Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 27, 2011

!! EarTh HoUr 2011 !!


Oleh kerana malam tadi is a day for Earth Hour, lets talk a bit about Earth Hour. Kita asyik cakap tentang Earth Hour je tapi adakah kita tahu apa itu Earth Hour, apa tujuannya dan apa yang perlu kita lakukan?? Here is some info for us.

Actually, Earth Hour adalah 1 gerakan global yang mendorong semua orang di seluruh dunia to take positive actions for the environment dengan menutup semua lampu or unnecessary electrical power ONLY for one hour. Eh one hour je? Kalau lebih 1 jam tak boleh ke? Boleh.. Lagi lebih lagi baik. (^_^) 

Tujuan?? Tujuannya adalah bagi meningkatkan kesedaran di kalangan semua penduduk Bumi terhadap environmental issues.

Ia juga bagi menunjukkan kepada semua bahawa jika kita semua berusaha dan bersatu, kita dapat mengurangkan global warming dan bagi menunjukkan bahawa kita semua boleh melakukan perubahan jika kita nak.


What does Earth Hour ask people to do? 

Earth Hour mendorong all people around the world to take an action towards a sustainable lifestyle in order to reduce the environmental impact. Tak susah kalau kita nak tunjukkan bahawa kita mengambil berat terhadap environment kita.

TETAPI setakat mengambil berat sahaja is NOT ENOUGH. We must do something for it. To start, WE JUST HAVE TO TURN OFF OUR LIGHTS. By doing that, itu menunjukkan bahawa kita sedar tentang tanggungjawab kita terhadap alam sekitar.

Adakah itu bermaksud kita perlu menutup semua lampu dan tidak boleh menggunakan semua bekalan elektrik?? Of course not. Earth hour hanya mengajak kita menutup bekalan elektrik atau lampu yang not essential tapi safety and security lighting should remain on.

So, what do you feel after knowing the info of Earth Hour?? Easy?? REMEMBER.. This is only the beginning. Actually, the challenge of Earth Hour is to RETHINK how we live our lives in the NEXT hour, the next day, and the day after that...


SAVE  IT  BEFORE  IT'S  TOO  LATE....

Saturday, March 26, 2011

SeOuL GaRdEn (>_<)

Entry ini khas ditujukan kepada Wawa. Hihi. Dah lama Wawa tunggu tu. Ok2, without wasting anymore time, allow me to start (tiru ayat Jie). Hihi..

Dah lama sebenarnya nak pegi jalan2 kat Gurney and makan kat Seoul Garden. Tapi asyik tak jadi je sebab dah la Gurney tu agak jauh pastu tak tau pulak macam mana nak makan kat situ. Sama macam Wawa la kan. Haha..

Masa mula2 sampai Gurney tu nampak Clinic Cafe. Sebelum ni ada pernah terbaca dalam website apa entah kat internet pasal cafe ni. Macam menarik tapi takde keinginan pun nak makan kat situ. Keinginan untuk bergambar ada la. Haha.. Cuma tertarik dengan decoration dia yang ala-ala hospital tu je.. ^_^

Pic from google. 

Ok, sambung2. Sampai sana dalam pukul 2. Movie HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA pukul 3.10. So, jalan la dulu cari Seoul Garden. Nak tau lokasi je. Supaya senang nanti takdela teraba-raba mencari. Jalan punya jalan akhirnya jumpa jugak lokasinya.

Wah, rasa macam nak masuk je terus tapi MERONG MAHAWANGSA sedang menunggu. Jadi sabar. Takut nanti dah alang2 masuk mesti nak berlama-lama kan. Kang terlepas pulak movie. Tapi dah lapar. Macam mana? Dalam tengah lapar, nampak pulak Big Apple. Apa lagi? Terus hentam makan kat situ. Haha. Makan donut je pun. Simpan perut untuk Seoul Garden.. Hihi.


Then, pegi tengok movie Merong. Pukul 5 keluar cinema, lelaju menuju ke Seoul Garden.


Ok, ni info khas untuk Wawa ok. Haha.. Kat pintu masuk Seoul Garden tu ada 2 orang abang yang menuggu di kaunter. Speaking beb. Hihi. Dia tanya berapa orang then suruh pilih 1 sup. 1 je tau Wawa. Tak boleh banyak2. Haha. Pilih la mana2 yang berkenan di hati. Aku and friends chose chicken soup je.

Lepas tu boleh la duduk kat mana2 tempat duduk yang rasa best. Dah dapat meja idaman hati, boleh la terus pegi ambik makanan and makan sebanyak mana yang nak. Macam2 ada. Ada squid, octopus, udang, beef, chicken.. Dessert pon banyak. Aiskrim, cendol, buah and macam2 lagi la.

Bola2.. Hehehe 

Chicken, beef, squid, prawn, sayur.. 

Aiskrim... 

Macam2.. Colorful... 

Tapi ingat ye! Jangan tamak! Kalau tak habis makan kena bayar tau. RM5/gm. So, makan setakat kenyang dah la. Jangan ikut nafsu sangat. Tak baik tau. Ambik sikit2 dulu, kalu nak lagi boleh pegi tambah lagi.

Tengok macam aku. Amik sikit je..hehe 

Benda baru yang aku try kat sini ialah Kimchi. Masin tapi ok je. Sedap jugak bila makan dengan beef. Hehe.. Lupa nak ambik gambar pic kimchi. Huhu. Tu jer kot nak cerita. Tak tau nak cerita apa dah. Layan pic je lah.

Ratu Makan. 

Bakor.. Bakor.. 


Tengah try kimchi. Hatie kemasinan. Haha. 

Aiskrim. 

Cendol. 

Amacam Wawa? Cukup tak info yang aku bagi? Hehe.

BiLa 2 JaSaD bErSaTu..

Best giler semalam!!! Sebab apa? Sebab ada BOT test. Eh bukan.. Sebab dapat pegi Gurney lepas test. Haha. Akhirnya tercapai jugak hajat aku nak tengok movie "HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA" yang dikatakan best giler tu. For me, movie ni memang besttt. Tak sangka Malaysia dapat buat filem macam ni. Setanding dengan Hollywood movie..!!

Kalau tak percaya, pergi la tengok sendiri. Rugi kalau korang tak tengok. WAJIB tengok. Sebab apa? Hmm... Sebab.. Kita boleh belajar sejarah kerajaan Langkasuka di Kedah. Hehe. Aksi-aksi dia pon best and yang paling aku suka sekali ialah skrip dia yang hebat tu.. Fuuhh.. Mantap!! Menusuk kalbu kot.. 

Dialog-dialog dalam cerita ni menggunakan bahasa lama yang puitis dan penuh dengan isi tersirat. Stephen and Khir Rahman memang sesuai sangat dengan watak yang mereka lakonkan. Lakonan mereka menjadi betul..! 

Kalau nak tau, cerita ni guna 3 bahasa. Malay, Chinese and English. Wah, 1 MALAYSIA. Hahaha.. Ada unsur komedi, sedih and macam2 lagi la. Bestttt.. Hikayat ini sebenarnya menceritakan tentang seorang nakhoda dan pahlawan bernama Merong Mahawangsa (lakonan Stephen Rahman-Hughes) yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Cerita ni dimulakan bila angkatan ROM mintak tolong Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom, Marcus Carprenius (Gavin Stenhouse) ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China, Puteri Meng Li Hua (Jing Lusi) atas dasar politik iaitu bagi menemukan dua tamadun besar di negara Timur dan Barat.

Merong Mahawangsa..

Putera Marcus
TAPI puak lanun dari Geruda yang diketuai oleh Kamawas (Khir Rahman) dan Taji (W.Hanafi W.Su) telah menculik Puteri China dan menyerang Merong Mahawangsa dan angkatannya. Merong Mahawangsa cedera parah dan diselamatkan oleh Pak Kesum (Dato Haji Rahim Razali) & Embok (Ummi Nazeera).

Taji & puak Geruda

Kemawas & puak Geruda

Laksamana China diserang puak Geruda

Pak Kesum dan Embuk..
Di kampung Pak Kesum, Merong Mahawangsa telah diangkat menjadi Raja. Namun, Putera Rom dan Laksamana China (Craig Robert Fong) telah datang kembali untuk meminta pertolongan Merong dalam misi menyelamat Puteri. Ending citer nie sangat dramatik dan pilu.. Huhu.. Nak tau ape endingnya? Korang tengok sendiri lah.. hehe. 4.5 bintang for HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA!!! 

Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kamu berdua,
Bila 2 jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama.

Thursday, March 24, 2011

~ GoSiCk ~


GOSICK..?? pergi sakit?? Haha. No lah. Ini title anime yang aku tengah follow sekarang. Baru episode 10. Tengah tunggu episode 11 to be released. Hmm.. T__T. Ok, sementara tunggu episode 11 tu, jom lah aku share sikit on how this anime looks like.

Cerita ni lebih kurang macam cerita "Detective Conan" cuma bezanya dalam cerita tu penyiasatnya a boy but for Gosick ni penyiasat dia a girl. Menarik kan? The main genre of this anime of course la mystery but aku rasa attraction utama cerita ni ialah watak dia. Nak tau kenapa? Wait, japgi kita tengok k. Hihi. Ok2, fokus!!

Cerita ni bermula bila KAZUYA KUJO is transferred to a school which semua student suka ghost stories or mysteries. Kujo takde kawan sebab semua student kat situ panggil Kujo “BLACK REAPER” because of his dark eyes and black hair. One day, dia pegi library and suddenly heard something at the top of library. So dia pun pegi la check kat atas library tu. Nak tau apa yang dia jumpa?? Tengok pic kat bawah..

A beautiful botanical garden at the top of library?? 
and....

A doll-like girl?? Who is she?? 

Very cuteeee.. ^_^ After that bermulalah their adventure in solving mysteries.. Opss, lupa nak cerita tentang girl yang dia jumpa tu.. Hehe. nama dia Victorique. She is incredibly adorable and really smart in analyzing crime scene and she like sweets. Dia mudah rasa bosan and her favorite thing to do when bored is...

rolling on the floor..!! 

ROLLING again and again.. 

Actually dia tak pernah go outside. Pic kat bawah shows her 1st step been outside.

Semua benda dia nak bawak.. Aiyakk! (-__-)" 


Lets see some pic of their mysterious adventure...

1st case to be solved.. 

Argue.... 

Detective Grevil in action.. 

Detective Grevil ni selalu mintak bantuan Victorique untuk selesaikan case yang dia kena investigate.. Lets see some pic of Victorique cute face.. (>_<)

Hurt... 

Angry... 

Victorique blushing... 

Victorique looks when solving mysteries.. 

Sorry sebab banyak sangat pic. Victorique cute sangat sampai aku rasa nak letak je semua pic dia. Hihi.. Cerita ni memang best cuma satu je yang aku kurang suka. Setiap case diselesaikan dengan terlalu cepat sampaikan tak beri peluang kat penonton nak fikir dan try selesaikan case tu. Huhu. Oklah, nanti cerita lagi.. ^_^

CaLLiNg FrOm HoMe...

Sejukkkk!!! Huhu.. Harini cuaca sangat sejuk. So, bungkus dalam selimut la jawapannya. Hihi. Tadi Abang Zaini call suruh balik. Dia bagitau aku dia balik kampung. Jadi dia suruh aku balik. Entah apa tujuannya tak tau la. 

Semalam masa chatting dengan Abang BD, dia pun suruh aku balik. Nak belanja makan katanya. Mak pun sama. Pagi semalam masa aku call mak cakap kalau dah takde kelas balik je la duduk rumah. Aiyakk, time aku rasa malas nak balik ramai pulak yang suruh aku balik.

Time aku rasa nak balik, ramai pulak yang tanya buat apa nak balik, tak payah balik la. Aduh, macam2 hal la. Bikin aku confuse ja. Huhu. Rasa macam nak balik tapi dah ada plan baikkk punyerr esok. 

Lagipun thesis kena siapkan before Monday. Kalau aku balik mesti thesis tak berusik. Almaklumlah, tenggelam dengan kenikmatan di rumah… Huhu. plan nak balik hari Selasa tapi family suruh balik jumaat pulak. Aiyoooyoo..


kusut!

Tuesday, March 22, 2011

❤ PriNcEsS TuRn..!! ❤


Kalau sebelum ni kita dah berkenalan dengan 2 orang putera (spiderman & mickey mouse), sekarang giliran 3 orang puteri pula nak perkenalkan diri. Hehe.

Puteri Sulung ialah NURUL HANI ATHIRAH. Berumur 5 tahun. Nama panggilan manjanya NUYUN @ YUN @ ATHIRAH. Comel tapi agak lasak. Mungkin sebab terpengaruh dengan dua abangnya yang sangat nakal. Dia ni mudah menangis dan sangat sensitif. Walaupun lasak, dia mudah sakit. Mungkin sebab antibodi dia lemah kot.

Dia selalu je demam dan pernah juga ditahan di hospital sebab jangkitan kuman di paru-paru. Dia berani. Suka try benda baru dan petah bercakap. Kalau bercakap tu, mengalahkan orang dewasa lagi. Contoh yang terbaik ialah bila kita sruh dia mandi. Dia cakap pe tau. "Sabaq la, nanti nuyun mandi la". Haha. paham pulak dia sabaq tu apa ye.. Hihi.



Puteri Tengah bernama NURUL HANA ATIKAH. boleh panggil dengan nama ATIKAH @ ECAH. Dia ni asyik berkepit je dengan ummi dia. Sifat dia sangat berlawanan dengan kakak dia. Penakut sikit.

Tapi dia tak sensitif sangat macam kakak dia. Contohnya bila abang dia usik, dia akan usik abang dia balik. Cuma bila dia rasa macam dah tak boleh melawan balik tu, baru la dia akan menangis. Bukan macam Nuyun yang pantang diusik sikit terus menangis. Dia ni pemalu. Kalau jumpa dengan orang yang tak kenal, dia diam je. Lepas tu dia akan senyum2 kucing. Haha.

Yang bestnya, dia suka usik kitorang. Bila gelap or malam je dia akan cakap "ada hantu putih". Haha. Habis semua hantu, dia panggil "hantu putih". Kadang2 kitorang cuak jugak. Ye la, mana la tau kan kalau dia nampak betul2 ke. Orang tua2 cakap budak2 mudah nampak benda2 halus ni. Betul ke..? Huhu. Lepas tengok muka kitorang cuak, dia terus ketawa. Haha. Nakal but cute!

Lama2 dah terbiasa, kitorang dah tak berapa nak cuak dah. Takde perasaan dah. Kitorang usik dia balik. Pernah sekali dia teman abang dia pegi kedai. Masa tu malam la. On the way balik tu sambil senyum dia cakap "abang, ada hantu putih". Lepas tu abang dia cakap "Ha, hantu putih nak ambik Tikah tu". Apa lagi, terus peluk abang dia. haha. Nak usik orang tapi dia sendiri yang takot. Haha. Aduyai, macam2 perangai budak2 ni kan (>_<)''


Puteri Bongsu pulak namanya NURUL HANIM AZIRAH. Nama panggilan manja HANIM. Too adorable! Susah sangat nak buat dia ketawa. Selalu buat muka macam takde perasaan. Control. Haha. Tak ingat umur dia berapa tapi baru je boleh berjalan.

Masa Abang BD datang ambik aku kat stesen bas alor star 2 minggu lepas, ada la dia bawak sekali anak2 dia. Masuk je keta, kelam kabut Si Hanim ni melarikan diri pegi kat ayah dia. Menangis bila tengok aku. Agaknya dia tak berapa ingat aku kot sebab dah lama tak jumpa. Aku pun jarang balik sejak sibuk dengan FYP ni. Huhu. Sepanjang jalan nak balik rumah tu, dia asyik menangis je. Dah la jenis susah nak pujuk. Tapi bila sampai je rumah, dia terus diam. Pastu dia senyum macam pic kat bawah ni. Haishhh... Apakah maknanya? =_="

So, amacam? Best tak kenal dengan diorang..? Comel kan. Budak2 ini lah yang selalu buat aku rindu and nak balik selalu. Homesick selalu aku. aCiK miSs aLL oF yOu..!!!! muaaahhhh T__T

wArNiNg FoR mE!!


KENAPA aku berperasaan macam ni..
Aku tak patut rasa macam ni..
Aku tak boleh mempunyai perasaan macam ni..
Aku tak berhak untuk rasa macam ni..

Aku dah MELAMPAU..!!

I HAVE TO LIMIT MYSELF!!! 

To this "FEELING"... Please go away from me.. Please..
I cannot BEAR it anymore...
So please go far FAR away and do not come again...

I NEED some space..!!

Monday, March 21, 2011

= Si CiLiK =

Hai semua!! Sejak kebelakangan ini aku asyik teringatkan budak2 comel kat kampung. Sebab tu recent post banyak berkisar tentang keletah anak2 saudara aku. Untuk mengubat rindu kononnya. Hahaha.. Post kali ini pun aku nak cerita pasal ragam2 mereka jugak. Selagi rindu masih bertamu di hati, selagi tu lah aku akan tulis. Ikut korang la nak baca ke tak, yang penting hatiku terubat.. haha. Ok, let's start the story telling!

Time aku kat rumah minggu lepas, ahad petang rasa bosan sebab kat tv macam tak ada rancangan yang best. So, aku decide nak keluar jalan2 kat luar rumah. Sebelum keluar, wajib la tengok cermin kan. Touch up sikit ke kalau sempat..hihi. Masa tengah tengok2 cermin tu nampak pulak kamera atas meja. Habis tu tak kan nak tengok je, mesti la aku angkut bawak keluar sekali. Aku ini memang pantang tengok kamera, mula la nak snap macam2.. (>_<'')

Langkah je keluar dari rumah, terus aku jalankan kerja aku as photographer yang tak bertauliah ini. Dari benda sekecil semut sampai la benda sebesar rumah comel aku tu, semua aku snap. Masa aku tengah khusyuk snap2 tu, anak2 saudara aku nampak, terus la diorang posing2 depan aku. Ye la, "Mak saudara borek, anak saudara rintik". Diorang pun gila kamera macam aku jugak. Haha. At first, only boys saja yang duk posing2. Yang gegirls macam malu2 gitu. Mahu tapi malu! Tapi bila dah tengok abang2nya bergambar, si kakak and adik ni macam teringin. So, diorang pon menyelit jugak nak posing sama.

Si adik asyik ikot je gaya posing abang2 even dia tak pandai sangat pun nak buat gaya tu. Contoh macam yang dalam aku cerita dalam post "peace" hari tu la. Dia bukan pandai pun nak angkat 2 jari. Lastly dia ambik shortcut angkat semua jari.. Haha, cute!



Nak dijadikan cerita, dekat belakang rumah aku tu ada 4 tiang. Kat situ dulu ada prondok. Pondok tu dulu tujuannya untuk kemudahan kalau nak masak time kenduri or nak buat BBQ ke. Supaya senang la kalau hujan kan. Tapi lepas family aku renovate sikit rumah and diorang buat space untuk kemudahan tu. So, mak aku decide robohkan pondok tu. Maka tinggallah tiang2 batu tu. Tengok je tiang batu ni, mula lah the boys ni dapat idea nak bergambar atas tiang. Tengok je si abang ni nak pegi panjat, si adik named ATIKAH terus lari terkedek-kedek nak pegi panjat jugak. Haha. Boleh bayangkan tak betapa comelnya dia lari dengan berbaju kurung. (^_<)

Tapi bila sampai je kat tiang tu, baru dia sedar yang tiang tu agak tinggi. Lebih kurang sama tinggi dengan dia tapi mungkin dia tinggi ckit je kot. Then, dia peluk2 je tiang tu. Agaknya pasrah kot tak mampu nak panjat kan. Suddenly, dia lari ke tepi. Aku ingat dia macam dah malas nak ambik gambar tapi rupa2 nya dia pegi ambik kerusi. Haha.. Adoyai, so clever la ini budak!

Ha.. Ada pun kerusi. Nasib baik.. 

Fuhh... Akhirnya berjaya jugak panjat. Yeayy!! 

Dah dapat panjat tu, dia senyum2. Puas hati la kot berjaya panjat. Tapi lepas dia duduk atas tiang tu, dia tengok bawah. Terus mati senyuman dia. Aku agak dia gayat. Haha. Tapi lepas tu dia senyum balik.

Alamak, gayat la pulak.. Camna nak turun kejap lagi ni? 

Apa2 pun baik aku enjoy dulu la. Nanti baru fikir macam mana nak turun. 

Nak tahu macam mana dia turun?? Masa the boys nak beralih tempat nak posing kat tempat lain, aku dah perasan dah si adik gelabah semacam je bila nak turun. Tapi sengaja aku biarkan je sebab nak tengok jugak akal dia kan. Si kakak pun sebenarnya perasan adik dia tak boleh turun. Tapi dia tak tahu macam mana nak tolong sebab dia pun bukannya besar dan tinggi sangat. Mana la dia mampu nak angkat si adik ni. So, dia tolong tengok je la. Haha. Setelah beberapa kali cubaan nak turun dia gagal, akhirnya dia merengek2 panggil aku sambil hulurkan tangan. Minta aku dukung la tu. Comel.. ^_^

~ THE END ~