Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 4, 2017

Persediaan ke Osaka, Jepun Musim Luruh (Autumn) 2016 7H6M

Tekad hari ni mesti update blog dan keluarkan entry Jepun yang dah lama tersimpan dalam draft. Tak nak la peram lama-lama kat situ. Pening! Bukan apa, makin diperam makin hilang ingatan makin susah la nak menulis. Kalau tak menulis, nanti tak dapat la nak mengimbau kenangan2 lama kan. Maklum lah, makin berusia ingatan makin lemah. So, at least bila rakam kat sini dapat la baca di hari tua kelak. Hahaha.. InsyaAllah. 

Actually, sama je dengan persediaan ke Korea dulu. Bagi aku, autumn and spring tak banyak beza suhunya. Mungkin kerana aku ke Korea pada akhir spring dan ke Jepun pada awal autumn. So, memang lebih kurang je. Maka, pergilah beramai-ramai baca balik entry aku pasal persediaan ke Korea. 😂 Tapi aku kongsi la sikit maklumat tambahan ke Jepun ni.

1. Private tour vs  group tour
Untuk pengetahuan korang, trip kali ni pun aku pakai tour guide sebab aku memang malas gila nak buat research. Lagipun, aku pergi nak enjoy. Tak nak pening2 nak cari jalan bagai. Aku nak menikmati setiap saat kalau boleh. Faham? Awalnya, yang confirm nak ke Jepun ni, aku and kawan kakak aku je. So, aku decide ikut group tour je. Means bercampur dengan orang yang kita tak kenal. Jimat sikit. Sebab kalau nak consider private tour untuk 2 orang memang mahal gila la. Lagipun, macam tak meriah pulak. Nanti tetiba kat sana bergaduh pulak. Ha, tak ke haru biru dibuatnya. Then, tetiba 2 orang kawan aku nak ikut. Setelah berbincang, buat survey private tour guide and buat comparison, kami ambil keputusan untuk pilih private tour walaupun deposit untuk group tour dah bayar. Sanggup hangus duit deposit kerana nak trip yang selesa dan enjoy. 😅 Depends la. Kalau korang nak jimat dan suka meriah travel ramai-ramai, pilih la group tour. Ok je.

2. Best foods for travel
Dulu trip Korea, aku banyak bawa bekal maggi, biskut dan muffin even tour guide cakap dia akan bawa makan kat luar untuk lunch dan dinner. Degil. Last2 tak sempat makan pun bekalan sebab sedap dan kenyang makan kat luar. Jadi, kali ni aku dengar cakap tour guide. Aku bawa cukup-cukup je untuk hari yang dia tak bawa makan di luar. Dia cadangkan bawa Brahim's. Aku tak tahu pun pasal kewujudan makanan segera Brahim's ni. Kagum aku. Macam-macam ada. Nasi lemak, nasi goreng, nasi tomato, rendang dan macam-macam lagi. Setelah berbincang, antara makanan yang kami bawa ialah sambal ikan bilis, lauk segera Brahim's, ketupat nasi dan muffin. Sambal ikan bilis masakan mak yang aku bawa separuh botol prego tu tak cukup la pulak sebab aku tak expect nak makan dengan onigiri. Ingat nak makan dengan ketupat nasi ataupun dengan nasi putih segera kat sana. Tapi dah try sekali sedap pula. So, berulang kali la kami makan dengan onigiri tu. Ketupat nasi tu kami rebus dan makan dengan lauk segera Brahims yang dipanaskan. Memang terbaik!





Kering. Aku tak berapa suka. Ada bau udang kering kuat sangat. Huhu. Tapi kawan aku cakap sedap. Ikut tekak. Boleh makan dengan lauk segera Brahim's lain yang berkuah.


Muffin yang rak atas tu 👆 aku suka sangat. Sedap dan tahan lama. Chiffon di rak bawah pun aku suka. Lembut. 👍 Selain ni, aku bawak air mineral jugak. In case, kalau dahaga sebelum sempat jumpa kedai. Haha. Ada orang tanya aku, boleh ke bawak air mineral bila fly. Boleh. Cuma yang tak bolehnya bila kau nak bawak naik atas kapal terbang. Dilarang sama sekali, ok. So, masuklah dalam bag yang di check in kat bawah. 

3. Pakaian
Bila aku belek gambar-gambar di Korea, nampak sama je pakaian aku. Macam aku tak tukar baju je. So, kali ni aku lebihkan sweater dari tshirt. So, nampak lain la dalam gambar kan. Hahaha. Puas hati aku. 😎 Tapi bila lebihkan sweater atau coat bermakna makin sikit la ruang beg yang tinggal untuk diisi. So, what to do? More bags? Jenuh la pulak nak mengangkut 2, 3 beg. Penat oi. 😭 Ini solutions aku 👇




Compression bags atau vacuum bags. Yang ni aku beli online. Aku sarankan korang beli yang dah siap sekali dengan pump. Senang. So, tak payah la nak bawak atau pinjam vacum hotel ke tuan rumah ke. 😁 Beg ni sangat membantu terutama bagi spesies macam aku yang jenis kalau boleh nak bawak satu rumah pergi travel. Haha. Sangat jimat ruang dan berat beg!

4. Botol kosong
Toilet Jepun tak macam Korea. Mostly, toilet Korea pakai tisu. Toilet Jepun pakai bidet. Aku bawak jugak botol kosong sebab tak biasa pakai bidet. Tapi aku guna hari pertama je kot. Hari lain aku dah tak pakai sebab dah selesa pakai bidet. Lagipun, toilet di Jepun sangat la bersih dan lengkap dengan tisu. Ada sesetengah tu lengkap dengan spray untuk hilangkan bau. Jatuh cinta aku dengan toilet di Jepun. Haha. Bersih, wangi dan kering. Even, kalau kau masuk dengan berstokin pun, stokin kau takkan basah! Kagum! Ada jugak la yang basah tapi masih bersih.

5. Budget
Faham-faham la sekarang kan matawang Malaysia tengah tak berapa nak ok. Matawang Jepun pulak memang tinggi. Kos sara hidup di Jepun lagi la tinggi kan. Semua barang mahal. So, kena pandai bajet la. Air mineral pun RM6. Lima kali ganda tu! Maka, solutions aku? Tadah je air paip kat sinki dapur sana. Haha. Bersih weh! Tengok longkang pun tau. Jernih! Siap ada ikan besar-besar lagi. Oleh itu, aku yakin! Barang-barang souvenir sana pun mahal-mahal belaka. Keychain pun paling murah dalam RM12 kalau tak salah. Tshirt biasa pun dalam RM30 gitu. Jadi, pandai-pandai la korang buat kira-kira.



Tu je kot yang aku nak kongsikan. Kalau ada yang aku tiba-tiba teringat aku akan tambah lagi kat sini. 

p/s: Nantikan entry trip aku ke Jepun Musim Luruh/Autumn (9-15 Oct 2016) selama 7H6M yang tak dapat nak dipastikan entah bila akan dikeluarkan dari draft. 😝 Selamat Berpuasa!

2 comments:

Unknown said...

Guna private tour mana ye?

Farhana said...

BackpackerBusuk :)