Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 10, 2011

PeMbUnUh KeCiL

Sekarang dah jadi penanam anggur terhormat kat rumah. Huh, bosan betul. (+_+) Rindu life as student. Bangun pagi, menggigil mandi air sejuk. Tunggu bas sambil bergosip. Sampai kelas, tunggu lecturer sambil mengumpat (erk?), sms time lecturer mengajar. Gelabah bila lecturer cakap ada kuiz.


Jeling-jeling member sebelah, tengok jawapan kuiz. Habis kelas, mengisi perut di KFC dengan menu yang sama setiap kali. Hujung minggu, jalan-jalan pusing Penang dengan Rapid Penang & macam-macam lagi la. Argghhh, rindu semua tu! (#_#) Tapi yang best skali ialah time FYP. Walaupun masa tu rasa macam letih nak mati sebab hari-hari kena bagi makan nyamuk & putus asa bila nyamuk tak bagi result yang baik, tapi pengalaman membela nyamuk tu amatlah berharga sekali. (^_^)


Sapa yang tak kenal dengan makhluk kecil yang selalu mengganggu tidur kita dengan bunyi yang menyakitkan telinga hampir setiap malam ni kan. Sebenarnya, nyamuk ialah makhluk Allah yang sangat menakjubkan. Nak tahu kenapa? Kalau nak tahu, kena la belajar tentang nyamuk ni. Ada banyak fakta menarik tentang nyamuk. Meh nak cerita sikit. Aku cerita sikit je tau, selebihnya korang cari sendiri, okay? (^_@) 

Bagaimana nyamuk mencari mangsa? Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida.


Spesies nyamuk yang paling ganas agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam (wah, menakutkan betul!).


Mungkin korang rasa kalau tak ada nyamuk, dunia akan lebih aman sebab makhluk ini membawa pelbagai jenis penyakit & boleh dilabel sebagai "pembunuh kecil". Jadi, kebanyakan dari kita mungkin berfikir tanpa nyamuk, dunia akan bebas dari penyakit. Tak ada denggi, tak ada malaria & banyak lagi penyakit yang dibawa oleh makluk kecil ini tidak akan wujud tanpa kewujudannya. Tapi percayalah, setiap makhluk ciptaanNya pasti ada peranannya tersendiri. (^_<)

p/s : Hargailah setiap makhluk ciptaanNya. (^_^)

No comments: