Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 25, 2017

Part 1: Makanan Sedap di Korea

1. Albap (Fish-roe Mixed Rice)
Ini first meal aku di Seoul, Korea. Dekat je dengan Shinchon Hostel tempat kami menginap. Dalam area Shinchon/Ewha Womans University. Alchon Restaurant namanya. Basically, restoran ini menjual albap sahaja iaitu nasi yang dihidangkan bersama telur ikan. Senang cerita, albap ni macam adik beradik bibimbap la sebenarnya. Sejenis nasi campur. Bahannya simple tapi rasanya memang sedap dan mengenyangkan. Harga pun berpatutan iaitu antara 3,000 - 5,000 won kalau tak salah. Tapi bagi yang Muslim, sila beritahu pada mereka supaya tidak letak daging/ham sebab biasanya diorang letak daging dalam tu. Side dishes boleh ambil sendiri di tempat yang disediakan. Sedap!


   

2. Ikan bakar dan sambal sotong ala Korea
Sedap oiii. Teringat-ingat sampai ke hari ni.πŸ˜‚ Dekat area Shinchon jugak. Gosame Restaurant namanya. Selain ikan bakar dan sambal sotong, ada juga sundubu jigae (soft tofu stew) yang lazat. Ikan bakar tu sejenis ikan mackarel. Air kosong disediakan dalam thumbler. Takde gelas ye. Nak minum, boleh guna mangkuk silver yang ada kat hujung meja. Memang mangkuk tu fungsinya untuk letak air minum. Jangan hairan pula πŸ˜„




Satu lagi kedai yang aku makan ikan bakar adalah di Insadong. Dah tak ingat pula nama kedainya. Huhu. Kedai tu macam restoren tradisional Korea. Boleh pilih nak duduk di meja yang berkerusi atau nak duduk di meja bersila di lantai sahaja (Korean style). 


  

3. Galchi Jorim (Asam pedas Korea)
Jangan main-main. Dekat Korea pun ada asam pedas tau! πŸ˜‹ Heuksando Restaurant di Myeondong. Ada ikan mackarel bakar juga di sini. Rasa asam pedasnya memang tak sama dengan kita punya asam pedas tapi masih sedap. Licin kami makan. 😁 Side dishes pun ok. Lepas habis makan, owner dia datang bagi yogurt free. Terbaik lah! πŸ‘ 





4. Bulgogi 
Boring juga asyik makan seafood je. Nak juga rasa daging atau ayam di Korea. Maka, kami ke Makan Restaurant (Halal Korean Food) di Itaewon. Restoren ni ada sijil halal daripada KMF (Korea Muslim Federation). Ownernya muallaf Korean. Waitress pun Muslim student. Side dishes sedap sangat. Banyak kali juga kami minta tambah sampai jadi segan dibuatnya. πŸ˜‚ Bulgogi pun memang the best lah! Makan dengan nasi dan sup πŸ‘πŸ‘ Selain bulgogi banyak lagi makanan Korea yang korang boleh pilih. Bagi aku, dalam banyak-banyak makanan yang kami makan sepanjang 8 hari di Korea, makanan di restoren ini yang paling sedap! Lepas makan boleh singgah di Seoul Central Mosque (Masjid Itaewon) untuk solat.  




5. Jajangmyeon (Korean Black Soybean Sauce Noodles), Rice with Spicy Grilled Chicken and Vegetables (Dakgalbi) dan Rice with Marinated Beef and Vegetables 
Ketiga-tiga menu ini boleh didapati di Asian Family Restaurant DongmoonNami Island. Dekat dengan musolla. Restoren ini juga ada sijil halal. Ada banyak pilihan menu dari makanan Korea sehingga lah makanan dari negara-negara Asia yang lain.







6. Tteokbokki (Korean Spicy Rice Cake)
Tteokbokki antara makanan Korea yang terkenal. So, mesti kena try. Kami cuba Seafood Tteokbokki di Crazy Tteok Restaurant, Hongdae. Sedap tapi pedas sangat. πŸ˜… Boleh pilih tahap kepedasan dari -1, 0 dan +1. Makan jangan lupa pakai apron tau. So, takde la nak kotor tudung atau baju. Portion nya banyak. Jenuh juga kami yang berempat ni nak habiskan. Dah la pedas kan. 😰  Jangan lupa cakap kat diorang no meat, ok?





7. Jjamppong (Spicy Seafood Noodle Soup) dan Sweet Potato Pizza 
Sweet Potato Pizza di Nipong NaepongEwha Womans University memang sedap sangat. Mesti kena cuba! Jjamppong di sini ada banyak pilihan. Boleh pilih ikut taste masing-masing tapi macam biasa elakkan daging. 





p/s: Phew... Seksa nak habiskan part 1. Nafsu makan membuak-buak. πŸ˜“ Sayang betul kualiti gambar tak berapa bagus sebab dah tak sabar nak makan. Maka, tangkap gambar ala kadar je la. 😁

2 comments:

Pn Ayu said...

so temptingggg. meleleh dah ayaq liuq ataih keyboard ni T__T

Farhana said...

Hahaha.. What should we do? Waaaaa...