Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 17, 2011

:: KaSiH SuCi NoRa ELeNa ::


Sejak 9 Mei yang lepas, 1 Malaysia demam! Demam apa? Demam “Nora Elena”!! (^_^) Sebuah drama bersiri adaptasi daripada novel “Kasih Yang Suci” karya Maen Zulaekha yang ditayangkan di slot Akasia TV3, setiap Isnin-Khamis jam 7 petang. 24 episodes.


Dah tamat pun cerita ni. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru sahaja ditayangkan. Tapi memang la baru kan. Baru sebulan. (+_+) Apa2 pun, gembira rasa hati sebab happy ending.!! Haruslah happy ending kan. Kalau tak, mengamuklah peminat-peminat tegar Nora Elena. Betul tak?? Haha. Best la cerita ni. Jatuh cinta dengan watak penyayang & romantis Seth Tan.


Terpukau dengan kelembutan & keayuan Nora Elena.


Menyampah dengan kegedikan & kejahatan Yvonne. Aaron Aziz hensem & macho. Siti Saleha cantik & manis. (*_^) Rasanya tak perlu la kot cerita banyak pasal drama ni kan. Sebab rasanya semua dah tahu dah jalan ceritanya macam mana. Bagi yang terlepas episod tu, boleh tengok di http://www.tonton.com.my/ Rugi tau kalau miss even 1 babak romantis Seth & Nora. Haha. Tak sangka "Nora Elena" mampu mengulangi fenomena "Adamaya". (^_<) Apa2 pun, tahniah kepada barisan pelakon, pengarah & producer "Nora Elena" serta penulis novel "Kasih Yang Suci" kerana berjaya menghasilkan kisah cinta romantis ini. (^_^)


p/s : Tengah tunggu "Ombak Rindu" pulak. (+_+)

2 comments:

fanna_zul said...

aku baca dh novel dia dulu..x sama sgt la..novel lg best, sgt sakit hati dgn yvonne kalau baca novel dia

Farhana said...

aku pon dah penah baca novel dia..memang xsama sgt pon..diorang pon ada cakap "adaptasi longgar" dari novel..hehe..
apa2 pon..still best.. :)