Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 17, 2019

Nota 2 Alam Pekerjaan


Minggu ni aku stress. Stress sampai tahap rasa sakit. Maka, keluarlah entry ini. Ini adalah salah satu cara aku relief stress. Cara korang mungkin berbeza, mungkin juga sama. Tetapi my style adalah dengan menulis, travel, dan yang selalu aku buat adalah makan! 😜 Maka, adalah lebih baik hari-hari stress. Boleh selalu menulis di blog, boleh selalu berjalan, boleh makan banyak-banyak dan menjadi gemuk. Erk! 😵 Ok, gurau. Jom patah balik ke topik asal. Ha ha.

Situasi di tempat kerja aku sekarang agak tegang kerana beberapa insiden telah berlaku. Ditambah pula, ada event besar yang semakin hampir. Maka, semua orang rasa terhimpit. Masing-masing stress tetapi tak pandai nak handle. Sudahnya, masing-masing saling menyakiti. Situasi yang buruk menjadi bertambah buruk. Masalah yang satu menambah pada masalah baru yang lainnya. Setiap orang mengheret orang lain ke masalahnya. Akhirnya, satu pejabat terkesan mendapat stress yang tidak berpenghujung. Scary tetapi itulah realiti yang aku hadapi sekarang. 

Pendapat aku benda ni mudah sebenarnya. Kita sendiri yang cipta situasi ni. Kita sendiri yang merumitkan keadaan. Kita sendiri yang menyakitkan diri kita. Kita sendiri yang pilih untuk berada dalam situasi yang macam ini. Salah kita! Salah diri sendiri!

1. Masalah kecil dibesar-besarkan, masalah besar dikecil-kecilkan

Menurut pengalaman aku selama dalam alam pekerjaan ini, orang yang selalu membesar-besarkan perkara yang kecil adalah golongan yang berfikiran negatif. Aku tak tahu la pengalaman korang macam mana tetapi dari perhatian aku kebanyakannya begitu. Sebab golongan ini, akan nampak atau fikir benda negatif dulu ketika berhadapan dengan mana-mana situasi.

Ok, aku bagi contoh. Ketika masalah datang, orang yang berfikiran negatif akan terus-menerus mempersoalkan bagaimana masalah tu boleh berlaku? Kenapa dibiarkan berlaku? Siapa yang bertanggungjawab? Betul, memang bila berhadapan dengan masalah, kita perlu cari punca atau sumber masalah tersebut. Betul, aku tak nafikan. Tujuannya adalah  supaya mudah bagi kita untuk cari jalan penyelesaian. Tetapi lain bagi yang berfikiran negatif. Tujuan mereka adalah untuk terus menerus menghentam orang yang bertanggungjawab dan yang paling penting melepaskan diri. Kau yang buat salah, kau lah yang tanggung! Ha, macam tu. Ok, fine. Biar dia betulkan kesalahan dia. Tapi kau tak perlu la nak membawang, menghentam sampai patah semangat dia. Bawa cerita yang bukan-bukan. Kalau rasa tak nak membantu atau tak tahu bagaimana nak bantu, duduk la diam-diam. A meaningful silence is always better than meaningless words!

2. Over thinking atau berfikir secara melampau

Kenapa kau nak sakitkan diri fikirkan sangat masalah. Just let it be. Hadap je la. Fikirkan jalan penyelesaian. Kemudian, tinggalkan. Jangan nak heret benda tu sampai berminggu-minggu, berbulan-bulan. Kalau nak jugak sakitkan diri, ok. Suka hati. Tapi jangan la heret orang lain sekali. Jangan gunakan orang lain sebagai punching bag kau. Jangan fikir kau seorang je yang ada hati, ada perasaan, ada masalah. Orang lain pun ada hati, ada perasaan, ada masalah. Buang masa je sebab masalah ni, kau heret orang lain sekali, kau sakitkan dia dan bergaduh. Takde faedah pun. Hanya akan buat kau lagi sakit. Hidup ni sementara. Dunia ni tak kekal lama pun. Move on lah.

Dari pengalaman, aku belajar untuk tengok setiap masalah dari sudut positif dan sentiasa berprasangka baik pada Allah. Allah sayang kau sebab tu dia uji. Aku tak bersyukur. Aku lupa. Aku lalai. Sebab tu Allah datangkan masalah-masalah ini sebagai peringatan. Mengadulah pada Allah. Percayalah, Allah akan bantu. Yakinlah dengan Allah. Dia takkan uji hamba-Nya di luar kemampuan kita. Percaya lah. Bersyukurlah bila diuji.

3. Mendabik dada dan merendahkan orang lain

Kalau aku di tempat kau, aku takkan buat masalah macam ni! Jalan penyelesaian aku lebih hebat dari kau! Aku pun pernah berada di tempat kau tapi tak pernah pula buat kesalahan ni! Aku tak pernah buat salah, kau selalu buat masalah! Cara kau salah, kau tak patut buat macam tu! Ini semua salah kau!

Ini contoh-contoh orang yang sombong. Tolong faham satu perkara. Lain orang lain caranya. Lain orang lain fikirannya. Jangan terlalu cepat menghukum. Jangan selalu merpersoalkan perbuatan orang lain. Dengar dulu, cuba dulu. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan. Hari ini hari dia. Esok lusa belum tahu hari siapa. 

Bantu lah dia. Sokong lah dia. Boleh menegur tetapi perlu jaga adab. Jangan terlalu mendabik dada sehingga dalam tidak sedar kita merendahkan orang lain hingga membuatkan dia tidak dapat menonjolkan kemampuan dirinya. Bila ditimpa masalah, duduklah mendengar dan berbincang. Buanglah ego yang tinggi. InsyaAllah kita akan lebih tenang, bahagia dan gembira.

Kunci hidup bahagia ni senang je. Sabar, syukur dan ikhlas. Cuba buat 3 ini. InsyaAllah kau akan rasa nikmat dan indahnya ujian. Ketahuilah di sebalik ujian yang berat tersembunyi cinta Allah yang indah. Maka berbahagia lah, sahabat!

Image result for islamic problem  quotes

p/s: Sebelum melakukan atau meluahkan sesuatu, fikir dulu. Hati sendiri perlu dijaga tetapi hati orang lain penting juga untuk dijaga. Peace! ✌