Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 15, 2020

Ujian Tanda Kasih Sayang Allah


Lama gila blog aku kena PKP ya. Haha. Makin berusia makin susah nak update. Disiplin diri sendiri yang salah sebenarnya. Penyakit malas semakin menggunung tinggi. Hehe. So, korang buat apa je dalam rumah tu? Rutin aku biasa je. Tengok tv, buat kerja rumah, masak, makan, tidur 😝 dan tak lupa Work From Home juga. Aku cuba biasakan at least satu hari ada hantar satu email atau semak satu manuskrip 😁 Bukan nak tunjuk rajin atau bodek bos ke apa. Cuma nak diri ini produktif sikit walaupun lemau setelah 28 hari di rumah tak keluar langsung. Lagipun kerja itu ialah amanah dan ibadah kan. 💕

Start umum PKP tu aku relaks je. Sebab aku biasa juga buat kerja kat rumah. Sejenis workaholic sikit 😅 Aku lebih suka environment di rumah. Selesa, aman, damai dan tenang. Gitu! Takde orang nak kacau. Kalau di pejabat kadang-kadang bos panggil lah, penulis call, student datang tanya/minta itu ini, kawan ajak sembang/makan dan lain-lain. Tapi tak bermaksud aku anggap work environment itu tak bagus. Cuma aku lebih suka quiet space. Kurang gangguan. Maka, aku akan lebih fokus. Bila dah fokus baru lebih produktif. Aku ni jenis yang kalau fokus tu dah termasuk alam lain dah. Kalau korang panggil aku time tu, kemungkinan aku nak dengar tu memang tipis lah 😄 Aku tak boleh bila tengah fokus tu tetiba ada benda kacau. Memang terbang la aku punya ilham, mood dan semangat bagai. Itu cara aku lah. Lain orang lain cara. Sebab tu dulu zaman sekolah dan universiti, aku lebih suka bangun sebelum subuh untuk study. Lepas subuh aku tidur. Hahaha. 

Tapi ada juga masa-masa yang aku lebih suka kerja di office. Tambah kalau ada si kecik kat rumah kan. Macam mana nak buat kerja. Kejap dia datang tekan keyboard, kejap dia datang ajak main mainan, kejap datang golek2 kat sebelah. Nak pura-pura tak nampak pun tak boleh. Comel sangat! 😍 Buat masa ni si kecik aku, Ziyad Zikry (anak saudara) ada di kampung. Hantar ke kampung dari mula cuti sekolah lagi. Dia memang menghitung hari je nak balik kampung. Dia sakit hati sebab aku balik kampung dulu sebelum cuti sekolah. Dengki aku balik sorang tak bawak dia 😛 Memang biasanya kalau aku balik kampung, aku angkut sekali dia naik bas atau flight. Cuma tahun ni tak boleh la. Dah masuk Darjah 1 tak boleh la nak ponteng. Aku tak nak dia ketinggalan dalam kelas semata-mata sebab benda macam ni. Lagipun, asalnya aku balik nak minta restu mak sebelum berangkat ke Jeju, Korea. Tapi tetiba sahaja kes covid-19 di Korea mendadak, terus aku batalkan trip ke Jeju.   

Btw, risau la tengok kes covid-19 yang susah benar nak turun tu. Asyik turun naik je. Alhamdulillah, hari ni nampak sinar. Hari pertama Fasa 3 PKP hari ni buat pertama kali kes bawah 100. Alhamdulillah, syukur sangat. Harap bilangan kes esok dan hari-hari seterusnya kekal bawah 100. Sebenarnya semua ada hikmah kan. Aku yakin setiap kejadian itu bersebab. Allah uji tanda Dia sayang. Dia rindukan kita. Kita terlalu sibuk dengan hal duniawi sampai kita lupa pada Allah pencipta langit dan bumi. Kita terlalu lalai dan leka. Ya Allah, banyak betul dosa kita pada-Nya. Allah datangkan ujian bukan untuk menghukum, tetapi kerana Dia sayang. Dia bagi kita reminder. Dia bagi kita peluang. Dia bagi kita masa untuk muhasabah diri dan bertaubat. Marilah kita fikir balik apa yang kita kejar sebenarnya. Allahuakbar...

Jom lah kita sama-sama stay at home walaupun hati meronta-ronta nak keluar. Puasa dah nak dekat. Raya tak lama dah. Aku nak balik kampung weh. Nak jumpa mak, nak bawak balik Ziyad 😭 Rindunya 😢 At least 1 syawal aku nak ada dengan mak. Tak keluar raya pun takpe. Cukup dengan duduk berkumpul di rumah masing-masing. Please. Kalau kita boleh lalui 28 hari Fasa 1 dan 2, kenapa kita tak boleh tunggu untuk sedikit masa lagi. Siapa tahu 1 syawal mungkin menjadi hari kemenangan yang sangat bermakna buat kita. Kita kena menang weh, kita takde pilihan lain melainkan wajib menang dengan bantuan yang Maha Kuasa. So, jom tadah tangan dan berdoa. Isi masa PKP ini dengan ingat pada-Nya, muhasabah diri. Insyaallah kita jaga kita, Allah jaga kita. Amin ya rabbal alamin...

p/s: Duduk di rumah dan tingkatkan ibadah! 💖