my sis terdengar sudaaaa. Kantoi sudaaa. Tapi tak kena marah pun. Teruk diorang ketawakan aku. Rupa-rupanya budak ni tercall her older bro. Nasib baik. Tapi malu. Haiyoooooooo (-__-)''


Bila teringat semula zaman kanak-kanak, boleh buat kita tersenyum. Masa tu kita bebas buat apa saja. Tak ada masalah yang nak kena fikir. Masalah yang paling berat pun time tu ialah bila mainan or benda yang kita nak tapi tak dapat. Mula lah nak tunjuk perasaan. Berguling atas lantai. Lontar barang sana sini. Hehe...

Myself dulu suka sangat main masak-masak. Macam-macam kitorang cari untuk masak. Tempurung dibuat periuk, penutup tin dibuat kuali, kayu dibuat sudu & macam-macam lagi lah. Kadang-kadang barang dapur mak pon jadi mangsa. Daun pokok bunga mak habis kitorang buat sayur. Siap dengan api lagi. Tak serik walaupun kena marah. Hahahaha.. Berbeza dengan kanak-kanak sekarang. Mana ada dah yang selongkar hutan belantara untuk main masak-masak. Sekarang semua beli kat kedai je. Macam-macam ada. Macam kat bawah ni.


Bukan ni je. Malah ada yang lebih canggih lagi. Macam kat bawah ni.


Haaa... Cukup lengkap semua. Beruntungnya budak-budak sekarang. Lagi permainan yang myself suka is main sorok-sorok (hide & seek). Habis segala pelusuk tempat jadi tempat persembunyian kitorang. Masa tu tak kisah pun even banyak nyamuk or semut kat tempat sembunyi tu. Janji dapat tempat yang susah kawan nak cari. Hihihi.. Budak zaman sekarang kena gigit semut pun dah menangis tak henti-henti.


Tu kalau main dekat luar. Dalam rumah pun boleh main hide & seek. Macam ni...


Hahaha.. Best kan. Main tak kira tempat. Ada banyak lagi permainan yang best macam... Tuju tin...!!


Main guli.....!!!


Lompat getah.....!!


Wah...!! Best kan zaman kanak-kanak dulu. Main je. Jatuh, sakit or kena marah tak akan jadi penghalang or pematah semangat nak main. Rindunya pada zaman tu. (^__^)

P/s : Jom main......!!!! (@__^)

BuDaK-BuDaK... (-__-)''

Seronok tengok kerenah budak-budak kan. Sekejap menangis, lepas tu ketawa sampai tak ingat dunia. Sekejap bergaduh, lepas tu baik sangat sampai dah lupa yang baru je kejap tadi bergaduh kan. Then, ada je idea nak main. Kejap main itu. Pastu main ini pulak. Macam-macam. Lucu tengok diorang main. Boleh hilang stress. Hehe. Let's layan tengok anak-anak buah aku main. (^^,)


Entah apa yang dibincangkan tu. Masalah dunia? Bajet 2012? Gosip? (^__^)


Alololo... Dah menangis. Kesiannya. Bergaduh dengan kakak ye. (+__^)


Ni apa kes pulak. Baru bergaduh dengan boyfriend ke?? Hahaha....


Main basikal pulak dah. (+__+)


Si adik tunjuk gigi. Giliran si kakak pulak tunjuk gigi. Cepat bukak mulut Kak Yun!


La.. Orang suruh bukak mulut, dia senyum-senyum kambing pulak... Cepat bukak mulut tu...!


Patut la susah sangat nak bukak mulut. Hahaha... Haiyooo... Apa sudah jadi Kak Yun. Iskh3...


Dok make over adik pulak dah. Haishhh.. Macam-macam hal.


Buat apa kat rambut adik tu. Terpacak macam puncak gunung sudaaaa. Sudah-sudah la tu. Jom tengok hasilnya.............


Kahkahkahkahkah..... Apsal macam tak sesuaaaaaaiiii ja. Hadoyaiiiiii....... (-__-)"

P/s : Korang dulu masa zaman kanak-kanak macam ni jugak ke perangai....?? T____T

Wednesday, October 5, 2011

:: A meaningful afterNooN ::

The day after my convocation day (23 Sept 2011), me, adik, my anak2 buah & my sis keluar pergi Tasik Darul Aman untuk amibk gambar post convo pulak. Hihihi.. Tak plan pun. Tetiba je my sis ajak. So, keluarlah kami semua menuju ke tasik tengah hari tu. Panas. Tapi sampai tasik takde la panas sangat pun sebab angin kuat jugak. Tak terasa sangat bahang terik mentari. Rasa segan jugak dengan bunga bagai. Nasib baik tak ramai orang time tu. Ye la, tengah hari kan. Kalau petang lepas Asar, ramai la. Dengan couple2 dating, dengan family keluar melepak, dengan orang2 berjogging & macam2 ragam orang lagi. Memang penuh la tiap2 petang. Sebab tu la kitorang pergi tengah hari. Takde orang. Hihihi.. (^__^) My niece, Hanim tidur la pulak. Tak tahu nak letak dia tidur kat mana. Takkan nak tinggal dalam kereta kot. Bahaya tu. Lastly, ambik my beg jubah sebagai tilam dia. (*__+) Nyenyak la dia tidur bawah pokok. Dengan angin bertiup lagi.


Wahhh... Myself pon terdorong nak tidur jugak. Hahaha.. Untung la jadi bebudak. Mana-mana pun boleh tidur kan. (*__*)  Then, kitorang pun terus melaksanakan misi utama di situ iaitu photoshoot..!!! (^^,)


Tak tahu nak bergaya macam mana daaa. Sama je gayanya. Tak boleh jadi model la macam ni. Kaku je. Hihihi..


See...! Same pose. Haiyoo... Hahaha.. Suka batu kat belakang tu. Erkk.. Batu ke?? Whatever la. Macam sarang something je. Banyak semut. Huhu..


I like the idea letak folder & flowers atas batu tuh but my pose macam merosakkan gambar je. (+__+)


Hmm... Nothing special. Biasa je. Huhu. Boring lah asyik my face je yang dok menempek kat blog ni. Jom kita skodeng orang-orang kuat di belakang tabir photoshoot ni pulak.


My sis, Kak Ina.


The photographer. My adik. Cover perut tu. (^__^)"


My nephew, Haziq. Yang nih pun kena cover perut ni. Iskh3...


Si kecik, Hanim dah bangun. Tukang angkat folder. Alololo.. Cutenya muka baru bangun tidur dia.. (^__<)"


My nephew, Harith. Tukang angkat bunga. (*__*) Sekeping je badannya. Tak macam si abang yang semangat betul badannya tu. Hahaha. My niece yang in pink kat belakang tu, Atikah asyik sentap je kejanya. Geram betul. Tapi comel. (-__-)"


Si kakak yang cantik manis. Berpeluh-peluh penat lari sana sini. Lasak & aktif budak ni. (@__@) Ok, cukup. Sambung photoshoot...


 Caaakkk...! Tetiba semua mata jadi sepet. Panasss.. (+__+)


Tengah seronok2 amik gambar, tetiba.................... Alamak...!!! Bateri empty!!! Waaaaaa.... Berkecai hati, punah impian nak tangkap gambar bebanyak. Hohohoho.. Takpelah, nak buat macam mana kan. Tak ada rezeki. Huhuhu.. Oh, ya! Before kitorang keluar ke tasik tu, my mom beria-ia nak ambik gambar pakai my jubah. Haha.. So, here it is....


Tadaaaaaaaaaaaa!!! Amacam? Nampak muda kan. Boleh pulak dia senyum. My mom ni kalau ambik gambar memang susah la nak senyum. Satu lagi, mata dia mesti arah lain. Haha.. Macam-macam lah. Apa-apa pun, convocation week was soooooooooo exciting.....!! (^__^)

Tuesday, October 4, 2011

❤ My GrAdUaTioN DaY (22 sEpT 2011) ❤

Setelah berhempas pulas (macam la pulun sangat) selama 3 tahun untuk mendapatkan sehelai (?) ijazah, akhirnya hari yang sangat2 dinanti tiba jua. Hohohoho... Tapi sebelum konvo tu, takde la excited sangat. Biasa2 je. Dulu, masa tengok senior2 pakai jubah, rasa tak sabar2 nak tamatkan pengajian. Tak sabar nak merasa pakai jubah konvo yang kale purple tu. (^__^) Tak sabar nak pegang bunga (erkk, penting ke?). Hihihi..


One of the things that I like most during the convocation week ni is dia punya jualan lah. Tapi sebetulnya jualan kat mana2 tempat pun aku suka. Even bukan pada hari konvo pun, as long as ada jualan, i likeeeeee.. Dasar kaki shopping kan. Hahahhaha.. I like the flowers, bears, clothes & foods. So, exciting..!!

Oh, ya! Cakap pasal the foods, setiap kali visit tapak jualan konvo tu, perkara wajib yang myself suka beli is kebab. Memang tak pernah miss lah. I LOVE KEBAB yang dijual kat situ very much..!!!! Kat area Jitra ni susah la nak cari kebab. Kat pasar malam takde. Kat bazar Ramadhan pun takde. Kempunan wooo. Huhuhu... Ok, stop citer pasal KEBAB . Nanti terliur, susah. (+__+) Sambung cerita during convocation day. That day, me & my family bertolak dari umah dalam pukul 8 lebih kot.


Picture in car. Nervous plus excited. Hihihi... My session start pukul 3. Aku expect akan berlaku traffic jam & susah nak dapat parking. So, we decide pergi awal lah. But, sampai je USM, bersyukur sangat sebab takde la sesak sangat pun. Traffic pun lancar je & yang paling penting, we got parking yang tak jauh sangat dari dewan. Syukur alhamdulillah. (^__^)


Lepas park je, terus bukak periuk cari nasik goreng. Laporrr sangat because bertolak dari rumah dengan perut kosong. Huhuhuhu.. Makan kat tempat parking je. Then, terus cari tempat untuk lepak & pakai jubah. Punya la lama nak pakai jubah tu pun. Dengan kena pin bagai. Part yang paling menyampah sekali is topi 4 segi tu. Susah betul. Haiyaakkk.. Sampai berpeluh-peluh nak pakai jubah tu. Habis cair make up. Hahaha..


Entah berapa pin daa my sis cucuk kat topi tu supaya tak jatuh. Hadoii..


Bergambar with my bro & his family setelah siap pakai jubah. Bergambar itu wajib..! Hahaha..


Sebelum melangkah masuk dewan tu memang berdebar-debar je rasa. Tapi bila melangkah masuk je, tetiba rasa gementar tu hilang berganti dengan rasa excited pulak. Hahahaha.. Tapi one of my friend lain pulak. Bila masuk je dewan, air mata dia bergenang. Terharu katanya. Huhuhu..


The stage is sooooo yellowishhh. (*__*) Nampak topi je semua. Hahaha.. Cuba teka dimanakah aku?? (^__+) Tak nampak ye? Ok, sekejap nak zoom kan.


Masih tak dapat cari?? Pandai-pandai korang la. Malas nak bagitau. Haha.. Yang tak bestnya, nak bersiap pakai jubah konvo bagai takes almost one hour (for me lah). TAPI naik pentas 8 saat je kot. Haha.. Nak lagi tak best? Bila kita belajar 3 tahun tapi naik pentas 8 saat? Ok la tu kan. Takkan nak duduk atas pentas tu 3 tahun kot. Bukannya best pun. Nak buat apa duduk atas pentas sampai 3 tahun tu? Bertapa?? Haiyaaa, apa daaa.... (+__+)


Alhamdulillah time atas pentas tu tak berlaku perkara2 yang tidak diingini macam topi jatuh, kaki tergelecok & macam2 lagi unexpected things yang pernah berlaku. Syukur sangat. (^__*) Lepas habis konvo, sangat la susah hati takut tak jumpa my mom and sister. Handphone pun tak bawak. But, alhamdulillah sekejap je dah jumpa. Jodoh.. Hehehe.. Then??? Sesi merakamkan kenangan la, apa lagi. My favourite!!!! Hahaha.


Tangkap gambar dengan my mom dulu. Wajib. Hihihi.. Apsal la mahal sangat senyuman my mom ni. Haiyakkk...


Time ni murah pulak senyuman dia. Spontan.. Haha..


See? Mahal lagi. Malu kot? Mata pun entah ke mana. Hahaha.


Yang ni tegak macam nak nyanyi lagu "Negaraku" la pulak. Hahaha... Apa-apa je lah.


My bro. Ececece.. Control macho?! Hahahaha.


My friend from agrobiology.


My fyp partner... (@__@)


 My BFF.. ❤ ❤ ❤


My vector friends... (>__^)


Bergambar bersama sebahagian rakan-rakan seperjuangan sepanjang 3 tahun ni. (^__^)


Ini?? Si lasak yang menyibuk. Hahaha. Nak tahu?? Budak ini very lucky that day because she play one of the games yang ada kat tapak konvo tu with her brothers and.......


She won!!! Hohoho... Lucky girl..!!


P/s : Bila nak boleh merasa alam pekerjaan pulak?? Huhuhu...