Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

❤A Grandmother's Love❤ pArT 2

************** continued from this  ****************



Tahun 2010, nEnEk  jatuh sakit. Hanya terlantar. Makan pun kurang. Tapi masih akan melayan CuCu setiap kali CuCu datang. Bertanya itu dan ini walaupun dalam keadan yang lemah. Suaranya sangat halus dan agak kurang jelas. Bila CuCu terpaksa balik semula ke USM, nEnEk mula menangis. Tangan CuCu digenggam erat seperti tidak mahu melepaskan. Setelah CuCu berjanji akan kembali semula dalam waktu terdekat, barulah nEnEk mahu melepaskan.


Sepanjang CuCu berada di USM, CuCu sering menelefon EmAk untuk mengikuti perkembangan nEnEk. Setiap kali EmAk memberitahu yang nEnEk sering menyebut nama CuCu. Hampir setiap minggu CuCu balik menjenguk nEnEk. Namun, sakit nEnEk semakin teruk. NEnEk langsong tak boleh bangun dan tiada selera makan. Setiap kali CuCu datang, nEnEk akan cuba mengangkat tagannya untuk memegang tangan CuCu. Pegangannya sangat lemah. CuCu memandikan dan menyuapkan makanan kepada nEnEk. NEnEk akan cuba makan untuk mengambil hati CuCu walaupon nEnEk sebenarnya langsong tiada selera.

Setelah beberapa minggu, ketika CuCu di USM. CuCu mendapat panggilan dari Abang...
 
************** to be continue again *****************

Sunday, February 27, 2011

WhY..???


Berbulan-bulan aku cuba mnyingkirkan dia dari fikiranku
Berbulan-bulan juga aku berusaha mnyingkirkan dia dari hatiku
Namun dia masih belum hilang dari fikiranku
Dia masih tetap berada di hatiku

KINI

Setelah bulan berganti tahun
Dia mula hilang dari fikiranku
 Dia tidak lagi ada di hatiku
Aku dapat menjalani hari-hariku dengan gembira
Tanpa sedikit pun membiarkan bayangannya mengganggu hidupku
Dan di saat ini aku tahu
Aku benar-benar telah melupakan dia

TETAPI

Kenapa dia datang di saat aku sudah dapat melupakan dia
Kenapa dia datang di saat aku sudah dapat menyingkirkn dia dari hidupku
Kenapa dia datang di saat aku sudah dapat memadam semua kenangan bersamanya

Ya Allah, kenapa dia hadir kembali dalam hidupku
Kenapa dia mesti datang semula kepadaku
Adakah dia datang untuk menyinari hidupku
Adakah dia datang untuk melukai hatiku lagi

Ya Allah, andai kehadirannya membawa keburukan
Maka jauhkan dia dariku sejauh-jauhnya

Thursday, February 24, 2011

BoDy sNaTcHeRs

Tadi masa dalam practical lab class, dapat tengok wayang video from “National Geographic” titled “Body Snatchers”. This film takes us on a journey to the world of parasite. Tahu tak macam mana rupa their world?? Actually, WE ARE THEIR WORLD!! Scary but quite interesting. Macam tengok horror movie ja (bak kata Nona). Bagus video ni sebab dia create a story (cerita pendek) that relate with our daily life to tell audience the facts about parasites. Sangat mudah difahami dan langsung tidak memboringkan. Sesiapa yang not in the field of science pon boleh faham rasanya.

Dalam video ni kita boleh lihat sendiri macam mana parasite infect human, their life cycle dan bagaimana they move in our body. Memang best lah! Kelakar pon ada.hihi… Tau tak sebennarnya parasite ni sangat la bijak. Sesetengah parasites boleh control their host's brain like snail and ants. Host tu akan jadi macam zombie. Contohnya macam snail dalam gambar ni yang telah dikawal oleh parasite. Hebat bukan.

"zombie snail"

Lepas dah habis tengok video ni, kitorang continue tengok video from “Discovery” channel pulak. Tapi dapat tengok separuh ja sebab masa tak cukup. Dari video ni, aku baru tahu yang rupa2nya parasites sebenarnya boleh jadi beneficial to human jugak. Sebagai contoh, ada seorang scientist sengaja meng'culture' parasite dalam badannnya (with healthy diet) untuk menghilangkan allergic dia kepada pollen (rasanya la sebab ingat2 lupa). As a result, dia dah tak allergic. Ada 1 lagi pesakit diarrhea. Doctor introduce a worm to her body. After that, dia dah sembuh dari diarrhea. Wahh, amazing! But I think it’s very risky kot..huhu.. Nak tahu macam mana rupa parasites? Mari kita tengok salah satu. 

Scary ke?? Taklah.. cute je..hihi

Sebenarnya ada banyak lagi gambar parasite yang comel2. Kalau nak tengok, boleh google je. Kalau nak tengok video yang aku cerita tadi tu ada kat website ni. Just click ok? Tapi yang kat link tu hanya sebahagian dari video tu. Intro saja. Actually aku nak upload video tu kat sini tapi tak boleh pulak. Takpelah korang tengok je lah kat situ ye. Finally, to all readers... WeLcOmE To ThE WOrLd oF PaRaSiTeS!!

Wednesday, February 23, 2011

❤A Grandmother's Love❤ pArT 1

Tahun   :   2007
Watak   :   Nenek dan Cucu.
Situasi   :   Cucu datang ke rumah Nenek untuk bersalaman sebelum pulang ke hostel di KMK.

NeNek  :   Dah nak balik ka? Satnya balik. Kalau tak balik sana tak boleh ka? Bila nak balik sini pulak? (dengan air muka yang sedih dan berusaha menahan air mata)

CuCu    :   Mesti la kena balik. Dah terpaksa. Nak belajaq. Lagi 2 minggu balik la pulak. Tak lama pun.

NeNek  :   Awat belajaq jauh2 sangat. Nanti pilih yang dekat2 sikit, senang balik hari2.

CuCu    :   Dah dekat la ni. Ok, insya Allah...

*Nenek dan Cucu berpelukan*
______________________________________


Tahun   :   2008
Watak   :   Nenek dan Cucu.
Situasi   :   Cucu datang ke rumah Nenek untuk minta restu sebelum pergi daftar di USM.

NeNek  :   La, ingatkan dapat yang dekat sikit, rupanya lagi jauh.

CuCu    :   Nak buat macam mana Tok. Rezeki belajaq kat situ. Bukan jauh mana pun. Seberang sana ja.

NeNek  :   Nanti rajin2 balik. Jenguk Tok kat sini. Tok ni dah tua. Hari2 ingat kat cucu2 ja. Hari2 dok tunggu bila la cucu nak mai jenguk Tok.

CuCu    :   Takpa, nanti 2 minggu sekali Cek balik. Bukan tak ingat kat Tok cuma nak buat macam mana. Tak boleh nak balik hari2.

NeNek  :   Hmm.. Belajaq rajin2. Nanti dah kerja boleh la Tok tumpang senang sekali. Jangan lupa kat Tok. Cepat2 balik nanti.

CuCu   :   Ya, insya Allah..

*Nenek dan Cucu berpelukan*
________________________________________


Tahun   :   2009
Watak   :   Nenek dan Cucu.
Situasi   :   Cucu datang ke rumah Nenek untuk bersalaman sebelum pulang ke USM setelah bercuti panjang.

NeNek  :   Bila la nak habis belajaq ni. Bila nak boleh dok rumah. Ada depan mata Tok. Tak payah dah Tok nak rindu2.

CuCu    :   Insya Allah 2 tahun lagi kot. Nanti dok rumah Tok jangan jemu pulak dok tengok Cek hari2.

NeNek  :   Lambat lagi tu. Nanti dah habis belajaq, nak kerja pulak. Entah2 dapat kerja kat tempat yang lagi jauh. Hmm....

CuCu    :   Tok doakan la bagi dapat dekat sikit.

NeNek  :   Tok hari2 doa kan cucu2 Tok (mengesat air mata).


*********** To be continued************

Tuesday, February 22, 2011

KisAh SAnG MaLas

Sudah tiga hari blog ni diabaikan. Tiga hari tak di update. Tiga hari jugak tuan empunya blog ini hanya sempat tidur selama 1 jam. Tidur pukul 5.00 pagi bangun pukul 6.00 pagi. Fuiyoo... Semuanya kerana KESIBUKAN DUNIA. Salah tuan empunya blog ni jugak yang suka menangguh kerja. Malas sangat. Kan dah terseksa. Padan dengan muka COMEL (sempat lg perasan tu ) tersebut.  Bukan salah report and FYP yang berlambak-lambak tu tetapi salah tuan empunya blog ni yang suka buat kerja di saat2 akhir. Haishhh..

Tapi tak boleh nak salahkan tuan empunya blog jugak sebab hampir 80% kerja yang disibukkan tu baru je dapat dari minggu lepas dan minggu ni (tetiba nak salahkan masa kerja tersebut wujud). Jadi bukan salah Sang Malas kerana dari segi logiknya dia tidak menangguh kerja. Cuma kerja itu yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat (tak nak mengaku lagi tu dia yang malas). Sapa2, tolong nasihatkan tuan empunya blog ni supaya rajin sikit. JANGAN MALAS!


Wahai dunia, lihatlah! Sempat lagi dia tulis blog dalam sibuk. Rajin pulak dia buka Facebook dalam kesibukan yang terlampau begitu. Iskh... Apa punya perangai tu. RAJIN tak brtempat. Tolong ketuk budak comel ni (maaf, sekali lagi angkat bakul tinggi2) supaya dia bangkit dari mimpi2, supaya dia sedar dari angan2nya yang tinggi melambung. Sesiapa, tolong bantu Sang Malas yang tak sedar diri ini. Kesibukan ini dijangka akan berpanjangan until next week. Dengan interview, test, FYP. Post ini ditulis dengan tersengguk2. Sesekali berhenti untuk pejam mata sekejap untuk hilangkan keletihan mata, then continue tulis balik. Dasar! Dah tau mengantok dan sibuk tapi still nak update juga blog. Kan dah cakap, tuan empunya blog ni rajin tak bertempat. By the way, siapa ada tips for interview session, please share with me. huhu.. Ok la, nak pergi mengadap nyamuk sekarang.

Sunday, February 20, 2011

B.U.D.A.Y.A

Bestnya... 😄😄😄 Baru balik dari DUP. Ada pameran dari pelbagai negara seperti Thailand, Japan, China, Egypt, Vietnam, Australia dan banyak lagi. Baru ja nak melangkah masuk pintu dewan, aku dah terdengar lagu Cardcaptor Sakura. Excited gila aku as it is one of anime series yang aku minat gila2. Tambah pula ada anime cosplay. Cute2 semuanya. So, tunggu apa lagi? Gila aku sekejap di situ. Haha.. Bagus juga pameran ni. Dapat la try traditional foods and games setiap negara yang participate tu. Fuh.. Very exciting! Dapat try yukata lagi. Tapi aku agak kurang pasti apa beza kimono dengan yukata ni sebenarnya sebab macam sama ja pada pandangan aku. Rasanya beza dari segi material yang digunakan kot. Yukata diperbuat dari cotton while kimono diperbuat dari silk (info dari google). Baru aku tau susah jugak nak pakai yukata ni. Complicated bagi first timer macam aku. Nasib baik ada japanese woman kat situ yang tolong pakaikan aku. Kalau pakai sendiri, entah apa la rupanya 😂 Experience yang sangat manis buat aku. Jom kita tinjau gambar2 yang sempat aku snap kat sana..

Thailand foods. Tak ingat menu tapi yang pasti ada Mango Rice

Ini macam agar-agar

Besarnya pedang!

Cosplay in action

suka gambar ni..sweet. Yang ni dari Arab kot. Hidung mancung gila.

Apakah ini?? Bigfoot?? Entah.

Macam baby doll. Dah la pegang bear dan lolipop. Cute!

Rendahnya aku.

Cantik kipas dia...hihi


Trying yukata.

Auntie ni tak tau la orang Vietnam ke Japan. Pakai baju japan but jaga booth Vietnam. Confuse aku!

With Vietnamese

Rasanya ini watak dalam "katekyo hitman reborn". Muka adik ni macam blur ja..hihi

Comel ribbon kat belakang ni.

Japanese woman yang tolong aku pakai yukata.

Sesi merakam kenangan.

Yang diorang main dengan stick dan bola tenis tu la permainan traditional Vietnam. Aku tak pandai main.


Habis pusing pameran budaya tu, aku dan Hatie singgah sekejap padang kawad. Tengok Rapat Umum. Macam2 cara calon nak tarik undi. Macam2 jugak cara diorang manipulasi nama supaya kita mudah ingat nama mereka. Antaranya ialah "Ingat RAIN undilah KUMERAIN" dan 1 lagi yang agak menarik "Ingat MENTEGA undilah MENEGA".hahaha... Warga USM dan rakan2ku sekalian, adakah anda sudah bersedia untuk mengundi 21hb ni..?Siapa pilihan anda? Sshhhhh... 😷




 

Saturday, February 19, 2011

sAhAbAt, TeMaN, KaWaN

Sepanjang observation aku untuk bulan ni, ramai yang ada problem dengan kawan2. Kenapa ya agaknya. Even aku pun ada problem yang sama. Hmm.. Jom kita discuss sikit pasal topik ni 😤

Pernah tak korang terfikir kenapa ada banyak istilah dalam dunia persahabatan ni. Contohnya; KAWAN, TEMAN & SAHABAT. Dalam Bahasa Inggeris pun ada banyak macam FRIENDS, BUDDIES and etc. Apa bezanya? Ada beza ka? Or sama ja? Dan kenapa pulak kita selalu sebut PERSAHABATAN dan bukannya PERKAWANAN ataupun PERTEMANAN? Boleh korang identify dan classify (cehhh, ayat!) kawan, teman dan sahabat? Agak2 5 orang dalam gambar ni di bawah kategori mana? Macam mana? Boleh?


Sebenarnya aku pun tak tahu apa jawapan yang tepat 😤 Tapi bagi diri aku, aku meletakkan sahabat di tempat yang pertama dan teratas sekali dalam dunia berkawan aku. Teman di tengah dan kawan di bawah sekali. Kenapa macam tu? Mesti la ada aku ada sebab aku sendiri. Tapi ingat tau ni pendapat aku, tidak ada kena mengena dengan orang lain..hehe..


Kerana bagi aku, semua sahabat boleh menjadi teman. Semua teman boleh menjadi kawan. TETAPI tak semua kawan boleh menjadi teman. Tak semua teman boleh menjadi sahabat. Erkkk.. Apa yang aku maksudkan ni? Berbelit ayatnya..haha. Mungkin ada yang tak setuju dengan aku tapi itulah definisi dalam kamus persahabatan aku. Kalau dalam Kamus Dewan, tak tau la pulak aku macam mana definisinya. Korang pergi la check sendiri. Then, share dengan aku ya? Haha..



Bagi aku hubungan kawan itu sangat rapuh dan mudah patah (macam lekat dengan gam 20 sen yang kita guna masa sekolah rendah dulu). Hubungan teman itu mungkin lebih teguh sedikit dari kawan tetap belum cukup kukuh lagi (seperti gam UHU). Tetapi hubungan sahabat itu sangat kukuh dan kuat (seperti gam gajah). Kita boleh mencari kawan dengan begitu mudah sahaja. Semudah memetik jari! Eh, boleh ke?? No..no.. Maksud aku dengan hanya 1 click ja kita boleh dapat kawan. Buktinya?? Tu Facebook, Friendster, Myspace dan sewaktu dengannya. Betul tak? Click ja Add Friend, dah dapat kawan. Simple.


Teman macam mana pulak? Senang di cari tetapi tidak semudah seperti kawan. Tak boleh click atau petik jari. Sahabat? Sangat susah dicari. Nak cari 1 dalam 1000 pun mungkin tidak berhasil. Lagi satu, teman boleh berkongsi pahit dan manis or suka dan duka bersama kita tetapi mungkin tidak akan sanggup berkorban untuk kita. Berbeza dengan sahabat yang sentiasa bersedia untuk berkorban bila2 masa sahaja demi kita. Malah, sahabat juga lah yang akn mendekati kita tatkala orang lain menjauhi kita, menarik kita tatkala orang lain menolak kita, menyapu air mata kita tatkala orang lain membuat air mata kita menitis, dan melangkah ke hadapan tatkala orang lain melangkah ke belakang jika diminta untuk berkorban demi kita. Ringkasnya, kita boleh berkongsi apa sahaja dengan sahabat! Best kan dapat sahabat? ☺

So, sekarang korang dah faham kan kenapa aku meletakkan sahabat di tempat yang paling istimewa. Jadi, agak2 korang ni dalam kategori mana? Kawan? Teman? Sahabat? Sebenarnya tak penting pun mana kategori korang. Yang paling penting ialah korang dah mainkan peranan sebagai kawan, teman or sahabat yang TERBAIK, ok? All the best!


Friday, February 18, 2011

EXhAuSTeD

Alhamdulillah, dah nampak sedikit perubahan setelah entry hot tersebut diterbitkan. THANK YOU ALLAH ☺ Harap perubahan tu bukan hanya untuk seketika sahaja. Terima kasih kepada sahabat2 yang banyak memberi kata2 semangat dan juga nasihat kepada aku. THANK YOU FOR STANDING BY MY SIDE ALL THE TIME😚

By the way, letih gila hari ni. Pagi lagi dah bertungkus lumus meng"edit" data lab IPM bersama Azu dan Hatie. Sungguh memeningkan kepala. Entah berapa kali kami calculate. Tak terkira kot. 😓 Then, terus g lecture. Nasib baik lecture ni tak terlalu heavy. Kalau tidak agaknya aku dah lama terlentok kat situ. Lepas tu, continue pergi lab buat FYP. Tangkap 350 ekor nyamuk pulak tu. Sampai tersemput2 aku..Huhuhu.. Punya la tekun buat FYP kat lab atas sampai tak sedar dah pukul 5 lebih dah. Turun je lab bawah, tengok ramai VCRU staff dah balik dah. Tinggal kitorang ja. Lab pon dah gelap. Teruskan juga la basuh materials FYP walaupun dah lewat. Sampai bilik tengok jam dah pukul 6.30. Dah macam apa dah aku ni. Mengantok + letih + lapar = ??? 

Hmm.. Bila la nak dapat rehat sekejap. FYP entah apa2 ja. Jeles aku tengok orang lain dah dapat fokus pada tesis sebab dah habis FYP. Tapi aku masih macam ni 😩 Harap2 semua penat lelah aku selama 2 sem ni berbaloi. Esok kena pergi lab lagi. Check condition nyamuk aku. Wahai nyamuk, please give me a good result for tomorrow. Please...!!!

Thursday, February 17, 2011

RaTu MaKaN

RaTu MaKaN
Hari ni salah seorang sahabat aku memberi gelaran kepada aku dan BFF (Hatie dan Azu) RATU MAKAN. Wahh! Macam cool ja. 😁 Sesuai sangat dengan kami bertiga. Pantang di ajak makan, kami on ja..haha.. Kalau keluar outing sama2 pon mesti perkara utama yang kami fikir ialah “Nak makan apa?", "Satgi nak makan kat mana" dan "Kita makan __ satgi jom!" Hahaha.. Itu je la yang difikirkan. Kalau nak tahu sejauh mana cinta 3 Ratu Makan ini kepada makanan, jom layan gambar2 di bawah. ❤

Seorang lagi Ratu Makan.
Pipi penuh.

Ratu riang menikmati makanan.

 Lapar la pulak tengok gambar2 ni. Tunggu apa lagi?? Hatie.. Azu..letsssss!!!!!