Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 8, 2017

eMo di BuLaN RaMadHaN



Alergik betul aku pada spesies yang tak kenang budi ni. Bukan nak mintak balasan tapi at least hargai lah. Bukan niat nak mengungkit cuma nak mengukuhkan hujah. Supaya yang tak nampak jadi jelas. Yang kelam jadi terang. Itu saja. Jangan nak pentingkan diri sangat la. Bila susah pandai pulak cari orang minta tolong. Masa tu bijak pandai berbahasa. Santun sangat. Dah di tolong, semua melayang entah ke mana. Entah. Tak faham betul dengan spesies jenis ini. Tolong fikir dalam-dalam dan fikir balik ke belakang. Selagi tak dapat jawapan, jangan berani nak dekat! πŸ˜ πŸ’’πŸ˜ 

p/s: I AM SELFISH!!!

Sunday, June 4, 2017

Day 1: Osaka, Jepun Musim Luruh (Autumn) 2016 7H6M

Hari pertama di Jepun? Excited! Teruja!πŸ’ƒπŸ’ƒTapi ada small incident yang berlaku. Ceritanya macam ni. Atas flight ada dapat borang untuk diisi. Aku isi je la macam biasa dan mengikut info dari tour guide lah. Sampai di Kansai International Airport, turun flight naik bas ke airport. Then, masa nk cop passport, aku kena soal pasal tempat menginap. Dia tanya aku kat mana tempat tu. Aku pun jawab la mengikut alamat yang tour guide bagi tu. Dia tak puas hati. Dia tanya lagi yang sebenarnya aku ni nak jalan-jalan kat mana. Aku cakap la sekitar Osaka kan. Then, dia dok cakap sendiri dalam Bahasa Jepun sambil pandang2 aku dengan tergelak2.

Lepas tu, tiba-tiba dia angkat dan tunjuk 1 kertas. Ingatkan apa la. Panik jugak aku. Rupanya atas tu tertulis “show me the reservation”. Macam tu la lebih kurang ayatnya. Aku pun tak ingat sangat. Aku pun explain la pada dia yang actually aku ni dah bayar tour guide untuk uruskan semua. So, aku memang takde bukti reservation tu. Dia minta aku call tour guide. Memang tak boleh la nak call sebab tour guide aku tengah on the way dari Seoul, Korea. Dia masih dalam flight time tu. Aku pun tak salahkan dia sebab ada kekeliruan sikit tentang schedule kami gara-gara Airasia tukar flight schedule 3kali kot kalau tak salah aku. Dia ingat kami sampai pada hari esoknya. So, sebab tu dia lama sikit kat Seoul tu. Haha.


Ok, sambung balik pasal pegawai imegresen tadi dengan aku yang tengah terpacak berdiri kat situ disoal siasat. Funny tapi scary, beb! Ye la, kang dia tahan aku tak bagi masuk Jepun, haru!. Kalau dia hantar aku balik Malaysia takpe la. Tapi kalau dia nak tahan aku kat sana, macam mana? Ha, masalah besar tu! Dia tergelak jugak kat aku sebab aku macam blur kan. Tapi last2 dia bagi lepas jugak. Alhamdulillah, baik hati dia. Sempat jugak dia bagi nasihat lain kali kalau travel, mesti kena tahu details tempat menginap. Aku pon ok je lah. Yang peliknya kawan-kawan aku takde la pulak kena soal. Diorang relax je lepas. Mungkin pegawai yang aku kena ni strict kot. Huhu. Entah.

Walaupun hari pertama aku di Jepun bermula dengan insiden macam tu, sikit pun mood aku tak terjejas. Semangat! πŸ˜„ Lepas setel imegresen semua, kami pun duduk la melepak sekejap tunggu tour guide sampai. Niat di hati nak cari makan tapi rasa macam better tunggu je  walaupun ejen dah senaraikan beberapa muslim-friendly restaurant yang certified by Malaysia Halal Consultation and training agency di Kansai International Airport:-



  1. The U-Don
  2. Oragasoba
  3. Sojibo
  4. Hanagoyomi
Actually, berlambak je restoren halal kat situ. Yang aku kongsi ni cuma sebahagian je. Selebihnya tu pandai-pandai la korang google ye. 😁 Tour guide sampai, kitorang pergi install application untuk  free wifi sekejap, then pergi makan di Oragasoba Restaurant. So, our first meal in Japan is hot soba noodles with tempura! πŸ’•









Habis makan kami solat di surau airport. Ada Japanese perempuan terpacak dalam surau tu. Penjaga surau. Haha. Tapi aku tak pasti la pulak sama ada dia Islam ke tidak sebab dari luaran tak nampak macam muslim. Tapi sangat la sopan dan tertib orangnya. Time tu aku dah rasa kagum dengan orang Jepun.

Then, dah solat kami naik subway ke guest house. Sampai guest house tercengang oi. Guest house kami actually apartment tingkat 5 (atas sekali) but no lift! Kau bayangkan lah nak mengangkat beg berat. Haha. Funny but annoying. Terpaksa la panjat jugak pelan2. Tapi puas hati la bilik cantik, selesa dan bersih. Walaupun penat panjat tangga naik atas sekali tapi puas bila tengok view dari rooftop. So, merasa la kan tinggal kat bilik atas rooftop macam dalam drama tu. Haha. Semua kemudahan ada. Washing machine, bilik air yang lengkap dengan sabun dan ubat gigi semua, aircond, microwave, peti ais, dapur, iron. Semua ada lah. Dan yang pling penting ada wifi weh dan boleh bawak modem wifi tu ke mana saja. Tu yang syok tu. Tak payah nk pening cari port wifi dan tak payah nak rent wifi kan. Untung!

Setelah membelek-belek kemudahan kat situ dan bergolek-golek atas tilam dalam bilik ala-ala cerita doraemon tu, kami pun siap-siap la keluar meronda. Dah gelap dah masa tu. Suhu sejuk berangin. Nyaman. Misi malam tu adalah mencari tshirt Hard Rock Cafe, makan dan menikmati keindahan malam di Osaka. Jadi, dari guest house kami pun berjalan ke HRC Osaka.


Dapat la tshirt sehelai yang orang kirim. Harga? Hmmm...



Menarik kan harganya. πŸ˜† Dah capai misi, kami terus cari makan. So, our second meal ialah di Halal Ramen Honolu Restaurant. Dari nama restoren pun dah tau kitorang makan apa kat sana, kan. Haha. Sedap sangat. Highly recommended!


Ini pintu hadapannya.




Memasing lapar menunggu makanan. Maka, habiskan dulu air kosong 2 jag. πŸ˜… Takde la lama pun tunggu makanan tapi maybe sebab banyak berjalan dan cuaca sejuk, tu yang laju je air kosong. Hehe.




Spicy chicken ramen πŸ’• Sedap oi. Takde rasa pedas ternganga ke apa. Ok je. Ayam tu dia roasted tau. Lembut betul.




Chicken Soy Sauce Ramen πŸ‘† Ini pun sedap sangat. Sesuai bagi yang tak makan pedas.




Halal Gyoza 😍 Intinya ialah sayur campur yang dicincang kalau tak salah. Ingat-ingat lupa dah. 😁

Untuk pengetahuan bagi yang tak tahu, ramen di negara luar biasanya ada pork dan alkohol. Jadi, jangan main belasah je, ok? Kalau takde pengesahan halal baik jangan try lah. Tapi yang ini disahkan halal. Diorang ada display sijilnya. Dah habis makan, kami jalan ke Dotonbori yang menjadi simbol kepada Osaka. Meriah betul! Memang bersemut orang kat sana. Sesak.





Kat sini banyak kedai makanan, hiburan dan untuk shopping. Tapi kami takde beli apa pun sebab baru hari pertama. So, tengah excited dengan environment. Baru nak adapt. Haha. Takde rasa nak menyopping lagi. Kami layan je papan-papan tanda menarik yang penuh dengan replika besar seperti sotong, ketam, lembu, ikan dan macam-macam lagi. Kemudian, kami pun berjalan pulang ke apartment. Tamat hari pertama di Osaka.

p/s: Ruginya rasa tak try takoyaki kat Dotonbori yang orang cakap sedap tu. Takkan nak kena repeat trip lagi.. Huhuhu

Persediaan ke Osaka, Jepun Musim Luruh (Autumn) 2016 7H6M

Tekad hari ni mesti update blog dan keluarkan entry Jepun yang dah lama tersimpan dalam draft. Tak nak la peram lama-lama kat situ. Pening! Bukan apa, makin diperam makin hilang ingatan makin susah la nak menulis. Kalau tak menulis, nanti tak dapat la nak mengimbau kenangan2 lama kan. Maklum lah, makin berusia ingatan makin lemah. So, at least bila rakam kat sini dapat la baca di hari tua kelak. Hahaha.. InsyaAllah. 

Actually, sama je dengan persediaan ke Korea dulu. Bagi aku, autumn and spring tak banyak beza suhunya. Mungkin kerana aku ke Korea pada akhir spring dan ke Jepun pada awal autumn. So, memang lebih kurang je. Maka, pergilah beramai-ramai baca balik entry aku pasal persediaan ke Korea. πŸ˜‚ Tapi aku kongsi la sikit maklumat tambahan ke Jepun ni.

1. Private tour vs  group tour
Untuk pengetahuan korang, trip kali ni pun aku pakai tour guide sebab aku memang malas gila nak buat research. Lagipun, aku pergi nak enjoy. Tak nak pening2 nak cari jalan bagai. Aku nak menikmati setiap saat kalau boleh. Faham? Awalnya, yang confirm nak ke Jepun ni, aku and kawan kakak aku je. So, aku decide ikut group tour je. Means bercampur dengan orang yang kita tak kenal. Jimat sikit. Sebab kalau nak consider private tour untuk 2 orang memang mahal gila la. Lagipun, macam tak meriah pulak. Nanti tetiba kat sana bergaduh pulak. Ha, tak ke haru biru dibuatnya. Then, tetiba 2 orang kawan aku nak ikut. Setelah berbincang, buat survey private tour guide and buat comparison, kami ambil keputusan untuk pilih private tour walaupun deposit untuk group tour dah bayar. Sanggup hangus duit deposit kerana nak trip yang selesa dan enjoy. πŸ˜… Depends la. Kalau korang nak jimat dan suka meriah travel ramai-ramai, pilih la group tour. Ok je.

2. Best foods for travel
Dulu trip Korea, aku banyak bawa bekal maggi, biskut dan muffin even tour guide cakap dia akan bawa makan kat luar untuk lunch dan dinner. Degil. Last2 tak sempat makan pun bekalan sebab sedap dan kenyang makan kat luar. Jadi, kali ni aku dengar cakap tour guide. Aku bawa cukup-cukup je untuk hari yang dia tak bawa makan di luar. Dia cadangkan bawa Brahim's. Aku tak tahu pun pasal kewujudan makanan segera Brahim's ni. Kagum aku. Macam-macam ada. Nasi lemak, nasi goreng, nasi tomato, rendang dan macam-macam lagi. Setelah berbincang, antara makanan yang kami bawa ialah sambal ikan bilis, lauk segera Brahim's, ketupat nasi dan muffin. Sambal ikan bilis masakan mak yang aku bawa separuh botol prego tu tak cukup la pulak sebab aku tak expect nak makan dengan onigiri. Ingat nak makan dengan ketupat nasi ataupun dengan nasi putih segera kat sana. Tapi dah try sekali sedap pula. So, berulang kali la kami makan dengan onigiri tu. Ketupat nasi tu kami rebus dan makan dengan lauk segera Brahims yang dipanaskan. Memang terbaik!





Kering. Aku tak berapa suka. Ada bau udang kering kuat sangat. Huhu. Tapi kawan aku cakap sedap. Ikut tekak. Boleh makan dengan lauk segera Brahim's lain yang berkuah.


Muffin yang rak atas tu πŸ‘† aku suka sangat. Sedap dan tahan lama. Chiffon di rak bawah pun aku suka. Lembut. πŸ‘ Selain ni, aku bawak air mineral jugak. In case, kalau dahaga sebelum sempat jumpa kedai. Haha. Ada orang tanya aku, boleh ke bawak air mineral bila fly. Boleh. Cuma yang tak bolehnya bila kau nak bawak naik atas kapal terbang. Dilarang sama sekali, ok. So, masuklah dalam bag yang di check in kat bawah. 

3. Pakaian
Bila aku belek gambar-gambar di Korea, nampak sama je pakaian aku. Macam aku tak tukar baju je. So, kali ni aku lebihkan sweater dari tshirt. So, nampak lain la dalam gambar kan. Hahaha. Puas hati aku. 😎 Tapi bila lebihkan sweater atau coat bermakna makin sikit la ruang beg yang tinggal untuk diisi. So, what to do? More bags? Jenuh la pulak nak mengangkut 2, 3 beg. Penat oi. 😭 Ini solutions aku πŸ‘‡




Compression bags atau vacuum bags. Yang ni aku beli online. Aku sarankan korang beli yang dah siap sekali dengan pump. Senang. So, tak payah la nak bawak atau pinjam vacum hotel ke tuan rumah ke. 😁 Beg ni sangat membantu terutama bagi spesies macam aku yang jenis kalau boleh nak bawak satu rumah pergi travel. Haha. Sangat jimat ruang dan berat beg!

4. Botol kosong
Toilet Jepun tak macam Korea. Mostly, toilet Korea pakai tisu. Toilet Jepun pakai bidet. Aku bawak jugak botol kosong sebab tak biasa pakai bidet. Tapi aku guna hari pertama je kot. Hari lain aku dah tak pakai sebab dah selesa pakai bidet. Lagipun, toilet di Jepun sangat la bersih dan lengkap dengan tisu. Ada sesetengah tu lengkap dengan spray untuk hilangkan bau. Jatuh cinta aku dengan toilet di Jepun. Haha. Bersih, wangi dan kering. Even, kalau kau masuk dengan berstokin pun, stokin kau takkan basah! Kagum! Ada jugak la yang basah tapi masih bersih.

5. Budget
Faham-faham la sekarang kan matawang Malaysia tengah tak berapa nak ok. Matawang Jepun pulak memang tinggi. Kos sara hidup di Jepun lagi la tinggi kan. Semua barang mahal. So, kena pandai bajet la. Air mineral pun RM6. Lima kali ganda tu! Maka, solutions aku? Tadah je air paip kat sinki dapur sana. Haha. Bersih weh! Tengok longkang pun tau. Jernih! Siap ada ikan besar-besar lagi. Oleh itu, aku yakin! Barang-barang souvenir sana pun mahal-mahal belaka. Keychain pun paling murah dalam RM12 kalau tak salah. Tshirt biasa pun dalam RM30 gitu. Jadi, pandai-pandai la korang buat kira-kira.



Tu je kot yang aku nak kongsikan. Kalau ada yang aku tiba-tiba teringat aku akan tambah lagi kat sini. 

p/s: Nantikan entry trip aku ke Jepun Musim Luruh/Autumn (9-15 Oct 2016) selama 7H6M yang tak dapat nak dipastikan entah bila akan dikeluarkan dari draft. 😝 Selamat Berpuasa!