Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 12, 2011

SMURFing & BBQing..??

Alhamdulillah.. Setelah 3 hari berturut-turut hujan turun tanpa henti, akhirnya hari ni tak hujan dah. Tapi tak tahu lah petang nanti macam mana. Sungai-sungai dah penuh dengan air dah. Hampir melimpah sudaaa. Harap-harap hujan tak berlarutan la. Takut banjir wooo.. (+__+)" Perlis dah banjir. Kedah pun dah ada tempat yang banjir. Jangan lah melarat sampai ke sini. Sebelum raya hari tu pun hujan je memanjang. Hari-hari hujan. Risau dibuatnya. Takut beraya dalam banjir je. Tapi Alhamdulillah.. Kuasa Tuhan. 1 Syawal tak hujan sampailah sejak minggu kebelakangan ni. Hujan dah start balik. Apa2 pun, perancangan Allah adalah yang TERBAIK. (^__^)

Ok. Hari ni bukan nak cerita pasal hujan. Nak cerita pasal raya (again?). Hihihi.. Walaupun suasana raya dah tak terasa, nak cerita jugak aktiviti raya ke-5 sebab dah tulis post ni serentak dengan post Merdeka Raya cuma tak publish je oleh kerana takde mood nak berblogging. Lagipun, rugi lah kalau delete je sebab dah penat2 mengarang kan. So, pleaseeee read je lah yek. Kalau tak nak baca pun takpe, tengok gambar je. Hihihi.. Ok lah, sambung. Raya ke-5 takde buat apa sangat pun. Oleh kerana anak-anak buah ni naaaaaaaaaakk sangat tengok wayang cerita THE SMURFS, maka keluar lah kitorang membawa diri pergi mencari tiket menonton the cute little blue creatures tersebut.


Fuhh.. Mencabar la nak kepung budak2 6 orang because me sorang kan. Dalam cinema memang toksah cakap la. Macam2 ragam. Macam2 perangai. Haiyoo... Sabor je la. Apa2 pon, cerita THE SMURFS best la.. Bingit je cinema dengan gelak tawa. Dari awal sampai habis cerita ada je yang kelakar. Tapi ada jugak part2 yang tak berapa best. Biasalah tu, setiap movie mesti ada kekurangan & kelebihan memasing. For kids, memang sesuai sangat la but for parents maybe not. Don't know la. Malangnya tak dapat tiket untuk 3D. Tengok yang biasa je. Huhuhu. Oh ya! Nak review sikit cerita THE SMURFS ni. (^__^)

When the evil Wizard Gargamel (Hank Azaria) chases the Smurfs from their beloved village, a number of them are accidently transported through a magical wormhole which thrusts them into the bright lights of New York City. When Clumsy Smurf (voiced by Anton Yelchin) ends up inside a delivery box, the fellow Smurfs dash to his rescue but to their surprise end up inside a city apartment accompanied by a married couple; Patrick (Neil Patrick Harris) and Grace (Jayma Mays) Winslow. At first reluctant to have the Smurfs around, the couple soon learn to care for them and strive to protect them from Gargamel who has also made his way to the Big Apple. Nak tahu cerita selanjutnya??? Watch it yourself la..!! Hehe.. 3 stars for THE SMURFS (+__^)

Continue.. Lepas habis je cerita, terus meluru ke pintu keluar. Cari toiletttt. Dah terlompat-lompat dah bebudak sebab sejukkkkk kat dalam cinema tu. Hampir2 beku daaaa. Huhu.. Then, cari pasir kucing (?)... T___T After that, memasing dah lapor. Tapi ongkos telah cetek. Tinggal berapa sen je setelah dibelanjakan untuk popcorn yang sedaaaaaaaaaaaaaaaaaapppp & mahaaaaaaaaaaaaaaalll sangat tu kan. So, lepak la kat kedai keropok lekor (yang ni je mampu ketika tu). Huhuhu...

Apa entah nama kedai dia, tak ingat pulak. Kedai Lekor-lekor kot. Macam2 keropok lekor ada situ. Kitorang choose a large cup CHEEZY-MAYO (kopok lekor + cheese + mayonis). Wahhhh.. Sedaaaappp bangattttt. 1 large cup share 7 orang. Giler bukan? Even nama je large cup tapi takde la besor mana pun. Boleh la untuk alas perut. Nanti nak cuba lagi. Sapa nak ikut? Jom! ($__$)

Balik umah, ada 1 event lagi yang menanti.................. BBQ!!!!!! Hohoho... Rezeki bulan syawal. Menu? Serawa labu, tomyam ayam, sotong celup tepung, sotong bakar, ikan bakar, ayam & sosej bakar. Air hijau (?). Cakap pasal menu kan, lupa nak bagitau menu hari raya pertama. Nasi beriani, daging rusa, ayam masak merah & laksa. Air hijau (lagi???). Hihihi.. Tak payah membebel panjang. Macam biasa. Kita layan gambar. (@__@)




p/s : Sinopsis THE SMURFS aku copy paste je tapi dah tak ingat ambik dari mana. So, sorry sebab tak dapat nak kredit kan ke sumber tersebut. =__="

:: JaLuR - JaLuR RaYa ::

8 Sept 2011 & 9 Sept 2011 should be my best day because it was the day I met my "long time no see" friend, the day I'm back to my beloved campus (love la sangat) & the day I can eat the food that I'm craving for (GCB). But because of some reason, suddenly it turns to be the worsttttttt day ever to me...!! Huh! So disappointed.... (T___T)


Sampai demam2 la kan. Tak berbaloi langsung. But never mind. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. Ok, malas cerita panjang pasal benda ni. Nak cerita pasal raya lagi. Hahaha.. Actually, post pasal raya ni dah lama tulis cuma lupa nak publish sebab banyak save dalam draft sampai terlepas pandang. Oleh kerana dah tulis, takkan nak delete pulak kan. Publish je la even dah basi pon. Huhuhu.
 
Sempena aidilfitri 2011 ni, kitorang telah membuat sedikit make over rumah iaitu dengan make up kan rumah kitorang dengan jalur2 hijau bersesuaian dengan konsep merdeka raya. Tak dapat buat jalur gemilang, buat jalur hijau pun jadi la kan. Haha.. Nak tahu caranya? Jom layan pictures kat bawah. (^___^)

1st step. Cat dengan warna pilihan hati. Our choice is light green. (^__<)


2nd step. Tape kan pada tempat yang nak dijalurkan berselang seli. Ukuran mengikut citarasa masing2. Nak menegak, melintang or membengkok? Boleh je macam mana pun. Petak2 pon boleh (kalau rajin). Ikut pada kreativiti masing2.


Then, cat sekali lagi dengan warna yang berbeza dari warna cat pada awal tadi. Kalau dah warna sama, mana nak jadi jalur kan. So, WAJIB berbeza. Contohnya kitorang guna light green & apple green. Kalau merah putih (jalur gemilang) lagi cantik. Kalau nak lagi cantik, lukiskan bintang & bulan. (*__^)


Finally, tarikkkk!!! Hahaha.. Sebelum cat kering, tarik tape carefully sebab kalau cat dah kering nanti susah nak tarik sebab dah keras and akan jadi macam bercantum kan. Nanti tertarik dengan cat pulak. Huhuhu...


Hasilnya.......? Taraaaaaaaaa........


So, macam mana? Nice kan. Easy? Memang senang tapi sangatlah memenatkan. Huhuhu.. Tapi takpe sebab hasilnya sangatlah memuaskan. (+__^) So, selamat mencuba!!!

p/s : Ada banyak lagi cerita basi dalam draft yang akan dipublishkan nanti. Huhuhu...

Tuesday, September 6, 2011

MeRDeKa RaYa...!


Raya! Raya! Raya! Over excited? Happy? Hmmm... Boleh la... Nothing much special.. Takde meriah sangat pun tahun ni. Biasa saja. Makin lama raya makin tak meriah pulak. Sebab apa tak meriah? Sebab duit raya makin kurang. T____T Dasar tak sedar diri dah tua bangka. Lagi mau duit raya ka. Haiyoo.. Hahaha.. Aktiviti sepanjang syawal? Takde apa sangat. Macam biasa, wajib ziarah-menziarahi. Bermaaf-maafan. Hari raya pertama tak pergi mana2 pun. Just beraya dekat rumah2 sedara-mara kat keliling rumah. Untung semua rumah sedara dekat2 kan. Hehe.. Hari raya kedua duduk rumah je. Lepak. Hari raya ketiga start pergi beraya rumah sedara yang jauh sikit (sikit je, takde la jauh sangat). Konvoi 3 buah kereta. First destination ialah rumah kakak (cousin). Oleh kerana my cousin ni ada bukak kedai nasi kandar (AMRAN NASI KANDAR), so boleh la makan nasi kandar hari tu. Nasi kandar kat situ memang marvelous. Memang terbaik lah!! Rugi korang tak try. Berbaloi-baloi. Hahaha..


Setelah kekenyangan makan nasi kandar, bergerak pulak ke rumah Kak Piah (cousin) untuk ambik kuih. Sekejap je lepak situ sebab tuan rumah takde. Ada kenduri katanya.


So, we move on to the next destination iaitu rumah member my brother. Apa entah namanya. Dah lupa. Huhu. Makan nasi pulak kat situ. Ada sup tulang, gulai rebung, kuih pelita and macam2 lagi la. Makin bertambah-tambah la lemak kat badan kan. Tapi takpe la, rezeki di bulan Syawal. (^__^)


Lepas tu, masa on the way balik tu, singgah la umah Tok Su pulak. Makan lagi?? Oh, no.. No.. No.. Dah full dah. Takde ruang nak isi makanan lagi dah. Huhu.. Tapi makan jugak sikit. 2, 3 kuih raya sebagai tanda menghormati tuan rumah. Dah orang jemput takkan nak tolak pulak. Bak kata orang "Rezeki jangan ditolak". Hahaha. Then, terus balik. Selesai sudah aktiviti hari raya ke-3. Oh ya! sebenarnya aku ada reunion sekolah rendah (SKHT) pada hari yang sama tapi tak dapat pergi sebab aktiviti raya bersama family ni. Huhu.. So, sorry guys. Nanti buat lagi, insyaAllah aku datang. Dengar cerita raya haji nanti nak buat lagi. Can't wait to see kamu semua..!! (^__+) Aktiviti raya ke-4 pun sama jugak. Konvoi raya rumah2 sedara. Kali ni pergi rumah Kak Cik Pina (cousin) pulak.


Rumah tepi sawah. Best sangat dengan padi hijau kekuningan. Sampaikan kitorang bergambar keliling rumah sebab suka sangat tengok pemandangan kat situ. Dah jadi macam kitorang datang bergambar pulak, bukan datang beraya. Haha.. Makan nasi daging. Ada buah rambutan sekali. Besor2 rambutan dia. Makan tepi sawah memang tenang. Hehe..


Then, pergi rumah Kak An (cousin jugak). Tunggu dia masak mi kuah sambil tengok KL Drift 2. Sampai tersengguk-sengguk dah mengantuk. Kalau kat rumah sendiri, dah lama terlentok. Tambah pulak aku memang tak makan mi kuah or mi berkuah yang sewaktu dengannya. Tak tahu la kenapa tekak ni tak boleh terima. Hohoho.. Oleh itu, takde semangat la kan nak tunggu lama2 kat situ. Macam nak tidur je. Tapi akhirnya mi kuah tersedia jugak. Tengok je la orang lain makan. Nasib baik dah kenyang makan nasi daging umah Kak Cik Pina tadi. Kalau tidak, memang telan air liur je la jawabnya. Haishhh..


Aktiviti raya ke-5 pon ada lagi tapi tunggu next post lah. Nanti korang bosan pulak baca panjang2. Hehe. Btw, rasanya tak terlambat lagi kot nak wish raya kat korang sebab syawal kan sebulan. Hahaha.. So, Selamat Hari Raya Puasa!! Maaf Zahir & Batin (^__^)

p/s : Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 juga!! Happy Merdeka Raya!!!!