Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 12, 2011

SMURFing & BBQing..??

Alhamdulillah.. Setelah 3 hari berturut-turut hujan turun tanpa henti, akhirnya hari ni tak hujan dah. Tapi tak tahu lah petang nanti macam mana. Sungai-sungai dah penuh dengan air dah. Hampir melimpah sudaaa. Harap-harap hujan tak berlarutan la. Takut banjir wooo.. (+__+)" Perlis dah banjir. Kedah pun dah ada tempat yang banjir. Jangan lah melarat sampai ke sini. Sebelum raya hari tu pun hujan je memanjang. Hari-hari hujan. Risau dibuatnya. Takut beraya dalam banjir je. Tapi Alhamdulillah.. Kuasa Tuhan. 1 Syawal tak hujan sampailah sejak minggu kebelakangan ni. Hujan dah start balik. Apa2 pun, perancangan Allah adalah yang TERBAIK. (^__^)

Ok. Hari ni bukan nak cerita pasal hujan. Nak cerita pasal raya (again?). Hihihi.. Walaupun suasana raya dah tak terasa, nak cerita jugak aktiviti raya ke-5 sebab dah tulis post ni serentak dengan post Merdeka Raya cuma tak publish je oleh kerana takde mood nak berblogging. Lagipun, rugi lah kalau delete je sebab dah penat2 mengarang kan. So, pleaseeee read je lah yek. Kalau tak nak baca pun takpe, tengok gambar je. Hihihi.. Ok lah, sambung. Raya ke-5 takde buat apa sangat pun. Oleh kerana anak-anak buah ni naaaaaaaaaakk sangat tengok wayang cerita THE SMURFS, maka keluar lah kitorang membawa diri pergi mencari tiket menonton the cute little blue creatures tersebut.


Fuhh.. Mencabar la nak kepung budak2 6 orang because me sorang kan. Dalam cinema memang toksah cakap la. Macam2 ragam. Macam2 perangai. Haiyoo... Sabor je la. Apa2 pon, cerita THE SMURFS best la.. Bingit je cinema dengan gelak tawa. Dari awal sampai habis cerita ada je yang kelakar. Tapi ada jugak part2 yang tak berapa best. Biasalah tu, setiap movie mesti ada kekurangan & kelebihan memasing. For kids, memang sesuai sangat la but for parents maybe not. Don't know la. Malangnya tak dapat tiket untuk 3D. Tengok yang biasa je. Huhuhu. Oh ya! Nak review sikit cerita THE SMURFS ni. (^__^)

When the evil Wizard Gargamel (Hank Azaria) chases the Smurfs from their beloved village, a number of them are accidently transported through a magical wormhole which thrusts them into the bright lights of New York City. When Clumsy Smurf (voiced by Anton Yelchin) ends up inside a delivery box, the fellow Smurfs dash to his rescue but to their surprise end up inside a city apartment accompanied by a married couple; Patrick (Neil Patrick Harris) and Grace (Jayma Mays) Winslow. At first reluctant to have the Smurfs around, the couple soon learn to care for them and strive to protect them from Gargamel who has also made his way to the Big Apple. Nak tahu cerita selanjutnya??? Watch it yourself la..!! Hehe.. 3 stars for THE SMURFS (+__^)

Continue.. Lepas habis je cerita, terus meluru ke pintu keluar. Cari toiletttt. Dah terlompat-lompat dah bebudak sebab sejukkkkk kat dalam cinema tu. Hampir2 beku daaaa. Huhu.. Then, cari pasir kucing (?)... T___T After that, memasing dah lapor. Tapi ongkos telah cetek. Tinggal berapa sen je setelah dibelanjakan untuk popcorn yang sedaaaaaaaaaaaaaaaaaapppp & mahaaaaaaaaaaaaaaalll sangat tu kan. So, lepak la kat kedai keropok lekor (yang ni je mampu ketika tu). Huhuhu...

Apa entah nama kedai dia, tak ingat pulak. Kedai Lekor-lekor kot. Macam2 keropok lekor ada situ. Kitorang choose a large cup CHEEZY-MAYO (kopok lekor + cheese + mayonis). Wahhhh.. Sedaaaappp bangattttt. 1 large cup share 7 orang. Giler bukan? Even nama je large cup tapi takde la besor mana pun. Boleh la untuk alas perut. Nanti nak cuba lagi. Sapa nak ikut? Jom! ($__$)

Balik umah, ada 1 event lagi yang menanti.................. BBQ!!!!!! Hohoho... Rezeki bulan syawal. Menu? Serawa labu, tomyam ayam, sotong celup tepung, sotong bakar, ikan bakar, ayam & sosej bakar. Air hijau (?). Cakap pasal menu kan, lupa nak bagitau menu hari raya pertama. Nasi beriani, daging rusa, ayam masak merah & laksa. Air hijau (lagi???). Hihihi.. Tak payah membebel panjang. Macam biasa. Kita layan gambar. (@__@)




p/s : Sinopsis THE SMURFS aku copy paste je tapi dah tak ingat ambik dari mana. So, sorry sebab tak dapat nak kredit kan ke sumber tersebut. =__="

No comments: