Tuesday, July 26, 2011
:: QuOTe of ThE DaY ::
"Orang yang menyakiti orang lain akan
lebih menderita daripada
orang yang disakiti..."
p/s : Janganlah menyakiti orang lain & belajarlah memaafkan orang lain....
Monday, July 25, 2011
:: QuoTe of ThE DaY ::
"Don't walk in front of me, I may not follow...
Don't walk behind me, I may not lead..
Walk beside me & be MY FRIEND..."
- By Albert Camus
p/s : Friendship is precious.. So, appreciate it while you can, because it'll be gone before you know it...
~ ShiRoi YuKi ~
Shiroi Yuki - Kokia
Satu lagi my favourite song from drama "At The Dophin Bay". (^__^)
Sunday, July 24, 2011
:: QuOTe of ThE DaY ::
"Life is COLOURFUL...
Sometimes it's very dark,
then other times it's so bright & beautiful.
Sometimes the colours mix,
& sometimes colours compliment each other.."
p/s : Thanks to my family & friends for coloring my life... (^__^)
Saturday, July 23, 2011
LoNg JoUrNeY..
Sekarang tengah layan cerita "At The Dolphin Bay". (>__<)" Lama dah cerita ni. Pernah tayang kat tv tahun bila entah. Saja je nak tengok balik sebab best. Hehe.. Pelakon2 hensem, comel & manis belaka. Lagu2 dalam citer ni pon best. Lagu dalam video ni adalah salah satu lagu yang aku sangattttttttttt sukaaaa dalam cerita ni. Liriknya penuh dengan isi tersirat kan?? (+__^) Ada lagi lagu yang best2. Kalau rajin nanti aku share kat sini, ok. Sekarang, nak sambung layan cerita ni dulu. Nak join? Klik sini (^__^)
p/s : Life is a journey. Long? I don't know. It depends.
:: QuoTe of The DaY ::
no one in this world will be LONELY...."
"Kalaulah CINTA itu mudah & ringkas,
tiada seorang pun di dunia ini yang akan kesepian...."
Thursday, July 21, 2011
SeKaLi LaGi
Yeaaaayyyyy! Dah dapat tengok filem Sekali Lagi..!!! Dah lama dah kepingin nak tengok tapi tak dapat cari link kat mana2. Kat Youtube pon tak jumpa. Tapi, semalam entah macam mana terjumpa link kat Youtube. Apa lagi, melompat lah (dalam hati). Hahaha... Aku naaaaaaaaaakkk sangattttt tengok cerita ni sebab ada Syaheizy Sam yang kacak bergaya, Lisa Surihani yang cantik manis & Mia Sara Nasuha yang comel. (^__^)
Filem Sekali Lagi ni mengisahkan tentang Arman (Shaheizy Sam) yang mengidap penyakit automatik autistik. Arman ni bakal berkahwin dengan Farina (Shasha Zurazie). Satu hari, Arman diperas ugut & telah diselamatkan oleh Amy (Mia Sara Nasuha). Start hari tu, bermulalah persahabatan antara Arman & Amy. Tapi bila mama Amy, Shiela (Lisa Surihani) ni dapat tau tentang persahabatan mereka, mama dia terus marah & melarang Amy berkawan dengan Arman lagi.
Kenapa Shiela buat macam tu? Sebab..... Arman tu sebenarnya bekas _ _ _ _ _ Shiela & _ _ _ _ Amy!!! (sila isi sendiri tempat kosong. Hehe) Ending?? Entah, malas cerita. Huhu.. Tak tau la nak cakap ending dia best ke x, puas hati ke tak. Macam berbelah bagi pulak nak komen pasal ending. (+_+) Apa2 pun jalan cerita Sekali Lagi ni memang besttt. Kalau tengok filem Sekali Lagi ni sekali lagi or berkali-kali pon memang tak boring lah. Tapi...
Lakonan Lisa Surihani macam ada something wrong lah kat certain scenes. Macam ada yang kurang memuaskan hati, tapi tak dapat dikenal pasti apakah yang tak kena. Never mind. Apa2 pon, aku tetap peminat dia. (^_+) Lakonan Shaheizy Sam memang mantappppp. Memang menjadi lah watak pesakit autistik (betul ke eja macam ni) tu. Suka la tengok babak Arman ketawa & menangis. Lakonan Mia Sara Nasuha?? Cuuuute. Sweetttt. Suka la bila dia cakap "Malang.. Tak berbau". Cute sangat bila dia cakap macam tu dengan gaya tangan lagi. Rasa macam nak cubit2 je pipi dia. (^_+) Babak Arman berkawan dengan Amy pon best. So sweetttt. Macam couple la pulak. Hahaha..
Kepada yang belum tengok tu cepat2 la tengok. Best la serita ni. Kelakar + romantik + sweet + sedih. (^_^) So, 4 bintang for Sekali Lagi.
p/s : Terfikir kenapa filem ni bertajuk "Sekali Lagi"???? Kalau filem ni dijadikan drama kt tv mesti best. (^__^)
Wednesday, July 20, 2011
JuLy : BirTH MoNTh
Julai adalah bulan for birth?? Haha. Apsal banyak orang lahir bulan Julai ni. Jeleeeesss. 15 Julai yang lepas adalah birthday my sister (Kak iza) & my younger brother (Adik). Wah, tarikh sama tu. Jeles3. 17 Julai pulak tarikh lahir my niece yang sulung, Nurul A'in Sofea a.k.a CiK daLy LoLika.
Then, 18 Julai adalah hari lahir my nephew, Muhammad Haziq Iskandar a.k.a Haziq teddy bear. Haha. See?? Bersusun. Tu baru dalam family. Birthday my friends pon berderet bulan Julai. Huh, penat wish. Haha. Sabtu lepas my sisters (Kak Iza & Kak Ina) hantar me, mom & my nieces balik kampung. Besok tu sebelum diorang balik, sempat lah buat a small birthday party. Takde belon, takde letop2 or topi berbentuk kon tu. Takde jemput sapa2 pun. Just for family. A small simple party. (^_*)
Menu?? Biasa2 je. Kek (wajib), pizza & KFC. Actually, nak beli RFC (Radix Fried Chicken) but RFC kat area Jitra tu dah close la pulak. So, KFC je la. Even just party kecik2 je tapi best sebab dapat makan (dah namanya pon party, mestila ada makanan). Hehe. To my sister (Kak Iza), my younger brother (adik), my niece (kakak) & my nephew (Haziq). HAPPY BELATED BIRTHDAY...!!!! Wishing you all success & happiness today & alwayss. May your day always be filled with joy & may all your dreams and wishes comes true. Love all of you. Muaaaahhhh (^_^)
p/s : Dalam keseronokan bulan 7, jangan lupa pada bulan 8 yang membawa Ramadhan bersama bakal menjelma. (^__^)
Tuesday, July 19, 2011
TaBiaT BeRBLoG
Sejak akhir2 ni rasa macam malas gileeeeeer nak online. Mood nak berblog pon macam dah pudar. Haishh.. Sebab tu la sekarang ni labah-labah dah merayap merata-rata kat blog ni kan. Berhabuk semua. Adehhh...
Dulu masa status diri masih "student", kalau boleh hari2 nak update blog. Setiap saat nak online. Tapi tak dapat oleh kerana kekangan masa yang padat dengan assignment, projek, tesis, report & tidur (erkkk....). Sekarang, setelah diri tidak lagi bergelar "student", still tak dapat nak update blog. Apa sudah jadi?? Entah la. Kurang pasti penyebabnya. Diri sendiri malas? Or sibuk tanam anggur kat umah?? Haha... Sibuk la sangat kan. (^_^)
Apa2 pon, setiap hari ada niat nak update blog even post 1 entry cuma. Niat itu tidak bertukar jadi tindakan. Iskh3.. Macam mana tu. (+_+) Jeles betul tengok orang lain update blog. Asyik baca blog orang je. Blog sendiri tak peduli. Adoyaiiii... Ok, takpe. Lepas ni berazam untuk update blog hari2. Erkk.. Boleh percaya ke..?? Hahaha.. Ok, mungkin tidak. Once in a week?? Insyaallah. Kita wait & see je lah mampu ke tidak. Hehe..
Best sebenarnya berblog ni kan? Boleh berkongsi cerita, masalah, info, pendapat & macam2 lagi la. Banyak benda kita boleh dapat. Sebab tu la rasa macam rugi je abaikan blog ni. So, let's terus berblogging. (^__^)
p/s : Majulah blogger untuk reader (?) . . . (T__T
Monday, July 11, 2011
BErSiH 2.0 (9.7.2011)
Unggun Bersih - A. Samad Said
Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka :
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita - demokrasi luka ;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi ;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru :
(di Boston dijirus teh ke laut biru) :
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu ;
Kini merebaklah nyala unggun itu.
p/s : Just want to share this "puisi".. No other purpose.. (^_^)
Sunday, July 10, 2011
PeMbUnUh KeCiL
Sekarang dah jadi penanam anggur terhormat kat rumah. Huh, bosan betul. (+_+) Rindu life as student. Bangun pagi, menggigil mandi air sejuk. Tunggu bas sambil bergosip. Sampai kelas, tunggu lecturer sambil mengumpat (erk?), sms time lecturer mengajar. Gelabah bila lecturer cakap ada kuiz.
Jeling-jeling member sebelah, tengok jawapan kuiz. Habis kelas, mengisi perut di KFC dengan menu yang sama setiap kali. Hujung minggu, jalan-jalan pusing Penang dengan Rapid Penang & macam-macam lagi la. Argghhh, rindu semua tu! (#_#) Tapi yang best skali ialah time FYP. Walaupun masa tu rasa macam letih nak mati sebab hari-hari kena bagi makan nyamuk & putus asa bila nyamuk tak bagi result yang baik, tapi pengalaman membela nyamuk tu amatlah berharga sekali. (^_^)
Sapa yang tak kenal dengan makhluk kecil yang selalu mengganggu tidur kita dengan bunyi yang menyakitkan telinga hampir setiap malam ni kan. Sebenarnya, nyamuk ialah makhluk Allah yang sangat menakjubkan. Nak tahu kenapa? Kalau nak tahu, kena la belajar tentang nyamuk ni. Ada banyak fakta menarik tentang nyamuk. Meh nak cerita sikit. Aku cerita sikit je tau, selebihnya korang cari sendiri, okay? (^_@)
Bagaimana nyamuk mencari mangsa? Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida.
Spesies nyamuk yang paling ganas agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam (wah, menakutkan betul!).
Mungkin korang rasa kalau tak ada nyamuk, dunia akan lebih aman sebab makhluk ini membawa pelbagai jenis penyakit & boleh dilabel sebagai "pembunuh kecil". Jadi, kebanyakan dari kita mungkin berfikir tanpa nyamuk, dunia akan bebas dari penyakit. Tak ada denggi, tak ada malaria & banyak lagi penyakit yang dibawa oleh makluk kecil ini tidak akan wujud tanpa kewujudannya. Tapi percayalah, setiap makhluk ciptaanNya pasti ada peranannya tersendiri. (^_<)
p/s : Hargailah setiap makhluk ciptaanNya. (^_^)
Saturday, July 9, 2011
:: PeRiGi MeNcAri TimBa ::
"Mengikut kajian terkini, nisbah antara perempuan & lelaki ialah 37 nisbah 1. Bermakna semakin ramai golongan wanita yang akan mengalami fenomena anak dara tua menjelang tahun 2020.."
3, 2, 1 Cinta.. Kisah tentang seorang perigi yang sedang mencari timba. Kerana takut menjadi andartu menjelang tahun 2020, Sam @ Siti Aishah (Diana Amir) mencuba pelbagai usaha untuk memikat hati Nazril (Farid Kamil), jejaka idaman seluruh kolej tanpa menyedari kawan baiknya sendiri, Ayam @ Fariz (Pierre Andre) mencintainya.
Pelbagai adegan lucu & romantis berlaku sepanjang usaha Sam memikat hati Nazril sehingga akhirnya Nazril mula jatuh cinta pada Sam. Pada masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa & adik tirinya semakin pulih.
Namun, di saat Nazril meluahkan perasaannnya pada Sam, Sam sedar & yakin siapa pilihan hatinya. Siapa pilihan hatinya? Korang agak2 sendiri la ye.
Pendapat aku tentang filem ini? Ermm..Biasa sahaja. Tak ada yang luar biasa. Dari awal cerita lagi dah boleh agak apa yang akan berlaku. So, 3 bintang untuk 3, 2, 1 Cinta!!!
p/s : Hati lagi penting lah!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)