Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 17, 2011

KL GeNgSTeR


Dah review Nora Elena. Super 8 pun dah. Sekarang ni nak review KL Gengster pulak. (^_^) KL Gengster ni mengisahkan 5 watak utama iaitu Malek (Aaron Aziz), Jai (Adi Putra), Abang Long Fadil (Zizan Raja Lawak), Shark (Shamsul Yusof) & Ajib (Sofi Jikan).


Malek ialah bekas taiko terbesar KL yang telah dipenjarakan selama 5 tahun selepas dianiayai oleh Shark iaitu anak tiri King, ketua gengster terbesar di KL. Selepas dipenjarakan, Malek dibebaskan & telah insaf serta berhenti dari menjadi gengster.


Konflik terjadi apabila Shark mula melakukan pelbagai cara bagi menghapuskan Malek. Abang Long Fadil & Ajib yang merupakan teman baik Malek, cuba membantu & melindungi Malek. Jai iaitu adik kepada Malek, sanggup memusuhi abangnya & memihak kepada Shark hanya kerana duit.


Ending filem ni agak kurang best sebab kita hanya mengetahui ending cerita melalui suara latar sahaja. Kalau tak ada suara latar tu memang tergantunglah jalan cerita KL Gengster ni jawapnya. Tapi filem ni bagus la ada unsur2 kekeluargaan yang ditampilkan melalui watak Malek, seorang abang yang cuba mengembalikan adik2nya ke pangkal jalan & cuba membaiki hubungan dengan ibunya. Beberapa unsur lain seperti sedikit unsur lawak turut diterapkan melalui watak Abang Long Fadil (Zizan). Kalau tak ada watak ni, maybe filem ni terlalu serius kot. (*_*)


Yang paling aku suka dalam filem ni ialah aksi lawan dia. Suka sangat!! Tambah pulak bila Aaron Aziz & Adi Putra berlawan. Memang cool habis lah..! (+_^) So, 4 bintang untuk KL Gengster!!

2 comments:

Pn Ayu said...

bestyaaa dah tgk :p

Farhana said...

Tengok la...best wooo..haha